Tugasan Literasi Nombor Kalkulator

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Berapa

orang

murid

yang

pernah

menggunakan

kalkulator

dalam

pembelajaran di dalam kelas?

Daripada jumlah 30 orang murid yang dibanci, tiada seorang murid pun yang pernah menggunakan kalkulator ketika pembelajaran di dalam kelas.

Adakah guru menggalakkan penggunaan kalkultor dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Setelah bancian dibuat, saya telah meminta pendapat pelajar tentang penggunaan kalkulator. Ramai murid yang amat teruja jika diberi peluang menggunakan kalkulator ketika proses pembelajaran . Melalui pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh murid dapat saya nyatakan disini bahawa sebagai seorang guru saya amat menggalakkan penggunaan kalkulator dalam pembelajaran matematik. Walaupun banyak desas desus yang mengatakan penggunaan kalkulator boleh menyebabkan murid malas untuk menggunakan minda untuk menyelesaikan satu satu masalah tetapi disini saya mempunyai pendapat yang berbeza. Jika kita kaji dan memandang dari sudut yang positif, sebenarnya banyak kebergunaan dan kelebihan penggunaan kalkulator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan-kelebihannya ialah: 1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan. Kebanyakan kanak-kanak menyatakan mereka seronok menggunakan kalkulator ( perks1990) dengan memberi

alasan mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah nombor dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

2. Dapat mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas,Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

3. Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.

4. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan

simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.

5. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza. Contoh _ _ 2 + _ _ 3 = _ _ _ _.Di sini murid boleh mencuba pelbagai angka yang berakhir dengan dua dan tiga untuk diselesaikan dan mendapatkan jawapannya. Penggunaan kalkulator juga boleh menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam belajar matematik seperti perkenalkan perkataan lebih daripada kurang daripada dan sebagainya.

6. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakan menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti 1+24=25, 3+22=25 , 3+33=25,26-1=25 dan sebagainya.

7. Ringkasnya penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada satu corak pembelajaran yang mampu meningkatkan pengiraan secara mental di samping manpu untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu konsep asas pengiraan khususnya bagi kanak-kanak tahap rendah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mereka pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.

8. Selain itu, kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil

kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental untuk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak. 9. Biasanya pelajar terutama pelajar yang lambat dan mengalami kesukaran semasa menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan pengunaan ayat, bukan kerana tidak faham atau tidak tahu membuat tranformasi, tetapi kerana mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan menggunakan kalkulator, pelajar boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan kalkulator akan menambahkan peluang kepada kepada guru-guru untuk memberi celik akal dalam matematik serta memberi peluang kepada murid untuk merasai keseronokan dalam pembelajaran matematik.

You might also like