Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

1.

0 Pendahuluan
Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini. Begitulah ungkapan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj (Perdana Menteri Pertama Malaysia) di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 3 Jun 1957 berkaitan dengan hubungan penduduk di Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Masing-masing mengamalkan cara hidup yang berbeza. Masing-masing mempunyai pendapat dan fahaman yang berbeza. Oleh itu, persefahaman dan toleransi antara pelbagai kaum sangat penting kerana ia mewujudkan perpaduan. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Pada tanggal 13 Mei 1969, ancaman dan kelemahan ini telah mengakibatkan berlakunya huru-hara, pergaduhan dan rusuhan kaum. Senario politik negara yang tidak menentu dan penuh dengan unsur perkauman seperti isu ketidakseimbangan ekonomi, isu keistimewaan orang Melayu, isu kerakyatan, isu pelajaran, isu agama dan kebudayaan telah menyebabkan tragedi itu berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 ialah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia menyedari bahawa untuk menjadi sebuah negara bangsa yang mempunyai sistem sosial yang kukuh, ianya bukan hanya terletak pada kestabilan politik yang mapan dan pertumbuhan ekonomi yang baik. Ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis dan mantap ialah kesinambungan bagi keseimbangan antara kestabilan politik dan kemajuan ekonomi. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk mesti meneruskan usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan antara kaum agar tragedi hitam dan pahit yang berlaku tidak akan berulang semula. 13 Mei 1969 akan sentiasa diingati di dalam sejarah Malaysia memandangkan ia merupakan garis pemisah kepada sistem pentadbiran kerajaan pada hari ini. Ia juga menjadi ukuran ke atas integrasi di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia pada hari ini. Oleh itu, aspek keharmonian kaum dan perpaduan negara ialah perkara yang amat dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran negara. Ini dapat dilihat dalam setiap dasar yang kerajaan laksanakan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Menerusi perpaduan yang kukuh, di samping suasana politik yang stabil, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat bertambah maju.

2.0

Peristiwa 13 Mei 1969 Negara kita selepas merdeka sehingga tahun 1969 tidaklah begitu aman seperti yang

diharapkan oleh penyokong-penyokong kemerdekaan. Sekali-sekala keluar berita berlakunya beberapa pergaduhan kecil antara kaum. Namun, tiada sesiapa pun akan menyangka pada tahun 1969 akan tercetusnya satu rusuhan kaum yang mengubah wajah negara kita. 2.1 Sebelum Pilihan Raya Umum 1969 Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 ialah pilihan raya umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia. Ia telah diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi. Parti-parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu ialah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Progresif Rakyat (PPP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Penyokong-penyokong Parti Buruh yang tidak bertanding pada pilihan raya kali ini telah berikrar akan membantu DAP dan Gerakan semasa tempoh berkempen. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan masa selama sebulan untuk parti-parti yang terlibat untuk mengadakan kempen parti masing-masing. Masa itu dianggap agak panjang untuk mengadakan kempen politik walaupun kerajaan mengamalkan dasar kebebasan bersuara. Ini kerana pada masa itu, hubungan antara kaum adalah agak tegang. Oleh yang demikian, tindakan kerajaan dianggap tidak rasional. Pada 24 April 1969, dua minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya umum, En. Kassim Bin Omar seorang penyokong UMNO telah dibunuh dengan kejam ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya daripada kempen pilihan raya. Pelaku-pelakunya ialah ahli-ahli Parti Buruh yang berketurunan Cina yang dipengaruhi fahaman komunis. Arwah telah dibelasah tanpa henti hingga meninggal dunia di tepi jalan. Kemudian, mereka yang membunuhnya telah menyapu cat berwarna merah ke seluruh mukanya. Ia merupakan satu pembunuhan yang sengaja iaitu dengan niat dan tidak berperikemanusiaan. Peristiwa tersebut telah menggemparkan negara. Enam hari sebelum diadakan pilihan raya umum 1969, berlaku pula satu kejadian lain. Tiga orang konstabel polis sedang melakukan rondaan apabila terserempak dengan sekumpulan pemuda Cina daripada Parti Buruh yang sedang mengecat slogan-slogan anti pilihan raya di tepi jalan. Polis telah meminta mereka memberhentikan perbuatan mereka itu, namun tidak diendahkan. Mereka mula menyerang polis dengan menggunakan batang besi

