Peristiwa An Pemimpin Tempatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

NANING (1831-1833) Penghulu Dol Said (1773 - 1849)


Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah yang paling awal berlaku di Tanah Melayu iaitu antara 1831-1833. Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British yang meletakkan Naning di bawah jajahan takluknya. Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka. Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831. Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said dengan bantuan ketenteraan daripada : - Yam Tuan Ali (Rembau) - Syed Shaban - Penghulu Remai - Rechat - Dato Kelana Sungai Ujong - Penghulu Gemencheh Pasukan ini telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak di dalam daerah Naning. British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning pada akhir tahun 1832. Pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa yang menyebabkan mereka kalah di tangan pasukan British. Akhirnya, Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dia telah dibawa ke Melaka.

You might also like