Moral Esei

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Dalam masyarakat kini, diskriminasi bukan merupakan isu baru.

Diskriminasi merupakan satu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat kita. Zanden (1968) mengatakan bahawa diskriminasi bukan dalam bentuk pemikiran tetapi berbentuk tindakan luaran apabila ahli sesuatu kumpulan diberikan layanan yang tidak disenangi atas dasar agama, etnik dan ras. Hess, Markson dan Stein (1962) mendefinisikan diskriminasi boleh ditakrifkan sebagai layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan disebabkan perbezaan ras, jantina, kebudayaan, warna kulit, agama, kelas sosial atau taraf hidup. Bagi Cascio (1995) pula, diskriminasi ialah pemberian kebaikan atau keburukan secara tidak adil kepada anggota sesuatu kumpulan berbanding dengan anggota kumpulan lain. Biasanya diskriminasi berlaku atas dasar yang tidak berkait dengan sesuatu pekerjaan seperti umur, bangsa dan jantina, iaitu tiada kaitan dengan kemampuan mangsa diskriminasi itu untuk mempelajari atau melakukan sesuatu tugas yang diperlukan.

Seterusnya, Cascio (1995) juga telah memberi lima bentuk diskriminasi, iaitu: diskriminasi dengan sengaja; diskriminasi layanan tidak sama; diskriminasi kesan tidak sama; diskriminasi masa lalu; dan tindak balas terhadap orang yang menentang diskriminasi. Diskriminasi dengan sengaja ialah penglahiran secara terbuka atau secara terang-terang perasaan benci, kekasaran atau ketidaksamaan layanan kepada anggota kumpulan tertentu dengan tiada mengambil kira keupayaan atau kemampuan anggota kumpulan itu melaksanakan sesuatu kerja. Sebagai contoh, sebuah iklan mencari pekerja baru yang hanya menyenaraikan kerja untuk pekerja lelaki atau perempuan secara berasingan. Layanan tidak sama ialah satu bentuk diskriminasi yang menggunakan satu set piawai, tatacara atau kemudahan yang berlainan dalam melayani anggota kumpulan tertentu. Contohnya, ujian khas dikenakan kepada orang kulit hitam manakala bagi orang kulit putih dikenakan ujian yang lain. Diskriminasi kesan tidak sama,

melibatkan penggunaan piawai, tatacara atau kemudahan yang sama bagi setiap anggota kumpulan dengan kesedaran bahawa diskriminasi memberi kesan negatif kepada anggota tertentu dalam kumpulan. Sebagai contoh, iklan pengambilan pekerja disiarkan dalam media seperti akhbar yang hanya menarik perhatian anggota kumpulan tertentu, sedangkan anggota kumpulan lain tidak mengetahui iklan berkenaan kerana tidak berminat dengan media berkenaan.

Diskriminasi masa lalu pula melibatkan perlakuan berlandaskan diskriminasi yang biasa dilakukan terhadap anggota kumpulan tertentu pada masa lalu. Contohnya, anggota kumpulan tertentu yang pernah dinafikan sesuatu pekerjaan kerana berpakaian menutup aurat akan terus dinafikan peluang bekerja dengan adanya syarat yang lebih ketat supaya mereka tidak akan bersaing untuk mendapat pekerjaan tersebut. Akhir sekali, tindak balas terhadap orang yang menentang diskriminasi. Bentuk diskriminasi ini ditujukan kepada mana-mana anggota kumpulan yang menentang amalan diskriminasi oleh sesebuah organisasi. Antara tindakan yang diambil ke atas mereka yang menentang diskriminasi ialah memaksa, mengugut atau mengenakan sebarang tindakan lain. Contohnya, pekerja yang menentang diskriminasi dibuang, digantung, ditukar tempat kerja atau diturunkan pangkat.

Selain bentuk diskriminasi, terdapat pelbagai jenis diskriminasi yang boleh dibincangkan iaitu diskriminasi jantina, ras dan beberapa diskriminasi lain seperti umur dan agama yang diberikan tumpuan. Jika diteliti contoh yang diberi tentang bentuk diskriminasi di atas, beberapa jenis diskriminasi boleh dikesan.

