Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

OLEH: ATHIRAH BT HASDZAHAR UMMU SHAKIRAH SALIM

NUR SYAZWANI AHMAD


NAJATUL HUSNIAH MOHD SAFUAN

TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH, RAJA PERMAISURI AGONG YANG PERTAMA.

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia

Y.A.BHG. TOH PUAN NORASHIKIN ISMAIL

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Y.A.BHG. DATIN SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital

Y.A.BHG. DATIN SERI ENDON MAHMOOD

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa

Y.BHG. PUAN SRI HAJAH HAZIZAH HAJI TUMIN

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005

Y.BHG. DATIN HAJAH BADIAH ABDUL MANAN

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

SEKIAN.TERIMA KASIH..

You might also like