Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

PENUBUHAN, PENDAFTARAN DAN FUNGSI KESATUAN SEKERJA

PENDAHULUAN

Penubuhan kesatuan sekerja kepada pekerja-pekerja sesebuah majikan adalah dibenarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959. Penubuhan Pertubuhan ini adalah mengikut :-

i)

Artikel 10(1) (c) Perlembagaan Malaysia

ii)

Konvensyen ILO No. 98

iii)

Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja 1959


-

Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja yang sah.

PROSEDUR MENUBUH KESATUAN SEKERJA

Wakil-wakil pekerja hendaklah memanggil seberapa ramai pekerja untuk mengadakan mesyuarat penubuhan iaitu bertujuan memilih Ahli Jawatankuasa Penaja, sementara menunggu kelulusan penubuhan daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

Bagi tujuan ini jumlah kehadiran tidak dihadkan tetapi perlu seberapa ramai yang boleh. agenda mesyuarat penubuhan mestilah memenuhi perkara-perkara seperti berikut :-

i)

Melantik Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit

ii)

Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan sekerja

iii)

Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja

iv)

Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan

v)

Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja

vi)

Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan sekerja

vii)

Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa. Mereka ini boleh dipilih dengan cara angkat tangan. Syarat-syarat untuk menjadi pegawai mengikut seksyen 26 dan seksyen 28 Akta Kesatuan Sekerja 1959 ialah :-

a) Seorang warganegara Malaysia

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

b) Telah bekerja bagi tempoh lebih daripada satu (1) tahun dalam mana

establishment, trade, pekerjaan atau industri di mana kesatuan sekerja itu ada kaitan;

c) Tidak pernah menjadi ahli eksekutif mana-mana kesatuan sekerja yang

mana pendaftarannya telah dibatal atau ditarik balik di bawah seksyen 15(1)(b)(iv),(v) atau (vi) atau di bawah mana-mana undang-undang yang telah dimansuhkan;

d) Tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja sesuatu parti politik;

e) Tidak pernah disabitkan oleh mana-mana mahkamah undang-undang

mengenai pecah amanah, pemerasan atau intimidasi atau suatu kesalahan yang pada pendapat Ketua Pengarah menjadikannya tidak layak untuk menjadi sebagai pegawai kesatuan sekerja itu atau;

f) Dia bukan seorang bankrap

viii)

Lain-lain Hal

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

ix)

Penutup

PROSEDUR MENDAFTAR KESATUAN SEKERJA

Setelah mesyuarat penubuhan dijalankan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja dibuat, maka Setiusaha Penaja berkenaan hendaklah mendaftarkan kesatuan sekerja tersebut di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) tidak lewat dari tiga puluh (30) hari selepas mesyuarat penubuhan tersebut. Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) adalah seperti berikut :-

i)

Borang Permohonan (Borang B)

empat (4) salinan

ii)

Surat permohonan

dua (2) salinan

iii)

Minit Mesyuarat Penubuhan

dua (2) salinan

iv)

Senarai pekerja yang hadir

dua (2) salinan

v)

Senarai pekerja yang menyokong penubuhan kesatuan sekerja dua (2) salinan

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

vi)

Buku Peraturan Bercetak

satu (1) naskah

vii)

Borang Praecipe bersetem hasil RM 30.00

satu (1) salinan

Sepanjang proses penubuhan dan pendaftaran ini sehingga diluluskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), pihak Ahli Jawatankuasa Penaja tidak dibenarkan mengutip sebarang yuran bulanan, yuran khas atau yuran pendaftaran dari pekerja kecuali mendapat kebenaran Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. Semasa proses ini berlaku juga pekerja boleh mengisi borang keahlian dan tidak perlu membayar sebarang yuran.

PENGESAHAN PENDAFTARAN KESATUAN SEKERJA

Setelah disemak semua dokumen yang diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), maka mengikut peruntukan Akta Kesatuan Sekerja 1959 Seksyen 13 (Sijil Pendaftaran) akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) sebagai perakuan pendaftaran secara sah. Selepas mendapat perakuan ini, maka pihak Ahli Jawatankuasa Penaja hendaklah memanggil satu Mesyuarat Agong Kali Pertama untuk membuat perlantikan Ahli Jawatankuasa Tetap yang mana semua pekerja yang telah mengisi borang keahlian hendaklah dijemput dan korum mesyuarat hendaklah melebihi daripada jumlah keseluruhan ahli.

