Definisi Pemulihan1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia amat diutamakan oleh kerajaan dalam menjadikan Malaysia


berdaya saing dalam kemajuan dan perkembangan ilmu. Jadi, sehubungan dengan
keutamaan ini, pelbagai kekurangan dalam pelbagai aspek pendidikan akan
diberikan perhatian yang serius demi menjadikan semua yang menerima pendidikan
dapat menerima pendidikan yang terbaik.

Salah satu usaha dalam memperbaiki segala kekurangan dalam pendidikan
yang diterima ialah pengenalan kepada pendidikan pemulihan. Pendidikan
pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang
mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira. Pendidikan pemulihan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada pelajar pada peringkat awalan iaitu pada tahap 1, bermula dari darjah
dua dan lanjutan ke darjah tiga dalam subjek-subjek tertentu mengikut sukatan-
sukatan pelajran yang telah disediakan. Program pendidikan pemulihan ini bukan
sekadar hanya menggunakan pengajaran teknik pengajran harian, ia dibantu oleh
pelbagai alat bantuan mengajar bagi membolehkan murid yang terlibat lebih
memahami dan mendekati sukatan pelajaran pemulihan.

Dalam tugasan ini, akan dibentang dan dibincangkan tentang pengurusan
program pendidikan pemulihan dan strategi pelaksanaan program pemulihan bagi
memberi pendekatan kepada pihak yang terlibat dalam memahami, mendekati dan
mengajar kelas pemulihan dengan lebih berkesan. Segala isi akan diterangkan
dengan mendalam.

1.0 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN


1.1 Definisi Utama:
Merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami
kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menuIis, dan mengira.

Beberapa pihak lain juga turut memberikan definisi mereka tentang pemulihan.
Kebanyakan definisi yang diberikan merujuk pada satu maksud yang sama iaitu
untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Antara definisi-definisi itu ialah:
1. TansIey(1967): ' ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah
yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan
dijalankan dengan tersusun.'

2. Persatuan Pendidikan PemuIihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):
'..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan
bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-
murid di sekolah-sekolah biasa.'

3. Pusat Perkembangan KurikuIum, KPM (1984):
'...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat
dikesan dan ditentukan.'

4. Bahagian SekoIah-SekoIah, KPM(1986):
'...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-
murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran

asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang
telah menerima latihan khas dalam bidang ini'.


1.2 Konsep:
Pendidikan pemulihan berkonsepkan:
- satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid
lemah di Sekolah Rendah
- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas
dalam bidang ini

1.3 RasionaI:
Rasional pendidikan pemulihan diwujudkan:
1. Dari sudut "Falsafah:
- memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat
belajar sepenuhnya dalam kelas biasa
- selaras dengan konsep "Pendidikan Untuk Semua.

2. Dari sudut "Teori
- Pendekatan pengajaran seperti "Prescriptive-Diagnostic Teaching,
"Precision Teaching, dan "Clinical Teaching telah terbukti berjaya - asas
pelaksanaan program ini

3. Dari sudut "Pencegahan

- Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin
menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera


1.4 Punca dan Bidang Kuasa:
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan laporan dan pekeliling
mengenai program pendidikan pemulihan ini dan pelaksanaan program ini serta
garis panduan untuk menjalankan dan melicinkan program ini. Berikut ialah laporan
yang menyasarkan tentang pendidikan pemulihan dan pelaksanaannya dan surat
pekeliling:
1. Laporan Jawatankuasa PeIaksanaan Dasar PeIajaran 1979 (Perakuan 5):
"Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan
langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan
kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut
termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang
sesuai, saiz kelas yang
lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta
penggunaan bahan-bahan tertentu.


2. Surat PekeIiIing Kementerian PeIajaran:
O Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld./32 bertarikh 22 Januari 1985.
"Guru Khas Pendidikan PemuIihan".
O Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
"KeIas Khas PemuIihan Di SekoIah-SekoIah Rendah 1986".

O Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran


Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
"Guru Khas PemuIihan dan Penubuhan KeIas Khas PemuIihan di
SekoIah-SekoIah Rendah".


1.5 Objektif Program PemuIihan Khas:
Objektif Program PemuIihan Khas
1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-
kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran
alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;
2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran
mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara
satu dengan yang lain;
3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;
4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan
biasa;
5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap
positif terhadap pelajaran;
6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang
boleh menjejaskan pelajaran;
7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid
yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan
8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan
merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

PENGURUSAN GRAFIK 1: DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN






DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN:
- merupakan tindakan yang dijalankan untuk
membantu murid-murid yang mengalami kesukaran
dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menuIis, dan mengira.
TansIey(1967) : ' ..satu
bentuk pengajaran yang
mengutamakan langkah-
langkah yang benar-benar
teliti dan sistematik bagi
membolehkan pengajaran
pemulihan dijalankan dengan
tersusun.'
Persatuan Pendidikan
PemuIihan Kebangsaan
(NARE) UK (1975):
'..satu program pengajaran
khas yang dirangka bagi
memenuhi keperluan
pendidikan bagi murid-murid
yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam
kalangan murid-murid di
sekolah-sekolah biasa.'
Bahagian SekoIah-SekoIah,
KPM(1986):
'...satu usaha dalam pendidikan
untuk mengatasi masalah
pembelajaran murid-murid lemah di
sekolah-sekolah rendah,
khususnya ditumpukan kepada
kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira, di bawah kelolaan
guru-guru pemulihan yang telah
menerima latihan khas dalam
bidang ini'.

