Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Disediakan Oleh: PROF. MADYA. DR. MUHD.

NAJIB BIN ABDUL KADIR

Tafsir Maudui berasaskan perkataan-perkataan yang sama. ( )

Tafsir Maudui berasaskan tajuk-tajuk tertentu.


( )

Tafsir Maudui berasaskan objektif Surah. ) (

Ia berlaku apabila

Kajian ini diakhiri

pengkaji meneliti ayatayat al-Quran kemudian mengumpulkan perkataan-perkataan yang mempunyai kesamaan. Perkataan-perkataan yang dikumpulkan ini akan dikaji satu persatu dari pelbagai sudut. Kemudian tafsiran secara menyeluruh dilakukan pada perkataan-

dengan kesimpulan, dilihat kesan pengulangannya (perkataan-perkataan) di dalam al-Quran. Pengulangan perkataanperkataan yang terdapat dalam al-Quran memberikan pelbagai interpretasi dari aspek al-Quran.

Sebagai contoh kalimah yang sentiasa berulang di

dalam al-Quran, dan ia digunakan dalam pelbagai bentuk ayat ialah :

Al-Jihad Al-Sadaqah Al-Kitab Munafiq Ahl al-Kitab

Antara kitab penulisan yang menunjukkan Tafsir

Maudui pada bentuk ini ialah kitab Gharib al-Quran. Contoh Tafsiran Maudui dalam bentuk ini adalah sebagaimana kajian yang dilakukan oleh al-Dhamighi terhadap kalimah al-Khair dalam al-Quran. Menurut beliau, kalimah ini mempunyai 8 makna iaitu harta, iman, Islam, lebih baik, sejahtera, ganjaran, makanan,

Tafsiran pada bentuk

Bentuk tafsiran ini

ini berlaku apabila pengkaji membuat perbahasan mengenai satu tajuk tertentu.
Pengkaji akan meneliti

ayat-ayat al-Quran, mengumpulkan ayatayat yang mempunyai perkaitan dengan tajuk yang ingin dikaji.

dapat dilakukan dengan 2 cara, iaitu: 1. Pengkaji mendapatkan tajuk terlebih dahulu, kemudian mencari ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan tajuk. 2. Pengkaji menghimpunkan ayat-ayat yang sama topiknya, kemudian menetapkan tajuk

Kebiasaannya Tafsir Maudui bentuk ini lebih dikenali

dan digunakan berbanding bentuk pertama dan ketiga. Apabila disebut tentang Tafsir Maudui ia merujuk kepada tafsir bentuk ini. Dari sudut zaman, Tafsir Maudui bentuk ini dibahagikan kepada 2 bahagian:

1. Tafsir Maudui Klasik


Ia

adalah tafsiran yang dilakukan oleh pengkajipengkaji yang ikhtisas dalam bidang al-Quran dan bahasa Arab. Mereka mengkaji persoalan-persoalan mengenai al-Quran dan dipersembahkan dalam bentuk akademik. Sebagai contoh, mereka membahaskan tentang Ijaz alQuran, asbab nuzul dalam al-Quran, Nasikh dan Mansukh, al-Mathal, Qasam, Makki dan Madani dan sebagainya.

2. Tafsir Maudui Kontemporari


Ia adalah tafsiran yang dilakukan oleh para Ulama

yang mana mereka mengkaji al-Quran dan mengaitkan dengan persoalan semasa yang berlaku dalam masyarakat, serta mencari penyelesaiannya.
Sebagai contoh, kajian dalam bentuk ini ialah

Perhubungan Antarabangsa Menurut al-Quran, Hubungan Kemasyarakatan Menurut al-Quran, Uslub Dakwah Menurut al-Quran dan sebagainya.

Tafsiran ini berlaku apabila pengkaji meneliti sesuatu

surah tertentu di dalam al-Quran.


Pengkaji perlu mengemukakan objektif utama surah

tersebut.
Bagi mendapatkan objektif surah tersebut, pengkaji

perlu memahami ayat-ayat yang terkandung dalam surah tersebut.


Beberapa perkara perlu diteliti oleh pengkaji bagi

membantu mendapatkan objektif surah yang dikaji. Pengkaji perlu melihat asbab nuzul, tertib surah, cirri-

Perkara-perkara ini amat penting bagi mendapatkan

identiti sesuatu surah kerana mempunyai identiti yang tersendiri.

setiap

surah

Contoh tafsiran pada bentuk ini ialah sebagaimana

yang dapat dilihat pada tulisan Syed Qutb di dalam kitab tafsirnya Fi Zilal al-Quran pada tafsiran surah al-Anfal.
Beliau

mendahului tafsiran tersebut dengan pengenalan surah serta menyatakan objektif surah tersebut. Kemudian tafsiran tersebut disusuli dengan beberapa perbahasan lain yang berkaitan dengan ayat-ayat yang terdapat pada surah tersebut.

You might also like