Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Erti Puasa

Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syaratsyarat yang telah ditentukan.

Lafaz niat puasa Ramadan:

Ertinya: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Berbuka Puasa

Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.

Ertinya: Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Syarat-syarat wajib puasa terdiri daripada empat bahagian,yang pertama ialah ISLAM,iaitu orang kafir tidak di tuntut supaya berpuasa selagi tidak memeluk agama islam.yang kedua pula BALIGH,iaitu kanakkanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa.yang ketiga BERAKAL,iaitu orang gila tidak diwajibkan berpusa.manakala yang keempat pula TIDAK UZUR SYARIE,iaitu,uzur syarie yang ditegah berpusa seperti haid,nifas dan pitam sepanjang hari.dan juga uzur syarie yang diharuskan berbuka,iaitu sakit yang memudaratkan jika berpuasa,musafir (lebih 2 marhalah) dan sakit tua atau penyakit tiada harapan sembuh. Terdapat ENAM syraat-syarat sah puasa,iaitu:1. 2. 3. 4. 5. 6. Islam. Menahan diri dari melakukan pekara yang boleh membatalkan puasa. Mumaiyiz. Suci daripada haid dan nifas. Berakal. Niat.

Pekara sunat dalam ibadat puasa ialah: Segara berbuka puasa apabila yakin masuk waktu. Bersahur dan melewatkannya. Mandi junub sebelum fajar. Membaca doa sebelum berbuka. Memberi jamuan berbuka kepada orang berpuasa. Berbuka puasa dengan buah kurma atau sesuatu yang manis. Memperbanyakkan sedekah dan membaca al-Quran. Memperbanyakkan doa dan berselawat ke atas nabi.

Orang-orang yang diharuskan berbuka puasa: Orang yang ditimpa sakit yang boleh memudharatkan diri. Orang yang sakit yang tiada harapan sembuh. Orang yang musafir yang melebihi dua marhalah. Orang yang tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan diri. Perempuan yang mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya atau kandungannya. Orang yang melakukan perkerjaan berat. Perempuan yang menyusukan anak untuk menjaga kesihatan diri atau anak.

Pekara yang boleh membatalkan puasa ialah: Gila. Pengsan sepanjang hari. Keluar haid atau nifas. Murtad. Bersetubuh pada siang hari. Melahirkan anak atau wiladah. Muntah dengan sengaja. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Mengeluarkan mani dengan sengaja.

Pekara makruh ketika puasa: Berbekam. Mandi terlalu kerap dan lama. Tidur sepanjang hari. Berkumur berlebihan. Merasa makanan dengan lidah. Gosok gigi selepas gelincir matahari.

Akibat buruk tidak berpuasa: Dimurkai ALLAH SWT. Bersifat riak dan takbur. Dibenci masyarakat. Menyumbang kepada kemunduran Negara. Kehidupan tidak tenang. Cepat putus asa. Dipandang hina.

Peranan Puasa
Semua rukun-rukut Islam dan cabang-cabang asas bagi membentuk syakhsiyah muslim mempunyai keutamaan dan peranannya membangunkan Islam serta peningkatan iman seseorang. Tampa pelaksanaan rukun-rukun dan cabang Islam itu iman tidak akan wujud dan binaan Islam tidak akan tertegak.Pada dasarnya puasa mempunyai keutamaan yang tersendiri yang tidak ada pada rukun-rukun Islam yang lain. Justeru itu semua muslim perlu menyedari dan memahami hakikat mereka melaksanakan ibadah puasa. Adakah ianya sekadar ikut-ikutan atau dimana kedudukannya. Diantara hakikat perlaksanaan puasa ialah seperti berikut: 1 . Puasa merupakan latihan fizikal dan kerohanian untuk membentuk ketahanan diri. Hanya orang yang beriman dan sabar sahaja dapat melakukannya. Makin banyak puasa dilakukan maka makin kuatlah ketahanan diri seseorang dan makin tabahlah ia dalam mengadapi cabaran-cabaran dalam hidup. 2 . Puasa sebagai jalan untuk mencapai taraf takwa dan keredhaan Allah Taala . 3 . Dari segi kesihatan puasa dapat mengurangkan berat badan yang mambawa pelbagai penyakit yang berbahaya kapada kesihatan dan puasa pula boleh mencegah penyakit yang merbahaya dan boleh menyembohkan penyakit yang bahaya. Seperti sabda Rasul yang bermaksut: "Perut yang besar merupakan gedung penyakit" "Perut yang besar adalah gedung penyakit dan berpantang adalah sebagai ubat " Maka oleh itu puasa mempunyai dua keistimewaan yang utama iaitu keredaan Allah Taala dan kesihatan jasmani dan rohani. Orang yang banyak berpuasa tidaklah perlu berjogging atau mengadakan gerak badan khas bagi mengurangkan atau mengawal berat badan. 4 . Puasa juga sebagai jalan mencapai kaluhurun budi bagi melahirkan wadah sifat-sifat sabar,tawakkal,pemurah,menyantun,kesederhanaan,bertimbang rasa dan lain-lain sifat mulia. Dan ia merupakan sebagai latihan untuk mendisiplinkan diri,lidah.fikiran dan hati dari segala macam maksiat. 5. Puasa dapat mendidik agar kita merasai kelaparan supaya menjadi umat yang bersyukur dan merasai penderitaan orang lain. 6. Ibadat puasa dapat menguji kejujuran dan keikhlasan kita terhadap ALLAH SWT.

You might also like