Diskriminasi jantina ialah layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan atas dasar jantina. Diskriminasi jantina mungkin berlaku disebabkan perbezaan keadaan fizikal lelaki dan perempuan. Lelaki dilihat secara fizikalnya sebagai seorang yang kuat, tegap dan boleh melakukan kerja barat, manakala perempuan dilihat secara fizikal sebagai lemah, tidak tegap dan sesuai dengan kerja mudah dan ringan. Perempuan juga bertanggungjawab melahir dan menjaga anak. Oleh sebab perbezaan yang wujud antara lelaki dengan perempuan, kedua-duanya diberikan tugas atau kerja yang berbeza. Apabila terdapat perbezaan dalam mengagihkan tugas atau kerja ini mengikut jantina dan diikuti pula dengan pemberian gaji yang berbeza, maka ada pihak mengatakan bahawa amalan ini ialah suatu diskriminasi jantina. Biasanya pihak yang didiskriminasi dalam konteks ini ialah perempuan kerana layanan berbeza diberikan kepada mereka.

Sebenarnya isu berkaitan diskriminasi jantina telah lama wujud. Sebagai contoh, pada zaman jahiliyah, masyarakat Arab tidak suka anak perempuan. Mereka sanggup membunuh hidup-hidup anak perempuan yang baru lahir kerana dianggap boleh memalukan keluarga. Bagi masyarat Hindu, wanita diibaratkan sebagai unggun api yang bersemarak dan pisau cukur yang tajam serta berpendapat wanita sebagai makhluk yang paling banyak dosa berbanding dengan makhluk lain. Kaum Yahudi pula menganggap wanita sebagai orang yang dilaknat dan dikutuk oleh Tuhan. Bagi kaum Nasrani, wanita ialah orang yang paling buruk, meliputi segala macam kerugian, membahayakan keselamatan keluarga dan mendatangkan musibah yang berpanjangan. Jelas kepada kita bahawa kaum wanita memang tidak mendapat layanan baik seperti kaum lelaki bagi kebanyakan bangsa di dunia ini pada masa dahulu.

Diskriminasi jantina dalam pekerjaan bermaksud individu atau kumpulan diberi layanan yang tidak adil dalam pekerjaan mereka kerana jantina mereka (Gambar 1.0). Pekerja-pekerja mengalami layanan yang berbeza seperti diberi tugas dan kerja yang berbeza, pemberian gaji yang berbeza dan status yang tidak setara. Contohnya, seseorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama, majikan hanya mengupah wanita atau lelaki sahaja dalam pekerjaan tertentu.

Kelebihan tenaga buruh merupakan punca utama bagi diskriminasi jantina semasa majikan mengupah pekerja-pekerja. Majikan terdapat banyak pilihan atas calon-calon dan menyebabkan kecenderungan atas jantina berlaku semasa mereka mengambil keputusan untuk mengupah seseorang. Situasi ini amat jelas dapat kita lihat terutamanya sekarang, iaitu ekonomi merosot. Selain daripada punca itu, diskriminasi jantina disebabkan tiada undang-undang atau syarat-syarat pekerjaan minima yang wujud untuk mengawal tindakan majikan semasa mengupah pekerja. Ini akan membenarkan majikan memilih calon-calon mengikuti keinginan mereka dan kecenderungan kepada calon-calon tertentu tanpa mengikut garis panduan atau syarat yang ditetapkan.

Prasangka atau prejudis adalah satu sangkaan atau anggapan terhadap seseorang hanya merujuk kepada cirri-ciri tertentu jantina. Ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan diskriminasi jantina dalam pekerjaan. Misalnya, prasangka majikan yang menganggap golongan lelaki yang lebih berupaya dan bercakap menjalankan sesuatu tugas berbanding dengan golongan lelaki bekerja dengan lebih effektif dan berkebolehan berbanding dengan golongan wanita.

Bukan itu sahaja, diskriminasi jantina juga berpunca antara pemikiran tradisional iaitu lelaki yang sepatutnya bekerja di luar dan perempuan pula yang menjaga di rumah telah dicurahkan ke dalam otak masyarakat. Selain itu, pemikiran seperti wanita yang bersifat lembut, lemah dari segi fizikal, berpendidikan lebih rendah dan kekurangan pendedahan ke luar berbanding dengan lelaki. Pemikiran dan anggapan ini telah dipertimbangkan oleh majikan semasa mengupah seseorang bagi sesuatu pekerjaan. Kecenderungan telah berlaku dan mengakibatkan majikan menganggap sama ada lelaki atau wanita sahaja yang sesuai dengan pekerjaan tertentu.

