Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Ujian objektif dan jenis-jenisnya Ujian objektif adalah ujjian pendek yang melibatkan proses menanda, membulat, menggaris,

mengisi tempat2 kosong dan gerak balas yang ringkas. Ujian ini dikenali sebagai objektif kerana pemeriksa yang lain akan menghasilkan markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Jawapannya pendek dan biasanya terdiri daripada beberapa perkataan atau satu frasa sahaja. Walaupun terdapat pelbagai jenis item objektif, tetapi terdapat satu ciri yang serupa, iaitu mendedahkan murid kepada tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas yang boleh dibuat. Bagi mendapatkan tindakan balas yang betul, murid2 mestilah memiliki pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran tertentu seperti yang dikehendaki oleh item tersebut. Pelajar tidak bebas mengatur dan menyumbangkan tindak balas mengikut kehendaknya sendiri. Dia mesti memilih atau memberi satu daripada beberapa pilihan yang mungkin berupa kata2, rangkai kata, angka, dan lambang atau lambang2 yang betul. Tegasnya, ujian objektif membuatkan calon bergerak membaca dan memilih jawapan yang tepat daripada jawapan2 yang telah disediakan. Ciri2 ujian objektif 1. 2. 3. 4. Memerlukan calon membuat pilihan atau menentukan jawapan yang telah disediakan. Memerlukan calon banyak membaca dan berfikir untuk menentukan jawapan. Kualiti ujian bergantung pada kemahiran dan kebolehan membentuk bahan ujian. Dapat menerangkan tugas2 yang diharapkan daripada murid dengan tepat dan dapat menjadi asas penilaian pencapaian kemahiran bahasa murid itu. 5. Mementingkan keadilan sepenuhnya dalam pemarkahan. 6. Ujian objektif biasanya pendek, padat, ringkas dan tepat. Jenis2 ujian objektif Dalam pengajaran pendidikan islam, terdapat beberapa item objektif dan masing2 mempunyai format yang tertentu. 1. Item betul/salah a. Item ini merupakan item jenis dua pilihan. b. Murid dikehendaki menentukan kenyataan2 yang diberi itu betul ataupun salah. 2. Mengisi tempat kosong a. Soalan ini memerlukan murid menulis tempat kosong yang disediakan dalam ruangan dengan jawapan yang sesuai. 3. Item jenis padanan a. Item ini menghilangkan masalah2 dan beberapa penyelesaian masalah (tindak balas). b. Stimuli diletakkan di sebelah kanan dan tindak balas diletakkan di bahagian kiri. Tindak balas boleh digunakan lebih daripada sekali. c. Senarai tindak balas adalah tetap, tetapi stimuli atau pokok soalan berubah-ubah 4. Item jenis berbilang pilihan

5. 6. 7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

a. Item ini adalah daripada golongan item tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. b. Item ini terdiri daripada satu pokok soalan yang merupakan satu situasi salah dan beberapa pilihan yang dapat memberikan kemungkinan jawapan kepada masalah tersebut. Item susun semula a. Susun semula kalimah untuk menjadi ayat. Item pengertian a. Murid dikehendaki memberi pengertian terhadap teks dan sebagainya. Item jawapan pendek a. Dapat dianggap sebagai jenis ujian yang paling mudah. b. Item ini merupakan soalan2 pendek dan murid2 diminta mengisi ruang kosong dengan menggunakan maklumat yang diperlukan oleh soalan tersebut. c. Selain itu, murid2 diminta melengkapkan ayat2 sama ada dengan kata2 atau rangkai kata. Item klasifikasi a. Ujian bentuk klasifikasi hampir serupa dengan ujian bentuk pasangan. b. Ujian bentuk klasifikasi ini merupakan latihan yang terdiri daripada beberapa nama atau kenyataan pada satu senarai. Item jenis aturan yang terbaik a. Item jenis ini memerlukan murid2 mengatur semula kenyataan2 yang diberi menjadi satu susunan atau aturan yang paling sesuai sehingga dapat menjadi satu susunan mengikut tertib yang betul. Item jenis cantuman yang sesuai a. Item ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. b. Calon dikehendaki mencantumkan jawapan tersebut. Item jenis soalan jawapan tebaik a. Setiap soalan diikuti oleh beberapa jawapan. b. Setiap jawapan ada kebenarannya, tetapi hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat. Item negatif a. Calon dikehendaki mencari fakta yang bertentangan. b. Pokok soalan kerap mengandungi perkataan kecuali, bukan, palling kurang dan lain2. Item jenis kloz a. Dibuat secara memotong/memadamkan perkataan2 pada sesuatu karangan/ayat pendek atau cerita pendek. b. Calon dikehendaki menulis/memenuhkan perkataan pada setiap tempat kosong. c. Soalan kloz aneka pilihan memerlukan calon memilih jawapan daripada jawapan yang telah diberikan seperti juga soalan aneka pilihan yang lain, tetapi soalan lebih berhubung dan kadangkala lebih daripada satu perenggan.

