Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

HALANGAN-HALANGAN BELIA DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA Seperti kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia Kelima

Dato Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan konsep 1Malaysia iaitu mengambil kira kepentingan dan aspirasi semua lapisan masyarakat dalam menggerakkan negara ke depan. Terdapat beberapa nilai-nilai utama daripada konsep 1Malaysia -- budaya kecemerlangan, meritokrasi, integriti dan kesetiaan dan ia adalah selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sebagai rakyat Malaysia banyak halangan yang dihadapi sebelum kita dapat menjayakan konsep tersebut buat masa sekarang.

Sebagai contoh ialah rakyat Malaysia sendiri dimana walaupun kita telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun tetapi tahap kesedaran atau semangat patriotik masyarakat kita masih ditahap rendah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan kerajaan. kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Selain itu masalah yang dihadapi penduduk luar bandar yang masih di diskriminasi oleh sesetengah pihak merupakan halangan untuk konsep tersebut berjaya. Sebagai contoh kita dapat lihat melalui aspek Agama di Sabah dimana ianya di dominasi oleh Agama Islam dan Kristian banyak memberi impak atau cabaran dilalui tidak mudah kerana kepelbagaian merumitkan usaha ke arah perpaduan dan kesatuan masyarakat. Selain itu masalah penggunaan bahasa yang baik masih lagi menimbulkan persoalan apabila penggunaan bahasa Melayu di Sabah dikatakan agak rendah. Keadaan ini bukan dipengaruhi oleh sentimen kenegerian atau bersikap prejudis terhadap rakan Semenanjung tetapi masalah yang dihadapi ialah tongue twist atau lebih mudah Slang yang dituturkan untuk bergaul. Selain itu, cabaran lain ialah antaranya dari segi sosio-budaya, ekonomi dan politik keseluruhannya. Dari segi politik, demokrasi semakin diperluaskan ruang hak bersuara seperti penggunaan blog secara meluas tanpa kekangan pihak berkuasa. Masyarakat dapat mengetahui dan menilai bagaimana pemimpin berbincang secara terbuka serta penyertaan rakyat dalam pembuatan keputusan. Dalam perspektif ekonomi, dasar liberalisasi ekonomi yang di bentuk bagi menangani krisis ekonomi dunia ketika ini perlulah seimbang bagi mengelak percanggahan kepentingan sesuatu kaum. Bagi sosial budaya, perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan mestilah berteraskan perpaduan bagi merapatkan jurang antara kaum yang ketika ini dilihat goyah akibat dimanipulasi oleh golongan yang berfikiran sempit bagi mencapai kepentingan diri semata-mata.

You might also like