Pusat Perkembangan
KurikuIum, KPM (1984):
'...langkah-langkah khusus
yang dijalankan untuk
membantu murid yang
menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam
kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira...
hendaklah dipulihkan sebaik
sahaja masalah tersebut
dapat dikesan dan
ditentukan.'
KONSEP:
- satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR
- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

RUMUSAN BAB 1.0



Melalui definisi yang telah diberikan di atas pada awal bab, dapatlah di sini
dirumuskan bahawa pemulihan menjurus kepada aktiviti untuk membaik pulih
sesuatu perkara bagi memperbaiki taraf sesuatu atau seseorang. Manakala bagi
pendidikan pemulihan, ia merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu
murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menuIis, dan mengira. Pendidikan pemulihan berobjektifkan untuk
memulihkan murid-murid yang lemah dalam kemahiran asas pembelajaran, memberi
khidmat layanan dan penumpuan kepada individu dalam pembelajaran,
memperbaiki mentaliti murid dan memperkembangkan potensi mereka serta
membantu mereka meneruskan pelajaran dalam kelas harian seperti biasa.

Konsep pendidikan pemulihan ialah usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah. Selain dari yang dinyatakan,
pendidikan pemulihan juga berkonsepkan penumpuan kepada kemahiran asas
pembelajaran, iaitu 3M dan ia dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang
menerima latihan khas dalam bidang ini. Rasional pendidikan pemulihan dipandang
dari tiga aspek, iaitu aspek falsafah, teori dan pencegahan. Dari aspek falsafah,
rasional pendidikan pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan setiap murid yang
ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Kenyataan ini
selaras dengan konsep "Pendidikan Untuk Semua yang diuar-uarkan oleh Kerajaan
dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di sudut teori pula, pendekatan pengajaran
seperti "Prescriptive-Diagnostic Teaching, "Precision Teaching dan "Clinical
Teaching telah terbukti berjaya yang mana pendekatan ini semua merupakan asas
pelaksanaan program ini; manakala dari sudut pencegahan, masalah yang dialami
oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani
dengan segera.

2.0 SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN



2.1 Sejarah Pendidikan PemuIihan
1. Luar Negara:
- Di Amerika Syarikat, program pendidikan pemulihan ini bermula
setelah termaktubnya PL 94 142:

Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah
pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau
telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja
walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai
orang kurang upaya yang berjaya hasil daripada kelulusan undang-undang terkenal
pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika
Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta
Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped
Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu diantara umur 3
hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang
seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka.
Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat
terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta
memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga
mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan
belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya
kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju
dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan
dengan seorang Guru Pendidikan Khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi
nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggi. Undang-undang ini menunjukkan
betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:
O Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai
kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate
public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke
atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai

oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang
kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.
O Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang
tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the
least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada
pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan
pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam
biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini
dikenali sebagai "pendidikan inklusif.
O Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi
dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing).
Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan
terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas
hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan
hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.
O Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang
mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan
menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak
diberikan penumpuan sebelum ini.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi
setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi
membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam
satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan
mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini
konsep 'kolaboratif' dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana
pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang
pendidikan murid-murid khas.

Sebelum DEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang


pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak
kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika
Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak,
buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana
EA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-
kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta
kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi
memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah
di kawasan perumahan masing-masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka.
Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah
berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain. DEA dilihat sebagai satu
pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi
perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep 'pendidikan untuk semua'
dan 'pendemokrasian pendidikan' diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-
anak mereka. Di samping itu konsep 'kolaborasi' dalam pendidikan yang
membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan
masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan
dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.

- Di United Kingdom pula, program pendidikan pemulihan bermula
selepas laporan Warnock dikeluarkan:

Pada tahun 1974, Jawatankuasa nkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat
Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.
Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi
perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-
cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi
laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-
cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun
berikutnya. umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan
untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada 'pengasingan'

iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan
menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini
menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas
dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai 'integerasi' atau 'inklusif'
diperluaskan.
Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak
berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul
dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari
ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam
melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan
peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak
1989 (Children's Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui
dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas
kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli
perubatan dipinda kepada konsep 'koloboratif' iaitu, diagnosis dilakukan oleh
pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan
keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas
keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian
terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang
jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran
dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep
'pengasingan' tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep
integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan
kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.
Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut
telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari
dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan
kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan
terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.


2. Dalam Negara:
- Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an
di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah
atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas
formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan
Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954
Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-
kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar "lembam (lemah dalam
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)
bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak 'Bermasalah
Pembelajaran' baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali
Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan
Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia
bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah
pembelajaran.

