Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KAEDAH FONETIK

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-

KAEDAH FONETIK
A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez

KAEDAH FONETIK
Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.

KAEDAH FONETIK
Di antara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanakkanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.

KAEDAH FONETIK
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal simbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

BAHAN BANTU BELAJAR


Aktiviti : menyebut bunyi huruf vokal Objektif : mengenal bunyi huruf vokal Langkah 1 Permulaannya murid akan dikenalkan dengan bunyi huruf vokal kerana banyak perkataan dalam bahasa melayu mempunyai hubungan huruf dengan huruf konsonan. Guru mengedarkan bahan bantu belajar kepada murid.

BAHAN BANTU BELAJAR


Aktiviti : menyebut huruf konsonan Objektif : mengenal bunyi huruf konsonan Langkah 2 Setelah murid mahir dengan menyebut huruf vokal, murid diperkenalkan pula dengan bunyi huruf konsonan. Guru mengedarkan bahan bantu belajar kepada murid.

BAHAN BANTU BELAJAR


Langkah 3 Bunyi-bunyi yang dihasilkan tadi digabungkan untuk membentuk suku kata supaya murid dapat menyebut perkataan yang bermakna. Untuk menarik minat murid gambar digunakan sebagai sokongan. Bahan bantu belajar ditampal di papan tulis, murid membuka bahagian yang tertutup untuk membaca suku kata yang dilihat. Manakala murid yang lain pula mengikut apa yang disebut.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

You might also like