Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU

Pemahaman tentang sosiobudaya pelajar dapat membantu guru menyediakan proses pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang pelajar.

Penerimaan dan layanan adil

Strategi pembelajaran koperatif

Pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan

Aspirasi dan jangkaan guru

Pemilihan bahan sumber

Mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,kepercayaan dan agama skan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada pelajar. Guru harus menggunakan maklumat latar belakang keluarga untuk memahami tingkah laku pelajar yang dipengaruhi oleh persekitaran.

Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain. Pendidikan yang saksama bukan bermakna sistem penyampaian yang sama digunakan untuk semua pelajar.

kesaksamaan pendidikan bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran. Dengan mengambil kira faktor-faktor ini,guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan pelajar

Melalui pembelajaran koperatif, pelajar dlaam kumpulan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, saling membantu dan berinteraksi. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dalam masyarakat majmuk.

Pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan


Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rutin bilik darjah. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Untuk menguruskan hubungan antara pelajar,guru boleh menggunakan kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah.

Guru hendaklah sedar bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan kelas sosial,jantina atau bangsa. Biasanya pelajar yang telah dilabel akan bertindak sebagaimana label yang disangkut kepadanya. Aspirasi guru merujuk kepada harapan yang diletakkan oleh guru keatas pelajar untuk mencapai prestasi tertentu.

Kebanyakan sekolah mengamalkan sistem pengaliran berdasarkan pencapaian akademik yang berbeza. Dengan layanan yang berbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh. guru perlulah menyediakan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan pengalaman dan keupayaan pelajar.elakkan diskriminasi.

Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Guru perlu berhati-hati dalam memilih bahan sumber pembelajaran yang sesuai. Walaupun buku teks telah ditetapkan, guru perlu menyediakan sumber tambahan yang sesuai dengan pengalaman pelajar agar pembelajaran bermakna boleh berlaku.

Dalam memilih sumber pembelajaran, guru perlu mengelakkan unsur-unsur negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Pemilihan sumber yang baik juga perlu dilihat daripada sudut penggunaan bahasa dan istilah yang tidak berunsur sensitif dari segi gender, etnik dan kepercayaan.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID

You might also like