Professional Documents
Culture Documents
Refleksi Kaki
Refleksi Kaki
Pendahuluan Suatu kaedah perubatan tradisional yang diperkenalkan oleh orang Tiongkok. Perubatan ini ialah dengan cara mengurut daerah refleksi pada anggota badan manusia. Daerah refleksi yang popular ialah di tapak kaki dan di tapak tangan. Keistimewaan pengubatan cara urut releksi ini adalah selamat dan mudah, tidak perlu memakan sebarang ubat dan tidak ada yang ditusukkan ke dalam tubuh kita. Pesakit akan hanya merasa sakit sedikit ketika urutan dibuat. Ianya boleh dilakukan kepada semua orang (yang mempunyai daerah refleksi) sama ada orang tua atau pun masih bayi. Daerah Refleksi Merupakan titik pusat urat-urat syaraf di anggota badan manusia. Tiap-tiap titik tersebut ada hubungkaitnya dengan organ tubuh tertentu. Setiap organ di dalam tubuh sentiasa memerlukan pengaliran darah yang lancar untuk urusan penerimaan sumber makanan dan pembungan bahan kekotoran. Dengan mengurut atau memicit daerah refleksi akan melancarkan peredaran darah orang yang diurut. Kelancaran ini mendorong organ di dalam tubuh menerima sumber makan (seperti oksigen, hormon, antibiotik) dan pembuang kekotoran (seperti asid) yang hendak mengendap di situ lalu dialirkan ke buah pinggang. Sebenarnya, kalau manusia mahu menuruti kehendak alam, berjalan di atas tanah kasar dan berbatu tanpa beralas kaki, maka daerah refleksi yang terdapat ditapak kaki akan tertekan hingga tergerak fungsinya. Orang yang berpengalaman urut refleksi, dalam mengurut dapat mengetahui tempat penyakit pesakit hanya dengan meraba tapak kaki orang tersebut.Kerana daerah refleksi yang sakit terasa semacam ada pasir di situ apabila diraba. Ini bermakna berlakunya endapan kekotoran di dalam saluran darah.
5. Saraf trigeminus (otot keseimbangan) 10. Bahu. 35. Lutut. 36. Kelenjar reproduksi (indung telor/testis). 37. Mengendur perut (mengurangi sakit haid). 38. Sendi punggung. 39. Kelenjar getah bening atas (antibiotik). 42. Organ keseimbangan. 43. Dada. 44. Sekat rongga antara dada & perut. 58. Tulang tungging (ekor) luar. 59. Tulang belikat. 60. Sendi siku. 61. Tulang rusuk.
39. Kelenjar getah bening atas (antibiotik). 40. Kelenjar getah bening perut (antibiotik). 41. Kelenjar getah bening dada (antibiotik). 42. Organ keseimbangan. 43. Dada. 44. Amandel. 46. Rahang bawah. 47. Rahang atas. 48. Tenggorok. 48. Saluran pernafasan.
6. hidung. 13. Kelenjar Paratiroid. 24. Pundi kencing. 38. Sendi punggung. 40. Kelenjar getah bening bahagian perut (antibiotik). 49. Kunci peha (sendi pangkal peha). 50. Rahim dan kelenjar prostat (sulit kencing, beser). 51. Penis, vagina &saluran kencing. 52. dubur (wasir). 53. Tulang leher. 54. Tulang punggung. 55. Tulang pinggang. 56. Tulang kelangkang. 57. Tulang tungging (ekor) dalam. 61. Tulang rusuk.
4. Memijak selipar
Cara mengurut atau memicit daerah refleksi di kaki ialah dari arah bawah ke atas. Sementara yang terdapat di daerah betis diurut arah ke jantung. Tiap-tiap daerah refleksi boleh diurut selama lebih kurang 5 minit untuk menerima kesannya. Jika dapat menahan kesakitan, bolehlah diurut lebih lama sadikit. Selepas urutan dibuat, pesakit digalakkan mengambil minuman air suam. Selamat Mencuba