Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGHARGAAN Assalamualaikum, Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja

kursus pendek matematik asas yang telah diusahakan selama ini. Kerja kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada markah matematik asas. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru,Johor, Tuan Hj. Mohd Said Bin Hasran kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua guru pelatih. Sekalung penghargaan untuk pensyarah matapelajaran matematik asas, Tn.Hj.
Md. Nordin Bin Monel kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya

menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu,saya juga sangat menghargai jasa beliau kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus saya serta membantu saya dari permulaan hingga siap sepenuhnya kerja kursus pendek ini. Jasa beliau akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada pensyarah matematik asas yang lain serta ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan,sokongan dan dorongan yang membina. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek kerja kursus ini amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa,tenaga dan wang ringgit untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan.

You might also like