Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Penggunaan Puisi Kanak-kanak di dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Juffri Bin Supaat

Esei ini akan memberi takrifan pembelajaran bahasa dan menyentuh ciri-ciri yang terdapat di dalam puisi kanak-kanak dan bagaimana ia dapat membantu di dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Ia juga menganjurkan beberapa kegiatan yang boleh dilakukan dengan menggunakan puisi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.

1.0

Pengenalan

Bahasa tercetus dengan gabungan beberapa komponen seperti bunyi dan makna serta struktur yang digunakan sehari-hari. Komponen-komponen bahasa ialah Fonologi, Semantik dan Nahu. Fonologi ialah komponen yang mengawal struktur dan tata bunyi, manakala komponen kedua ialah semantik yang merangkumi perbendaharaan kata atau pemahaman gagasan kata-kata yang diujarkan atau diluahkan (Berk, 2003). Nahu atau tatabahasa ialah yang digunakan untuk menyusun kata-kata. Untuk tujuan kertas kerja ini, tumpuan akan diberikan kepada Fonologi dan Semantik.

Mengenali bahasa bermakna kesemua komponen ini dapat dikuasai dan digunakan sebagai sistem perhubungan. Apa yang kita ketahui ialah bahasa yang digunakan kanakkanak selalunya tidak sama dari segi makna dengan bahasa yang digunakan oleh orang dewasa. Sudah tentu untuk menguasai bahasa, kanak-kanak harus terlebih dahulu membina perbendaharaan kata mereka supaya mereka dapat memperhalusi makna dan juga membuat kaitan kata-kata tersebut.

Menurut Howard Gardner (1993), seseorang yang memiliki kecerdasan bahasa (linguistik) mahir bertutur dan juga menulis dan salah satu cara memupuk kecerdasan ini ialah menghafal puisi yang popular dan kemudian dibaca dengan kuat (Burnett 2002: 105).

2.0

Puisi Tradisional/Puisi Kanak-Kanak

Karya sastera seperti puisi dan pantun menggambarkan perasaan manusia seperti gembira, sedih, marah dan takut. Maka itu sastera yang baik yang ditulis dengan bahasa yang indah akan dapat menarik minat kanak-kanak. Puisi tradisional yang telah dicipta sejak zaman berzaman dapat memainkan peranannya didalam pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak. Menurut Donald Graves (1992:3), puisi menyatukan bunyian dan makna di antara baris kata-kata. Puisi tradisional telah mengenalkan kepada kanakkanak dari berbagai generasi kepada dunia nyata yang dilalui sehari-hari selain juga

mengenalkan mereka kepada dunia imaginasi. Oleh itu, kita tidak dapat menafikan kaitan kemahiran bahasa ini yang dapat dilakukan melalui Puisi kanak-kanak.

3.0

Rima dan Irama

Di antara ciri-ciri yang terdapat di dalam puisi tradisional ialah nilai rima dan iramanya. Memang secara semula jadi, manusia akan mempunyai tindak balas terhadap rima dan irama.

Buai

3.1

Pergerakan Fizikal

Ia juga dapat mencetuskan berbagai perasaan dan juga pergerakan fizikal yang menjadikannya satu kegiatan yang bukan saja menyeronokkan, bahkan satu kegiatan yang kreatif juga. Sebagai contoh, Puisi Pok Amai-Amai;

Puisi ini harus dibacakan dengan gerak tangan yang melakukan tepukan dan irama yang pasti akan menarik perhatian kanak-kanak terutama anak-anak kecil.

Satu lagi contoh ialah puisi,

Pak Cokok genggam gamit Pak Syawal hamba raja Minta Cekur diberi kunyi Nak ubat ayam buta.

Sekiranya anda menggenggam-gamitkan jari-jari anda di depan si kecil ketika mendendangkan puisi ini, maka ia pasti terangsang untuk turut sama dan meniru melakukan gerakan-gerakan tersebut.

4.0

Pengulangan

Pengulangan kata-kata amat penting di dalam pembelajaran bahasa terutama kepada kanak-kanak. Sekiranya perkataan itu dilihat berulang kali, ia sudah pasti dapat membantu kanak-kanak itu di dalam proses mengingat dan mengenalpasti patah-patah perkataan yang dikenalkan

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Mary Jalango (1997), di sebuah tadika di Amerika Syarikat, sekumpulan kanak-kanak yang didedahkan dengan sebuah puisi yang mempunyai perkataan yang berulang sebanyak 11 kali, akhirnya terdorong untuk turut sama membaca bahan-bahan itu.

Melalui pengulangan, kanak-kanak itu dapat mengenal perkataan dan frasa yang disampaikan dan akhirnya dapat menggunakannya.

5.0

Perbendaharaan Kata

Puisi amat berguna untuk membina perbendaharaan kata. Ia juga memberi makna perkataaan melalui konteks yang disampaikan oleh puisi-puisi tersebut dan juga menerangkan maksud dan maknanya.

