Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 56

Disediakan Oleh : Mohd.Haizat B.

Bahari

Pengenalan :
Perkataan fotografi berasal daripada perkataan Greek, iaitu photos bererti cahaya dan graphein bererti melukis. Ia diperkenalkan oleh Sir John Herschel pada tahun 1839. Sebenarnya kamera merupakan sebuah kotak yang tidak dimasuki cahaya, ia mempunyai kanta di hadapan yang mengandungi satu bukaan (apertur) diantaranya serta bahan sensitif seperti filem yang mempunyai pengatup (shutter) di hadapannya. Sifat-sifat kamera adalah hampir sama dengan mata kita, cuma kamera digerakkan secara mekanikal dan cahaya yang memasuki kamera dikawal oleh apertur tetapi mata kita dikawal oleh iris.

Terdapat 4 jenis kamera :


1. Single Lens Reflex Camera (Kamera Pantulan 1 Kanta). 2. Twin Lens Reflex Camera (Kamera Pantulan 2 Kanta). 3. Reflex Camera. 4. Polaroid.

Kamera terdiri daripada 3 bahagian utama :


1. Bahagian badan kamera (body) 2. Bahagian filem (film part) 3. Bahagian lensa(lens part)

1. Single Lens Reflex Camera (Kamera Pantulan 1 Kanta).


Kamera ini mempunyai satu lensa dan imej boleh dilihat terus menerusi lensa. Pentaprisma berperananan membalikkan imej atau cahaya. Terdapat 2 jenis iaitu Kamera SLR fokus secara manual dan SLR fokus automatik. Kamera SLR sesuai digunakan untuk hampir semua situasi seperti potret, sukan dll. Ia menggunakan filem berukuran 24mm X 36 mm atau lebih dikenali sebagai 35 mm.

2. Twin Lens Reflex Camera (Kamera Pantulan 2 Kanta).


Kamera ini mempunyai dua kanta dihadapannya; satu di atas dan yang satu lagi di bawah. Cahaya yang memasuki kanta di atas akan dibalikkan melalui cermin satah terus ke skrin untuk membolehkan anda melihat imej. Kanta yang di bawah boleh difokus. Cahaya memasuki kedua-dua kanta ini. Tidak sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang dekat kerana ia akan memberikan kesan paralaks. Sesuai untuk mengambil gambar curi.

Kamera dua lensa refleks spt yang Disebelah ini, menggunakan format besar iaitu 6 cm X 6 cm. Sesuai untuk penggambaran potret (studio).

3. Refleks Camera

Kamera ini hanya mempunyai satu lensa dan imej boleh dilihat terus menerusi lensa. Imej yang menerusi lensa akan dibalikkan melalui cermin satah. Cermin satah akan dinaikkan ke atas secara mekanikal setelah pelepas shutter ditekan untuk membolehkan imej dirakam terus kepada filem. Golongan profesional menggunakan kamera refleks untuk kegunaan seperti mengambil gambar potret atau di studio. Kamera ini mahal harganya dan menggunakan filem format sederhana 6 cm X 4.5 cm.

4. Polaroid

Menggunakan filem khas yang akan menjadi gambar dalam masa 60 saat. Sesuai digunakan untuk mendapatkan hasil dengan segera.

PENJAGAAN KAMERA
1. 2. Kamera hendaklah sentiasa disimpan di dalam begnya (sekira tidak digunakan) dan bahagian hadapan lensa ditutup dengan penutup. Jangan dekatkan kamera pada keadaan atau suhu yang panas, air, bahan kimia atau menjatuhkannya.

3.

Jangan sentuh bahagian shutter atau menghembuskannya dengan blower. bahagian ini lembut dan mudah rosak.
Jangan menyentuh kanta-kanta pada lensa dan cermin-cermin di dalam kamera. untuk menjaga bahagian hadapan lensa agar tidak calar, gunakan penyaring UV atau skylight. Sekiranya menyimpan kamera untuk jangka masa yang panjang, keluarkan bateri dan simpan kamera di tempat yang dingin dan kering. Jauhkan daripada habuk dan bahan kimia.

4.

5.

6.

