Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MARIA MONTESSORI (1870 1952) - Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan

di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. - Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanakkanak cacat di Rome. - Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. - Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.

PENDAPAT MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak

iamestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak.Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

b. Persekitaran yang tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanakkanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

c. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.

Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahamanberkenaanalamsemulajadi; pengalamandanpemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e. Tempoh sensitif

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori; 1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. 2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.Kanak-

kanak yang biasaberdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 5. Bahanpembelajaran yang dibentukkanoleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dankegunaanbahanmanipulatifdan betuldiri . 6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. 7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Prinsip- prinsip dalam kaedah Montessori .

1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. 2. Konsep kebebasan 3.Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar 4.- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh 5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. 6. Pentingnya disiplin diri. 7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak. 8. Kanak-kanak menyerap masukpengetahuandanmenggunakanya. 9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. 10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam

persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri

You might also like