Menuru punca-punca tersebut, akan membawa kesan-kesan terhadap diskriminasi jantina dalam pekerjaan dan juga membawakan kesan-kesan kepada negara itu. Kesan-kesan adalah gaji yang tidak berpatutan, diskriminasi jantina dalam pekerjaan mengakibatkan majikan gaji yang berlainan kepada golongan tertentu jika tiada undang-undang dan syarat-syarat pekerjaan minima digubal untuk mengawal majikan. Pekerja tidak akan mendapat gaji yang berpatutan dengan usaha mereka yang diberi dalam pekerjaan. Selain itu, kesan diskriminasi jantina dalam pekerjaan adalah kadar pekerjaan dan pengangguran yang tidak seimbang. Oleh sebab kecenderungan syarikat yang mengupah lelaki atau wanita dan golongan muda atau golongan tua sahaja untuk pekerjaan tertentu, kadar pekerjaan dan pengangguran akanmenjadi tidak seimbang. Ini akan mengakibatkan pembangunan negara terjejas dari segi ekonomi.

Selanjutnya, hal-hal ini akan menyebabkan ekonomi negara yang tidak seimbang. Kecenderungan syarikat untuk mengupah golongan tertentu menambahkan jurang perbezaan antara golongan yang akan diupah dan golongan yang menganggur. Golongan yang

berpendapatan tinggi oleh sebab kecenderungan majikan akan terus diupah dan golongan yang tidak disukai oleh majikan akan terus menganggur. Dengan juga, pembangunan dan perkembangan negara akan tertunda jika masalah diskriminasi jantina dan usia dalam pekerjaan ini menjadi serius dan tidak diselesaikan dengan segera. Pemikiran tradisional ini akan diajar kepada generasi baru dan diskriminasi jantina dan usia ini akan dilihat sebagai kebiasaan dan norma bagi masyarakat.

Begitu juga, status lelaki dan wanita yang tidak setara. Pemikiran tradisional yang menganggap lelaki adalah lebih kuat dan berupaya untuk bekerja berbanding dengan wanita mengukuh status lelaki yang dianggap lebih tinggi daripada wanita. Status lelaki dan wanita yang tidak setara menghakiskan hak wanita dan eksploitasi hak wanita berlaku.

Langkah-langkah mengatasi diskriminasi jantina dalam pekerjaan di masyarakat kita, pihak berkenaan seperti kerajaan, pihak berkuasa, ibu bapa dan juga masyarakat harus menanggung tanggungjawab dan bekerjasama untuk mengurangkan masalah diskriminasi ini daripada menjadi lebih serius dan mengelakkannya mendatangkan impak negatif kepada semua orang.

Langkah-langkah adalah memupuk status lelaki dan wanita yang setara (Gambar 2.0) dan pemikiran yang rasional. Layanan yang adil dan saksama patut diberikan kepada semua manusia dan status lelaki dan wanita yang setara perlu dipupuk di kalangan masyarakat kita bagi mengelakkan diskriminasi jantina berlaku. Semua manusia berhak menerima layanan yang sama daripada mana-mana pihak. Keamanan dan ketenteraman masyarakat terjamin jika diskriminasi

dalam pekerjaan ini tidak wujud. Pemikiran yang rasional dicurahkan dan pemikiran traditional perlu dibanteras bagi mengelakkan prasangka diskriminasi jantina. Langkah yang seterusnya ialah undang-undang dan syarat-syarat pekerjaan minima. Pihak kerajaan berkuasa untuk menggubal undang-undang, contohnya Kementerian Sumber Manusia merangka syarat-syarat pekerjaan minima bagi pekerja-pekerja tidak mengira jantina supaya pekerja tidak didiskriminasikan oleh majikan mereka. Tindakan tegas atau hukuman dikenakan ke atas manamana majikan yang tidak mengikut syarat-syarat minima tersebut.

Selain itu, majikan-majikan memainkan peranan utama dalam mengatasi diskriminasi jantina pekerja. Mereka diminta mematuhi syarat-syarat minima yang dikenakan supaya melindungi pekerja-pekerja daripada mengalami diskriminasi dalam pekerjaan mereka. Ini merupakan cara yang paling berkesan bagi menyelesaikan masalah diskriminasi ini. Begitu juga, ibu bapa dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah diskriminasi. Ibu bapa dan guru perlu menjadi model atau teladan yang baik bagi anak-anak mereka. Anak-anak patut diajar dan dididik sejak kecil agar memupuk sikap hormatmenghormati, saling pengertian dan toleransi. Pendidikan di sekolah juga merupakan kaedah yang berkesan bagi mengajar dan mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi manusia yang mulia pada masa depan.