Adalah digalakkan agar anda menghantar kamera untuk diservis setahun atau dua tahun sekali bergantung sebanyak mana anda menggunakannya.
Untuk menjauhi lensa anda daripada berkulat (fungus), gunakan bahan antikulat seperti silicagel yang dijual di kedai-kedai fotografi.

7.

FILEM
Sifat-sifat Filem. Jenis-jenis Filem. Jenama dan Kelebihannya. Penggunaan Filem.

SIFAT-SIFAT FILEM
1. Sensitif Kepada Cahaya :
Sesetengah filem hanya sensitif kepada beberapa warna tertentu sahaja.

2. Kepantasan Filem :
Filem pantas boleh digunakan walaupun pada waktu kurang cahaya. Filem sebaliknya memerlukan lebih banyak cahaya. Kepantasan diukur dengan skala International Standards Organization (ISO) yang terdiri daripada American Standards Association (ASA).

3. Faktor Bintik Filem :


Semua filem mempunyai faktor bintik. Bintik-bintik ini amat halus dan boleh dilihat menerusi kanta pembesar. Semakin pantas filem itu, semakin besarlah faktor bintiknya. Bintik pada filem jelas kelihatan jika pendedahan dibuat dalam cahaya yang kurang ataupun dicetak besar.

4. Kadar Latitud :
Keupayaan filem menerima pendedahan sama ada kurang atau lebih. Filem yang pantas mempunyai kadar latitud yang lebih daripada filem berkelajuan rendah.

Jenis-jenis filem :

1. Jenis Rendah
Filemnya memerlukan banyak cahaya untuk membuat imej seperti ASA 25, 32 & 50. Saiz aperture perlu dibuka luas dan kelajuan shutter akan menjadi lebih lama. Sesuai digunakan untuk panggambaran waktu cuaca terang, penggambaran pemandangan ataupun landskap kerana faktor bintik yang rendah

2. Jenis Sederhana
Filemnya memerlukan cahaya yang sederhana untuk membuat imej seperti ASA 64, 80, 100, 125 & 160. Penggunaannya merangkumi kebanyakkan situasi penggambaran dalam pelbagai keadaan cuaca ataupun cahaya.

3. Jenis Pantas
Filemnya memerlukan cahaya yang sedikit untuk membuat imej seperti ASA 200, 400, 800, 1000, 1600 & 3200. Contohnya situasi seperti di dalam rumah yang kurang cahaya serta penggambaran aksi sukan.

Jenama filem dan kelebihannya :


1. Kodak 2. Agfa 3. Fuji 4. Sakura 5. Konica - Neutral - Perang/coklat - Kehijau-hijauan - Kemerah-merahan. - Kebiru-biruan

Pengunaan filem yang sesuai mengikut situasi atau subjek


Situasi / Subjek
1. Cuaca terang atau matahari terik. 2. Berawan.

A B C D E

3. Cuaca gelap.
4. Dalam rumah tanpa lampu imbasan. 5. Dalam rumah dengan lampu imbasan. 6. Potret. 7. Landskap. 8. Haiwan. 9. Aksi / sukan. 10. Alam benda 11. Seni bina. A Kelajuan filem sehingga ISO 64 B Filem ISO 100 C Filem ISO 200 D Filem ISO 400 E Filem ISO 800 hingga ISO 1600 Paling sesuai Boleh digunakan Tidak digalakkan

KAMERA SLR jenis 35mm (SINGLE LENS REFLEX)


Bahagian-bahagian utama Kamera SLR jenis 35mm : 1. Tuil Penggerak Filem. 2. Pelepas Shutter. 3. Dail Kelajuan Shutter/Filem ASA. 4. Penilik. 5. Pemegang Lampu Imbasan. 6. Tuil Pemutar Filem. 7. Kanta. 8. Lensa. 9. Jangka Masa. *Shutter = alat penutup
Fungsi Shutter : 1. Mengawal cahaya 2. Mengawal pergerakan objek 3. Merubah warna jika menggunakan cahaya lampu.

* Aperture = bukaan (untuk cahaya)


Fungsi Aperture : 1. Mengawal cahaya 2. Mengawal jarak jelas.

