Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 Oleh : Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab

Batu Pahat , 13 Mac (SMKPS) Kerja kursus geografi tajuk Kitar Semula.

Salam semua. Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam ruangan blog SMKPS ini. Cuma En Mustaffa Siraj dan En. Shafie Buyamin sahaja yang masih menjadi penulis setia untuk blog ini. TAHNIAH saya ucapkan kepada mereka. Teruskan kecemerlangan anda.

Di sini saya sertakan contoh kerja kursus geografi sebagai panduan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3. Harap ianya boleh menjadi panduan kepada anda semua terutamanya kepada pelajar SMK Penghulu Saat

(Nombor 1) TAJUK :

AMALAN KITAR SEMULA

DI KAMPUNG PARIT RAJA AHMAD

PT SULONG, BATU PAHAT

JOHOR

NAMA

: MOHD KHAMSULDIN B ABDUL WAHAB

KELAS

: 3 BAIK

SEKOLAH

: SMK PENGHULU SAAT, PT RAJA AHMAD 83500 PT SULONG, BT. PAHAT

NAMA GURU

: EN MAMAT

TARIKH HANTAR : 28 MEI 2010

TANDATANGAN PELAJAR

TANDATANGAN GURU

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

HALAMAN

1) Penghargaan

2) Pendahuluan

3) Objektif Kajian

4) Kawasan Kajian

5) Kaedah Kajian

6) Hasil Kajian

7) Rumusan

8) Rujukan

9) Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saat, Pn Hajah Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ahmad Bin Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Parit Raja Ahmad yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai pusat kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas

2) Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula

3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula

4) Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula

5) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.

6) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di Kg. Parit Raja Ahmad tentang kepentingan amalan kitar semula.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Parit Raja Ahmad Parit Sulong Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 1 km dari pekan Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah 40 sen untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu SMK Penghulu Saat yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.

Kampung Parit Raja Ahmad mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN

1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat

2) Peta Pekan Parit Sulong

3) Peta Kg. Parit Raja Ahmad

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan

i)

Tajuk dan Bingkai [1 m]

ii)

Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

iii)

Simbol Piawai [ 1 m ]

iv)

Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian

2) Temu Bual

3) Soal Selidik

4) Rujukan

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud.

8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah

Terdapat juga penduduk kampung yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contoh

Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk..

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK kerana

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.

8.3 Kepentingan Kitar Semula.

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Beri huraian

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Beri huraian..

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Beri huraian

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

Beri huraian

8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.

1. Sikap

Beri huraian..

2. Kurang Pengetahuan

Beri huraian anda

3. Harga Terlalu Rendah

Beri huraian

4. Kurang Pusat Pengumpulan.

Beri huraian

5. Kurang Kerjasama

Beri huraian..

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen

Beri huraian

2. Pendidikan

Beri huraian

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.

Beri huraian

4. Gotong Royong

Beri huraian

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-

i)

Jadual

ii)

Graf

iii)

Carta Pai

iv)

Peta Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Buat rumusan

(Nombor 10). LAMPIRAN

Surat pengenalan diri murid Surat kebenaran membuat kajian Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga Surat kebenaran ibu/bapa penjaga Borang soal selidik Gambar / foto yang berkaitan

(Nombor 11). RUJUKAN

Buku Teks

Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd

Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Buku Rujukan

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

Internet

KEPADA PENGGUNA CONTOH JAWAPAN INI: MOHON KIRANYA DAPAT MENGHULURKAN SUMBANGAN IKHLAS BERBENTUK WANG TUNAI DAN DIMASUKKAN KE AKAUN BANK CIMB ATAS PENAMA : MUSTAFFA SIRAJ NO AKAUN 01030004687202 BERALAMAT DI SMK PENGHULU SAAT, 83500 PARIT SULONG BATU PAHAT JOHOR, BAGI MENGISI TABUNG KEBAJIKAN DAN KECERIAAN SEKOLAH KAMI TERIMA KASIH

Blog smkpenghulusaad.wordpress.com.my

Orang Sumber

En. Mohd Khamsuldin B Abdul Wahab, 12 tahun, Seorang Guru di SMK Penghulu Saad, Pt. Sulong. Akhir kata, diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang bermutu

-SMKPS-

You might also like