6.0

Kegiatan Melalui Puisi

Kegiatan 1 Tema: Serangga Tujuan pembelajaran: Mengenalkan kosa kata, Rama-rama, Kupu-kupu dan Ulat bulu, Belalang

Puisi:

Lagu Rama-Rama

Dari ulat jadi kepompong

ia tidur dalam kelongsong Bila waktu kepompong pecah Jadi rama-rama yang indah.

Rama-rama terbang melata Sungguh cantik aneka warna Hisap madu di kebun bunga Tapi ia tak hidup lama.

Lagu Suka Ramai

Belalang rama-rama hinggap pohon rambai Mari sama-sama nyanyi suka ramai.

Kita suka rama-rama, macam-macam warna Berkawan sama-sama terbang sini sana.

Rama-rama Sama-sama

Kegiatan 2 Tema: Masa Tujuan pembelajaran: Mengenalkan kosa kata, Senja, siang, malam, asar dan juga konsep waktu

Puisi:

Senjakala Asar sudah lepas, hari sudah petang Main sudah puas, mari kita pulang Senjakala, senjakala, mari kita pulang.

Malam sudah datang, siang sudah pergi Sekarang kita pulang, esok datang lagi Senjakala, senjakala, esok datang lagi

Waktu Belajar Waktu belajar jangan main-main Guru tunjuk ajar jangan ingat lain Menulis melukis buat sampai habis Membaca mengira cuba sampai jaya

Waktu belajar cubalah belajar Ketika bermain cubalah bersama Belajar bermain jangan campur-campur Majulah jayalah murid-murid semua.

Datuk Harimau Datuk Harimau pukul berapa, pukul satu Datuk Harimau pukul berapa, pukul dua Datuk Harimau pukul berapa, pukul tiga Datuk Harimau pukul berapa, pukul empat Datuk Harimau pukul berapa, pukul lima Datuk Harimau pukul berapa, pukul enam Datuk Harimau pukul berapa, pukul tujuh Datuk Harimau pukul berapa, pukul lapan

Datuk Harimau pukul berapa, pukul sembilan Datuk Harimau pukul berapa, pukul sepuluh.

Kegiatan 3 Tema: Haiwan Tujuan pembelajaran: Mengenalkan kosa kata, Kuda, Kucing, Katak

Puisi: Katak Lompat Lompat si katak lompat Lompatlah tinggi-tinggi Cepatlah adik cepat Cepatlah bangun pagi-pagi

Kalau adik malas lagi Malas bangun pagi La La. la Nanti kita rugi.

Kuda Saya ada kuda, dibuat oleh ayah Leher pakai tali, kuda pun mahu lari Oh kudaku garang ekornya sangan panjang Kuda ayah buat dari pelepah pisang

Saya ada satu kucing Di lehernya ada loceng pandai menari pusing-pusing

Saya gelar dia ching, ching

Ching, ching ching saya panggi dia Kling, kling, kling berbunyi locengnya.

Menyusun kegiatan amat penting. Setiap kegiatan harus merangkum beberapa kemahiran umpamanya kemahiran mendengar, bercakap dan juga melihat perkataan. Ia juga harus memberi ruang kepada kanak-kanak tadi untuk terlibat sama.

7.0

Kesimpulan

Sekiranya pembelajaran bahasa dapat dijalankan dengan cara yang menyeronokkan, ia sudah tentu dapat membantu kanak-kanak mempelajarinya. Puisi-puisi ini dapat dijadikan dasar untuk perbincangan dan juga perkongsian pengalaman di antara para pelajar. Selain dari itu, mereka juga dapat melakonkan perasaan itu melalui gerakan tangan dan badan serta mimik muka. Akhir kata, kegiatan yang dapat dilakukan dengan menggunakan pendekatan pelbagai deria dapat membantu kanak-kanak mengasah kemahiran mendengar, bacaan, penulisan dan juga lisan. Ciri-ciri penting di dalam pembelajaran bahasa.

Bibliografi Berk, L. E. (2003). Child Development. Ablongman (sixth edition) Graves, D.H (1992). Explore Poetry. Portsmouth, NH: Heinemann Jalongo, M. R., Ribblett, D. M. (1997). Using song picture books to support emergent literacy. Childhood Education, Fall 1997; 74:1. Nani Menon, Rohani Abdullah, (2004). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. PTS publications and distributor Sdn. Bhd. Rohani Rustam & Jamiah A Bakar (1988). Bacalah Sayang!. Times Book International. Steele, P. (1998). Rhymes for Language Development. NTUC Childcare Co-perative Ltd. Tompkins, G. E. (2003). Literacy for the 21st Century. Merrill Prentice Hall. Zubaidah, Mohsen, (2005). Timang tinggi-tinggi. NLB. Ed. Juffri Supaat.

10

You might also like