Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KUNG FU TZE Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman Chunqiu ( ) China.

Ayahandanya yang merupakan seorang komander

negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-raya. Wafat ayahandanya tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu. Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya diluas sebar ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya. Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehingga beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu. Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat 3 tahun kemudiannya di Lu 479 S.M. Selepas beliau wafat, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong. Walaupun Confucius telah meninggal dunia tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan

sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikutpengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya yang semakin hilang. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Sewaktu berumur 20 tahun beliau menjadi seorang guru dan mengajar murid-murid cara berkelakuan baik. Beliau dan murid-muridnya sering mengembara dari wilayah ke satu wilayah yang lain. Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya kesetaraan sejati antara manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan 10 orang dari mereka menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. Beliau merupakan seorang ahli pendidik yang mahukan pengikut-pengikutnya menjadi rounded man yang boleh digunakan oleh negara dan masyarakat. Justeru itu, beliau mengajar bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan. Falsafahnya mahu mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi menghasilkan manusia yang sempurna yang disebut sebagai Junzi. Junzi merupakan seseorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren. Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Tze telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk menjadi seorang Junzi ialah: a. b. tidak merasa resah, pilu atau takut bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat c. membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang jahat Manakala sifat Junzi menurut Kung Fu Tze ialah seseorang yang hidup aman damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain. Kung Fu Tze mahu menginterprestasikan khazanah warisan silam kepada anak-anak muridnya, dengan sebab itu beliau berkata sesungguhnya beliau hanyalah seorang transmitter dan bukannya originator. Perkara inilah menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme dengan agama lain, kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan menjauhkan diri dari perbincangan mengenai kehidupan selepas mati tetapi lebih banyak menumpukan kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Apabila ditanya tentang kematian oleh muridnya, Konfisius menjawab jika kita tidak tahu tentang kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang kematian. Begitu juga beliau pernah berkata kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada manusia, jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada ruh?.

Prof. Y. King (1997) berpendapat Konfusianisme telah membangunkan satu bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik. Bagi Konfusianisme keperihatian yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini dan sekarang. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia adalah asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. Konfusianisme memfokuskan kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Beliau mahu satu masyarakat yang dipimpin atau diatur dengan baik. Asas negara, masyarakat dan individu yang betul adalah let ruler to be ruler, the minister minister, the father father and the son son . Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing . Mengikut Konfusius segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama (zhengming) atau kedudukan masing-masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren). Manusia yang mempunyai ren atau kasih sayang ialah one who, desiring to sustain himself, sustains others, and desiring to develop himself, develop others. Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya seperti kitab Madah, Muzik, Adat, kitab Tentang Perubahan maupun melalui susunan anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great Learning dan lain-lain. Mengikut Schwartz (1985), kitab Analect banyak mengandungi oder sosio-politik yang normatif, perlakuanperlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Aturan etika Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (Heaven) atau Dao .Penekananya yang utama adalah konsep terhadap keluarga, social propriety dan solidariti. Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami dengan isteri. Bagi Konfusianisme, dari keluarga akan berkembang menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Bagi Konfusius, nilai hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus berkewajiban terhadap orang tua, Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami, hubungan saudara tua dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu, manakala yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan raja dengan rakyat, ialah rakyat mesti bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran menjadi pendoman.

Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah. Menurut Konfusius; tugas kamu adalah untuk metnadbir, bukannya untuk membunuh (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah melalui contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan rakyat (Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.

You might also like