Surat Kiriman Rasmi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Desa Harmoni, Jalan Semangat, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan. 26 APRIL 2007.

Tuan, Aduan Pembalakan Haram Dengan hormatnya perkara di atas saya rujuk. 2. Untuk pengetahuan tuan, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan simpan berhampiran dengan kampung kami. Perbuatan ini telah dikesan oleh penduduk kampung. 3. Aktiviti tersebut menyebabkan hakisan tanah. Akibatnya kampung kami terdedah kepada banjir kilat. Aktiviti pembalakan ini juga menyebabkan tiada lagi kawasan tadahan hujan di kampung kami. 4. Selain itu, jalan raya di kampung kami telah rosak kerana sering dilalui lori mengangkut balak. Keadaan ini juga membahayakan penduduk kampung yang menggunakan jalan terebut. 5. Bersama-sama ini saya sertakan beberapa keping gambar foto untuk membuktikan aduan kami. 6. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan hidup kami. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih.

R AKYAT SIHAT NEGARA MAJU Saya yang menjalankan tugas,

(Daun Bin Mukri) Setiausaha, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Desa Harmoni.

You might also like