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA OLEH MAJIKAN

Langkah seterusnya setelah mendapat pengesahan pendaftaran, mengikut peraturan Akta Perhubungan 1967 Seksyen 9 (Tuntutan Bagi Pengiktirafan), pihak kesatuan sekerja hendaklah menghantar surat permohonan pengiktiran kepada majikan dengan melampirkan perlembagaan kesatuan sekerja, senarai nama Ahli Jawatankuasa dan senarai ahli untuk rujukan pihak majikan dan menghantar salinan kepada pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan. Bagi tujuan ini, pihak majikan hendaklah memberi pengiktirafan kepada kesatuan sekerja dalam tempoh dua puluh satu (21) hari, sekiranya tiada alasan untuk tidak membuat pengiktirafan tersebut. Jika sebaliknya, pihak Majikan hendaklah memberitahu secara bertulis alasan-alasan mengapa pengiktirafan tidak diberikan.

PERUNDINGAN KOLEKTIF DAN PERJANJIAN KOLEKTIF ( PERJANJIAN BERSAMA)

Setelah mendapat pengiktirafan daripada majikan mengikut peraturan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Seksyen 13 (Perundingan Kolektif), pihak kesatuan sekerja bolehlah mempelawa pihak majikan secara bertulis untuk memulakan rundingan kolektif tersebut dengan mengemukakan buku cadangan perjanjian kolektif tersebut. Pihak majikan yang menerima pelawaan daripada kesatuan sekerja hendaklah menjawab penerimaan ini secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan.

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

Setelah persetujuan penerimaan pelawaan dibuat oleh majikan, maka dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh persetujuan tersebut pihak majikan dikehendaki memulakan rundingan kolektif berkenaan. Mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Seksyen 13(2A) Suatu usul bagi suatu perjanjian kolektif boleh menyediakan satu atau lebih daripada yang berikut :-

a) Peruntukan untuk latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja-pekerja;

b) Peruntukan bagi suatu kajian semula tahunan sistem upah; dan

c) Peruntukan bagi suatu sistem ganjaran yang berdasarkan prestasi.

Selain daripada usul berkenaan pihak kesatuan boleh mencadangkan perkara-perkara seperti berikut :-

a) Kemudahan pekerja dan keluarga pekerja dari sudut kebajikan seperti kemudahan perubatan, khairat kematian dan lain-lain;

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

b) Kemudahan cuti seperti cuti rehat, cuti sakit, cuti tanpa rekod,cuti ehsan dan

sebagainya; dan

c) Kemudahan pinjaman seperti pinjaman kenderaan, perumahan, pembelian

komputer dan lain-lain

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Seksyen 13(3) juga menyatakan walauapapun peruntukan subseksyen (1), tiada kesatuan sekerja boleh memasukkan cadangan yang berhubungan dengan perkara-perkara berikut :-

a) Kenaikan pangkat oleh majikan terhadap mana-mana pekerja dari kategori atau gred yang lebih rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi;

b) Pertukaran pekerja oleh majikan dalam profesion perniagaan, perdagangan atau kerja dalam organisasi majikan, dengan syarat apa-apa pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang merugikan pekerja berhubungan dengan termaterma pekerjaannya;

c) Pengambilan mana-mana pekerja oleh majikan yang dia boleh melantiknya

sekiranya ada kekosongan dalam organisasinya;

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

d) Penamatan perkhidmatan-perkhidmatan pekerja oleh majikan dengan sebab

terlampau lebih pekerja atau dengan sebab penyusunan semula profesion, perniagaan, perdagangan atau kerja majikan atau kriteria bagi penamatan tersebut;

e) Memecat dan mengembalikan semula pekerjaan bagi seseorang pekerja oleh majikan;

f) Penyerahakkan atau pengutukan tugas-tugas atau tugas khas kepada pekerja oleh majikan yang selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaannya;

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa juapun dalam subseksyen ini boleh melarang kesatuan sekerja pekerja-pekerja untuk menimbulkan persoalanpersoalan yang bersifat umum berkaitan dengan prosedur-prosedur kenaikan pangkat pekerja tanpa mengira bahawa persoalan itu tidak menjadi sebahagian daripada cadangan tersebut dalam mana-mana perbincangan dengan majikan-majikan (sama ada perbincangan itu berlangsung dalam perundingan kolektif atau tidak).

