Pembubaran Kongsi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Sebab-sebah perkongsian dibubarkan

1) Matlamat perkongsian penubuhahn telah dicapai. 2) Salah seorang pekongsi meninggal dunia, hilang upaya atau muflis 3) Kerana semua rakan kongsi bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka. 4) Perkongsian yang mengalami kerugian yang beterusan. 5) Perkongsian dijadikan syarikat berhad, iaitu sama ada syarikat sendirian berhad atau awam berhad. 6) Mengikut perintahan daripada mahkamah untuk membubarkan perkongsian.

Langkah-langkah untuk merekodkan pembubaran jika semua aset dijual dan liabiliti dijelaskan

a) Tutupkan semua akaun aset (kecuali tunai/bank) contohnya, penghutang, stok, bangunan, kenderaan dan sebagainya:

Dt Akaun Realisasi Kt Setiap akaun aset yang berkenaan

b) Rekodkan penerimaan tunai daripada penjualan aset:

Dt Akaun Tunai/Bank Kt Akaun Realisasi

c) Jika aset diambil alih oleh pekongsi

Dt Akaun Modal Pekongsi

Kt Akaun Realisasi

d) Rekodkan penerimaan tunai daripada penghutang:

Dt Akaun Tunai/Bank Kt Akaun Realisasi

(abaikan hutang lapuk atau diskaun diberi)

e) Rekodkan belanja realisasi:

Dt Akaun Realisasi Kt Tunai/Bank

f) Rekodkan pembayaran kepada pemiutang:

Dt Akaun Pemiutang (dengan amaun yang dibayar) Kt Akaun Tunai/Bank (dengan amaun yang dibayar)

g) Jika liabiliti diambil oleh pekongsi

Dt Akaun Pemiutang atau Pinjaman Kt Akaun Modal Pekongsi

h) Rekodkan diskaun diterima daripada pemiutang:

Dt Akaun Pemiutang Kt Akaun Realisasi (sebagai suatu untung)

i) Rekodkan liabiliti tambahan yang dijumpai semasa realisasi dan dibayar:

Dt Akaun Realisasi Kt Akaun Tunai/Bank

j) Kirakan untung atau rugi realisasi:

Jika jumlah sebelah debit Akaun Realisasi melebihi jumlah sebelah kredit, ini merupakan rugi realisasi. Rugi itu dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang ditetapkan dalam penjanjian perkongsian.

Dt Akaun Modal Pekongsi Kt Akaun Realisasi

Jika jumlah sebelah kredit Akaun Realisasi melebihi jumlah sebelah debit, ini merupakan untung realisasi. Untung itu dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang ditetapkan dalam penjanjian perkongsian.

Dt Akaun Realisasi Kt Akaun Modal Pekongsi

k) Pembayaran balik modal kepada pekongsi:

Dt Akaun Modal Pekongsi Kt Akaun Tunai/Bank

l) Kemasukan tunai oleh pekongsi:

Jika Akaun Modal pekongsi mempunyai baki debit,

Dt Akaun Tunai/Bank Kt Akaun Modal Pekongsi

Panduan menjawab soalan a) Pastikan tarikh, butir dan amaun adalah betul dan mengikut apa yang ada dalam soalan. b) Catatan butir di dalam sesuatu akaun lejar mesti merujuk kepada akaun lejar yang lain di mana terdapat pasangan catatan bergu berkenaan. c) Akhirnya, semua akaun lejar mesti seimbang dan ditutup.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PEMBUBARAN PERKONGSIAN

1. Kematian pekongsi 2. Ditukarkan kepada syarikat 3. Perintah mahkamah 4. Kekurangan pokongsi 5. Persetujuan sesame pekongsi 6. Tempoh perkongsian tamat 7. Tiada potensi untuk maju 8. Pekongsi tidak siuman 9. Tujuan penibuhan tercapai

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL 1. Semua aset perkongsian dilupus iaitu dijual atau diambil alih oleh rakan kongsi (penjelasan amaun yg perlu dibayar kepadanya). 2. Semua liabiliti dijelaskan; liabiliti kepada pihak luar/pemiutang luar dijelaskan terlebih dahulu. 3. Bayar balik pinjaman pekongsi. 4. Menjelaskan hutang bagi baki Akaun Modal dan Akaun Semasa pekongsi. 5. Pemberhentian operasi atau urus niaga perniagaan. Nama perkongsian dibatalkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. DUA KAEDAH YANG BIASA DIGUNAKAN 1. Aset perkongsian dijual dan liabiliti dijelaskan. 2. Aset dan liabiliti diambil alih oleh pekongsi. AKAUN REALISASI - Akaun sementara untuk menutup dan menyempurnakan urusan pembubaran apabila berlaku pembubaran sepenuhnya dalam sesuatu perkongsian.