Ujian subjektif dan jenis-jenisnya

Ujian subjektif adalah ujian yang terdiri daripada soalan2 yang memerlukan calon memberi tindak balas secara lisan. Tindak balas calon mungkin bebas atau terhad. Tindak balas tersebut mungkin dalam satu ayat, beberapa ayat, beberapa ayat, beberapa perengganatau sebuah karangan lengkap dan menyeluruh. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal2 soalan. Kamaruddin haji husin (1986) telah menyenaraikan ciri2 ujian subjektif seperti berikut: 1. Pengambil ujian terpaksa merancang dan melahirkan jawapan dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri 2. Dalam ujian ini, murid menumpukan banyak masa untuk berfikir dan menulis. 3. Kualiti ujian ini bergantung pada kemahiran pemarkahan jawapan. 4. Ujian ini tidak dapat menjelaskan tugas2 yang diharapkan daripada murid dengan tepat untuk dijadikan asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa mereka. Sharifah alwiah alsagof (1986) menghuraikan panduan penggunaan dan penulisan ujian bentuk esei seperti berikut: 1. Menggunakan ujian berbentuk esei hanya untuk objektif yang perlu diuji dengan esei sahaja. Jika perkara yang diuji hanya pengetahuan semata-mata, maka item objektif boleh digunakan. 2. Perkara yang perlu dijawab oleh murid harus jelas. Jangan gunakan soalan yang tidak terbatas luasnya. 3. Murid harus diberi latihan menjawab soalan esei. Berikan juga contoh jawapan yang baik supaya dapat dicontohi. 4. Beri murid masa yang cukup untuk menjawab soalan ini. Cara menentukan masa adalah seperti berikut: a. Guru harus terlebih dahulu menjawab soalan esei tersebut. b. Masa yang diambil oleh guru harus diganda 2 Bentuk soalan subjektif Soalan subjektif boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu tindak balas dan tindak balas terbatas. Pembahagian ini berdasarkan corak tindak balas terhadap sesuatu soalan subjektif sama ada bebas atau terbatas. Tindak balas lanjutan Tindak balas lanjutan melibatkansoalan jenis perbincangan. Soalan jenis ini memerlukan jawapan kepada kata2 seperti terangkan, huraikan, bezakan, galurkan, tafsirkan dan sebagainya. Gerak balasnya kompleks dan dapat mengukur pelbagai proses pemikiran seperti taakulan abstrak, inferens, daya kreatif, keaslian idea, imaginasi pemikiran yang berasaskan hipotesis dan sebagainya. (Kamaruddin haji husin, 1987). Unsur2 tindak balas lanjutan

1. Soalan subjektif tindak balas lanjutan memerlukan jawapan yang meluas, bebas dan asli dari segi: a. Mengemukakan fakta2. b. Menilai fakta yang berkaitan c. Mengatur idea. d. Menggemblengkan idea2 secara logic dan berkaitan sehingga menghasilkan jawapan yang original. 2. Soalan subjektif tindak balas lanjutan boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. 3. Soalan subjektif tindak balas lanjutan merangkumi ujian kandungan dan karangan. 4. Kelemahan soalan subjektif tindak balas lanjutan adalah kebolehpercayaan pemarkahan yang rendah. 5. Tindak balas lanjutan melibatkan soalan jenis perbincangan. Soalan perbincangan memerlukan jawapan kepada perkataan seperti terangkan, huraikan, bezakan, bincangkan, nilaikan dan sebagainya. 6. Soalan tindak balas lanjutan memberi peluang kepada pelajar membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas terbatas Tindak balas terbatas ditentukan oleh batasan atau bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon. Tindak balas terbatas merangkumi jawapan mengingat kembali, lazimnya menjawab soalan siapa, bila, berapa, di mana dan apa dengan memberi tindak balas tentang nama, tarikh, tempat, peristiwa, dan pengertian dan sebagainya. Jenis jawapan pendek pula melibatkan tindak balas satu frasa, kenyataan atau ayat yang mengandungi kata2 seperti senaraikan, nyatakan, takrifkan dan sebagainya. Soalan jenis ini diberi pemarkahan secara objektif dan biasanya dianggap sebagai item objektif jenis lengkapan. (Kamaruddin haji husin, 1986) Unsur2 tindak balas terbatas: 1. 2. 3. 4. 5. Membataskan isi (bidang) dan bentuk tindak balas. Batasan dan sukatan diperoleh dalam pernyataan2 soalan dan rangsangan soalan. Mengukur kognitif di peringkat kefahaman, penggunaan dan anallisis. Kurang membolehkan calon mengatur, mengembangkan idea dan keaslian jawapan. Mempunyai kebolehpercayaan pemarkahan yang tinggi.

Jenis2 soalan tindak balas terbatas ialah: 1. Item jawapan pendek a. Item jawapan pendek boleh dikelaskan sebagai item sumbangan dan gerak balas bebas. b. Item ini boleh merupakan soalan atau penyataan yang perlu dilengkapkan. c. Calon dikehendaki bertindak balas dengan menulis jawapan di bawah item tersebut. 2. Ditentukan batasan kandungan, tingkah laku, bentuk, masa dan markah

a. Kandungan (isi) biasanya ditentukan oleh sebanyak mana fakta yang harus disajikan. Juga ditentukan skop2 yang perlu dibincangkan oleh calon2 bagi sesuatu tajuk. b. Tingkah laku terbatas seperti senaraikan, nyatakan dan lain2 c. Bentuk ditentukan dan cara2 membuatnya juga disarankan seperti esei pendek 200 patah perkataan. d. Masa/markah dinyatakan ; contohnya, 10 minit/10markah 3. Dasarkan soalan tersebut kepada sesuatu masalah 4. Buat satu rangsangan dan daripada rangsangan tersebut, bina beberapa soalan.

You might also like