Praktikal 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PRAKTIKAL 1 Tujuan

: :

BAHAN API

Menyiasat Penyulingan Berperingkat Petroleum. Teori :

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai di dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon. Petroleum mentah mengandungi pelbagai jenis hidrokarbon yang harus diasingkan sebelum penggunaan. Petroleum mentah ditapis di loji penapisan minyak. Hidrokarbon yang berbeza dalam petroleum mentah mempunyai takat didih yang berbeza. Penyulingan berperingkat ialah proses pengasingan pecahan petroleum. Setiap pecahan yang terkumpul mempunyai kegunaan dan sifat-sifatnya yang tersendiri. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat, gelap, sukar menyala dan terbakar dengan lebih berjelaga. Penyulingan berperingkat yang mudah boleh dilakukan di dalam makmal yang mengumpulkan beberapa pecahan petroleum pada suhu yang lebih rendah Retrieved from :Loh Suet Ling, A. M. (2008). Science PMR Bilingual. In Science PMR Bilingual (p. 394). Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd. Bahan-bahan 1. Petroleum 2. Wul kaca 3. Kertas turas Radas : :

1. Penunu Bunsen 2. Termometer 3. Kelalang kon 4. Pinggan porselin 5. Labu distilasi 6. Wayar gauze 7. Kaki retort

8. Kaki tripod 9. Pemeluap Liebig

Cara-cara A.

Penyulingan Berperingkat Petroleum. 1. Radas disediakan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. 2. Petroleum di dalam labu distilasi dipanaskan secara perlahan-lahan. 3. Hasil sulingan pertama dikumpul ketika petroleum berada pada suhu 30C 80C. 4. Pemanasan dan pengumpulan hasil penyulingan dalam kelalang kon yang berbeza diteruskan pada julat suhu 80C - 120C, 120C - 160C dan 160C 200C.

Thermometer

Distillation flask Liebig condenser

Water out Petroleum Porcelain chips Water in Distillate

Rajah 1 : Susunan Radas Penyulingan Berperingkat.

B.

Ciri-ciri Pelbagai Peringkat. 1. Setiap warna pada setiap pecahan diperhatikan. 2. Kelikatan setiap pecahan diperhatikan dengan menyengetkan kelalang kon. 3. Setiap pecahan diletakan dalam pinggan porselin dan dipanaskan. Warna nyalaan api dan jelaga yang dihasilkan diperhatikan. 4. Semua pemerhatian direkod.

Keputusan Pecahan 1

: Julat Suhu Warna Tiada Kelikatan Kurang Kebolehbakaran Paling mudah terbakar, paling kurang berjelaga.

30C - 80C 80C - 120C 120C - 160C 160C - 200C

Kekuningan

Sederhana

Mudah terbakar, lebih banyak berjelaga.

Kuning

Lebih

Sukar terbakar, lebih banyak berjelaga.

Perang

Paling

Paling sukar terbakar, paling berjelaga.

Perbincangan

1. Keputusan bagi pecahan ke-4 (pada julat suhu 160C - 200C) tidak dapat diperoleh melalui ujikaji ini kerana ujikaji dijalankan dengan menggunakan penunu Bunsen dan dilakukan di kawasan yang terbuka. Julat suhu tidak dapat dicapai kerana haba yang dihasilkan oleh penunu Bunsen tidak sekata serta terbebas ke atmosfera. 2. Sekiranya wul kaca diletakkan secara berlebihan di dalam petroleum yang dipanaskan, petroleum akan membuak keluar dari kelalang kon dan masuk ke dalam pemeluap Liebig seterunya menjejaskan hasil yang diperoleh. 3. Produk yang dihasilkan mengeluarkan bau yang kuat dan dapat memberi kesan kepada pelajar yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Oleh itu, semua kipas serta penyaman udara perlulah ditutup bagi mengelakkan bau tersebar. Tingkap dan pintu pula haruslah dibuka.

4. Melalui proses penyulingan berperingkat, hidrokarbon yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil akan disuling keluar pada suhu yang lebih rendah manakala hidrokarbon yang mempunyai saiz molekul yang lebih besar pada suhu yang lebih tinggiseperti yang ditunjukkan dalam ujikaji ini. Soalan-soalan :

1. Bincangkan kebolehbakaran pecahan-pecahan petroleum. Kebolehbakaran petroleum mengikut pecahan-pecahan ialah semakin tinggi julat suhu, semakin sukar untuk pecahan berikut terbakar. 2. Bincangkan hubungkait antara takat didih pecahan-pecahan dengan: A. Warna pecahan-pecahan. Semakin tinggi takat didih, semakin gelap warna pecahan. B. Kelikatan pecahan-pecahan. Semakin tinggi takat didih, semakin semakin likat pecahan. C. Jumlah jelaga yang dihasilkan oleh pecahan-pecahan. Semakin tinggi takat didih, semakin banyak jelaga dihasilkan oleh pecahan. 3. Pecahan x mempunya formula C6H14. Ramalkan warnanya, kelikatannya, dan jumlah yang dihasilkan oleh x. X berada pada pecahan kedua. Warna X lebih cerah gelap berbanding pecahan 1 dan lebih cerah berbanding pecahan 3 dan 4. X lebih likat berbanding pecahan 1 namun kurang likat berbanding pacahan 3 dan 4. X juga menghasilkan jelaga yang lebih banyak dari pecahan 1 tetapi kurang dari pecahan 3 dan 4. 4. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembakaran gasolin (C8H18) 2C8H18 + 25O2 16CO2 + 18H2O 5. Pembakaran tidak lengkap gasolin menghasilkan pembebasan gas-gas beracun seperti karbon monoxide dan nitrik asid. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembakaran tidak lengkap gasolin. C8H18 + (17/2)O2 6. Apakah biodiesel? Biodiesel adalah setiap bahan bakar baik pepejal, cecair ataupun gas yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Ianya dapat dihasilkan secara langsung 8CO + 9H2O

dari tanaman atau secara tidak langsung dari buangan industri, komersial, domestik atau pertanian. 7. Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan biodiesel berbanding bahan api petroleum. Biodiesel menghasilkan tenga tanpa meningkatkan kadar karbon di atmosfera kerana ianya tidak melepaskan gas karbon dioksida ke udara, tidak seperti bahan bakar fosil yang melepaskan gas karbon dioksida udara. Penggunaan biodiesel ini juga dapat mengurangkan kepergantungan kepada petroleum yang semakin berkurang. Kesimpulan :

Pecahan 1 merupakan petrol, pecahan 2 pula ialah naphtha, pecahan 3 ialah kerosin kerosin dan pecahan 4 ialah diesel.

Bibliographi

Loh Suet Ling, A. M. (2008). Science PMR Bilingual. In Science PMR Bilingual (p. 394). Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd. Toon, T. Y. (1999). Kimia Organik STPM. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

You might also like