Ringkasan Tentang Masalah Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Dan Matematik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang masalah pembelajaran mata pelajaran

Sains dan Matematik. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan keputusan mata pelajaran yang lain. Peratusan kelulusan kedua-dua mata pelajaran tersebut didapati semakin merosot khususnya di kalangan pelajar Melayu. Sains dan Matematik merupakan dua mata pelajaran yang sangat penting. Pelajar perlu memperoleh kepujian untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perubatan, komputer, dan pengurusan perniagaan. Dalam lapangan pekerjaan pula, kebanyakan majikan memilih pemohonpemohon yang mempunyai kepujian atau sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik atau Sains. Faktor susah ialah alasan yang sering diberikan oleh pelajar apabila gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Terdapat segelintir pelajar yang bukan saja kurang memberikan tumpuan semasa guru mengajar, bahkan ada yang langsung tidak mengulang kaji pelajaran. Mereka berpendapat bahawa tiada faedahnya mengulang kaji mata pelajaran tersebut yang sudah tentunya tidak mendapat kepujian dalam peperiksaan atau kemungkinannya akan gagal. Dalam hal ini perlu diingatkan bahawa perkara ini bukan saja dialami oleh pelajar aliran sastera tetapi juga pelajar aliran sains. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah mereka cuba menghafal fakta dan formula yang terdapat dalam buku tanpa berusaha untuk memahaminya. Mata pelajaran ini juga memerlukan masa yang lebih untuk mengulang kajinya. Oleh itu, pelajar terpaksa meluangkan masa yang lebih untuk membaca, mengulang kaji, dan menelaah apaapa yang telah diajarkan oleh guru. Mereka juga boleh merujuk buku teks atau buku panduan yang begitu banyak terdapat di pasaran
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Siswa, 2002)

I.

Apakah maksud rangkai kata begitu memberangsangkan?

(2 markah)

II.

Apakah peluang yang diperoleh oleh pelajar sekiranyanya mereka mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? (4 markah)

III.

Nyatakan dua langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan pencapaian bagi kedua-dua mata pelajaran ini? (4 markah)

Skema Jawapan Masalah pembelajaran mata pelajaran Sains Dan Matematik 1. Pelajar perlu memperolehi kepujian untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut untuk ke peringkat yang lebih tinggi 2. Majikan akan memilih pemohon-pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran ini. 3. Faktor susah menjadi alasan menyebabkan banyak pelajar gagal 4. Kurang tumpuan semasa guru mengajar dan tidak mengulang kaji pelajaran 5. Pelajar berpendapat tiada faedah mengulang kaji pelajaran yang pastinya tidak akan mendapat kepujian atau lulus 6. Sukar untuk menghafal fakta dan formula 7. Mata pelajaran ini memerlukan masa yang lebih untuk membuat ulangkaji 8. Terpaksa merujuk banyak buku teks dan buku panduan.

1. Maksud rangkai kata begitu memberangsangkan ialah begitu mengalakkan. 2. Peluang yang akan diperolehi sekiranya memperolehi keputusan yang baik ialah ... - pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kejuteraan, perubatan , komputer dan pengurusan perniagaan. para majikan memilih pemohon-pemohon yang mempunyai kepujian atau sekurangkurangnya lulus.

3. Dua langkah tersebut ialah ... o o banyak membuat ulangkaji dan membuat rujukan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pelajar perlu banyak membuat banyak latihan dan memahami fakta dan formula bukannya menghafalnya.

You might also like