CIRI2 Dan Semantik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

CIRI-CIRI WACANA DI DALAM TEKS Secara keseluruhannya, teks tersebut memenuhi ciri-ciri wacana.

1) Teks ini memenuhi ciri-ciri seperti tautan Contohnya: Bukan pihak berkenaan tidak tahu bahawa perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan ini dalam merujuk kepada hak istimewa Melayu. Oleh itu kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

2) Teks ini juga memenuhi ciri-ciri maklumat lama dan maklumat baru. Contohnya: Jadi, elok parti-parti politik diingatkan selalu agar jangan cuba bertindak melampaui batas. Kita tidak mahu kerana ghairah berpolitik sehingga ia boleh menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini. Bertindak melampaui batas merupakan maklumat lama yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya, manakala menimbulkan kesan buruk merupakan maklumat baru kerana maklumat itu baru sahaja diketahui oleh pembaca.

3) Selain itu juga ia memenuhi ciri-ciri tujuan. Contohnya: Apakah titah perintah Yang di-Pertuan Agong supaya rakyat mesti menjaga sensitiviti kaum itu sukar dilakukan? Ayat di atas bertujuan untuk mendapatkan perhatian jadi ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

4) Teks ini juga mengandungi ciri-ciri penerimaan. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalambentuktulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan. Dalam teks ini adalah difahami dan pembaca dapat memahami.

HUBUNGAN WACANA DARI SEGI SEMANTIK. Berdasarkan teks yang telah dikaji. Teks ini mempunyai wacana yang berhubungan dari segi semantik. Antara yang berikut ialah. 1) Hubungan sebab dan akibat. Contoh: Jadi, elok parti-parti politik diingatkan selalu agar jangan cuba bertindak melampaui batas. Kita tidak mahu kerana ghairah berpolitik sehingga ia boleh menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini.

2) Hubungan sebab dan hasil. Contoh: Bukan pihak berkenaan tidak tahu bahawa perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

3) Hubungan sebab dan tujuan. Contoh: Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri perlu melakukan sesuatu dalam memelihara keharmonian kaum. Tanpa kita sedari perbuatan mempersoal hak bumiputera hanya akan mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan yang mungkin berakhir dengan tragedi yang tidak diingini.

4) Hubungan latar dan kesimpulan. Contoh: Tiada dalam teks.

5) Hubungan syarat dan hasil Contoh: Jadi masyarakat di Negara ini perlu menghormati prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah kaum bukan bumiputera pun tidak pernah rugi selama ini sejak dasar-dasar membantu bumiputera dilaksanakan.

6) Hubungan perbandingan. Contoh: Tiada dalam teks.

7) Hubungan memperkuat isi. Contoh: Malaysia berada dalam situasi bahaya jika isu-isu melibatkan sensitiviti sesuatu kaum terus dipersoalkan.

8) Hubungan aditif Contoh: Tiada dalam teks.

You might also like