Minit Mesyuarat HEM 1 2011

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

HEM 1/11 SK KAMPUNG KUDONG MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM KALI KE 1 /2011 Nama Mesyuarat : Murid Tarikh Masa

: Tempat : Pengerusi : Kehadiran (bilangan) : Nama Yang Hadir : 2. Pentadbiran/Kurikulum) Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal : 27 Disember 2010 (Isnin) 12.30 tengah hari Bilik Mesyuarat SKKK Encik Abd Halim bin Atan 12 Orang 1. Puan Rosnah binti Yaacob (Guru Besar) En. Azman bin Hj Ayun (PGB 3. En. Abd Halim bin Atan (PGB Hal Ehwal Murid) 4. En. Sandiran a/l Alaganathan (PGB Kokurikulum) 5. En. Jasni bin Omar 6. En. Mohd Noh bin Mohya 7. Cik Siti Zahirah binti A. Razak 8. En. Mohammad Azli bin Abdullah 9. En. Khairul Azni bin Abd Halim 10. En. Muhammad Mukhtaruddin bin Harun 11. En. Afzan Fitri bin Safee 12. Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria Nama Yang Tidak Hadir : 1. Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat hari ini. Pengerusi menjelaskan objektif dalam menguruskan hal ehwal murid iaitu untuk mendidik pelajar-pelajar melalui rancangan-rancangan yang dirancang supaya cemerlang dalam sahsiah seterusnya cemerlang dalam akademik. Beliau menegaskan dalam memastikan kecemerlangan sahsiah, pengurusan masa hendaklah diuruskan dengan baik. Pengerusi juga menegaskan semua guru bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi juga melalui aktiviti-aktiviti yang lain yang telah dirancang meliputi bidang kebajikan dan keperluan murid sebagai seorang manusia. 1. En. Mohd Zazali bin Raman

1.3 1.4

Tindakan : Makluman

2.

Pengesahan minit mesyuarat yang lalu Pengesahan minit mesyuarat yang lalu Cadangan : En. Jasni bin Omar Disokong : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria

3.

Perkara berbangkit 3.1 Pengerusi menyampaikan beberapa strategi yang akan dilaksanakan dalam usaha mencapai objektif pengurusan HEM iaitu seperti memperkemaskan sistem pendaftaran murid, menguatkuasakan peraturan sekolah, melaksanakan program-program kesihatan, mempertingkatkan peranan guru-guru, melaksanakan modul-modul seperti yng terkandung di dalam Program Sekolah Selamat dan menggalakkan penyertaan aktiviti luar di kalangan murid. Tindakan : Makluman

4.

Kandungan Mesyuarat 4.1 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan takwim bagi semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Guru 2011 (m/s 42 hingga 57). Tindakan : Makluman Terdapat beberapa perubahan di dalam carta organisasi untuk jawatan berikut: 4.2.1 Setiausaha : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria 4.2.2 S/U JK Pengawas : En. Mohd Zazali b. Raman 4.2.3 S/U JK e-Kehadiran : En. Khairul Azni b. Abd Halim 4.2.4 S/U JK PPDa : En. Muhammad Mukhtaruddin b. Harun 4.2.5 S/U JK SBT : Cik Siti Zahirah binti A. Razak 4.2.6 S/U JK RIMUP : En. Sandiran a/l Alaganathan 4.2.7 S/U JK BB & K : En. Afzan Fitri b. Safee 4.2.8 Warden Asrama : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria

4.2

4.3

Bagi memastikan pengurusan HEM yang baik, tindakan serta-merta hendaklah diambil bagi kes-kes yang melibatkan kebajikan murid. Tindakan : Semua Jawatankuasa

5.

Sasaran Kerja 2011 5.1 Jawatankuasa Pengawas @ Disiplin 5.1.1 Setiausaha Jawatankuasa pengawas telah diberi kepada En. Mohd Zazali. Ketegasan beliau diharapkan dapat membawa perubahan di dalam lembaga Pengawas Sekolah. 5.1.1 Guru Besar menyatakan harapan beliau untuk melihat sebuah jentera pengawas yang berani dan hebat di sekolah ini. Justeru, perlantikan En. Mohd Zazali sebagai S/U Jawatankuasa Pengawas diharapkan dapat mencapai hasrat tersebut. Tindakan : En. Mohd Zazali b. Raman 5.2 Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan 5.2.1 Program kebersihan dan keceriaan akan diteruskan pada tahun ini. Setiap kelas diberi masa seminggu (selepas sesi persekolahan 2011) bermula untuk menceriakan kelas. Pertandingan ini akan bermula pada minggu kedua persekolahan. 5.2.2 Di bawah jawatankuasa ini juga, kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah hendaklah sentiasa dipantau. S/U hendaklah memastikan persekitaran sekolah dan asrama bebas daripada pembiakan aedes. Laporan hendaklah dibuat mengikut tarikh yang dikehendaki. Tindakan : Cik Siti Zahirah binti A. Razak 5.3 Jawatankuasa Keselamatan 5.3.1 Jawatankuasa keselamatan sekolah hendaklah memastikan maklumat berhubung dengan cara-cara menyelamatkan diri daripada bencana ketika berada di kawasan sekolah disampaikan kepada semua warga sekolah. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku di dalam kawasan sekolah terutamanya jika ada bencana yang melanda seperti kebakaran dan sebagainya.

5.3.2 Latihan larian kecemasan hendaklah sekurang-kurangnya 2 kali setahun. hendaklah disediakan mengikut ketetapan.

diadakan Laporan

5.3.3 Pihak sekolah bercadang untuk memanggil pihak Bomba bagi menyampaikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul. 5.3.4 Jawatankuasa juga diingatkan agar menyediakan peta laluan kecemasan dan ditampal di semua bangunan. Tindakan : En. Khairul Azni b. Abd Halim

5.4

Jawatankuasa Kesihatan 5.4.1 Jawatankuasa kesihatan akan menguruskan program imunisasi bagi murid tahun 1 dan 6. Jawatankuasa juga akan menyediakan sebuah bilik khas untuk rawatan pergigian. Tindakan : En. Mohd Noh b. Mohya

5.5

Jawatankuasa RIMUP dan Skim Baucer Tuisyen 5.5.1 Program RIMUP dan SBT akan dijalankan sekiranya terdapat peruntukan diberikan oleh pihak kerajaan. Tindakan : En. Sandiran a/l Alaganathan :Cik Siti Zahirah binti A. Razak

5.6

Warden Asrama 5.6.1 Cik Nurhafiz Zubaidah telah dilantik menjadi warden asrama bagi sesi persekolahan 2011. Warden akan bertugas secara bergilir-gilir. Jadual Penggiliran akan disediakan. Tindakan : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria

6.

Hal-hal Lain Tiada hal-hal lain dibincangkan.

7.

Ucapan penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari. Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................................... ............................................................ (SITI ZAHIRAH BINTI A. RAZAK)

Diperakukan oleh:

...........................................................................

You might also like