sambil membaling kayu dan batu. Mereka menyerang dengan agresif sehinggakan polis terpaksa menembak mereka untuk mempertahankan diri. Seorang daripada pemuda Cina itu tercedera dan kemudiannya mati di hospital. Pihak pembangkang mengambil kesempatan atas kematian pemuda itu dan mahu melakukan pengebumiannya dengan mengadakan satu perarakan secara besar-besaran pada hari mengundi itu sendiri. Pihak polis dengan kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju untuk memberi permit bagi mengadakan perarakan pengebumian itu tetapi hanya pada 9 Mei. Perarakan pengebumian ini adalah sangat besar. Lebih kurang 14,000 orang berarak melalui bandar ke dalam kawasan Melayu. Orang-orang Cina yang telah dipengaruhi fahaman komunis berarak dalam kumpulan sepanjang lapan batu sambil meneriakkan slogan-slogan Maoist dan menyanyikan lagu The East is Red. Mereka juga membawa gambar portrait Mao Tse Tung dan bendera berwarna merah yang menunjukkan bahawa mereka ini mahu negara ini juga menjadi negara komunis. Perarakan ini telah melalui kawasan di tengah-tengah Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan lalu lintas pada setiap jalan utama dalam bandar itu. Mereka telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu yang memerhati dengan jeritanjeritan Malai si iaitu Kematian kepada orang Melayu dan Hutang darah bayar darah. Sepanjang perarakan itu, pemerhati yang kebanyakannya orang Melayu terpaksa melihat slogan-slogan penghinaan dan mendengar ejekan dan cacian yang dilaungkan kepada mereka. Selain itu, prejudi-prejudis Cina ini juga mengejek orang Melayu dengan kata-kata Melayu babi balik kampung dan Jakun balik hutan sambil menunjukkan alat sulit mereka. Namun begitu, pada ketika ini orang Melayu hanya berdiam diri walaupun perasaan marah dan dendam meluap-luap di dalam dada. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan isu-isu perkauman dan sensitif seperti soalsoal Bangsa Malaysia berkaitan dengan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara, kedudukan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Ini menaikkan lagi darah orang Melayu yang pada awal lagi sudah dicabar oleh kejadian-kejadian yang berlaku.

2.2

Selepas Pilihan Raya Umum 1969

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yamg dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi dalam pilihan raya yang lain, ini hanya merupakan 66% daripada Dewan Rakyat yang kini telah diperluaskan. Dengan erti kata yang lain, Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, ianya bukan satu masalah yang besar. Ini kerana parti campuran ini hanya memerlukan seorang sahaja lagi daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan untuk meneruskan pemerintahan. Akhirnya, Parti Perikatan mendapat juga majoriti dua pertiga yang diperlukan apabila Gerakan, PPP dan PAS menyertai mereka untuk membentuk Barisan Nasional pada tahun 1973. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mei. Sekali lagi, mereka mengadakan perarakan secara besar-besaran. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, perarakan telah melencong dari laluan yang ditetapkan. V. David iaitu ahli Gerakan telah melanggar arahan polis dan mengalihkan laluan perarakan ke tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan kemudiannya bergerak ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke kawasan Melayu di Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru menjadi tempat tinggal bagi 30,000 orang Melayu sekaligus menjadikannya kubu UMNO. Itulah sebabnya perarakan melencong menuju ke Kampung Baru. Betapa marahnya orang Melayu semasa menerima cacian dan kejian daripada orang Cina dan India yang menyertai perarakan kemenangan itu. Perarakan ini berlaku selepas empat hari perarakan pengebumian pemuda Cina yang mati ditembak polis. Mereka tetap dengan modus operandi yang sama iaitu mengejek, mencaci dan menghina orang Melayu. Mereka membawa sama sepanduk-sepanduk dengan slogan yang berbaur perkauman. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan tentang tenggelamnya kapal Perikatan iaitu logo Parti Pakatan. Ada juga orang Cina dan India yang berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi. Ada pula pendapat yang

mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu dan menyingkirkan orang Melayu ke dalam laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu membawa maksud sesuatu yang negatif (sial). Ada juga penyokong-penyokong Cina dan India ini meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan sambil menunjukkan kemaluan mereka. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Yeoh Teck Chye selaku Presiden Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka yang biadap dan melampaui batasan itu. Pada pagi 13 Mei itu, orang Melayu mula berkumpul di rumah Setiausaha Politik Dato Harun Idris iaitu Haji Ahmad Razali. Ianya bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor dan meraikan kemenangan Parti Perikatan membentuk kerajaan negeri Selangor. Orang Melayu kemudiannya berkumpul di rumah MB Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mereka ingin menyampaikan kepada Dato Harun Idris akan perasaan orang Melayu yang sudah tidak terkawal akibat diejek, dicaci dan dihina sebelum itu kesan daripada dua perarakan di Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku MB Selangor menenangkan mereka dan meminta mereka supaya bersabar. Beliau kemudiannya telah mendapatkan permit untuk mengadakan perarakan kemenangan yang akan turut disertai oleh cawangan-cawangan UMNO daerah lain di Selangor. Beliau juga berjanji dengan pihak polis bahawa perarakan itu akan berlangsung dengan aman. Mereka yang datang dari daerah lain di Selangor dijangka sampai dan berkumpul di rumahnya pada pukul tujuh petang. Perarakan itu akan bergerak pada jam tujuh setengah petang. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata berupa keris dan parang. Mereka telah mendengar khabarkhabar angin bahawa perarakan mereka akan diserang oleh orang Cina pada petang itu juga. Mereka berbuat begitu semata-mata ingin mempertahankan diri mereka sendiri. Kebetulan mereka memang akan melalui kawasan bandar yang diketahui penduduknya memang berbangsa Cina. Mereka bertekad akan melawan semula jika mereka diserang. Ada juga orang Melayu yang datang tanpa membawa sebarang senjata. Mereka telah menggunakan buluh yang ditajamkan yang ada di sekitar rumah MB sebagai senjata untuk mempertahankan diri jika mereka diserang ketika berarak nanti. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan DAP tersebar dan hati mereka meluap-luap kemarahan. Ketika itu juga pada jam enam setengah petang, tibanya berita kejadian orang Melayu Gombak telah diserang oleh orang Cina dan India di Setapak yang jaraknya hanya dua kilometer dari rumah MB Selangor. Mereka juga sepatutnya mengikuti perarakan yang dirancang itu. Saksi-saksi kejadian menyatakan bahawa sekumpulan orang Melayu yang sedang dalam perjalanan ke rumah MB Selangor di Kampung Baru telah dicela di Setapak oleh

sekumpulan orang Cina dan orang India. Tidak tahan dengan celaan dan hinaan mereka, orang Melayu mula membaling batu dan botol selama 15 minit. Akhirnya kedua-dua kumpulan mula bergaduh sambil merosakkan kenderaan-kenderaan di tepi jalan. Berita tentang kejadian inilah yang telah menyebabkan pergaduhan tercetus pula di Kampung Baru dan kawasan sekitarnya. Perasaan orang Melayu yang sudah tidak terkawal akibat diejek, dicaci dan dihina sebelum itu kesan daripada dua perarakan di Kuala Lumpur juga menyumbang kepada pergaduhan. Amat jelas bahawa keganasan yang bermula di Setapak pada jam enam petang merebak pula ke Kampung Baru. Perarakan yang dirancang belum pun bergerak tetapi kekacauan telah bermula. Keganasan yang berlaku merebak dengan pantas ke Jalan Campbell, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras dan Kampung Kerinchi. Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan. Semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Askar telah dipanggil untuk membantu pihak polis mengawal orang-orang yang masih merusuh. Mereka juga membantu mengembalikan kedaulatan undang-undang. Polis dan askar dibenarkan menembak sesiapa sahaja yang engkar menerima perintah darurat. Akhirnya keadaan terkawal semula. Dato Seri Yuen Yuet Leng seorang pegawai atasan polis pada ketika itu telah menulis satu bab penuh tentang rusuhan perkauman yang berlaku dalam bukunya Nation Before Self. Pada halaman 159, beliau menulis: "Gelombang emosi yang tiba-tiba dan berlebihan serta tidak terkawal prejudis-prejudis Cina pada pilihan raya bulan Mei 1969 seterusnya merebak ke kem Pembangkang telah diikuti dengan sikap keangkuhan dan kesombongan akan kuasa politik China serta mereka percaya kejayaan mereka akan mengikuti. Sikap agresif dan penentangan dapat dilihat ketika perarakan pengebumian seorang pembangkang yang ditembak oleh polis atas sikap agresifnya menentang polis beberapa hari sebelumnya. Perarakan ini sudah menghangatkan situasi. Semua tindakan ini hanya membangkitkan kemarahan dan menimbulkan penghinaan terhadap satu bangsa yang pada dasarnya bermaruah tinggi dan sangat bangga akan bangsanya. Kemarahan orang Melayu timbul akibat penghinaan dan keresahan politik masyarakat mereka. Sebuah perarakan tindak balas untuk menunjukkan kekuatan bangsa disulami dengan rasa bangga akan bangsa sendiri dan membela maruah bangsa serta perlindungan diri sendiri telah dirancang dan disusun.

3.0

Faktor-faktor Berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 Rentetan peristiwa 13 Mei 1969, perintah darurat telah diisytiharkan pada 16 Mei 1969.