Di samping itu, terdapat kumpulan yang memperjuang hak sama rata antara lelaki dengan wanita dalam pelbagai perkara termasuk sukan, pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan politik. Mereka menentang kumpulan male chauvinist atau kumpulan tradisional yang menganggap wanita sebagai kaum lemah dan membezakan wanita berbanding dengan lelaki dari segenap segi.

Bagi kumpulan ini, mereka membezakan antara lelaki dengan perempuan atas beberapa sebab. Antaranya ialah: lelaki dan wanita berbeza dari segi fizikal, oleh itu perlu menduduki ruang dan tempat yang berbeza; manusia perlu bertindak dan dilayan bersesuaian dengan jantina mereka dan oleh sebab lelaki dan wanita berbeza, mereka perlu diberikan layanan yang berbeza; dan manusia perlu berkelakuan serta dilayan sejajar dengan sifat semula jadi mereka dan kerana sifat semula jadi lelaki dan wanita berbeza, maka kedua-kedua jantina ini perlu dipisahkan.

Sebaliknya, kumpulan yang memperjuang hak sama rata antara jantina menganggap hujah kumpulan di atas sebagai tidak rasional dan bermotif diskriminasi. Mereka menganggap hujah yang menggambarkan wanita sebagai kaum yang lemah, tidak rasional, tidak kreatif dan tidak berguna berbanding dengan kaum lelaki sebagai tidak berasas. Mereka mempersoal kenapa manusia yang berlainan jantina perlu dilayan secara berbeza dan layanan itu pula mesti bersesuaian dengan hakikat kejadian semula jadi. Mereka menganggap pandangan ini sengaja diada-adakan oleh kumpulan tradisional untuk memperkukuh sifat chauvinist mereka. Bagi hujah, kumpulan ini meminta diperjelas apa yang dikatakan tingkah laku yang sesuai dan layanan yang bagiamana layanan yang bagaimana dikhaskan kepada wanita dan lelaki. Mereka juga mempersoal bagaimana layanan yang harus diberikan kepada mereka yang lemah. Bagi mereka, wanita yang dianggap lemah boleh menjadi kuat dan bijak berbanding dengan lelaki dalam keadaan tertentu. Bagi menjawab hujah, kumpulan ini berpendapat bahawa tiada bukti kukuh untuk membuktikan perbezaan jantina yang bersifat sejagat dan menyeluruh kecuali perbezaan fizikal. Yang terbukti ialah, tidak semua kerja yang dilakukan lelaki tidak dapat dilakukan wanita. Oleh itu, mereka berpendapat jurang pemisahan antara jantina tidak perlu wujud.

Selain itu, kumpulan penentang perbezaan jantina menuntut agar kaum wanita tidak dilabelkan dengan pelbagai imej buruk. Mereka menganggap kaum lelaki juga tidak kurang keburukan, malah ada yang lebih buruk berbanding dengan kaum wanita. Mereka juga menuntut hak dan peluang yang sama dengan kaum lelaki dan bukan hanya menganggap kaum wanita sesuai menjadi pengurus suami dan rumah tangga. Hasil daripada tuntutan itu, kini jurang perbezaan antara jantina semakin terhakis. Wanita sekarang boleh memilih pekerjaan yang diminati dan mempelajari bidang yang disukai. Banyak pekerjaan yang dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki, sekarang diceburi kaum wanita. Akibatnya, kaum lelaki mula terancam dengan fenomena ini. Dalam pendidikan, ramai wanita sudah mempelajari bidang yang dahulunya hanya dipelajari kaum lelaki seperti kejuruteraan dan astronomi. Penglibatan wanita dalam pelbagai pekerjaan dan pendidikan yang baru ini membuktikan bahawa pandangan penyokong perbezaan jantina terhadap kaum wanita adalah salah. Mereka juga ingin menyedarkan kumpulan tradisional bahawa perbezaan jantina hanyalah satu kepercayaan semata-mata dan perlu dihapuskan. Kini di kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, isu perbezaan jantina semakin dilupakan dan diskriminasi jantina juga tidak dibenarkan dalam memilih pekerja. Tajuk VII dalam Civil Rights Act 1964 di negara berkenaan jelas menghalang diskriminasi atas dasar jantina selain bangsa, warna kulit dan agama dalam memilih pekerja.