2.2 Perkembangan Pendidikan PemuIihan
Dalam DekIarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi
setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan 'Pendidikan Untuk Semua' di Jomtien, Thailand
yang menekankan: eperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak anak-
kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu
mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut
kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin.
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta
PeIajaran1961. Dalam Bahagian (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; "sekolah

khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk
murid-murid yang kurang upaya.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada
satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan
Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa
kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat
adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab
pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di
samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan
kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun
1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk
mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak
kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian
Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian
Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:

O Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
O Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan
kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk
serta kanak-kanak spastik.
O Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat
awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta
Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah

dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40


and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai 'era
baru' dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki
membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga
memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh
persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas.
Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan
bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada
subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan
menetapkan:
O Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan
murid yang menerima pendidikan khas.
O Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas
O Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai
bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.
O Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah
khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana
sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

2.3 Program Pendidikan PemuIihan


Program pendidikan pemulihan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pogram
pemulihan dalam kelas dan program pemulihan khas. Program pemulihan dalam
kelas ialah program pemantapan kemahiran asas yang dipelajari iaitu membaca,
menulis dan mengira. a hanya dilakukan dalam kelas dan pengajaran hanya seperti
biasa. Manakala bagi program pemulihan khas, ia melibatkan penekanan kepada
subjek yang menjadi kelemahan pelajar tertentu yang telah melalui proses program
pemulihan. Dalam pemulihan khas, subjek yang menjadi tumpuan utama ialah
Bahasa Melayu dan Matematik. Berikut ialah penerangan bagi program-program
pendidikan pemulihan:

PemuIihan DaIam KeIas
Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KA2M
- oleh BPK
- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan
menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di'bebas'kan
- gagal Ujian Pelepasan 3 masuk ke kelas Pemulihan Khas pada
tahun berikutnya

PROTM
- Program Pemulihan 3M
- Membantu murid tahun 6 menguasai 3M
- Dilaksana selepas menduduki UPSR

PemuIihan Khas
Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
- murid yang dikenalpasti
- ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik
- dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang
ditentukan

Kelas Khas
- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh
masa
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi yang
ditentukan dalam kemahiran asas 3M

Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga memperkembangkan lagi
program pendidikan pemulihan di Malaysia dengan menubuhkan beberapa program
lagi seperti program PP3M dan Program Permata Negara.
PP3M
Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang disediakan bagi membantu
murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang telah dikesan dan
dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada Tahap akan mengikuti
Program Pemulihan Khas. Program ini diadakan dihampir semua sekolah rendah.
Murid-murid disaring dengan menggunakan PP3M (nstrumen Penentu Penguasaan
3M), dan dibahagi kepada 3 :
O PP3M 1 ~ Murid Tahun 1
O PP3M 2 ~ Murid Tahun 2
O PP3M 3 ~ Murid Tahun 3
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem
pengasingan sementara (withdrawl). Bermaksud, murid-murid yang terlibat akan ke
kelas pemulihan khas semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dan

akan kembali semula ke kelas masing-masing apabila masa pengajaran dan


pembelajaran tersebut tamat. Bagi murid-murid yang telah mencapai tahap
pelepasan yang ditentukan, mereka tidak perlu lagi masuk ke kelas pemulihan khas
dan belajar seperti biasa di kelas seperti biasa.
Program Permata Negara
Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting
dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal
insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program
atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir
hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula
banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah
menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang
bersepadu.

Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada
tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan
awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat,
Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju
telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah 'pembelajaran yang
menyeronokkan' dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.
Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi
dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya
disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara
bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema 'Setiap Anak PERMATA Negara' juga
telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi
pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang
bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah
menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada
kanak-kanak.
Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara,
pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi

memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan
terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa
hadapan.

PENGURUSAN GRAFIK 2: PROGRAM PEMULIHAN DALAM DAN LUAR


NEGARA

























SEJARAH PENDIDIKAN DAN PROGRAM
PEMULIHAN KHAS
i. Luar Negara:
- US berkembang pesat
selepas termaktub PL 94-142

- UK selepas Laporan
Warnock
ii. Dalam Negara:
- bermula 1965 3
guru dapat latihan
dr England
- 1968 - 9 guru lagi
dihantar berkursus
- Projek Khas Universiti
Malaya

- Pendidikan mbuhan dpt
sumbangan dr Yayasan Van
de Leer Belanda
- Latihan Guru: sbg kursus
dalam perkhidmatan
- Penuh Masa atau dalam
cuti dr 2 hari hingga 1 tahun
(KSPK)
- Mulai 2001 ditawar sbg
pengkhususan utk KDPM
sepenuh masa (3 th)
- 2007 KPM memberikan
perhatian serius