Dengan pengisytiharan itu, Parlimen Persekutuan Malaysia telah dibubarkan. Pemerintahan negara diterajui oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak b. Dato Hussein. MAGERAN telah mengenal pasti bahawa faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum itu ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. 3.1 Masalah Perpaduan Kaum Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Krisis perkauman yang terjadi pada 13 Mei 1969 ialah kerana proses perpaduan itu tidak berlaku secara menyeluruh dalam negara. Sebilangan rakyat belum menyedari betapa pentingnya perpaduan dalam masyarakat. Walaupun negara sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi, masih ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat, khususnya dari segi hubungan etnik. Masalah perpaduan masyarakat majmuk Malaysia pada ketika itu adalah menyatupadukan masyarakat yang masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan yang melibatkan kumpulan-kumpulan etnik yang utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, faktor sejarah juga memainkan peranan yang penting dalam masalah hubungan etnik di negara kita. 3.1.1 Faktor Nilai Sosial antara Etnik Setiap kumpulan utama etnik di Malaysia, iaitu kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berlainan. Orang Melayu adalah beragama Islam. Kebanyakan orang Cina menganut agama yang merupakan campuran ajaran Buddha, Lao-tze dan Confucius. Orang India pula beragama Hindu. Terdapat juga ramai orang Cina dan India yang beragama Kristian. Setiap kaum utama tersebut mempunyai adat resam, bahasa, kesenian dan sistem nilai kehidupan yang berbeza. Selepas kemerdekaan sehingga 1969, setiap kumpulan etnik boleh dianggap jahil tentang kebudayaan dan adat resam kumpulankumpulan etnik yang lain. Kejahilan ini bertambah serius apabila kurang atau tiadanya usaha ke arah mengurangkan jurang yang terbentuk itu. Akibatnya, setiap kaum terus menebal dengan

bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Masing-masing menganggap kebudayaan mereka sebagai yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijahnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Ini bukan sahaja menguatkan lagi sikap prasangka tetapi juga menghalang pergaulan antara kaum yang luas. 3.1.2 Faktor Sistem Pendidikan yang Berasingan Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 iaitu Laporan Razak, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Umumnya, setiap golongan etnik pada ketika itu menghantar anak-anak ke sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Justeru itu, murid-murid tidak berpeluang bercampur-gaul dengan murid daripada kumpulan etnik yang lain. Menjelang tahun 1970, masih tiada terdapat satu bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem sekolah beraneka bahasa. Sekolah-sekolah Inggeris, Cina dan India masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Oleh sebab Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu masih diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil tetapi hanya sebagai salah satu daripada mata pelajaran. Ini tidak selaras dengan Akta Pendidikan 1957 hasil daripada dua laporan iaitu Penyata Razak tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960. Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua penyata tersebut ialah untuk menyatukan kanakkanak daripada pelbagai kaum di bawah satu pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu Bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983). Ketiadaan bahasa pengantar yang tunggal dan sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik sehingga tahun 1969 telah menjejaskan persefahaman dan toleransi antara kaum. Ini kerana etnik-etnik di Malaysia kurang atau tidak dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Lantaran itu, perpaduan tidak terjalin antara kaum. 3.1.3 Faktor Politik Kepentingan antara Etnik Peristiwa 13 Mei terjadi kerana perjalanan kempen Pilihan Raya Umum 1969 yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep

Malaysia untuk orang Malaysia secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew yang telah menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan yang diungkitkan oleh orang Melayu walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Pilihan raya telah membuktikan bahawa cara yang paling mudah untuk memancing undi adalah dengan mengapi-apikan isu perkauman. (Tun Tan Siew Sin, New Straits Times, 1 Ogos 1969) Kewujudan pelbagai persatuan politik, sosial dan ekonomi yang berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka. Ini adalah kerana persatuan-persatuan tersebut hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Parti-parti politik perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kumpulan-kumpulan etnik atau isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan dan ekonomi bagi memajukan kepentingan politik masing-masing. Politik perkauman telah menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman apabila penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Ia adalah manifestasi hubungan antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. 3.1.4 Faktor Sejarah Faktor sejarah ialah antara faktor yang memberi kesan terhadap kesulitan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum tahun 1970 khususnya ketika pemerintahan British dan pendudukan Jepun (1942-1945) di negara kita. 3.1.4.1 Dasar Pecah dan Perintah British Dasar pecah dan perintah British ialah permulaan bagi masalah perpaduan di Malaysia. Pada ketika itu, Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Kurangnya interaksi sosial dan segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik itu seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan oleh British demi kepentingan dan keselamatan mereka. Tujuan British yang utama ialah untuk mengeksploitasi kekayaan alam semulajadi Tanah Melayu. Hubungan dan