Shutter Mengawal Pergerakkan Objek :


Bagi pergerakan yang pantas, anda memerlukan kelajuan shutter yang pantas untuk memberhentikan pergerakkannya. Kaedah panning bereti, anda menggunakan kelajuan yang rendah dan mengambil mengikut arah pergerakan tersebut. Pastikan kamera anda stabil dan tidak bergoyang. Kesan yang terdapat dari kaedah ini ialah latar belakangnya akan menjadi kabur.

Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit ataupun penunggang basikal atau apa sahaja objek yang bergerak, gunakan kelajuan shutter pantas atau tinggi. Jika mahukan kesan khas pada gambar gunakan kelajuan yang rendah.

Situasi

Kelajuan Shutter

1. Seseorang yang sedang berjalan ke arah anda (5kmj). 2. Seseorang yang sedang berjalan melintasi anda (5kmj). 3. Seseorang sedang berlari ke arah anda (15kmj). 4. Seseorangsedang berlari melintasi anda (15kmj). 5. Penunggang basikal sedang bergerak ke arah anda (40kmj). 6. Penunggang basikal sedang bergerak melintasi anda (40kmj). 7. Kereta bergerak ke arah anda (80km). 8. Kereta bergerak melintasi anda (80kmj).

1/60 saat
1/250 saat

1/125 saat
1/500 saat

1/250 saat
1/1000 saat

1/1000 saat
1/4000 saat

Shutter Mengawal Cahaya :


Pengatup (shutter) tersingkap lama atau perlahan memberi peluang jumlah cahaya banyak masuk ke dalam kamera. Kelajuan atau kepantasan singkapannya menyebabkan sedikit saja cahaya masuk ke dalam kamera.

Shutter Mengawal Warna :


Objek / subjek atau lokasi yang diterangi cahaya lampu buatan seperti lampu video (Tungsten) atau lampu kalimatang (Fluorecent) ada lembayung (Ultra Violet). Di bawah cahaya Tungsten hasil foto kemerahan, kuning coklat atau brown. Sementara di bawah cahaya kalimatang, hasil foto ada pengaruh hijau. Jika singkapan pengatup terlalu perlahan atau lama, merahan atau hijauan akan bertambah ketara banyaknya.

Kawalan Dedahan (Exposure Controls) : Aperture dan Shutter amat perlu dalam pengawalan dedahan filem di mana 2 bahagian ini berganding untuk menghasilkan gambar yang terbaik. Aperture (Bukaan) : Kawalan Aperture terdiri daripada nombor-nombor yang dikenali sebagai F-stops yang merujuk kepada F-16, F-11, F-18 dan lainnya. Kawalan Aperture seperti berikut : F-22 F-16 F-11 F-8 F-5.6 F-4 F-2.8

Di mana : Semakin besar nilai F-stops maka semakin kecil dedahan filem terhadap cahaya. Semakin kecil nilai F-stops maka semakin besar dedahan filam terhadap cahaya. Contohnya : F-11 memberi dedahan sedikit cahaya kepada filem. F- 8 memberi dedahan sederhana kepada filem. F-5.6 memberi dedahan yang banyak kepada filem.

Saiz Bukaan Apertur

_____________________

Saiz apertur semakin kecil

Saiz apertur bertambah besar

_____________________

Aperture Mengawal Cahaya :

Penggambaran di tepi pantai atau di bawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yang kecil f-16 atau f-22. Ini bermakna, untuk menahan cahaya yang berlebihan daripada masuk ke dalam kamera, kita mengecilkan saiz aperturenya.

Apabila keadaan cahaya yang kurang atau di dalam Bilik yang agak gelap, besarkan saiz aperture f-2.8 Atau f-2 untuk membolehkan lebih banyak cahaya Memasuki lensa.

Apertur Mempengaruhi Zon Ketajaman Fokus


Perhatikan foto-foto di bawah, keseluruhan gambar yang saiz aperturnya kecil (f/16) jelas dan tajam dari depan ke belakang. Saiz apertur seperti ini sesuai untuk penggambaran pemandangan. Sebaliknya, untuk gambar jenis potret, saiz apertur yang besar diperlukan untuk mengabur latar belakang.

