SKFP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sejarah Sekolah Pada pertengahan tahun 1987, seramai 200 buah keluarga dari seluruh negeri Perak (Zon

Utara) telah ditempatkan di kawasan tanah rancangan baru yang dikenali sebagai Felda Papulut. Penempatan ini terletak di kawasan mukim Kenering daerah Hulu Perak iaitu lebih kurang 30 km dari bandar Gerik. Mulai Julai 1987, seramai 193 orang anak peneroka telah ditempatkan belajar di sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kenering kerana pihak felda tidak mempunyai bangunan sekolah lagi.Tambahan pula perpindahan penduduk felda di pertengahan tahun. Hasrat ibu bapa yang mendalam dan kesedaran pihak pentadbir felda ingin mempunyai sekolah sendiri telah tercapai iaitu pada awal tahun 1988 dengan daya usaha Pengurus Felda Papulut yang kedua iaitu Encik Ramlan bin Rosol telah berjaya mewujudkan sebuah sekolah dalam kawasan felda walaupun ianya hanyalah bangunan pinjaman dari pihak felda sendiri. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Felda Papulut cawangan Kenering (iaitu di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kenering). Pada masa itu, seramai 280 orang murid telah bersekolah dalam dua sesi kerana bangunan sekolah hanya mempunyai enam bilik sahaja. Encik Radzuan bin Ramli telah dilantik sebagai Guru Kanan Pentadbiran dan dibantu oleh guru Bahasa Inggeris iaitu Cik Khor Poy Hua dan seramai 12 orang guru sandaran tidak terlatih. Selama hampir lebih kurang satu setengah tahun sekolah ini berada di bawah cawangan Sekolah Kebangsaan Kenering, pada awal Januari 1989, ia telah dipisahkan dari cawangannya sebagai sekolah sendiri dan sejak saat itu ia telah di kenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Felda Papulut sempena nama kawasan penempatan tersebut. Guru Besar yang pertama dilantik ialah Encik Roslan b. Kechil di bantu oleh guru kanan dan 13 orang tenaga pengajar. Pada tahun 1990, jumlah murid telah bertambah ke angka 350 orang, guru seramai 17 orang serta seorang pembantu tadbir dan seorang pegawai keselamatan. Dengan pertambahan itu, pihak Jabatan Pendidikan Perak telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan gotong-royong sebanyak 4 buah bilik. Bangunan ini telah siap di bina dan digunakan pada Mac 1990. Persekolahan dua sesi bertukar kepada 1 sesi. Dengan keprihatinan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tentang betapa pentingnya pendidikan, projek pembinaan sekolah baru yang mengandungi dua blok tiga tingkat yang menelan belanja RM 1.9 juta telah diluluskan. Projek ini dimulakan pada pertengahan tahun 1994 dan dijangka siap pada April 1996. Alhamdulillah, sekolah yang diidamkan telah siap tersengam indah pada keluasan tapak 10 ekar. Sekolah ini siap pada pertengahan tahun 1996. Pada September 1996, Sekolah Kebangsaan Felda Papulut telah menapak di sekolah baru berkenaan sehinggalah ke hari ini. Sehingga awal tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Felda papulut mempunyai seramai 217 orang murid di bawah pimpinan Guru Besar Encik Mohd Termizi bin Hj. Mohd Yusuf bersama-sama dengan 12 orang tenaga pengajar, seorang pembantu tadbir, 2 orang PAR dan seorang pegawai keselamatan. Sekolah Kebangsaan Felda Papulut akan terus berusaha ke arah Perak No. 1 dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian. BERILMU, BERWAWASAN, BERTAKWA.

Misi Sekolah Kami warga SK Felda Papulut akan berusaha: - Memastikan pencapaian kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang. - Memupuk sahsiah dan nilai murni pelajar. - Melaksanakan sistem pengurusan yang telus dan tulus. - Mewujudkan persekitaran yang kondusif. - Mewujudkan suasana harmoni di kalangan guru-guru dan hubungan mesra dengan komuniti. Visi Sekolah SK Felda Papulut menjadi sekolah cemerlang di Hulu Perak. Motto Sekolah Berilmu, Berwawasan, Bertakwa.

You might also like