perpaduan antara etnik di Tanah Melayu tidak pernah diambil kira. Pada pendapat British, adalah lebih baik jika keadaan sebegitu supaya mereka mudah memerintah dan menjarah Tanah Melayu. Bagi mencapai tujuan ini, Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi kaum Melayu, Cina dan India. Inilah yang dinamakan sebagai dasar pecah dan perintah. Melalui dasar ini, golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam dan duduk di bandar, sementara orang Melayu kebanyakan digalakkan supaya terus menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani. Orang Cina pula digalakkan menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan estet-estet serta bekerja sebagai buruh. Pemisahan penempatan ini bukan sahaja merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap etnik tetapi memperkuat lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. 3.1.4.2 Pendudukan Jepun Pendudukan Jepun pada Perang Dunia Kedua (1942-1945) telah menyemarakkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu berbanding orang Cina telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Layanan yang tidak serupa terhadap dua kaum ini berlaku kerana pada ketika itu juga tentera Jepun sedang hebat berperang dengan negara China. Jepun beranggapan bahawa orang Cina di Tanah Melayu sama sahaja dengan orang Cina di negara China malah membantu pula tentera-tentera negara China dengan menghulurkan sokongan dan bantuan. Sewaktu pemerintahan Jepun, pihak Jepun telah mengambil orang Melayu untuk menjadi polis dalam Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidam untuk memerangi Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) iaitu pertubuhan yang ditaja oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikuasai dan dipengaruhi oleh orang Cina. Pasukan tentera ini juga dikenali sebagai Bintang Tiga. Ketika Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Dalam masa empat belas hari tersebut, ramai orang Melayu yang dibunuh oleh tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan tentera Jepun. Turut memburukkan keadaan adalah kerana

10

kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala orang Melayu kebanyakannya menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948 hingga 1960. Ini secara tidak langsung telah mengukuhkan lagi kebencian dan permusuhan antara kaum Melayu dan Cina. 3.2 Masalah Ketidakseimbangan Ekonomi antara Kaum Program-program pembangunan sejak merdeka belum dapat mengatasi perbezaan sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, desa dengan bandar, dan negerinegeri Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Jurang perbezaan ini melahirkan rasa terasing, berbeza dan konflik antara penduduk yang terpisah dalam pelbagai segi. Selepas kemerdekaan, orang-orang Melayu, Cina dan India menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan. Majoriti orang Melayu yang tinggal di luar bandar menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Kebanyakannya bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan dan penoreh getah. Sebilangan besar pemuda-pemuda Melayu yang berhijrah ke bandar dalam tahun 1960-an pula berkhidmat sebagai penjawat awam memegang jawatan-jawatan yang bergaji rendah atau yang tidak memerlukan kemahiran. Orang Cina dalam tahun 1960-an umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan berteknologi moden memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar. Manakala, sebilangan besar orang India masih merupakan buruh di estet. Perbezaan pekerjaan ini juga menghalang interaksi antara kaum yang lebih luas. Perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman. Akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlainan ini, wujud jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum. Setiap golongan etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Namun demikian, tidak semua etnik berjaya mencapainya. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Ini telah menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan penduduk berbangsa Melayu. Apatah lagi, pada ketika itu kaum Cina menguasai bidang ekonomi dan juga menentukan hala tuju ekonomi negara. Pada penghujung Julai 1969, majalah Far Eastern Economic Review mencatatkan pandangan Tun Abdul Razak b. Dato Hussein (Perdana Menteri Kedua Malaysia) bahawa antara punca menyebabkan rusuhan kaum bulan Mei ialah kemarahan orang Melayu terhadap ketidakadilan ekonomi. Orang Melayu berasa semakin bimbang dan tidak selamat disebabkan