Hasil daripada perjuangan kumpulan penentang perbezaan jantina ini telah membawa perubahan kepada kehidupan kaum wanita. Kehidupan mereka lebih terjamin dengan lulusnya beberapa akta yang meletakkan mereka setaraf dengan kaum lelaki. Pihak institusi pengajian tinggi dan badan-badan sukan sekarang tidak lagi membezakan antara lelaki dengan wanita untuk memasuki institusi mereka. Majikan juga tidak lagi mengabaikan tanggungjawab terhadap

pekerja wanita dari segi pemberian gaji, jenis pekerjaan, kenaikan pangkat dan cuti. Bagaimanapun, ada pihak mempersoal kewajaran menyamaratakan kedudukan wanita dengan lelaki. Bagi kumpulan ini, pembebasan wanita daripada apa yang dikatakan sebagai diskriminasi telah menjadikan golongan ini begitu ghairah untuk hidup bebas sehingga menghanyutkan mereka ke lembah lebih berbahaya akibat timbulnya banyak masalah sosial. Antaranya ialah, kadar penceraian meningkat sehingga menyebabkan ramai wanita menjadi ibu tunggal, kemiskinan wanita, toleransi terhadap gaya hidup yang berlainan dan eksploitasi wanita.

Diskriminasi ras ditakrifkan sebagai perbezaan layanan berdasarkan perbezaan ras atau kaum. Fenomena ini merupakan satu masalah rumit yang dihadapi sesebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Golongan minoriti di dalam negara berkenaan sentiasa berasa mereka didiskriminasikan dalam banyak perkara oleh golongan majoriti. Golongan minoriti berasa peluang dan hak yang sama tidak diberikan kepada mereka seperti yang diberikan kepada golongan majoriti.

Sebagai contoh, Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Amerika Syarikat dikatakan banyak berlaku diskriminasi ras. Di negara itu, rakyat kulit hitam ialah kumpulan minoriti, manakala rakyat kulit putih ialah kumpulan majoriti. Rakyat kulit hitam berpendapat mereka didiskriminasi oleh rakyat kulit putih. Rakyat kulit hitam dikatakan tidak mendapat peluang dan hak yang sama seperti rakyat kulit putih. Rakyat kulit hitam dikatakan tidak mendapat peluang dan hak yang sama seperti rakyat kulit putih dalam perkara berhubung dengan perumahan, pekerjaan dan pendidikan. Diskriminasi ras yang dialami rakyat kulit hitam bukanlah isu baru. Isu ini telah bermula sejak sistem perhambaan dilaksanakan

di Amerika Syarikat pada kurun ke-18 dan ke-19. Ketika itu, rakyat kulit hitam dijadikan hamba dan dinafikan hak kebebasan serta dipandang hina oleh rakyat kulit putih. Mereka dikerah bekerja di ladang-ladang kepunyaan rakyat kulit putih tanpa diberi upah atau gaji. Perumahan mereka daif dan diri mereka boleh dijual beli sebagai hamba.

Kini, walaupun sistem perhambaan di Amerika Syarikat telah dihapuskan dan rakyat kulit hitam diberi kebebasan menjalani kehidupan sebagai insan merdeka, mereka masih berasa didiskriminasi oleh rakyat kulit putih dalam perkara seperti perumahan, pendidikan dan pekerjaan. Diskriminasi ras di Amerika Syarikat telah mendorong kemunculan beberapa pertubuhan untuk menentang dan menyelesaikan masalah tersebut. Salah satu contoh pertubuhan itu ialah Gerakan Kuasa Hitam (Black Power Movement) yang ditubuhkan oleh rakyat kulit hitam. Tujuan gerakan ini untuk menyatupadukan rakyat kulit hitam dalam satu organisasi yang kuat bagi menentang diskriminasi ras. Selain itu, kumpulan Amerika Creed juga memperjuang cita-cita kebangsaan untuk mencapai kesamaan, demokrasi, kebebasan dan keadilan tanpa mengira warna kulit. Tuntutan dan perjuangan kumpulan tersebut diberi perhatian oleh kerajaan Amerika Syarikat. Hasilnya, Undang-undang Hubungan Kaum (Race Relation Law) diadakan untuk memelihara rakyat Amerika Syarikat daripada didiskriminasi atas dasar perkauman. Selain itu, tujuan undang-undang itu juga untuk menjaga hak-hak keadilan seperti pemilikan perumahan, peluang pekerjaan dan pendidikan serta membantu hal-hal kebajikan kaum minoriti.