Jenis-jenis Program:
Pemulihan dalam kelas
- Pemulihan KBSR
- KA2M
- PROTM

Pemulihan Khas
- Sistem penarikan keluar
(Withdrawal system)
- Kelas Khas

RUMUSAN BAB 2.0


Pendidikan pemulihan di luar negara, sebagai contoh, di Amerika Syarikat dan
United Kingdom, bermula selepas termaktubnya PL 94-142 (Public Law 94-142) dan
Laporan Warnock 1978. Di dalam negara, pendidikan bermula sejak tahun 1920-an
lagi yang mana dengan penubuhan sekolah bagi pelajar yang mempunyai masalah
dalam pancaindera dan pembelajaran oleh sukarelawan-sukarelawan. Pendidikan
pemulihan bermula pada tahun 1988 dengan inisiatif Kementerian Pendidikan
Malaysia yang telah menjadikan Sekolah Jalan Batu, Kuala Lumpur sebagai sekolah
yang mempunyai kelas perintis pendidikan pemulihan.
Pendidikan pemulihan berkembang setelah termaktubnya beberapa akta
berkaitan kanak-kanak pada persidangan-persidangan dunia. Setelah itu barulah
tindakan susulan diambil negara-negara yang berkenaan seperti Malaysia.
Pendidikan pemulihan lebih berkembang di Malaysia setelah keluarnya Laporan
Jawatankuasa Kabinet tentang dasar pendidikan dan selepas Mesyuarat
Perancangan Pendidikan.
Setelah perkembangan pendidikan pemulihan di Malaysia, diwujudkan
pelbagai program pendidikan pemulihan bertujuan membantu pelajar yang lemah
dalam kemahiran asas belajar. Antara program-program yang diwujudkan ialah
Pemulihan KBSR, KA2M, PROTM, Sistem Penarikan Keluar (Withdrawal System),
PP3M dan termasuk Projek Permata Negara, yang merupakan langkah awal
mencegah masalah lemah kemahiran asas belajar dan masalah pembelajaran.









3.0 GURU DAN MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SERTA PERANAN


PENTADBIR (KPM, JPN, PPD DAN SEKOLAH)

3.1 Murid PemuIihan Khas
Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian
mereka hanya belajar bila telah 'bersedia'

Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:
O Rencatan akal ringan
O Kurang peluang
O Budaya / ekonomi tersekat
O Gangguan emosi
O Kurang upaya sensori
O Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus
O Ganjaran intrinsik
O Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
O Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai boleh
ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar
O Pemakanan yang betul sarapan yang berkualiti dan tepat pada
masanya
O Tidur yang mencukupi boleh menambahbaik prestasi mereka
O Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh
memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.


IRI-IRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS)
Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang
dipamerkan, ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang
digunakan di sekolah.

O Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah


O Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
O Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari
dalam situasi baru
O Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual
waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja
O Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka
merancang untuk keperluan semasa.
O Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi
tumpuan
O Lemah daya ingatan Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
O Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
O Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif,
O Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan
memahami perkaitan
O Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
O Bersikap egosentrik
Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn,
but has a problem with the process.
A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating
more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant
learners seldom have learning disabilities.

3.2 Guru PemuIihan Khas


Ciri-ciri guru Pemulihan Khas
Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977):
- punyai peribadi yang stabil dan mantap
- luas bacaan
- cerdas
- tidak takut disisihkan
- sentiasa ingin belajar
- cekap dalam pengajaran dan pentaksiran

Peranan Guru Pemulihan Khas
i. Peranan Penilaian (Assessment Role)
O Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-
murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
O Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid secara khusus.
O Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan
sistematik.
ii. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
O Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi
murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
O Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya
diperlukan.
iii. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
O Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta
penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif
pembelajaran khusus dapat dicapai.
O Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
O Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara team-teaching' atau
'khidmat damping sekiranya perlu.

iv. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)


O Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
O Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai
teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah
pembelajaran.
v. Peranan Perhubungan (Liaison Role)
Berhubung dengan:
O Pentadbir sekolah Guru Besar dan Penolong Kanan
O Guru-Guru lain guru kelas dan guru subjek
O bu bapa dan waris
O Masyarakat
O Khidmat sokongan pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.
vi. Peranan Kaunseling (Counseling Role)
O Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang
bebas dari ancaman
O Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.
vii. Peranan Advokasi (Advocative Role)
O Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di
peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
O Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan
juga para waris melalui program 'reach out' atau 'outreach'.


Bidang Tugas Guru Pemulihan
Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling KPM
O Senarai Tugas
4 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus
- murid-murid yang dikenal pasti dari th 1 6
- keutamaan kpd tahun 1, 2 dan 3

4 Membantu guru-guru asas dalam:


- mengenal pasti untuk pemulihan khas
- merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan
- mengatur jadual waktu pemulihan
- mengajar bersama sekiranya perlu

4 berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai
kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal:
- mendapat maklumat lanjut murid kelakuan, tabiat, kesihatan
- latar belakang

4 melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas
pemulihan dan merekodkan butiran berikut:
- kemajuan murid
- latar belakang murid
- laporan kesihatan
- hasil temu bual
- rujukan

Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas
Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut:
4 Masa mengajar 990 minit
4 Masa untuk persediaan dan panduan 120 minit (dimasukkan ke
dalam JW)
4 Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain

Prosedur Mengadakan Kelas Pemulihan
4 Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi satu
darjah murid kelas pemulihan boleh diambil dari kelas tersebut jika
jumlah yang ada hanya 3 4

4 Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas sahaja bagi satu darjah


murid kelas pemulihan boleh diambil dari darjah lain tetapi bilangan
tidak melebihi 15
4 Jika murid pemulihan diambil dari 1 kelas sahaja bilangan tidak
melebihi 6

*Pilihan mana-mana alternatif tertakluk kepada persetujuan antara guru
pemulihan, guru besar dan guru-guru asas

