Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI BUAYA, 48010 RAWANG, SELANGOR.

__________________________________________________________________ UJIAN BULANAN 1 MAC 2012 BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 MASA : 1 JAM __________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Jawab semua soalan

2. Kumpulkan semua kertas soalan setelah peperiksaan tamat.

SELAMAT MENJAWAB

Disediakan oleh: PN. NORYANA BINTI HALIDI Disemak oleh: PN. AZIZAH BINTI BADOR Ketua Panitia Bahasa Melayu, SMK Bandar Sungai Buaya. Disahkan oleh: PN. HJH. SHARIFAH NADBAH BT. HJ. SYED HUSSIN Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa SMK Bandar Sungai Buaya.

Soalan Bahagian A (i) : Ringkasan (20 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang cara menangani tekanan dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tekanan merupakan masalah yang sering dialami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira golongan muda mahu pun golongan tua. Masalah ini berlaku dalam keadaan tidak menentu malah boleh memberikan impak kesihatan kepada diri jika tidak ditangani dengan cara yang betul. Bagi remaja, tekanan berlaku kerana apa yang diingini tidak dapat ditunaikan oleh ibu bapa. Faktor persekitaran serta kurang perhatian daripada ibu bapa dan guru juga merupakan antara sebab berlakunya tekanan. Perkara yang paling utama dalam menguruskan tekanan ialah mendekatkan diri kepada Tuhan iaitu melalui ibadah. Malahan, remaja perlu mempunyai wawasan diri dan matlamat hidup. Dengan cara ini, mereka akan lebih tabah ketika menghadapi sebarang masalah yang melanda dalam usaha untuk mencapai wawasan atau matlamat tersebut. Mereka juga perlu mendekatkan diri kepada keluarga dan perlu bijak memilih kawan. Dengan ini, mereka akan dapat meluahkan masalah yang terbuku di hati kepada orang yang betul-betul dapat membantu mereka menyelesaikan masalah, bukannya menambahkan kekusutan masalah. Ibu bapa pula perlu rapat dengan anak-anak supaya mereka dapat mengenal pasti perubahan sikap anak-anak. Anak-anak yang murung, suka menyendiri, suka menyalahkan orang lain serta cenderung melakukan sesuatu di luar kawalan selalunya mengalami tekanan. Lakukanlah aktiviti bersama-sama seisi keluarga dan pada masa yang sama, cuba kenali rakanrakan mereka kerana melalui rakanlah anak-anak akan lebih dikenali. Ibu bapa juga perlu menentukan bahawa anak-anak mereka mempunyai hala tuju yang betul. Mereka perlu terlibat dalam perancangan masa hadapan anak mereka. Selain itu, kaedah pendidikan secara berterusan merupakan cara yang terbaik untuk membentuk peribadi anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja masih memerlukan bimbingan dalam mencari identiti diri.

(Diubahsuai daripada, Stres Remaja, Mohd. Fairuz Yusof, Utusan Malaysia)

Soalan Bahagian A(ii) : Pemahaman (10 markah) Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 2 3 Apakah maksud rangkai kata bagi masalah yang terbuku? [2 markah] Apakah kesannya jika tekanan tidak diatasi dengan betul? [4 markah] Jika sahabat anda menghadapi tekanan perasaan, cadangkan dua langkah yang boleh anda lakukan utuk membantunya. [4 markah]

Soalan Bahagian B: Tatabahasa Soalan ini mengandungi 20 soalan objektif. Pastikan anda memilih jawapan dengan pilihan jawapan yang tepat. 1

You might also like