11

oleh jurang perbezaan yang ketara yang wujud antara mereka dengan orang bukan Melayu terutamanya dalam sektor ekonomi. Orang Melayu berasakan bahawa mereka masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan cita-cita mereka untuk memperbaiki status ekonomi mereka supaya setanding dengan ekonomi bukan Melayu tidak kesampaian. Kesimpulannya, tragedi 13 Mei 1969 adalah juga disebabkan oleh ketidakpuasan akan ketidakseimbangan dalam ekonomi. 4.0 Pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada setiap rakyat Malaysia. Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa kecuali kepada musuh negara. Pada ketika itu, musuh nombor satu negara ialah rakyat yang berfahaman komunis. Mereka merupakan duri dalam daging menyelinap dan bersembunyi di dalam parti-parti pembangkang sambil melakukan hasutan dan fitnah menyentuh isu-isu sensitiviti negara. Rusuhan kaum yang berlaku merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Angka rasmi menunjukkan 143 orang Cina, 25 orang Melayu dan 13 orang India mati dalam kejadian rusuhan kaum itu. Satistik lain ialah 342 orang cedera dan 2, 912 ditahan kerana melanggar perintah darurat iaitu perintah berkurung. 109 kenderaan musnah dibakar dan 118 bangunan dipecah masuk dan dicuri barang di dalamnya. Tidak kira siapa anda, hiduplah dengan harmoni di negara kita yang gemilang ini. Kita telah berusaha untuk mencapai hari ini dan kemerdekaan ini dicapai bukan secara keganasan, akan tetapi melalui perlembagaan, rundingan, persefahaman dan kepercayaan. (Tunku Abdul Rahman, Petikan ucapan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 1957). Betapa ironiknya, 12 tahun berlalu maka tercetusnya rusuhan kaum yang melibatkan keganasan antara kaum-kaum yang bersepakat membawa kemerdekaan negara. Kedua, perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Kerajaan sedar bahawa perlunya keadilan ekonomi antara kaum. Susulan daripada masalah tersebut, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diwujudkan. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga 1990. Rancangan ini (RMK2) ialah satu panduan berasaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Kerajaan. Ia mengandungi dua matlamat untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan mengurangkan dan lamakelamaan menghapuskan sama sekali pengenalan kaum dengan fungsi-fungsi ekonomi. (Tun Abdul Razak b. Dato Hussein, 25 Jun 1971)

12

Ketiga, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Susulan itu, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara. Sumpah taat setia rakyat melalui ikrar Rukun Negara dapat memantapkan lagi sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan sistem demokrasi negara. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969 juga bertujuan untuk memupuk perasaan muhibah dan mengukuhkan perpaduan antara kaum. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum perlu bersatu padu dan bekerjasama untuk hidup aman dan harmoni. Kita perlu menghargai nikmat yang dikecapi daripada kemerdekaan ini. Apabila kita menghargainya, kita akan dapat melihat kembali sejarah dan bagaimana Malaysia dapat berkembang daripada sebuah negara kecil dan kini bertambah maju. (Datuk Liow Tiong Lai, Petikan komen Merdeka, Utusan Malaysia, 28 Ogos 2008) Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus hormat-menghormati di antara satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain. Oleh yang demikian, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang antaranya menggariskan bahawa usaha pendidikan di Malaysia bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Profesionalisme dalam melaksanakan sistem pendidikan sekarang harus dilihat dengan cermat serta rasa penuh tanggungjawab. Golongan muda yang lahir daripada mana-mana sistem pendidikan harus dibentuk mengikut acuan sendiri dengan mengutamakan nilai-nilai murni dan ketertiban budaya bangsa. (Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perhimpunan Pendidikan SPS, Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang, 23 Oktober 1999)

13

5.0

Dasar-dasar dan Program Kerajaan yang dilaksanakan ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 Kemuncak perbalahan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 telah menimbulkan

kesedaran kepada pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan betapa pentingnya perpaduan di dalam sebuah masyarakat majmuk. Secara umum, dasar-dasar kerajaan tentang perpaduan nasional adalah bersifat integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita. Terdapat pelbagai dasar dan program yang telah dilaksanakan dengan matlamatnya adalah untuk perpaduan. Kerajaan telah memperkenalkan dan melaksanakan Rukun Negara, Dasar-Dasar Pembangunan Negara (Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Sosial Negara, Wawasan 2020 dan yang terbaru konsep Satu Malaysia. 5.1 Rukun Negara Rukun Negara telah diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara digubal oleh Majlis Perundangan Negara. Majlis Perundangan Negara telah ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan satu forum tertutup untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu perkauman yang berterusan yang membawa kepada rusuhan perkauman itu. Selain itu, ianya juga berperanan untuk menasihatkan kerajaan ke atas strategi dan dasar berhubungan dengan masalah perkauman. Ini kerana jika perpaduan dapat dibina maka negara ini akan dapat dibangunkan dengan mudah dan efisyen. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan menjadi ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama. Ia dapat mengeratkan perpaduan negara memandangkan rakyat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Oleh yang demikian, Rukun Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu Bangsa Malaysia. Kelima-lima prinsip yang ada dalam Rukun Negara bertujuan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Oleh itu, Rukun Negara sentiasa dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara dalam merancang program pembangunan negara. Saya yakin dengan izin Tuhan jika kita patuh kepada kedua-dua ini (Perlembagaan Negara dan Rukun Negara), rakyat negara ini akan dapat hidup dengan aman damai dan negara kita akan terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu

14

padu serta makmur. (Tun Abdul Razak b. Dato Hussein, Perhimpunan Pergerakan Ibu UMNO, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 22 Januari 1971) 5.2 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Susulan daripada peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. MAGERAN perlu memastikan kestabilan negara akan dapat dipulihkan dengan segera terutama di dalam keadaan kebencian, ketegangan dan rasa marah pada ketika itu. Oleh itu, MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara adalah bertujuan untuk menangani isu dan menyelaraskan aktiviti yang dapat membentuk perpaduan muhibah antara kaum. Ianya juga berperanan merangka beberapa polisi untuk mengurangkan konflik perkauman dan menyelesaikan isu komunal yang berpanjangan. 5.2.1 Rukun Tetangga Rukun Tetangga telah dilancarkan pada tahun 1975 di seluruh Semenanjung Malaysia meliputi kawasan-kawasan bandar, kampung dan rancangan FELDA. Pada awal penubuhannya, ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan di seluruh negara yang mengajar Bahasa Malaysia, adat resam dan nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia. Skim ini merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mewujud dan memupuk semangat bekerjasama di kalangan masyarakat dalam mengawal serta menjaga keselamatan kawasan kediaman. Skim rondaan merupakan skim yang dipohon oleh penduduk yang bermastautin secara sukarela di bawah peraturan 27A, Peraturan-peraturan Perlu Rukun Tetangga (1972) pindaan 1988. Program ini menjadi tulang belakang Rukun Tetangga bagi memastikan keselamatan komuniti termasuk mencegah kejadian jenayah dan gejala sosial. Ia sekaligus dapat merapatkan hubungan di antara ahli Rukun Tetangga dan penduduk setempat. Rukun Tetangga juga menganjurkan program-program yang menekankan penglibatan semua pihak dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dianjurkan. Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan rata-ratanya bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan di akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

15

5.2.2

Taman Bimbingan Kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak Perpaduan (TABIKA) pula telah diperkenalkan pada

tahun 1976 yang merupakan projek rintis kerajaan ke arah menyemai nilai-nilai perpaduan di kalangan kanak-kanak. Tabika Perpaduan ialah program pendidikan pra sekolah yang disediakan untuk kanak-kanak berbilang kaum yang berumur 5 hingga 6 tahun. Ia dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutama di kawasan yang mempunyai skim Rukun Tetangga yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berpendapatan rendah. Tidak ada satu kaum boleh berjaya dengan dirinya sendiri tanpa sokongan dan kerjasama kaum lain. Oleh itu, untuk terus hidup kita mesti mengekalkan perpaduan dan bekerja bersama untuk mencapai cita-cita kita bersama. (Pehin Sri Haji Abdul taib Mahmud, Petikan Ucapan Kursus JKKK Bintangor, 3 September 1991) 5.3 Dasar-Dasar Pembangunan Negara Matlamat dasar bagi sesebuah negara biasanya ialah untuk mencapai sesuatu objektif tertentu yang dikehendaki oleh negara itu seperti pembangunan dan pengagihan sumbersumber ekonominya, menyediakan perkhidmatan awamnya, memupuk kestabilan politik dan ekonominya, mengawal keselamatannya dan memelihara kebajikan masyarakatnya. Dasardasar pembangunan sesebuah negara secara umumnya dirancang dan direalisasikan dengan tujuan membangunkan negara tersebut. Dalam konteks Malaysia, asas untuk merancang sesuatu dasar ialah asas perpaduan iaitu dasar yang akan dilaksanakan itu akan dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. 5.3.1 Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

16

ii. Penyusunan

semula

masyarakat

untuk

mengurangkan

dan

seterusnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB. Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. 5.3.1.1 Membasmi Kemiskinan Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan dan projek pembangunan telah dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi yang berlaku itu. 5.3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham dalam ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelaburpelabur luar negeri. DEB merupakan satu strategi negara dalam menghadapi realiti perbezaan etnik dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. 5.3.2 Dasar Pembangunan Nasional Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.menjelang tahun 2020. DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki

17

ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memiliki nilai hidup yang tinggi. Nilai hidup yang tinggi termasuklah sikap disiplin dan tabah hati apabila menghadapi cabaran. Orang yang berdisiplin tidak akan pecah barisan apabila diserang. Sebaliknya, akan rapatkan barisan mereka dan berdiri tegak menangkis segala serangan. Mungkin beberapa daripada mereka akan gugur tetapi kerana barisan tidak retak dan berkecai, apabila kemenangan diperolehi, maka yang gugur dapat dibangun dan dipulihkan semula. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Anugerah Perpaduan Formula Malaysia dan Pelancaran Yayasan Formula Malaysia, 1 November 2000) 5.3.3 Dasar Wawasan Negara Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. 5.3.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan (DPK) lahir melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang

18

bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan strategi-strategi seperti berikut untuk mencapai matlamatnya iaitu: (i) (ii) (iii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif. Memupuk perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. 5.3.5 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Kehidupan majmuk rakyat Malaysia membawa kepada kebudayaan yang berbeza mengikut amalan setiap kaum. Bagi memastikan kebudayaan terpelihara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal untuk dijadikan garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara di persada antarabangsa. Objektif-objektif pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia ialah:

(iv)

(i) (ii) (iii)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berlandaskan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu:

(i)

Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Oleh itu, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.

19

(ii)

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Dengan itu, unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

(iii)

Islam

menjadi

unsur yang

penting

dalam

pembentukan

kebudayaan

kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Ketiga-tiga prinsip asas di atas melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. 5.3.6 Dasar Sosial Negara Dasar Sosial Negara (DSN) yang dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 19 Ogos 2003 dengan tujuan memberikan panduan bagi pelaksanaan dan pengurusan pembangunan sosial, setanding dan seiring dengan pembangunan ekonomi untuk menghasilkan suatu kemajuan masyarakat yang mantap dan seimbang. DSN ialah dasar payung yang merangkumi falsafah dan semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020 Malaysia. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya: (i) (ii) (iii) Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat. Memperkukuhkan perkhidmatan sosial. (iv) Menjana sinergi multisektor. dan membangunkan sistem sokongan sosial dan

Bagi merealisasikan pelaksanaan starategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan. Majlis Sosial Negara yang merupakan badan yang tertinggi ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotan terdiri daripada Menteri-Menteri

20

Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai Urusetia. 5.3.7 Wawasan 2020 Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah menyenaraikan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti. Cabaran-cabaran itu telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah pembentukan satu negara bangsa Malaysia, negara perindustrian, keadilan ekonomi dan sosial serta moral dan etika. 5.3.7.1 Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan

21

bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan. 5.3.7.2 Negara Perindustrian Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian, pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini, peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan. 5.3.7.3 Keadilan Ekonomi dan Sosial Wujudnya satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah merupakan penegasan semula ke atas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini, Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah

22

diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

5.3.7.4 Moral dan Etika Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

5.3.8

Konsep 1Malaysia Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan

Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpinpemimpin terdahulu. 1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial. 5.3.8.1 Prinsip Penerimaan Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

23

5.3.8.2 Prinsip Kenegaraan Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. 5.3.8.3 Prinsip Keadilan Sosial Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan. 6.0 Penutup Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Peribahasa ini sering diperdengarkan kepada anak-anak Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Semangat perpaduan dan permuafakatan ditanam dalam diri setiap individu agar ia sebati dengan jati diri rakyat Malaysia. Perpaduan negara merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, keseimbangan ekonomi, sosial dan politik perlu berjalan seiring dengan agenda matlamat negara bagi memastikan keharmonian hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas sehingga berlaku huru-hara, pergaduhan dan rusuhan kaum.

24

7.0

Lampiran

25

8.0

Bibliografi

1.

Abdul Rahman Putra Al-Haj (1969), Mei 13: Sebelum dan Selepas, Kuala Lumpur: Utusan Malaysia

2.

Majlis Gerakan Negara (1969), The May 13 Tragedy: A Report, Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara (Malaysia)

3.

Ranjit Singh Malhi (1989), Pengajian Am STPM: Kenegaraan Malaysia, Petaling Jaya: Federal Publications

4.

Dato Seri Yuen Yuet Leng (2008), Nation Before Self: And values that dont die, Ampang

5.

Jasman Ahmad dan Siti Razmah Hj. Idris (2008), Siri Remaja dan Isu Semasa: Belia Berwawasan, Seri Kembangan: Penerbitan Maju Mas

6.

Jasman Ahmad dan Siti Razmah Hj. Idris (2008), Siri Remaja dan Isu Semasa: Kemiskinan, Seri Kembangan: Penerbitan Maju Mas

7. 8.

Mary Tan Swee Ee-Lee Veen (2009), Sejarah: SPM 4-5, Petaling Jaya: Sasbadi Muhamad Ridzuan Amin (2009), Masyarakat Majmuk di Malaysia, Subang Jaya: Mika Cemerlang

9.

Bahagian Penerbitan Dasar Negara (2009), 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Penerangan

10.

Jabatan Penerangan Negara (2010), Menghayati Semangat Perpaduan, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Penerangan

26

You might also like