Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MS 1

B U S I N E S S

N A M E

Bahagian Khidmat Pengurusan


B I L 4 / 1 1

Edaran Dalaman Sahaja

OKTOBER DISEMBER 2011 Antara yang menarik dalam isu ini .... Latihan Pengungsian Bangunan (ms 2) Team Building BKP (ms 2)

TAHNIAH DATO NOOR MAJIDAH BT WALLAD SUB BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN


DI ATAS PENERIMAAN DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP)

Warga BKP ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Noor Majidah Binti Wallad, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan yang telah menerima Pingat Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 22 Disember 2011.

Perkhidmatan Awam : Meneraju Perubahan Melangkau Jangkauan

Cuti-cuti Malaysia I-city (ms 5) Hari Inovasi KKM (ms 3) Pensijilan Semula ISO BKP (ms 3) Program Kerohanian (ms 6)

- EL AZZHAR CAMP & RESORT (ms 2)

Book Review (ms 5)

PERHIMPUNAN BULANAN Perhimpunan Bulanan telah diadakan pada:4 Oktober 2011 Tema : Membudayakan Cara Hidup Sihat. Aktiviti : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 4 Bintang Tahun 2010. 1 November 2011 Tema : Kreativiti Disemai, Inovasi Dituai. 6 Disember 2011 Tema : Penjawat Awam Berwibawa, Organisasi Berjaya. Aktiviti : Memperkenalkan pegawai dari Razak School Of Government (RSOG) yang ditempatkan di IMR melalui Program Talent Acceleration In Public Service (TAPS)

I-CITY

MS. 5

MS 2

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN BLOK E6, E7, E1 DAN PEJABAT KKM DI JALAN
Unit Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah mengadakan 3 siri Latihan Pengungsian Bangunan antara Oktober 2011 hingga Disember 2011. Siri pertama dilaksanakan pada 6 Oktober 2011 melibatkan Blok E7 dan E6. Manakala siri kedua diadakan pada 30 November 2011 melibatkan Blok E1 dan siri terakhir ialah pada 13 Disember 2011 di Blok E, Jalan Cenderasari Kuala Lumpur.

Penjawat awam Blok E7 berkumpul di tempat berkumpul

Suasana di PKTK Blok E6

Penjawat Awam Blok E Jalan Cenderasari di tempat PKTK

Penjawat awam Blok E1 berkumpul di PKTK

Team Building BKP telah dijalankan pada Disember 2011 bertempat di EL AZZHAR CAMP & RESORT, MORIB dengan dihadiri oleh 50 orang pegawai dan staf BKP. Objektif utama kursus ini ialah membentuk semangat berpasukan dan membentuk budaya kerja cemerlang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Candle war, Bang Bang Boom, Abseling, Mengisar dan Paint Ball.

Antara gambar yang menarik

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya : Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi dalam menerima keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang -Riwayat Al Bukhari

MS 3

Hari Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2011


Hari Inovasi KKM telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Kamarul Zaman Bin Md. Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel A Farmosa Resort Melaka pada 14 -16 Disember 2011. Majlis yang diadakan serentak dengan Persidangan Pengurusan, Majlis Malam Mesra Kenangan dan Makan Malam Tahunan KKM ini bertujuan untuk memupuk pembudayaan inovasi & kreativiti semua warga kerja kementerian. Selain itu pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan majlis seperti ceramah motivasi, Majlis Penyampaian Anugerah pertandingam inovasi , pameran, kuiz dan pengumpulan idea inovasi melalui Tree of Ideas.

Persijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Di Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Tahun 2011
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah berjaya mengekalkan sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 melalui Audit Pensijilan Semula yang telah dilaksanaan oleh SIRIM Qas Sdn. Bhd. pada 13 dan 14 Oktober 2011. Melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ini diharap dapat merealisasikan hasrat Menyampaikan perkhidmatan terunggul dalam semua bidang pengurusan di Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah bagi peminjam terbanyak telah diadakan pada 6 Disember 2011 pada perhimpunan bulanan KM bagi bulan Disember 2011 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Aras 8, Blok E7. Hadiah berupa buku atau baucer buku bernilai RM100.00 setiap seorang, kamus dan sijil. Tiga (3) orang warga KKM telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut seperti nama berikut :Puan Sanira binti Isa Puan Nurul Aisyah Yap binti Abdullah Encik Sanda Kumar. T Pembantu Tadbir, Bahagian Kewangan Pembantu Setiausaha Pejabat, Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan & Pembangunan