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

PERJANJIAN KOLEKTIF

Akta Perhubungan Perusahaan Seksyen 14 (Perjanjian Kolektif) menyatakan suatu perjanjian kolektif hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak dalam perjanjian itu atau oleh orang-orang yang diberi kuasa bagi pihak tersebut. Setelah semuanya telah lengkap dilaksanakan, maka Akta Perhubungan Perusahaan Seksyen 16 (Penyimpanan Perjanjian-Perjanjian Kolektif) menghendaki satu salinan perjanjian kolektif didaftarkan kepada Pendaftar Mahkamah Perusahaan dan dalam tempoh tiga puluh (30) hari, Pendaftar hendaklah membawa perjanjian itu kepada perhatian mahkamah untuk mendapatkan perakuan. Selagi perjanjian kolektif ini tidak diserahkan kepada Pendaftar dan tidak mendapat perakuan pendaftaran, maka ianya dianggap tidak sah dan tidak boleh digunapakai.

KESAN PERJANJIAN KOLEKTIF

Akta Perhubungan Perusahaan Seksyen 17 (Kesan Perjanjian Kolektif) menyatakan suatu perjanjian kolektif yang telah diberi perakuan oleh mahkamah hendaklah disifatkan sebagai suatu award dan hendaklah mengikat ke atas ;-

a) Pihak-pihak dalam perjanjian termasuk dalam mana-mana kes apabila suatu

pihak itu adalah kesatuan sekerja majikan-majikan, kesemua ahli kesatuan

10

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

sekerja yang perjanjian itu berkaitan dan pengganti, pemegang serah hak atau penerima pindahan mereka; dan

b) Kesemua pekerja yang bekerja atau kemudiannya diambil bekerja dalam pengusahaan atau sebahagian daripada pengusahaan di mana perjanjian itu berkaitan.

Bermula dari tarikh tersebut dan bagi tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian kolektif, hendaklah menjadi syarat tersirat kontrak di antara pekerja-pekerja dengan majikan yang terikat dengan perjanjian itu bahawa kadar-kadar upah yang hendak dibayar dan syaratsyarat pekerjaan yang hendak dipatuhi di bawah kontrak hendaklah menurut perjanjian itu melainkan dipinda oleh perjanjian terkemudian atau oleh keputusan mahkamah.

Setelah kesemua peringkat proses tersebut diselesaikan, yang mana perjanjian kolektif berkenaan digunapakai, maka pihak majikan dikehendaki mencetak salinan buku perjanjian kolektif tersebut dalam versi Bahasa Malaysia untuk diedarkan kepada semua pekerja tidak mengambil kira samada pekerja berkenaan menjadi ahli kesatuan sekerja atau tidak kerana buku perjanjian kolektif yang telah diterimapakai akan meliputi kesemua pekerja di bawah skop perjanjian kolektif tersebut. Disamping itu pihak majikan bersama kesatuan sekerja juga dikehendaki mengadakan sesi penerangan dan penjelasan mengenai buku perjanjian kolektif tersebut kepada semua pekerja.

11

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

KESIMPULAN

Penubuhan kesatuan sekerja amatlah penting dimana ianya boleh menjamin hak-hak pekerja daripada ditindas oleh majikan. Manakala bagi pihak majikan ianya tidak boleh diambil mudah untuk melaksanakan sesuatu perkara kerana ianya tertakhluk kepada undang-undang dan peraturan. Kewujudan kesatuan sekerja juga boleh meningkatkan produktiviti serta memajukan majikan untuk bersaing dalam industri masing-masing.

Kesatuan sekerja yang mewakili pekerja hendaklah mempunyai perhubungan harmoni dengan pihak majikan bagi tujuan mencapai matlamat kedua-dua pihak, dengan erti kata lain setiap pertikaian dan permasalahan yang berlaku hendaklah diselesaikan dimeja rundingan.

Rujukan :-

12

BSMH2013 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

S123705

1. Garis panduan penubuhan kesatuan sekerja oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

2. Akta Kesatuan Sekerja 1959

3. Akta Perhubungan Perusahaan 1967

13

You might also like