3.3 Peranan Pentadbir DaIam Program PemuIihan Khas
i. Jabatan Pendidikan has/ Bahagian Sekolah PM
- memberi kelulusan untuk membuka kelas
- memberikan latihan untuk guru pemulihan
- menyediakan kewangan untuk pengurusan

ii. Jabatan Pelajaran Negeri
- melantik guru-guru pemulihan
- memantau pelaksanaan
- memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang
ditetapkan dan dikemukakan kepada JPK

iii. Pejabat Pelajaran aerah
- memantau pelaksanaan program
- menggerakkan aktiviti di peringkat daerah
- memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan
- memastikan pihak sekolah menghantarkan data

iv. Pentadbir / Pengurus Sekolah

- memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran


yang sedang
berkuatkuasa
- mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah
- memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk
Program Pemulihan
- Memastikan data kekemuka kepada PPD dan JPN pada waktu yang
ditetapkan
- Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup
- Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas
pemulihan berada dalam kelas berkenaan
- Menyalurkan kewangan

RUMUSAN BAB 3.0


Murid pemulihan khas ialah Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan
mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah 'bersedia'. Perkembangan
murid pemulihan khas dipengaruhi oleh beberapa faktor yang antaranya ialah
kurangnya peluang dalam mencuba sesuatu, gangguan emosi dan rencatan akal
yang ringan. Antara ciri pelajar yang memerlukan pemulihan ialah murid yang
kurang matang dalam berinteraksi bersama warga sekolah (guru dan murid lain),
tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja dan
hilang kawalan masa, iaitu tidak dapat memindahkan apa yang telah dipelajari dalam
satu situasi yang baru.
Guru pemulihan khas pula ialah seseorang yang mempunyai ciri peribadi
yang mantap, luas bacaan dan tidak takut disisihkan. Guru pemulihan khas
berperanan sebagai penilai, pengajar, khidmat bantu, penghubung, kaunselor dan
advokator dalam mendidik murid pemulihan. Antara bidang tugas guru pemulihan
ialah menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus, membantu guru-guru asas dalam
perkara yang berkaitan dengan pemulihan dan melaksanakan penilaian yang
berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran yang
didapati.

4.0 PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS


4.1 PencaIonan
O Pada akhir tahun 1 (Murid KA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3)
O Selepas Ujian Semester 1
O Dicalonkan oleh
4 Guru besar
4 Guru kelas/guru subjek
4 Guru pemulihan
4 bu bapa

O Pencalonan dibuat melalui:
4 pengumpulan maklumat
4 Borang Latar Belakang
4 Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan peperiksaan dan
buku latihan



4.2 Ujian Saringan
Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam
kemahiran asas BM dan Matematik menilai semula apa yang telah dipelajari di
dalam kelas.
O Bentuk dan skop
- Ujian bertulis
- Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari
- Keputusan Ujian Pelepasan KA2M, PP3M dan EMA boleh diguna pakai
O Pentadbiran Ujian
- dilaksanakan secara kumpulan
- murid dalam keadaan selesa jauh dari gangguan
- masa dihadkan

- keperluan alat tulis yang lengkap


O Kriteria PemiIihan Murid
- Murid yang gagal Ujian Saringan
- Jumlah murid yang telah ditentukan yang mampu diurus
- Jenis masalah yang dihadapi murid



4.3 Ujian Diagnostik
- Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas
mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh
seseorang murid secara khusus.
O Jenis Ujian Diagnostik
- Ujian Pengamatan (UDP)
- Bahasa Melayu (UDBM)
- Matematik (UDM)

O Tujuan Ujian Diagnostik
- membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan
yang dihadapi oleh murid
- membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk
menguasai sesuatu kemahiran
- membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut
kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh
murid
- membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus
pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik
- membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid

O BiIa diIaksana
- selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan
- setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran
baru

O Subjek yang diuji
- BM dan Matematik
- Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat
yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid

O Pembinaan Ujian
Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu
ditentukan :
- Kemahiran yang hendak diuji
- Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
- Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang
dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.
- Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut
hendaklah disusun dari senang ke susah.
- tem yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih
dahulu.
- JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek
- Jumlah item hendaklah ganjil 5 hingga 9 perlu ada contoh
- Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana
dan susah
- tem-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat
- Bentuk soalan:
O padanan / suaian
O pelbagai pilihan / diskriminasi
O mengisi tempat kosong
O benar / salah


O Pentadbiran Ujian
- dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat
- secara kumpulan atau individu
- ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang
paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan
dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
- Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik
bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu
masa
- Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan
- pemerhatian guru perlu semasa ujian
- Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka
dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
- jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan hentikan ujian
- Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-
keterangan atau data-data yang diberi

O AnaIisis Ujian
- dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji
- jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran
- jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran
- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah
direkodkan dalam Borang Analisis
- Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi
panduan kepada guru pada satu masa yang lain

O Penyediaan Objektif pengajaran dan pembeIajaran
- Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka obektif p & p
- Contoh:
Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan
Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul

4.4 Ujian Diagnostik Pengamatan



4.4.1 Rasional
Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh
amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid
untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.


4.4.2 Apa itu pengamatan
- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya "Reading Diagnosis and
Remediation beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederiaan.
- Janet W Learner(1971) dalam bukunya " Children With Learning Disabilities
telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.