MS 4

BENGKEL PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN PERPUSTAKAAN

C
BAHASA MELAYU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELAT

awangan Sumber Maklumat telah Berjaya menganjurkan Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan Perpustakaan untuk anggota perpustakaan perubatan dari Institusi/Hospital/ Kolej di bawah KKM di zon utara. Bengkel ini telah diadakan di Perbadanan Produktiviti Negara Wilayah Utara, Pulau Pinang. Seramai 29 anggota perpustakaan perubatan telah menghadiri bengkel ini. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta cara memproses bahan perpustakaan khasnya dalam bidang perubatan mengikut standard antarabangsa iaitu National Library Of Medicine Classification Scheme (NLM) and Subject Headings (MeSH).

entadbiran Negeri-Negeri Selat ditubuhkan pada tahun 1826 merangkumi Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Negeri-Negeri Selat telah diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Inggeris di India. Setiap dasar bagi NegeriNegeri Selat dibuat oleh Gabenor Jeneral yang berpusat di Calcutta, sebelum dipindahkan ke bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1867. Satu perkara menarik ialah kedudukan yang penting diberikan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran Negeri-Negeri Selat. Menurut Warta Kerajaan Negeri-Negeri Selat bertarikh 4 November 1859, setiap pegawai yang diterima berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan, adalah dikehendaki lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum dapat disahkan dalam jawatan mereka. Peperiksaan ini memerlukan penjawat awam tersebut mahir bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu dan mereka juga mestilah boleh menterjemahkan satu petikan dari buku Sejarah Melayu. Sumber : Arkib Negara Malaysia Penyimpan Khazanah Negara

Be careful the environment you choose for it will shape you; be careful the friends you choose for you will become like them.

W.Clement Stone

Effective leadership is putting first things first. Effective management is discipline, carrying it out.

Stephen Covey

MS 5

C U T I - C U T I M A L AY S I A
i-City located in Shah Alam, Selangor is known as the city of digital lights. It is recognised at the first lightscape tourism destination in Malaysia with state-of- the-art LED technology showcase. The digital city includes trendy shopping streets and equipped with a theme park to cater to visitors' looking for a place to unwind. The township accommodates high-tech infrastructure allowing for a unique display of digital lights. How to get there By Car From PJ/KL , use the Federal Highway heading towards Shah Alam. Exit at the Batu Tiga Toll Station, look for the first BP gas station you see. Then turn left at the UiTm/i-City signage. Drive onwards till you reach the traffic light and turn right. Drive on the left side of the road until you see the Shell gas station and KFC before the traffic light. UiTM will be on your right. Turn left before the traffic lights, then go straight until you reach a T- junction then turn left. When you see a chrome ball turn left & left again, and you will reach i-City.

WHO TO CONTACT KINDLY VISIT THEIR W EBSITE AT HTTP://I-CITY.MY

BOOK REVIEW
Buku ini wajib dimiliki, dibaca, difahami, dan diterjemahkan kandungannya melalui tindakan oleh setiap penjawat awam. Kandungan buku ini membawa makna yang mendalam dan sangat kritis, namun telah dipersembahkan dan disampaikan secara bersahaja. Penggabungan di antara kreativiti dan inovasi tetapi tidak hilang sifat kritisnya menjadikan buku ini uink. Tidak keterlaluan untuk dikatakan penerbitan buku ini adalah satu manisfestasi kepada falsafah pemikiran di luar kotak. Buku yang ditulis oleh Y.A.B. Perdana Menteri ini merupakan rujukan komprehensif dalam membawa Negara ke satu tanda aras baharu dalam perkhidmatan awam.
Judul Pengarang ISBN Penerbit Tarikh Terbitan No, Panggilan Harga Perkhidmatan Awam : Menerajui Perubahan Melangkau Jangkaan Najib Tun Haji Abdul Razak, Dato Sri 978-983-068-752-4 Razak School of Government (RSOG/Institute Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) 2011 JQ 1062.A67.N162 2011 RM49.00

M S 66 MS

PROGRAM KEROHANIAN
UNIT AGAMA ISLAM

KURSUS BINA INSAN


HALAQAH ILMU Sepanjang bulan Oktober - Disember 2011, Unit Hal Ehwal Islam,BKP telah melaksanakan sebanyak 12 siri Program Halaqah Ilmu. Program ini diadakan pada hari selasa setiap minggu bermula jam 1 petang hingga 2 petang, di Surau Ibnu Sina, Aras 2, Blok E7, KKM. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Wan Muhammad bin Wan Sulong (Pensyarah, UPM). Pada 12-14 Disember 2011 telah dilaksanakan program Kursus Bina Insan siri 4/2011 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Peserta yang terlibat adalah seramai 40 orang yang merupakan pegawai sokongan I & II dari Ibu pejabat KKM dan JKN Melaka. Kursus ini dilaksana berdasarkan Modul latihan komprehensif yang dibangunkan oleh Jakim. Matlamat utama kursus ini adalah untuk membentuk modal insan yang berperibadi unggul dan memiliki keutuhan budaya dan berakhlak mulia juga bagi membentuk daya fikir generasi ulul Albab dan fokus kepada matlamat serta hala tuju pembangunan negara.

