Sejarah Ragbi Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH RAGBI DI MALAYSIA Ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama.

Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun. Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.

MALAYSIA MENINGKAT KE TARAF 64 DUNIA RANKING IRB


Oleh: Lt. Ahmad Sufiani bin Johari TUDM MALAYSIA telah dinaikkan ke ranking 64 Dunia daripada kedudukan 70 Dunia pada minggu lalu oleh Persekutuan Ragbi Dunia (IRB). Peningkatan ini merupakan peningkatan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan yang mana telah diputuskan pada 18 September 2006 dan diistiharkan pada malam semalam di IRB Dublin Ireland. Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi berdasarkan analisis IRB yang mana Malaysia telah melonjak naik 6 anaktangga sekaligus menyingkirkan Thailand daripada ranking 63 IRB ke ranking 70 IRB. Peningkatan ini berlaku adalah hasil daripada kemenangan Pasukan Malaysia menewaskan Thailand (36-27) di Army Stadium Bangkok pada 22 Julai 2006 sekaligus menjuarai

IRB ARFU Triangular 2006 atau juga dikenali dengan Asian Nation Series. Dengan ranking terbaru ini bermakna kini Malaysia telah mendahului negara-negara seperti Bermuda, Zambia, Lituania, Niue Island, Slovenia, Thailand, Hungary, Monaco, Norway, Guam, India, Nigeria, Bosnia dan Finland. Peningkatan tertinggi dalam sejarah Kesatuan Ragbi Malaysia di bawah teraju kepimpinan Yang Berhormat Mulia Dato Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail amat jelas menunjukkan bahawa pengetahuan pengurusan yang luas, keserasian individu dengan jenis sukan yang diceburi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi beliau telah menjadi tunjang kepada kebangkitan sukan ragbi di Malaysia. Malaysia yang terdahulu berada di ranking 75 IRB pada 01 Jun 2006 telah membuat meningkat sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan iaitu pada 06 Jun ke ranking 74 IRB, 10 Julai ke ranking 70 IRB dan 18 September ke ranking 64 IRB. Jumlah peningkatan keseluruhan ranking IRB Malaysia dalam tempoh 3 bulan adalah 11 anaktangga dan ini merupakan antara pencapaian luarbiasa yang jarang dicapai oleh mana-mana negara di dunia. Pencapaian peningkatan 6 anaktangga pada 18 September 2006 merupakan satua pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia. Yang Berhormat Mulia Dato Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail yang dahulunya pernah bermain mewakili negeri Selangor, beberapa kelab luar negara dan juga merupakan bekas ketua jurulatih pasukan ragbi Universiti Pertanian Malaysia Serdang Angels (Kini dikenali Universiti Putra Malaysia) telah berjaya membawa ragbi Malaysia ke dalam satu dimensi baru fenomena ragbi antarabangsa dengan sokongan padu semua ahli gabungan Kesatuan Ragbi Malaysia . Perancangan beliau mewujudkan program MRU Development Team di Sekolah Sukan Bandar Penawar Pengerang Johor di bawah kelolaan Cikgu Naharudeen Othman dan Saudara Wan Ibrahim Wan Chik telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Rata-rata pasukan Malaysia yang memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa telah diperkuatkan dengan barisan pemain-pemain projek pembangunan ragbi Malaysia. Antaranya termasuklah Mohd Nazeer Nesyarah, Mohd Azli Ludin, Mohd Shahir Asyraf Rosli dan Mohd Nizard Mohd Nor dari Sekolah Sukan Bandar Penawar. Antara kejayaan Pasukan Malaysia tahun 2006: Pasukan Malaysia telah mendapat tempat ke 2 selepas menewaskan Khazakhstan (10-5) dan Singapura (31-7) di Pusingan Kelayakan Sukan Asia DOHA di Hong Kong pada 4 Februari 2006. Seterusnya Malaysia menewaskan India (61-20) pada 5 Jun 2006 dan menewaskan Thailand (36-27) pada 22 Julai 2006 di Bangkok Thailand. Malaysia muncul Juara IRB ARFU Triangular Malaysia, India dan Thailand dan turut menjuarai Piala Maharaja Thai Vajiralongkorn.

Kejuaraan IRB ARFU Satellite Sevens di Sri Lanka pada minggu lalu turut menyaksikan kejayaan pasukan Malaysia menjuarai Kategori Bowl dan seterusnya menaikkan satu lagi kedudukan ragbi Malaysia dari ranking ke 10 ARFU ke ranking ke 9 ARFU daripada senarai 20 negara Asia. Malaysia telah menewaskan Filipina dengan mata (46-0) dan menewaskan India di Final Bowl dengan mata (14-10). Menurut Ketua Jurulatih Pasukan Senior Malaysia, Saudara Wan Ibrahim Wan Chik. Peningkatan dalam ranking Lembaga Ragbi Antarabangsa IRB yang diumumkan semalam pasti membakar semangat pemain-pemain ragbi Malaysia yang bakal memulakan latihan pusat menjelang Kejuaraan IRB ARFU Senior 15 Sepasukan Ranking Asia yang bakal berlangsung di Colombo Sri Lanka pada 15 hingga 25 November 2006 dan Kejuaraan IRB ARFU Junior U19, 15 Sepasukan Ranking Asia yang bakal berlangsung di Taiwan pada 03 hingga 09 Disember 2006. Namun sebenarnya bukan mudah untuk menumpaskan lawan lebih-lebih lagio apabila bermain di tanahair mereka sendiri seperti apa yang berlaku ketika kita menumpaskan Thailand di Kota Bangkok. Sokongan yang kuat daripada Olympic Council Malaysia, Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Putra Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Media Prima, Astro, Media Cetak dan Penaja Pakaian Rasmi KRM Carisbrook of New Zealand dilihat sebagai faktor penting menyumbang kejayaan pasukan ragbi Malaysia membawa pulang pingat atau piala yang diburu di sesuatu kejohanan. Kesatuan Ragbi Malaysia yakin bahawa momentum kejayaan ini akan diteruskan ke tahap yang terbaik. Ragbi Malaysia sememang amat mengalu-alukan sokongan badan korporat untuk menaja kos persiapan pasukan negara dan tabungan program pembangunan seperti kerjasama murni telah yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang kepada kemajuan Persekutuan Hoki Malaysia dan Yonex yang menyokong Persekutuan Badminton Malaysia. Peluang untuk penjenamaan produk atau nama persyarikatan korporat sesuai dipadankan dengan sinonim ragbi Malaysia memandangkan kini Kesatuan Ragbi Malaysia banyak menyertai kejohanan di luar negara anjuran IRB dan ARFU serta semua aktiviti tempatan dan luar negara disokong penuh oleh pihak penyiaran berita dan akhbar.

You might also like