Sebuah lagi negara yang terkenal dengan diskriminasi ras ialah Afrika Selatan. Keadaannya agak berbeza berbanding dengan Amerika Syarikat. Jika di Amerika Syarikat, rakyat kulit putih yang merupakan golongan majoriti dikatakan mengamalkan diskriminasi

terhadap rakyat kulit hitam sebagai golongan minoriti, di Afrika Selatan pula rakyat kulit putih yang terdiri golongan minoriti mengamalkan diskriminasi terhadap rakyat kulit hitam yang terdiri golongan majoriti. Kerajaan kulit putih menggunakan Dasar Apartheid untuk mendiskriminasikan rakyat kulit hitam dalam segenap hal berkaitan politik, budaya, pendidikan, ekonomi, pekerjaan, sosial dan perumahan. Dasar ini sebenarnya membuatkan rakyat kulit putih berasa lebih tinggi dan lebih berhak berbanding dengan rakyat lain. Ini telah memisahkan rakyat kulit putih daripada rakyat lain dalam menjalani kehidupan harian mereka. Bagaimanapun, atas perjuangan rakyat kulit hitam dan desakan masyarakat antarabangsa, Dasar Apartheid dimansuhkan. Rakyat kulit hitam yang merupakan golongan majoriti telah diberikan hak memerintah serta menentukan nasib negara mereka.

Di Britain, masalah diskriminasi juga dikatakan berlaku walaupun terdapat beberapa akta menentangnya dikeluarkan. Diskriminasi dikatakan berlaku pada kaum pendatang yang terdiri daripada rakyat India dan Pakistan. Jumlah mereka di Britain ialah kira-kira dua peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara itu. Bentuk diskriminasi yang dilaporkan berlaku adalah dalam bidang perumahan dan pekerjaan. Antara akta berkaitan diskriminasi yang dikeluarkan di Britain ialah The Race Relation Act 1965 bertujuan membanteras perkauman dengan menerima dan menyiasat aduan diskriminasi. Pada tahun 1968, satu lagi akta diluluskan. Di bawah akta ini, suruhanjaya hubungan baik komuniti ditubuhkan. Tujuan utama suruhanjaya ini ialah berusaha memupuk hubungan baik antara kaum majoriti dengan kaum minoriti. Selain itu, suruhanjaya ini berusaha membawa individu yang menyalahi undang-undang pencegahan diskriminasi ke muka pengadilan.

Kebanyakan negara di Asia Tenggara juga tidak terkecuali daripada isu diskriminasi kerana di negara-negara ini terdapat masyarakat berbilang kaum. Perbezaan yang jelas antara kaum negara-negara ini bukan dari segi warna kulit seperti di Amerika Syarikat atau Afrika Selatan, tetapi lebih kepada perbezaan etnik dan kebudayaan. Keadaan ini wujud akibat pertembungan antara kaum tempatan yang terdiri majoriti dengan kaum mendatang yang terdiri minoriti yang menjadi pemastautin di negara berkenaan. Boleh dikatakan diskriminasi ras yang berlaku di hampir semua negara di Asia Tenggara melibatkan kaum tempatan dengan pendataang orang kaum Cina. Kaum Cina sebagai kaum minoriti yang berpengaruh dalam bidang perniagaan dikatakan mengahadapi pelbagai bentuk diskriminasi. Diskriminasi ras juga dikatakan berlaku di Australia, sebuah negara maju di rantau Asia. Di negara in, orang kulit putih dikatakan selalu melakukan keganasan terhadap kaum orang asli. Malah orang asli dianggap rakyat kelas ketiga di bumi mereka sendiri.

Selain diskriminasi oleh satu kaum terhadap kaum lain, diskriminasi dikatakan berlaku dalam sesuatu kaum itu sendiri. Sebagai contohnya, masyarakat India telah membahagikan ahlinya kepada beberapa kelas atau kasta. Kasta tertinggi ialah Brahmin (Gambar 3.0) terdiri daripada mereka yang terpelajar, pemimpin dan mahaguru. Ini diikuti Vaisyas iaitu ahli perniagaan, Kshatriyas iaitu pemerintah, orang ternama dan askar dan Sudras iaitu buruh. Kasta terendah ialah Panchamas (Gambar 4.0), iaitu sekumpulan orang yang terlalu rendah kedudukan mereka dalam masyarakat sehinggakan dianggap lebih rendah daripada binatang. Mereka terdiri daripada orang paling miskin dan daif. Kumpulan ini yang selalu ditindas dan menjadi mangsa diskriminasi dalam apa juga keadaan. Mereka hanya boleh berinteraksi sesama sendiri dalam kumpulan yang sama dan berkongsi budaya serta pekerjaan.