4.4.3 Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan
- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz,
warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan
- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu-satu
objek
- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,
nombor, suku kata, perkataan dan ayat
- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke
bawah dan dari bawah ke atas
- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing
- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah


4.4.4 Komponen Ujian Pengamatan
- iskriminasi yang sama ( iscrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat
pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya
- iskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( iscrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat
pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya
- iskriminasi saiz ( iscrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk,
corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya
- iskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya
- oordinasi Motor mata tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-
tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya
- Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan
serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain
- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui
aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah
- Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-
aktiviti bersiri.
- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak.

- Menyalin ( Visual Copying)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.


4.4.5 Panduan melaksanakan ujian pengamatan
- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep
sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
- Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.
- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

4.4.6 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas
- Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik
- Menyediakan Rancangan Pengajaran ndividu (RP)
- Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Menentukan kumpulan murid
- Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar
- Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai
- Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
- Menyediakan bahan Pemulihan Khas
- Menyediakan aktiviti

4.4.7 Penilaian
- Bentuk ujian formatif, sumatif, pencapaian
- Analisis
- Keputusan meneruskan program atau balik ke kelas biasa

4.4.8 Tindakan Susulan


- Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu
dilaksanakan secara berterusan

PENGURUSAN GRAFIK 3: PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN


PEMULIHAN

























PENGURUSAN PROGRAM
PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pencalonan
Ujian Saringan
Mekanisme yang digunakan untuk
meninjau pencapaian murid
secara am dalam kemahiran asas
BM dan Matematik menilai
semula apa yang telah dipelajari di
dalam kelas.

Ujian iagnostik
Mekanisme yang diguna pakai untuk
membolehkan guru pemulihan khas
mengesan punca dan kawasan
kelemahan secara terpeinci yang
dihadapi oleh seseorang murid secara
khusus.

RUMUSAN BAB 4.0


Pengurusan program pemulihan khas merupakan satu tindakan untuk membentuk
sebuah kelas pemulihan. a bermula dengan sesi pencalonan, membawa kepada
ujian saringan dan akhir sekali ujian diagnostik. Setiap stu peringkat itu mempunyai
garis panduan pelaksanaannya yang tersendiri yang berlaku secara sistematik.
Sesi pencalonan ialah sesi mengenalpasti murid-murid yang mepunyai
masalah pembelajaran pada tahun satu. Murid-murid dicalonkan selepas ujian
semester satu dan pencalonan ini dibuat oleh sama ada guru besar, guru kelas, guru
subjek atau ibu bapa. Pencalonan dibuat berdasarkan data-data murid yang telah
dikumpulkan dari pelbagai sumber.
Ujian saringan ialah penentuan untuk seseorang murid itu betul atau tidak
lemah dalam pembelajaran dan perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas.
Ujian saringan merupakan sebuah ujian bertulis yang merangkumi apa yang telah
dipelajari oleh murid yang terlibat, dilaksanakan secara berkumpulan di tempat yang
selesa dan masa menjawab terhad.
Ujian diagnostik ialah ujian untuk mengesan apakah kelemahan murid yang
sudah dikenalpasti terlibat dengan kelas pemulihan. Ujian diagnostik dijalankan
dalam tiga bentuk iaitu Ujian Diagnostik Pengamatan (UDP), Ujian Diagnostik
Bahasa Melayu (UDBM) dan Ujian Diagnostik Matematik (UDM). Tjuan ujian
diagnostik ialah, antaranya; membantu guru secara khusus kesulitan-kesulitan yang
dihadapi oleh murid, membantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid
menguasai sesuatu kemahiran dan membolehkan guru merancang dan membina
program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN DI MALAYSIA



Program pemulihan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Perlaksanaan
program pemulihan di Malaysia bermula mengikut peringkat. Program pemulihan
dapat dijalankan secara lancar dan terancang dengan adanya peringkat-peringkat
ini. Bermula dengan pencalonan murid, pengumpulan maklumat, proses saringan,
proses diagnosis, analisa ujian diagnosis dan pengamatan dan tindakan susulan.
Pencalonan murid merupakan asas dalam pendidikan pemulihan dan ia
merupakan peringkat pertama dan juga peringkat yang paling penting dalam
melaksanakan program pemulihan.
Pencalonan dan proses mengenal pasti calon untuk program ini dapat
dijalankan melalui beberapa cara. Murid untuk pendidikan pemulihan dapat
diketahui melalui guru kelas . Tugas sebagai guru kelas membolehkan beliau
mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan beberapa
perkara antaranya pencapaian murid-murid dalam menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis, mengira), berdasarkan hasil kerja mereka, keputusan ujian
bulanan dan juga ujian dalam setiap kemahiran.
Selain itu, guru mata pelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam
proses ini. Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan juga Matematik juga boleh
mencalonkan murid-murid yang diajar mereka untuk mengikuti kelas pemulihan
berdasarkan atas pencapaian mereka.
Dalam pada itu, Guru besar juga perlu memainkan peranan dengan
memastikan guru-guru menjalankan tugas masing-masing. Guru besar dapat
mencalonkan murid berdasarkan pada kad-kad laporan murid serta berdasarkan
pemerhatian beliau. Malah, ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak jagaan
mereka berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.
Peringkat kedua pula ialah pengumpulan maklumat, butir-butir individu dan
prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan memahami murid yang
dicalonkan. ni dapat menyenangkan guru pemulihan untuk membuat keputusan
samaada murid itu akan mengikuti kelas pemulihan ataupun tidak.

