Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1. Pengenalan kepada Alat Pemadam Api.

(Fire Extinguisher)

Alat Pemadam Api adalah: I. Sejenis alat pemadam api mekanikal yang mudah alih yang boleh mengawal dan memadamkan kebakaran kecil mengikut kelas api dan kebakaran tertentu. Pemadam api adalah alat perlindungan kebakaran aktif yang digunakan untuk memadamkan atau mengendalikan kebakaran kecil yang sering digunakan dalam situasi kecemasan. Hal ini tidak termasuk untuk digunakan pada api di luar kawalan, seperti yang akan membahayakan pengguna (iaitu tidak ada jalan keluar, asap, bahaya letupan, dan sebagainya), atau memerlukan anggota bomba dan penyelamat. Biasanya, alat pemadam api terdiri daripada bekas silinder yang mengandungi agen yang boleh dibuang untuk memadamkan api kebakaran. Sebuah peranti yang boleh digunakan untuk memadamkan api. Biasanya bekas silinder alat pemadam api diisi dengan karbon dioksida, serbuk kering, atau air. Sebuah peranti mudah alih untuk memadamkan kebakaran kecil Satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. Dikendalikan secara manual serta dapat mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api.

II.

III.

IV. V. VI.

2. Jenis-jenis alat pemadam api dan keperluannya.

KELAS A (Api pepejal) solid fire - Api kayu - Api kertas - Api Sampah - Api kain Air & Debu kering KELAS B (Api Cecair) Liquid Fire - Api Minyak - Api Cat - Api Varnish Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

KELAS C (Api Wap dan Gas) gas &Stim Fire - Butana - Propane - Oxy acetalane - Gas (LPG) Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid KELAS D (Api Logam) Matel Fire - Potaosium - Sodium - Kalsium - Magnesium Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder. -Api Elektrik Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelaas-kelas api dan boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai. Debu Kering, Karbon Dioksida &Varpourising liquid

1. ALAT PEMADAM API JENIS AIR

Kandungan :Air Biasa : 9 Liter Jarak Pancutan : 20 25 Jangkamasa Pancutan : 60 120 saat

KEBAIKAN /KEBURUKAN - Mudah dikendalikan - Boleh mengawal/memadam api di peringkat awal - Cecair yang digunakan tidak merbahaya - Hanya sekali digunakan - Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam - Tidak boleh diletakkan di tempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku - Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar

2. ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER) Kandungan:- Sodium bikarbonat : 97% - Magnesium stearote : 11/2% - Magnesium karbonat : 1% - Trikalsium karbonat : % Jarak Pancutan : 15 20 Jangkamasa Pancutan : 2 Minit

KEBAIKAN/ KEBURUKAN - Mudah dan senang dikendalikan - Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan - Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis C02 dan BCF - Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle. - Hanya boleh sekali sahaja. - Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dan lain-lain - Tidak boleh memadam api logam - Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku Perhatian!! Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya. Pemeriksaan:1. Hendaklah diperiksa setiap bulan 2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau:penuh & merah:kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis

3. ALAT PEMADAM API JENIS GAS (CO2 & BCF) Kandungan :- Dalam tabung diisi dengan CO2 dalam bentuk cecair dalam tekanan. - Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya. Jarak pancutan : 8 ke 12 dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450 Jangkamasa pancutan : 8 hingga ke 30 saat

KEBAIKAN/ KEBURUKAN - Mudah dikendalikan - Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan - Gasnya bersih tidak membantu kebakaran - Gasnya tidak mengalirkan elektrik - Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil - Hanya sekali digunakan - Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja. - Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10% - Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D - Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar

4. ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam) Sesuai untuk memadam api kelas B dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan,(menyejukkan). Kandungan :- Terdapat 2 tabung - Tabung dalam (Aluminium Sulphate) - Tabung luar (Sodium Bicarbonate / Stabilizer) Jarak Pancutan : Lebih kurang 20 Jangkamasa Pancutan : 30 hingga ke 90 saat. KEBAIKAN/ KEBURUKAN - Mudah dikendalikan - Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran - Tidak terganggu daripada tiupan angin - Boleh mengawal dan memadam kebakaran di peringkat awal dengan berkesan. - Hanya sekali digunakan - Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D - Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan - Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.

Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut: 1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai 2. Ikut arah angin semasa menggunakannya 3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS.

3. Terangkan tentang penggunaan alat pemadam api.

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai 2. Ikut arah angin semasa menggunakannya 3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS

KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S P Pull (Tarik / cabut pin keselamtan)

A Aim (Halakan nozel ke arah punca api)

S Squeeze (Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar)

S Sweep (Layangkan nozel / hos ke kiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses)

You might also like