Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Politik

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia. Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.

Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan. Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia. Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah: Penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification(dominance hierarchy)) Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( nonagricultural specialised crafts (including priests and lawyers) ) Percukaian Penulisan Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat bandar. Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans ( dominance hierarchies ).

Strategi dan Falsafah Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik". Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao. "Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama. Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas": Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ). Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

Selain kerajaan, [kewartawanan |wartawan], kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini. Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20. Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Selain dipengaruhi oleh masaalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin fashion sebagaimana yang lain.

Perkembangan parti politik juga mengikut ras dan etnik tertentu. Orang Melayu di era penjajahan British mempunyai beberapa buah parti politik . Antara parti yang dianggotai oleh orang Melayu ialah Pertumbuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang ditubuh pada 11 Mei 1946 dengan presiden pertama Dato Onn Jaafar. Perjuangan Umno ialah memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu.

Orang Melayu sebelum merdeka juga menganggotai Parti Islam Sa-Tanah Melayu (PAS). Pas ditubuhkan pada 24 November 1951.

Semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Orang Cina pula telah menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) atau Persatuan Cina Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tujuan utama MCA ialah melindungi kepentingan orang Cina di Tanah Melayu.

Orang Cina juga menganggotai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN). Walaupun parti ini bersifat multi-member tetapi majoritinya adalah orang Cina.
Gerakan ditubuhkan pada tahun 1968.

Orang India pula menubuhkan Kongres India Malaya atau Malayan Indian Congress (MIC) pada 8 Ogos 1946. Tujuan MIC ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan bandar kaum India. Sebuah lagi parti bertunjangkan orang India ialah Parti Progresif Perak (PPP). Ditubuhkan pada Januari 1953 dan parti ini bergiat cergas di Perak.

Parti-parti politik di Sabah juga bersifat etnik. United National Kadazan Organization (UNKO) dianggotai kaum Kadazan bertujuan untuk memperjuangkan kepentingan kaum Kadazan.

United Sabah National Organization (USNO) ditubuhkan bagi membela masyarakat peribumi Bajau, Suluk dan Melayu Islam di Sabah. Pasok Momogun dianggotai kaum Dusun dan Murut.
Parti Demokratik dianggotai orang Cina. Parti Bersatu juga dianggotai orang Cina di Sabah.

Keadaan yang sama juga berlaku di Sarawak. Partiparti yang ada ditubuhkan mengikut kumpulan kaum tertentu. Sarawak United Peoples Party (SNAP) ditubuhkan pada 10 April 1961. Anggotanya terdiri daripada orang Iban dan Bidayuh. Persatuan Cina Sarawak (Sarawak Chinese Association) dipimpin oleh William Tan. Parti ini memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat Cina di Sarawak.

Sama ada di Tanah Melayu, Sabah atau Sarawak pola politik berparti mengikut kaum telah dilaksanakan di zaman penjajahan British. Sebarang cubaan untuk melahirkan parti pelbagai kaum pada peringkat awal namun gagal. Dato Onn Jaafar telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya yang dianggotai oleh berbagai-bagai bangsa gagal akhirnya.

Usaha melahirkan intergasi antara kaum dalam berparti dimulai apabila UMNO bergabung dengan MCA untuk menghadapi pilihanraya bandaran Kuala Lumpur 1952.
Ia menjadi perintis kepada penubuhan Parti Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional. Namun begitu intergasi ini bukan berjalan dalam satu komponen yang besar

You might also like