Rekod individu ini akan membantu guru pemulihan mengetahui beberapa


perkara penting dalam mencalonkan murid pemulihan seperti kesihatan, taraf
ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mana kesemua perkara diatas
mungkin menjadi sebab serta berhubung dengan kegagalan. a juga membantu
guru pemulihan dalam mengetahui sejauh mana keupayaan murid yang dicalonkan
dalam matapelajaran-matapelajaran asas seperti Matematik dan Bahasa Malaysia.
Peringkat ketiga pula merupakan proses saringan. Proses ujian saringan
berfungsi sebagai satu instrumen pengukur terhadap kekuatan serta kelemahan
dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas oleh murid yang ingin dicalonkan.
Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan
pemulihan khas. Dengan kata lain, ujian ini bertujuan untuk menentukan calon yang
layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas.
Bahan yang dimasukkan dalam ujian saringan hanyalah kerja-kerja yang
telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu, senarai
kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam jadual penentu
ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu, ujian
akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan
direkodkan dalam boring rekod ujian untuk difailkan. Murid yang dicalonkan kedalam
kelas pemulihan adalah diatas beberapa faktor antaranya ialah skor yang lemah,
jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk kelas pemulihan.
Peringkat keempat pula ialah ujian diagnosis, ujian diagnosis merupakan
ujian yang terpenting dalam program pemulihan. Ujian ini digunakan untuk
membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang
dihadapi oleh setiap murid yang sudah tercalon dalam kelas pemulihan.
Ujian diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK
mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh
seseorang murid secara khususnya dan seterusnya membentuk objektif pengajaran
(baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk
mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenalpasti punca
kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
Seterusnya ialah perigkat analisa ujian diagnosis dan pengamatan. Pada
peringkat ini, segala keputusan dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi
dengan cermat untuk mempastikan setiap masalah murid pemulihan. Keputusan
analisa ujian diagnosis akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan

seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini juga dapat
membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-
daerah kesukaran yang dihadapi. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat
membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada
seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnosis tersebut, guru pemulihan
akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih.
Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang
tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Peringkat yang terakhir ialah peringkat susulan. Pada peringkat ini, murid-
murid pemulihan yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan
menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan
dan kerjasama dari guru pemulihan. Guru kelas, guru matapelajaran dan juga guru
pemulihan perlu bekerjasama bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai
oleh murid tersebut.
Murid pemulihan yang telah berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan
semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka
akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Dan ini
bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan pelajar tersebut dan disamping
membantu guru di kelas biasa dalam proses pengajaran mereka.

PENGURUSAN GRAFIK 4: STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM


PENDIDIKAN PEMULIHAN





















STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM
PENDIDIKAN PEMULIHAN
Dilaksanakan mengikut peringkat/secara
berperingkat
Peringkat pertama:
Pencalonan murid yang didapati
lemah dalam kelas harian.
Peringkat kedua:
Pengumpulan maklumat tentang
individu yang dicalonkan.
Peringkat ketiga:
Proses saringan untuk mengenalpasti
murid yang betul-betul lemah.
Peringkat keempat:
Pelaksanaan ujian diagnosis
untuk mengesan kelemahan
murid terlibat selepas disahkan
masuk program pemulihan.
Peringkat kelima:
Analisa ujian diagnosis untuk
penumpuan pada pengajaran
pemulihan.
Peringkat terakhir:
Peringkat susulan iaitu tindakan
selepas murid berjaya dipulihkan.

RUMUSAN BAB 5.0



Program pemulihan perlu dilaksanakan dengan berstrategi supaya ia berkesan.
Strategi yang diaplikasikan adalah secara berperingkat dan sistematik. Permulaan
bagi startegi melaksanakan program pemulihan ialah dimulakan dengan
pencalonan. Pencalonan merupakan strategi awalan dalam memastikan program
pemulihan dapat menjurus kepada objektif. Seterusnya ialah ujian saringan di mana
ujian saringan adalah strategi dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu terlibat
dengan kelas pemulihan. Selepas ujian saringan, strategi berikut ialah ujian
diagnostik yang mempunyai tiga komponen iaitu UDP, UDBM dan UDM; dalam
mengesan kelemahan yang ada pada murid. Selepas analisis ujian diagnostik, yang
mana ia merupakan peringkat berikutnya, penumpuan pengajaran baru dibentuk
memfokuskan kepada aspek kelemahan yang ada pada murid. Tindakan susulan
adalah strategi terakhir setelah pengajaran berjaya dilaksanakan untuk memastikan
murid yang terlibat terus mengikuti pembelajaran harian.

