Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Karya Pelukis Malaysia

Abdullah Ariff (1904-1962) Dilahirkan pada tahun 1904 di Pulau Pinang. Beliau pernah menjadi guru seni lukis di Sekolah Anglo-Chinese dan Sekolah Penang Free, Pulau Pinang. Beliau diterima sebagai guru dalam kumpulan 'Penang Impressionist'. Karya - karya beliau dikagumi oleh orang british pada ketika itu. diantara karya-karya beliau yang terkenal seperti 'Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya(1960) Coconut Plantation-Dawn(1948)' dan lain-lain lagi, karya-karya beliau sehingga hari ini masih dikagumi dan banyak digunakan sebagai rujukan pelukis-pelukis muda yang ingin mendalami seni catan air, Abdullah Ariff pada zamannya banyak menghasilkan catan air yang bertemakan lanskap tanahair...dan cuba menggambarkan suasana tempatan yang damai. Beliau bersama-sama Yong Mun Sen seorang lagi tokoh pelukis awal malaysia memajukan bidang seni lukis di Pulau Pinang. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 dan bekerja sebagai pelukis kartun di akhbar 'The Straits Echo'. Kini karya-karya beliau masih disimpan sebagai himpunan koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara. Amron Omar, satu lagi nama yang tidak asing dalam dunia seni tanahair...beliau yang terkenal dengan karya-karya figura yang realistik dan hebat...melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Mara, Amron Omar merupakan salah seorang pelukis figura yang terbaik di asia...kebanyakan karya-karya beliau menggunaka bahan cat minyak di atas permukaan kanvas.Karya figuranya yang amat teliti sering menarik perhatian sehinggakan ada cerita-cerita mistik yang dikaitkan dengan karya beliau seperti ada yang pernah melihat lukisan figuranya seperti bernyawa dan hidup pada waktu malam...karya belau yang terkenal adalah seperti 'pertarungan'dimana memaparkan 2 figura lelaki yang sedang bersilat cukup lengkap sifat manusianya sehinggakan menampakkan otot-otot serta pergerakan anggota yang jelas...satu lagi karya beliau yang menjadi simpanan tetap Balai Seni Lukis Negara ialah karya yang bertajuk'Potret Diri' yang menggunakan cat minyak di atas kanvas menggambarkan seorang pemuda yang tidak berbaju dan hanya memakai kain pelekat sedang duduk di atas kerusi rehat rotan. Bagi Amron Omar, beliau tidak menggunakan warna monokrom dalam karyanya tetapi telah menggunakan kepelbagaian warna untuk menimbulkan keadaan yang lembut. Penggunaan warna merah ini telah menampakkan penegasan pada karya beliau. Selain itu, Amron Omar juga bermain dengan warna dalam karyanya ini bagi menampakkan pengcahayaan dalam karyanya hingga menimbulkan bayang-bayang pada figura tersebut. Penggunaan sapuan warna yang lembut juga telah menampakkan prinsip irama dan pergerakan dalam karya beliau.

Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia membuatkan objek-objek itu lebih cantik dan menarik. Terdapat dua jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dna jalinan tampak. Jalinan sentuh merupakan jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, sering diaplikasikan dalam penghasilan seni visual seperti kolaj, arca, catan impasto dan sebagainya. Jalinan sentuh juga wujud pada hasil kraf tangan tradisional seperti anyaman, tenunan dan ukiran. Jalinan tampak pula ialah jenis jalinan dalam bentuk dua dimensi, hanya dapat dilihat dan tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Jalinan tampak penting dalam penghasilan seni visual seperti lukisan, ilustrasi, catan dan gubahan corak supaya karya kelihatan lebih menarik, hidup dan bergaya. Dalam karya Amron Omar ini, unsur jalinan yang terdapat dalam hasil karyanya ialah jalinan tampak kerana catan yang dihasilkan menggunakan media cat minyak. Bagi karya Amron Omar, untuk menghidupkan jalinan tampak pada karya beliau, beliau telah menggunakan teknik sapuan lembut. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pertarungan budaya Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kebudayaan.

Catan 'Potret Diri' adalah catan realisme yang dihasilkan dengan begitu teliti dari segi pewarnaan, kadar banding dan pencahayaan yang baik. Boleh dikatakan semua aspek asas senireka dapat kita lihat di dalam karya ini dengan jelas dan baik. Satu yang saya rasakan paling hebat pada setiap karya beliau adalah setiap inci anatomi figura yang dilukis dikaji dengan baik, dari segi bentuk ataupun fungsinya bagi menampakkan pergerakan anggota yang baik.

You might also like