BICARA ROHANI
Program Bicara Rohani merupakan program bulanan anjuran Unit Hal Ehwal Islam, BKP. Diadakan pada setiap hari Jumaat minggu terakhir. Program ini dilaksanakan selama dua jam setiap siri dan diadakan Di Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, KKM. Antara penceramah yang dijemput hadir pada bulan Oktober-November 2011 adalah Ustaz Norazman bin Amat, KaunselorMajlis Agama Islam Negeri Sembilan mengupas tajuk Kaabah Melambai Hajat di Tunai bersempena dengan bulan mengerjakan haji dan juga Ustazah Asni binti Abu Mansor al-Hafiz menyampaikan tajuk Hijrah dalam Konteks Penjawat Awambersesuaian dengan sambutan tahun baru 1433H.

P E R T U K A R A N M A S U K / K E L U A R WA R G A B K P S E L A M AT D AT A N G !
BIL NAMA JAWATAN PTD M44 PEGAWAI ARKIB S44 PPT N27 TEMPAT ASAL SURUHANJAYA PILIHANRAYA ARKIB NEGARA MALAYSIA KEMENTERIAN KERJA RAYA 1 PUAN AZAH BINTI SUBARI 2 PUAN KASZILAWATI BINTI KASMAN 3 PUAN ROS KAMALIAH BINTI SHAMSUDIN

T E R I M A K A S I H D A N S E L A M AT M A J U J AYA ! ! !
BIL 1 2 NAMA PUAN ASMAWATI BINTI BORHAN YM RAJA SURIATI BINTI YM RAJA SULAIMAN JAWATAN PTD M48 PTD M48 TEMPAT BARU SUK MELAKA KEM. PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, KEMENTERIAN KEWANGAN TARIKH 1.11.2011 18.10.2011 21.11.2011 10.10.2011 21.11.2011 4.10.2011

3 PUAN ZAINAB BINTI RAHMAT 4 ENCIK NURISHAM BIN YUSOFF 5 PUAN FARA EFFA BINTI DAUD 6 CIK SHAHIRA BINTI ISHAK

PEGAWAI ARKIB S44 ARKIB NEGARA MALAYSIA PTD M41 PTD M44 PPT N27

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu. - RIWAYAT MUSLIM

MS 7

PELBAGAI RESOLUSI MENGURUS TEKANAN

(sambungan)

Pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk mengurus / mengurangkan tekanan seharian yang di alami. Pemilihan kaedah yang sesuai sangat penting kerana daya tindakbalas diri kita berbeza diantara seorang individu dengan individu yang lain. 24. Tampilkan Kekuatan Diri 25. Cuba Untuk Tidak Sentiasa Berfikir Tentang Kritikan Yang Diterima 26. Mengatur Kepentingan Tugas 27. Bahagi-bahagikanlah Bebanan Kerja 28. Bertukar Kerjaya (sekiranya mampu dan ada peluang) 29. Buang Cita-cita Tinggi Menjadi Superman / Superwoman 30. Jaga Perhubungan Baik Dengan Orang Lain 31. Tatapkanlah Wajah / Barang Pemberian Orang Yang Dikasihi 32. Bergaullah Dengan Orang Positif 33. Mencari Alternatif Terhadap Matlamat 34. Mendengar 35. Bertemanlah Dengan Orang Berilmu 36. Menghadiri Perbincangan Ilmiah Atau Ceramah Agama 37. Membantu Orang Lain 38. Selesaikan Masalah Di Rumah Terdahulu 39. Menjauhi Nafsu Amarah 40. Menelefon Teman Lama 41. Lakukan Aktiviti Sosial 42. Ketawalah Dan Berseronoklah 43. Menyemai Sifat Ehsan 44. Bervisualisasi (membayangkan tempat/ perkara menarik dan menyeronokkan) 45. Teknik Hidro ( mandi, berenang, akuarobik) 46. Terapi Warna (gunakan warna-warna menenangkan seperti biru, hijau.) 47. Mandi Wap

MS 8

SEKILAS PANDANG BKP

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada warga BKP yang menyumbangkan artikel di dalam Newsletter BKP ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan artikel, sila berhubung dengan Ahli Sidang Ridaksi seperti berikut: Dahlia Zainal Email : dahlia.zainal@moh.gov.my Tel. : 8883 3483 Kaszilawati Kasman Email : kaszilawati@moh.gov.my Tel. : 8883 2920 Jaini Onggai Email : jaini_onggai@moh.gov.my Tel. : 8883 3480 Tee Yee Biau Email : ty.biau@moh.gov.my Tel. : 8883 3476 Siti Noor Aishah Abdullah Email : s.nooraishah@moh.gov.my Tel. : 8883 2981 Hafizuhairi Hasin @ Hashim Email : hafizuhairi@moh.gov.my Tel. : 8883 3020

You might also like