Dari contoh-contoh di atas faktor utama yang menyebab diskriminasi ras dan prasangka adalah atas dasar warna kulit. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini. Selanjutnya, salah satu punca berlakunya diskriminasi ras adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional.

Selain itu, faktor diskriminasi ras ialah golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan.

Kesan-kesan diskriminasi ras jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. ini dikatakan kerana diskriminasi ras in akan menyebabkan kaumkaum pergaduhan serta melakukan kegiatan-kegiatan tunjuk perasaan. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras. Hal-hal in berlaku keamanan masyarakat and negara akan diugut. Dengan juga,

membantutkan ekonomi dan masa depan negara tersebut akan mempengaruhi disebabkan negara itu tidak keamanan. Oleh sebab itu, para pelancong takut untuk datang ke negara itu untuk melawati, begitu juga pendapatan negara juga merosot. Disamping itu, diskriminasi ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Diskriminasi ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi. Di antara langkahlangkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Seterusnya, kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat.

Selain itu, sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat. Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan .

Begitu juga, sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulankumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik. Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masingmasing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.

Selain diskriminasi jantina dan ras, terdapat pelbagai diskriminasi lain yang berlaku dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah diskriminasi umur, politik, agama dan sosioekonomi. Seperti diskriminasi jantina dan ras, diskriminasi umur, politik dan agama juga berlaku apabila layanan berbeza diberikan kepada individu atau kumpulan atas dasar umur, fahaman politik dan agama.

Diskriminasi umur biasanya berlaku apabila seseorang dinafikan hak dan peluangnya setelah mencapai umur tertentu. Di Malaysia, untuk melindungi pekerja dalam kumpulan umur tertentu, Akta Pekerjaan 1986 telah digubal. Akta berkenaan melarang diskriminasi dari sudut gaji, faedah atau penerusan pekerjaaan bagi pekerja yang melewati umur 40 tahun, kecuali pihak majikan membuktikan bahawa umur ialah kelayakan sebenar bagi pekerjaan berkenaan. Objektif utama akta tersebut ialah cuba mengelak syarikat yang menghadapi masalah kewangan menyingkirkan pekerja berumur tertentu apabila melakukan pengurangan belanjawan.

Diskriminasi politik berlaku apabila layanan yang berbeza diberikan kepada seseorang atau kumpulan atas dasar perbezaan fahaman politik. Di peringkat antarabangsa, diskriminasi politik boleh dilihat dari segi layanan berbeza diberikan oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain yang berlainan fahaman dan kepentingan. Sebagai contoh, Iraq yang menyerang Kuwait telah dianggap oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai suatu perbuatan jahat dan perlu dihukum. Sebagai hukuman, Iraq diserang oleh tentera Amerika Syarikat dan sekutunya. Bagaimanapun, apabila tentera Serbia menyerang Bosnia, tindakan seperti yang diambil terhadap Iraq tidak dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq dan Serbia menunjukkan diskriminasi politik. Iraq diserang kerana Amerika Syarikat dan sekutunya mempunyai kepentingan di kawasan Timur Tengah, manakala di Bosnia, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak mempunyai kepentingan di negara itu. Malah tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah dan sengketa di antara dua negara juga terdapat diskriminasi. Ada negara diberi layanan baik dan ada negara tidak diberi layanan sewajarnya.

Di peringkat tempatan, diskriminasi politik berlaku apabila hak dan peluang seseorang atau kumpulan yang berlainan fahaman politik dinafikan. Sebagai contoh, hak dan peluang parti pembangkang melakukan sesuatu disekat oleh parti pemerintah, manakala kemahuan parti pemerintah dilayan dengan baik. Ketidaksamaan layanan itu menimbulkan diskriminasi kepada parti lawan.

Diskriminasi agama berlaku apabila seseorang atau kumpulan yang menganuti agama tertentu tidak diberi peluang mengamalkan ajaran agama mereka. Keadaan ini biasanya berlaku kepada penganut agama yang menjadi minoriti di dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, penganut agama Islam adalah golongan minoriti di Eropah. Oleh sebab golongan ini ialah minoriti, mereka tidak mendapat kebebasan sepenuhnya dalam mengamalkan ajaran agama. Diskriminasi berlaku mungkin disebabkan amalan mereka itu bertentangan amalan kebanyakan rakyat sesebuah negara. Di England, umpamanya, terdapat orang Islam yang dibuang kerja kerana menunaikan sembahyang pada waktu malam atau perempuan yang memakai hijab. Di Peranchis, perempuan Islam tidak dibenarkan bersekolah jika mereka memakai hijab dan selalu diganggu oleh polis. Di Greece, orang Islam telah dinafikan hak mereka sebagaimana yang dijanjikan dan termaktub dalam perjanjian Sevres 1920 dan perjanjian Lausanne 1924. Mereka tidak dibenarkan memilih ketua dan sesiapa berbuat demikian akan dipenjara.

