Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH PERKEMBANGAN FIRMA JEPUN

Fadli Fizari Abu Hassan Asari, Kamarudin Othman, Hapiza Omar, Tismazammi Mustafa, Asma' Rashidah Idris & Khadijah Nik Muhammad Naziman. Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia.
Jepun sememangnya terkenal dengan sektor perindustriannya yang maju dan unik berbanding dengan negara-negara lain sehinggakan firmanya dikenali sebagai Firma Jepun (Japanese Firm). Untuk itu, siri artikel ini cuba menyoroti sejarah firma dalam perindustrian Jepun dengan memfokuskan kepada era perindustrian selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua sehinggalah ke era 1980-an. Ini kerana pada tempoh inilah, ekonomi Jepun telah mencapai zaman ajaibnya berdasarkan kepada purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 10% pada 1960-an, 5% pada 1970-an dan 4% pada 1980-an. Pertumbuhan yang unik ini telah meletakkan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia kedua terbesar di belakang Amerika Syarikat sehingga kini. Menurut Kanji Haitani (1976), sektor perindustrian moden Jepun boleh dibahagikan kepada 2 fasa; fasa pra - peperangan dan fasa pasca - peperangan. Fasa prapeperangan bermula pada penghujung Perang Dunia Kedua. Wujud beberapa firma besar milik keluarga yang merupakan kombinasi sektor perindustrian dan perbankan dikenali sebagai Zaibatsu. 4 buah Zaibatsu yang terbesar pada ketika itu adalah Mitsui, Sumitomo, Mitsubishi, dan Yasuda. Mencapai zaman kegemilangan selepas Perang Dunia Kedua, apabila bersama dengan 6 buah zaibatsu yang lain menguasai 1/3 jumlah perdagangan negara Jepun. Kebanyakannya bertindak sebagai firma oligopoli dan terlibat dalam sektor pembuatan, perlombongan, perdagangan dan kewangan. Setiap Zaibatsu terdiri dari beberapa anak buah syarikat yang diterajui oleh anak syarikat utama iaitu honsha. Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua membuatkan Jepun terpaksa menstrukturkan semula sistem kewangannya melalui Suruhanjaya Penyusunan Semula Syarikat (HCLC) di bawah pengawasan Pemerintah Tertinggi bagi KuasaKuasa Bersekutu diketuai Amerika Syarikat. Di bawah Akta Anti Monopoli, kebanyakan zaibatsu dibubarkan dan distrukturkan semula kepada firma-firma lebih

kecil dengan sektor perbankan cuba diasingkan dari sektor perindustrian sehingga tahun 1952. Sebagai contoh, pada 1946, 83 buah firma dijadikan sebagai syarikat berhad. Penghujung 1947, 42 firma dibubarkan, 16 firma mengalami muflis, 26 firma berpisah kepada syarikat-syarikat kecil dan bakinya (41 buah) dikekalkan sebagai syarikat berhad selepas dipersetujui oleh HCLC. Ini kerana zaibatsu telah dituduh oleh Pemerintah Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu sebagai punca utama pembekal kelengkapan ketenteraan Jepun pada 1930an dan 1940an yang seterusnya membawa kepada Perang Dunia Kedua. Berakhirnya reformasi sistem kewangan ini, menandakan Jepun mula memasuki fasa pasca peperangan. Jepun mula melonggarkan kawalan terhadap penstrukturan semula industrinya. Ini menyebabkan banyak anak-anak syarikat bekas zaibatsu bergabung kembali dan menggunakan semula nama syarikat mereka dengan nama lamanya. Contoh terbaik; pada 1959 sebanyak 3 buah bekas anak syarikat zaibatsu Mitsui Busan bergabung kembali membentuk Keiretsu Mitsui & Co. Dalam masa yang sama wujud beberapa pihak bank dan industri baru (bukan bekas zaibatsu) yang yang menubuhkan kumpulan mereka sendiri pada pertengahan 1950an. Ini bermakna sektor perbankan dan sektor perindustrian digabungkan kembali (sama ada secara warisan ataupun baru) dan membentuk kumpulan konglomerat yang besar yang dikenali sebagai Keiretsu. 6 buah Keiretsu terbesar di Jepun selepas Perang Dunia Kedua sehingga kini; Mitsubishi, Mitsui, Sumitomo (bekas zaibatsu) dan Fuyo, Sanwa, Dai-chi (keiretsu baru). Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti zaibatsu, cumanya keiretsu mengalami kekurangan dari segi ketiadaan syarikat induk seperti honsha yang dimiliki oleh zaibatsu pada zaman sebelum perang. Honsha merupakan syarikat induk yang mempunyai kuasa mutlak dalam pembuatan keputusan keseluruhan aktiviti zaibatsu. RUJUKAN Allen, G.C 1989 (terjemahan oleh Sulung Muhammad). Ekonomi Negara Jepun. Kuala Lumpur, Malaysia : Yayasan Penataran Ilmu. Haitani, Kanji 1976. The Japanese Economic System. Toronto, Kanada : Lexington Books. Kunio, Yoshohara 1979. Japanese Economic Development. Tokyo, Jepun : Oxford University Press.

McMillan, Charles J. 1985. The Japanese Industrial System. New York : Walter de Gruyter. NHK Overseas Broadcasting Department 1995. A Bilingual Guide to the Japanese Economy (Q&A). Tokyo, Japan : Kodansha International Limited.

You might also like