Laporan Minit Mesyuarat Asrama Kali Ke 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Laporan Minit Mesyuarat Pengurusan Asrama Kali Ke-3

Tarikh Masa Tempat : 27.04.2010 (Khamis) : 2.30 petang : Bilik Mesyuarat Asrama

Kehadiran : 1. Tn. Hj. Alias Bin Hj. Ahmad (Pengetua) 2. Pn. Hjh. Faizah Binti Hj. Ibrahim (PK Hem) 3. En. Wan Sobri Bin Wan Izham (PK KoKu) 4. En. Hafizan Bin Awang (Ketua Warden) 5. En. Zakaria Bin Ismail (Penyelia Asrama/warden) 6. En. Hasrulnizam Bin Hasan 7. En. Mohd Nazar Bin Ishak 8. En. Rozaidi Bin Saidin 9. En. Zainudin Bin Abdul Majid 10.Pn. Norshimah Binti Wahab 11.Pn. Norizan Binti Ishak 12.Cik Noor Asmidar Binti Hashim 13.Cik Siti Noor Sharihan Binti Mohd Ghazali 14.Cik Siti Fatimah Binti Yusof 15.Pn. Zainab Binti Md Zain Agenda Mesyuarat; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Perutusan pengerusi Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Perkara berbangkit Maklumat dari atas Laporan dari bawah Laporan dobi Projek angkat Perkara-perkara lain

I. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab

2. Tn. Pengetua mengalu-alukan ucapan terima kasih kepada semua para warden yang hadir ke mesyuarat kali ketiga. 3. Tn. Pengetua memaklumkan tentang kegawatan ekonomi seterusnya memberi sedikit impak kepada pengurusan kewangan asrama. Beliau memaklumkan pihak KPM mengalami masalah peruntukan dana menyebabkan T&T belum diperolehi begitu juga pihak BPI menarik balik beberapa peruntukan yang diberikan sebelum ini. 4. Tn. Pengetua juga memberi nasihat dan teguran supaya dalam pengurusan asrama tiada sebarang isu yang kurang menyenangkan berlaku (Sifar Isu). Beliau juga menyarankan supaya menjaga nama baik sekolah kerana sekolah kita merupakan sebuah sekolah yang terbaik iaitu mendapat tempat ke 12 dalam pencapaian SPM daripada 55 buah sekolah SMKA baru-baru ini. 5. Tn. Pengetua juga memaklumkan Asrama SMKA Sik dicalonkan bagi mewakili daerah untuk ke pertandingan Anugerah Asrama Gemilang 2010. Tindakan : Makluman II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 6. Cik Siti Noor Sharihan telah membentangkan minit mesyuarat kali ke2 seperti mana yang telah diedarkan. En Zakaria mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En. Hafizan. Tindakan : Cik Siti Noor Sharihan III. PERKARA BERBANGKIT 7. Berkenaan tentang CCTV En. Rozaidi memaklumkan operasi CCTV berjalan seperti biasa dan buku pemantauan telah disiapkan. Beliau juga memaklumkan buku rekod ini akan dipantau oleh dua orang MPP yang telah diberi tanggungjawab untuk merekodkan sebarang kejadian yang tidak diingini. 8. Beliau juga memaklumkan terdapat gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan berlakunya masalah pada rakaman. 9. Tn. Pengetua menyarankan supaya cara penggunaan CCTV ini diberi pendedahan kepada pihak pengawal keselamatan. 10. Masalah kekurangan warden asrama, mesyuarat telah mencadangkan beberapa orang guru untuk diberi tanggungjawab iaitu En Rosli bin Ahmad, En Zahidi bin Aziz, Cik Nor Hidayah dan Cik Siti Sarah. 11. Mesyuarat telah mempersetujui untuk membeli dua set Thumbprint untuk kegunaan pelajar asrama. En. Hasrulnizam memaklumkan pihak pembekal belum memberi maklumat terkini tentang harga untuk dua set Thumbprint yang sesuai untuk digunakan kepada pelajar.

