Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2.

0 Kesimpulan

Sains

bukan

sahaja

setakat

pengetahuan

semata-mata,

ianya

juga

merupakan salah satu cara untuk memahami persekitaran dan biasanya dilakukan secara bersistematik. Aspek yang difokuskan adalah berkaitan dengan pemahaman konsep asas sains, kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, sikap saintifik serta nilai-nilai murni. Kemahiran saintifik terdiri daripada dua bahagian iaitu kemahiran proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM) (KPM). Sementara itu, kemahiran proses sains juga terdiri daripada dua bahagian iaitu kemahiran proses sains asas (KPSA) dan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB). Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB). Kemahiran proses sains asas ( KPSA ) terdiri daripada kemahiran memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor, membuat inferen, meramal, berkomunikasi, dan

menggunakan ruang dan masa. Sementara kemahiran proses sains bersepadu ( KPSB ) pula terdiri daripada mentafsir maklumat atau mengintepretasi data, mengawal pembolehubah, mendefinisi secara operasi, membuat hipotesis dan mengeksperimen. (PPK, Modul 2, 1994). Penguasaan kemahiran saintifik ini sangat penting bagi membolehkan pelajar mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains bukan lagi bertujuan untuk melatih pelajar mengingat dan

menghafal fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar untuk menggunakan akal fikiran secara Kreatif dan Kritis (K&K) dalam mencari ilmu melalui kemahiran berfikir. Kemahiran saintifik (KS) merupakan aspek penting dalam pendidikan sains; ia meliputi kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Proses Manipulatif dan ini telah dinyatakan dengan lebih tersurat pada tahun 1991. (PPK, 1994). Kemahiran Proses Sains asas mempunyai hubungan dengan kemahiran berfikir mudah dan perlu dilalui oleh setiap individu yang mempelajari sains. Kemahiran proses sains bersepadu pula diperkenalkan pada peringkat kognitif yang lebih tinggi. Kemahiran berfikir pula adalah sangat kompleks dan terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu, berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis terdiri daripada membanding beza, mengumpul dan mengelaskan, menyusun atur mengikut urutan, menganalisa, mengesan adakah wuijudnya bias atau ketidakadilan dalam penyiasatan, menilai, membuat kesimpulan, dan memberi keutamaan kepada sesuatu perkara dalam sesuatu penyiasatan. Manakala, kemahiran berfikir secara kreatif terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu menjana idea, membuat inferens, mengaitkan sesuatu, meramal, membuat generalisasi, membuat gambaran, mengsintesis, membuat hipotesis, membuat analogi, dan merekacipta.

You might also like