F-4

F - 16

F-4

F 2.8

Memasuk dan Membuka Lensa Dari Badan Kamera

Untuk memasang lensa ke badan kamera, titik yang berada


pada angka penunjuk jarak, skala zon ketajaman fokus dan gelang aperture berada dalam keadaan sebaris dan selari. Kemudia dengan memutarkan lensa mengikut arah berlawanan jam.

Untuk membuka lensa kamera dari badan kamera dengan menekan punat yang terdapat dibahagian sebelah kanan kamera dan memutarkan lensa mengikut arah jam.

Membuka Belakang Badan Kamera


Tarik tuil pemutar filem ke atas. Diikuti dengan memusingkan serentak tapak pemutar filem itu ke sebelah kiri. Bahagian belakang kamera akan terbuka dengan sendiri.

Memasukkan filem
Masukkan filem di sebelah kiri kamera dan masukkan kembali tuil pemutar filem.

Hujung Filem Dimasukkan Ke Dalam Liang batang Tuil Penggerak Filem. Tarik sedikit filem dan masukkan bahagian hujung ke sebelah kanan kamera. Sambil menyentuh filem di sebelah kanan (agar filem tidak terkeluar). Hujung filem dimasukkan ke dalam liang batang tuil penggerak filem.

Gerakkan Tuil Penggerak Filem Ke Kanan. Pastikan filem masuk ke gigi-gigi di sebelah kanan kamera. Gerakkan tuil penggerak filem ke kanan dengan perlahan. Pastikan filem berada dalam keadaan yang betul.

Tutup Bahagian Belakang Kamera Tutup bahagian belakang kamera semula sebelum menekan pelepas shutter untuk mengambil gambar.

Pusing Tuil Pemutar Filem Pusing perlahan-lahan tuil pemutar filem mengikut arah anak panah untuk menegangkan filem. Tingkap penghitung dedahan akan menunjukkan S.

Tingkap Penghitung Dedahan Akan menunjukkan angka S.


Pastikan tingkap penghitung dedahan akan menunjukkan angka S selepas bahagian belakang kamera ditutup. Tekan pelepas shutter dan gerakkan filem. Lakukan beberapa kali sehingga angka pada tingkap penghitung dedahan menunjukkan 1.

Set Dail Kelajuan Filem ASA/ISO


Tarik ke atas dail kelajuan shutter/ filem ke atas dan pusingkan ke kiri ke kanan bergantung kepada nilai kelajuan yang hendak kita pilih. Pemilihan kelajuan filem berdasarkan kepada ASA/ISO filem yang kita gunakan. Sebagai contoh, filem berkelajuan ASA 100 digunakan dan dail hendaklah disetkan pada angka 100.

Imej dilihat menerusi penilik


Imej dilihat menerusi penilik di bahagian belakang kamera. Pada waktu itu, badan kamera diletak atas tangan kiri sementara, tangan kanan memegang badan kamera. Gunakan mata kanan anda untuk memfokus. Ini akan menjadikan kedudukan kamera berada dalam keadaan stabil.

Set Kelajuan Shutter Dan Aperture.


Mula-mula kita menentukan posisi sesuatu subjek yang hendak diambil dalam keadaan di tengah-tengah objek. (i.e.,12mm-diameter circle) di dalam gegelang bulatan. Kemudian kita pilih kelajuan shutter di dail kelajuan shutter ke kiri atau ke kanan. Lepas itu kita tentukan aperture yang sesuai untuk digunakan.

Fokus Subjek Dengan Menggerakkan Gelang Memfokus.


Imej yang jelas dan tajam didapatkan dengan cara memutarkan gelang memfokus ke kiri atau ke kanan perlahan-lahan sehingga imej di atas dan di bawah zon pembahagi imej selari; serta imej digelang mikroprisma tidak pecah / retak. Anda juga boleh memfokus imej / subjek menerusi skrin memfokus. pastikan imej di skrin jelas dan tidak kabur. Sewaktu memfokus, cahaya yang memasuki lensa akan dibalikkan melalui cermin satah di skrin memfokus. Dari sini, cahaya / imej yang terbalik akan dibetulkan oleh pentaprisma.

Tekan Pelepas Shutter


Anda boleh mula mengambil gambar sekarang. Tekan pelepas shutter apabila telah bersedia untuk mengambil gambar.