Selain diskriminasi yang dilakukan terhadap orang Islam, pengikut agama lain tidak ketinggalan menerima nasib yang sama. Di Ireland, pengikut Protestant didiskriminasikan oleh pengikut Katolik yang merupakan golongan majoriti. Di Jerman, pengikut Scientology (satu

kumpulan pecahan agama Kristian) ditindas oleh kerajaan dan masyarakat Jerman selama dua tahun berturut-turut, iaitu pada 1995 hingga 1996. Mereka disisih dan dihalang daripada bersekolah, menjalankan perniagaan dan terlibat dengan pentadbiran kerajaan.

Kesimpulan, sikap diskriminasi tidak patut diamalkan dikalangan masyarakat pada zaman moden. Ini adalah kerana diskriminasi akan menyebabkan perbalahan antara kaum, prestasi negara akan terjejas, hubungan antara negara juga akan tergugat dan banyak lagi. Oleh itu masyarakat dunia perlu dipupuk agar menjalinkan hubungan baik, dan menghargai antara satu sama lain serta mendekatkan diri kepada tuhan, untuk membentuk masyarakat penyayang, bertanggungjawab dan baik hati agar dapat mengawal semua tingkah laku yang boleh mengugat hubungan sesama manusia. Selain itu kita juga perlu mengamalkan nilai hidup bersama secara aman iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya (Gambar 5.0).

LAMPIRAN:

Diberi layanan yang tidak adil dalam pekerjaan jantina (Gambar 1.0)

Memupuk status lelaki dan wanita yang setara (Gambar 2.0)

Brahmin (Gambar 3.0)

Panchamas (Gambar 4.0)

Tanpa mengira agama, bangsa dan budaya (Gambar 5.0)

RUJUKAN:
Anon. 2011, Diskriminasi Ras. [online], Available from World Wide Web: http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhanmalaysia/konflik-etnik-dan-ras/%20 [Accesses18 May 2011]

Yee Pin.2010, Diskriminasi Jantina. [online], Available World Wide Web: http://www.docstoc.com/docs/62011423/MORAL-ASSIGNMENT-DISKRIMINASIJANTINA-YEE-PIN[Accesses 18 May 2011]

Yee

Pin.2010,

Diskriminasi

Buku

Moral.

[online],

Available

World

Wide

Web:http://www.docstoc.com/docs/62011602/Isu-Diskriminasi-Buku-Moral-YEEPIN[Accesses 20 May 2011] Pentita Bitara.2006, Rasulullah Mendiskriminasi Wanita. [online], Available World Wide Web: http://munawwarah.blogdrive.com/archive/53.html[Accesses20 May 2011] Anon.2010, Etika Basis: Diskriminasi Perkejaan Terhadap Wanita 2. [online], Available World Wide Web:http://mishbahulmunir.wordpress.com/2008/08/27/etika-bisnisdiskriminasi-pekerjaan-terhadap-wanita-1/[Accesses25 May 2011] Anon.2010, Etika Basis: Diskriminasi Perkejaan Terhadap Wanita. [online], Available World Wide Web:http://ratnaug.blogspot.com/2010/11/etika-bisnis-diskriminasipekerjaan.html Anon.2011, Konflik Etnik Dan Ras. [online], Available World Web: http://sarjana.tripod.com/konflik1.html[Accesses25 May 2011]

Wong Li.2011, Diskriminasi. [online], Available World Web:http://www.scribd.com/doc/49580133/diskriminasi[Accesses30 May 2011] Eow Boon Hin, 2002, Siri Pendidikan Tinggi: Pendidikan Moral: Diskriminasi Jantina, Diskriminasi Ras, dan Diskriminasi lain, 2th , Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin, 2008, Modal Hubungan Etnik: Diskriminasi Jantina, Diskriminasi Ras, dan Diskriminasi lain, 2th , Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti. Abdul Rahman Md. Ariff, 1999, Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral: Diskriminasi Jantina, Diskriminasi Ras, dan Diskriminasi lain, 2th , Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

You might also like