- Dibuka untuk :1) merekod semua aset yang dijual atau diambil alih termasuk penerimaan tunai dari jualan asset, diskaun diterima dan pembayaran pembubaran (belanja realisasi). 2) menghitung sama ada pembubaran mendapat keuntungan atau kerugian. 3) membahagikan keuntungan atau kerugian antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang telah ditetapkan. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEREKODKAN PEMBUBARAN PERKONGSIAN Bil 1) Catatan Jurnal Debit Kredit Menutup akaun-akaun Akaun-akaun aset Akaun Aset (kecuali Realisasi Akaun Bank/Tunai) Merekod penjualan Akaun Akaun Realisasi aset Bank/Tunai Pengambilan aset oleh Akaun Modal pekongsi Pekongsi Akaun Realisasi (yang ambil alih aset) Membayar belanja Akaun Akaun realisasi Realisasi Bank/Tunai Menjelaskan Akaun Akaun pemiutang/liabiliti Pemiutang Bank/Tunai Jika diskaun diterima Akaun Realisasi Akaun daripada pemiutang (jumlah diskaun Pemiutang diterima) Pemiutang/liabiliti Akaun Modal yang diambil alih oleh Pekongsi pekongsi Akaun Pemiutang Akaun Realisasi (jumlah diskaun diterima) Menjelaskan pinjaman Akaun dan pendahuluan Pinjaman / Akaun daripada pekongsi Akaun Bank/Tunai Pendahuluan Baki kredit Akaun Akaun Akaun Modal Realisasi (Untung) Realisasi Pekongsi Butir Akaun Modal Pekongsi Akaun Semasa Akaun Realisasi Akaun Modal

2) 3)

4) 5) 6)

7)

8)

9)

Baki debit Akaun Realisasi (Rugi) 10) Menutup Akaun Semasa Pekongsi dan

dipindah ke Akaun Modal: Baki kredit Akaun Semasa Baki debit akaun Semasa 11) Pembayaran balik kurangan modal 12) Membayar balik modal pekongsi

Pekongsi Akaun Modal Pekongsi

Pekongsi Akaun Semasa Pekongsi

Akaun Bank/Tunai Akaun Modal Pekongsi

Akaun Modal Pekongsi Akaun Bank/Tunai

- Selepas catatan jurnal disediakan ia akan diposkan ke Akaun Realisasi dan akaunakaun lain yang terlibat. - Akaun Realisasi akan diimbangkan untuk menentukan untung atau rugi realisasi yg akan dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah untung atau rugi yg telah dipersetujui. - Baki akhir Akaun Semasa perlu dipindahkan ke Akaun Modal Pekongsi dan menutup akaun Bank untuk membayar balik balik baki modal pekongsi. Kurangan dalam Akaun Modal Pekongsi Dalam Akaun Modal; untung realisasi (kt) manakala rugi realisasi (dt) Kurangan disebabkan oleh; 1. 2. 3. 4. 5. rugi realisasi yg besar. nilai aset yg diambil alih terlalu tinggi. baki kredit Akaun Semasa sedikit atau debit Akaun Semasa yg besar. jumlah ambilan yg banyak. sumbangan modal yg rendah.

Pekongsi yg mengalami kurangan dalam Akaun Modal perlu membayar balik kurangan tersebut kepada perkongsian. Jika pekongsi tersebut tidak mampu membayar kurang modal itu, beliau tidak patut mengambil alih aset lama. Kekurangan modal beliau perlu ditanggung oleh pekongsi-pekongsi lain mengikut nisbah modal tetap.

You might also like