Tindakan: Makluman IV. MAKLUMAT DARI ATAS 12.Tn. Pengetua memaklumkan kepada mesyuarat tentang Anugerah Kualiti 10 Bidang belum mendapat keputusan dari pihak BPI dan cuma diarahkan bersedia untuk pemantauan. 13.Tn. Pengetua juga membuat pesanan sekali lagi tentang persediaan untuk Anugerah Asrama Gemilang 14.Puan Hjh Faizah memberitahu tentang perancangan stategik sudah disiapkan. Tindakan : Makluman V. LAPORAN DARI BAWAH 15.En. Hafizan memaklumkan terdapat paip bocor dan perlu ditukarkan kepada kepala paip yang lebih berkualiti dan perlu penyenggaraan secepat mungkin kerana berlaku pembaziran air. 16.Kertas kerja Malam Inspirasi semua tingkatan untuk pelajar lelaki dan perempuan akan diadakan pada bulan Mei dan memohon sumbangan hadiah. Malam Inspirasi ini akan diadakan di Dewan Makan Asrama untuk pelajar lelaki dan Dewan Besar untuk pelajar perempuan. 17.En. Zakaria telah memaklumkan tentang bayaran kepada Ustaz Lah dibayar pada hujung tahun 18.En. Zakaria juga memaklumkan sebarang tuntutan bagi mendapatkan duit lebihan makanan perlu disertakan kertas kerja. Beliau juga memaklumkan tentang ketentuan peruntukan kewangan asrama yang belum pasti. Tindakan : Makluman VI.LAPORAN DOBI 19.Pn. Norizan memaklumkan terdapat sedikit masalah tentang dobi iaitu terdapat kehilangan pakaian terutama pelajar perempuan dan baju yang dihantar lambat untuk dapat kembali. Terdapat rungutan dari pelajar perempuan terutama pakaian yang dicuci kurang bersih dan mereka mengambil keputusan untuk mencuci pakaian sendiri. 20.Pihak MPP membuat permohonan agar nama dan nombor dipamerkan. 21.Laporan dari pihak pekerja dobi mengatakan ampaian dobi di ceroboh oleh pelajar. 22.Mesyuarat memutuskan agar membuat postmortem dan lawatan ke SMK Agama Baling perlu dibuat. 23.Tn. Pengetua memutuskan perlu ada perbincangan khas untuk AJK Dobi asrama. Tindakan: AJK Dobi

VII.

PROJEK ANGKAT

24.Pn Norizan telah membentangkan projek kawasan angkat kepada ahli mesyuarat bertujuan menceriakan lagi panorama sekitar asrama seperti lampiran1 Tindakan: Semua Warden VIII. PERKARA-PERKARA LAIN

25.Projek ternakan burung puyuh dibawah jagaan En. Hafizan. (Makluman) 26.Cadangan supaya money oder bagi pembayaran yuran dicadangkan untuk awal tahun hadapan. 27.Perlaksanaan denda ke atas salah laku pelajar perlu diteliti supaya tiada isu yang dibangkitkan terutama oleh para waris. 28.Pn. Norizan mencadangkan supaya diadakan rekod terperinci kehadiran kelas tambahan terutama pelajar tingkatan 3 dan 5 serta diwajibkan kepada semua pelajar yang tinggal di luar asrama. 29.Tn. Pengetua memaklumkan tentang Operasi Dakwah dan beliau memberitahu bahawa pihak BPI akan berkampung untuk pemantauan perjalanan Operasi Dakwah ini di semua SMKA. 30.En. Zainudin menyuarakan tentang isu keluar dari asrama pada petang jumaat dengan alasan pelajar untuk mengambil wang di bank. Mesyuarat memutuskan pelajar tidak dibenarkan keluar pada hari berkenaan. 31.Pengumuman di pondok pengawal keselamatan oleh semua pelajar tidak dibenarkan oleh mesyuarat kerana terdapat salah guna alat sebaran am tersebut. Mesyuarat memutuskan sebarang pengumuman hendaklah dibuat melalui MPP. 32.Tn. Pengetua memaklumkan kepada mesyuarat bahawa pekerja pembersihan perlu mengemas bilik bacaan pelajar di asrama. 33.Cik Noor Asmidar menghentikan penggunaan bilik bacaan pada waktu malam kecuali untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. 34.En. Hafizan memberitahu bahawa pelajar lelaki tingkatan 5 membuat surat permohonan penggunaan bilik bacaan waktu malam dan diluluskan. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

........................................................... .................... (EN. HASRULNIZAM B HASAN) IBRAHIM) Pencatat Minit Mesyuarat Murid SMK Agama Sik

....................................... ( PN. HJH. FAZAH BT HJ. Penolong Kanan Hal Ehwal

SMK Agama Sik

You might also like