Mengambil gambar seterusnya


Tuil berada pada sudut 30 darjah untuk membolehkan ibu jari menggerakkannya ke kanan. Sudutnya bertambah 130 darjah lagi untuk membuat pendedahan seterusnya setelah digerakkan. Nombor pada tingkap penghitung dedahan akan bertambah satu persatu setelah filem digerakkan oleh tuil penggerak filem.

Menggulung Filem

Tekan butang pemutar filem di bawah kamera. Jangan buka bahagian belakang kamera.

Pusing tuil pemutar mengikut arah anak panah perlahan-lahan. Anda akan mendengar bunyi klik setelah filem habis dipusing.

Mengeluarkan Filem
Tarik tuil pemutar filem ke atas dan bahagian belakang kamera akan terbuka sendirinya. Keluarkan filem dan masukkan ke dalam bekasnya dan hantar ke makmal untuk diproses segera.

Memasukkan Penggerak Filem Kembali


Setelah Filem dikeluarkan, tutup kembali bahagiam penutup belakang kamera. Nombor pada tingkap dedahan akan menunjukkan ke angka S semula. Tekan penggerak filem ke kiri untuk tujuan penyimpanan.

Panduan Mengambil Gambar


Fotogarfi mempunyai undang-undang iaitu sebagai panduan kita mengambil gambar. Undang-undang yang dimaksudkan adalah langkah-langkah untuk mengambil gambar yang sebaik-baiknya iaitu :Pertama : Komposisi (angle)

Kedua
Ketiga

:
:

Latarbelakang
Latar depan

Keempat
Kelima

:
:

Peranan cahaya
Mesej atau penceritaan

1.

KOMPOSISI

Komposisi adalah menyusun objek-objek yang hendak kita gambarkan supaya ianya kelihatan cantik dan menarik. Komposisi ini terbahagi kepada dua :-

a. Menyusun objek-objek yang boleh kita gerak-gerakkan seperti kotak, botol, meja, bangku, pinggan mangkuk dan sebagainya.

b. Menyusun objek-objek yang tidak boleh digerakgerakkan seperti bangunan, gunung, sungai, pokok, awan, laut dan sebagainya. Dalam hal ini anda yang harus bergerak mencari sudut yang sesuai supaya keadaan objek-objek tadi kelihatan tersusun rapi dalam gambar.

TITIK KUAT DALAM KOMPOSISI


Yang disebut titik kuat dalam komposisi adalah titik yang paling menentukan dalam komposisi untuk membuat gambar menarik dipandang. Pada sebuah bujur sangkar titik kuat itu terletak bukan tepat di tengah atau pada pusat bidang gambar.

. . . .

. . . .

Contoh 1

.
Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Garis Pengarah
Lebih mengesankan subjek yang diturut oleh pandangan mata dari sudut kiri bawah menuju sudut kanan atas bidang gambar. Pandangan mata mendapat tempat hinggap hingga kemudian menurutkan jalannya garis pengarah.

Cara Menempatkan Horizon


Horizon atau kaki langit tidak boleh membahagi dua bidang gambar. Letak horizon atau tinggi, 1/3 dari sisi atas atau rendah.

RUANG BEBAS UNTUK FOTO WAJAH ATAU BENDA YANG BERGERAK Kalau orang yang dipotret memandang ke arah kiri atau kanan, maka ruang yang kosong atau ruang yang bebas didepannya harus lebih besar daripada ruang yang berada dibelakangnya.

PENGARUH KOMPOSISI DALAM JENDELA


Empat persegi panjang yang mengingatkan kita kepada benda yang tegak seperti pohon, cerobong asap, tiang bendera atau manusia yang sedang berdiri. Sedangkan empat persegi mendatar atau horizontal pula menimbulkan kesan luas dan suasana yang tenang.

KOMPOSISI UNTUK MENGAMBIL GAMBAR MANUSIA YANG SESUAI

Wide Angle

Medium Angle

Close Up

KOMPOSISI UNTUK MENGAMBIL GAMBAR PERMANDANGAN

High Angle

Low Angle

Perspektif

Latar Hadapan

Latar Hadapan

Penggunaan Filter Pada Depan Lensa

Penggunaan Filter Pada Depan Lensa

You might also like