6.0 RUMUSAN KESELURUHAN



Pendidikan pemulihan merupakan satu aspek penting dalam pembangunan
pendidikan negara. Pendidikan pemulihan berteraskan pendidikan bantuan dalam
memastikan pelajar dapat terus mempelajari sesuatu subjek dengan berkesan dan
dapat berdikari. Di zaman yang serba maju ini, ketinggalan sedikit dalam sesuatu
aspek akan menyebabkan kita terus mengundur kebelakang. Antara aspek tersebut
ialah pendidikan.
Dalam pendidikan pemulihan, pendidikan diberikan untuk memperbaiki
potensi dan kemahiran belajar murid yang lemah dalam pelajaran. ni bertujuan
untuk membolehkan mereka terus bersaing dengan pelajar lain dan mampu berada
sama tahap dengan mereka. Bukan untuk memaksimumkan pencapaian tapi ialah
untuk memastikan murid yang terlibat dengan kelas pemulihan ini dapat menjalani
pembelajaran dan kehidupan seperti biasa.
Pendidikan pemulihan mula dipandang serius setelah di luar negara
dimaktubkan beberapa dasar berkaitan pendidikan pemulihan. Bermula di Amerika
Syarikat dengan PL 94-142 dan Laporan Warnock di United Kingdom, ia
kemudiannya menjadi keperluan bagi sesebuah negara dalam memperbaharui dan
menjamin sistem pendidikan mereka, termasuk di Malaysia sendiri.
Pelbagai program pemulihan diwujudkan di sekolah bagi memastikan tidak
ada murid yang lemah dalam pembelajaran. Sebagai contoh; PP3M. PP3M ialah
sebuah program membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran asas membaca,
mengira dan menulis. Di peringkat yang lebih awal juga ditubuhkan Program
Permata Negara, idea asal oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, yang mana
program ini bertujuan bagi mengurangkan kadar masalah pembelajaran dari
peringkat awal.
Pengurusan program pemulihan merupakan cara mengatur dan
melaksanakan program pemulihan. Pengurusan program pemulihan dijalankan
dengan teliti agar dapat menjadikan pengajaran pemulihan berjalan dengan lancar.
Bukan sekadar mengurus, turut menjadi nadi perkembangan program pemulihan
ialah strategi pelaksanaan program pemulihan. Strategi pelaksanaan program
pemulihan berkait rapat tentang pendekatan untuk memastikan murid pemulihan
dapat dikenalpasti, diajar dan diubah.

REFLEKSI

Tajuk kerja kursus yang saya terima ialah Pengenalan Kepada Pendidikan
Pemulihan; iaitu berkait rapat tentang definisi, sejarah, program pengurusan dan
strategi pendidikan pemulihan. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah
memperolehi beberapa faedah yang amat berguna kepada saya disamping
beberapa masalah yang menjadi pembantut kepada usaha untuk menyiapkannya.

Antara faedah daripada menjalankan tugasan ini yang saya perolehi ialah
saya dapat menjalankan kerja secara sistematik dan langkah demi langkah.
Sebelum menjalankan tugasan ini, saya dapati adalah amat sukar untuk melakukan
tugas secara teratur kerana saya bukanlah seorang yang tersusun cara kerjanya,
tambahan berkaitan dengan cara untuk mendapatkan maklumat dan
memprosesnya. Namun, dengan menjalankan tugasan secara teratur, dapatlah saya
mencari maklumat dengan baik dan memprosesnya mengikut kehendak tugasan.
nilah apa yang diperlukan untuk saya melengkapkan diri menjadi bakal pendidik
anak bangsa.

Selain itu, saya juga dapat menimba faedah yang lain iaitu saya dapat
mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara sesama rakan kelas, lebih-lebih
lagi rakan sekerja yang bersama-sama melakukan tugasan ini. ni merupakan salah
satu faedah yang berharga juga kepada saya di mana sebagai seorang guru, kita
mesti mempunyai sikap saling bekerjasama dalam membentuk dan melahirkan
generasi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya sikap
seperti ini dalam diri saya, maka segala urusan lain yang akan dilakukan dengan
rakan sekelas akan mudah dilaksanakan dan dapat mewujudkan hubungan
kekeluargaan di dalam kelas seterusnya menceriakan suasana kelas.

tulah di antara faedah yang saya perolehi melalui tugasan ini. Saya dapat
memperbetulkan diri saya melalui faedah yang saya terima dan saya harap dapat

melakukan yang terbaik pada masa akan datang dan berterusan melakukan yang
terbaik untuk sesuatu agar hasilnya memuaskan saya dan mendatangkan kebaikan
kepada saya. Tugasan ini telah banyak memberi pendedahan kepada saya dan
membentuk sahsiah diri saya sebagai seorang guru. Semoga apa yang saya
perolehi dan yang telah mengubah saya ini berterusan.


.............................................
(MOHAMMAD QRAM AKEEF BN MOHD AMN)
PSMP 1.14

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

NTERNET:
1. Public Law 94-142. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari
www.wikipedia.com/public_law_94_142.html
2. Warnock's Report. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari
www.wikipedia.com/warnocks_report.html
3. onsep Pendidikan Pemulihan. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari
www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.html
4. Dr. Boon, K. B. (1980) Siapa dan Mengapa alam Pengajaran Pemulihan.
Diambil pada Februari 22, 2011, dari laman web Jabatan lmu Pendidikan, PG
Sandakan, www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa
_dan_mengapa.html
5. Program Permata Negara. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari
www.permatanegara.edu.my/bagaimana_kami_bermula.html

You might also like