Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KAJIAN MANUSKRIP MELAYU TAJUK : SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

DALAM MANUSKRIP MELAYU AHLI :


NAMA NOR AISAH SHAIMI NUR IZATI SULAIMAN NOLI AZMA ABD. MANAF NO. MATRIK D20091034266 D20091034330 D20091034388

SITI AISIAH MOHD SHAFIE D20091034337

NAMA PENSYARAH : DR. HJ. ZULKEFLEE BIN HJ. YAACOB

PENGENALAN
Manuskrip Melayu merupakan satu warisan intelek daripada zaman silam yang dimartabatkan sebagai warisan dokumen negara. Manuskrip Melayu juga bermaksud karya-karya yang bertulis tangan terutamanya dalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan abad ke-14 dan awal abad ke-20. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu adalah hasil daripada cetusan minda masyarakat Melayu dahulu-mencerminkan kekayaan ilmu dan kegemilangan tamadun Melayu.

sambungan Pada abad ke-16, iaitu zaman penulisan manuskrip Melayu, masyarakat Melayu di Nusantara telah menguasai tulisan Jawi yang diterima bersama dengan agama Islam. Dalam abad ini, ratusan manuskrip ditulis di istana-istana dan pusat pemerintahan. Penglibatan istana telah dibuktikan dengan beberapa hasil tulisan historiografi Melayu Tradisional, iaitu daripada raja-raja dan para pembesar. Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Raja Chulan, Sultan Badaruddin, Raden Anum, Tengku Dalam Kalsom, Raja Zubaidah dan lain-lain.

sambungan Salah satu faktor berlakunya perkembangan manuskrip Melayu adalah sumbangan tamadun Islam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun merupakan keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sama ada dari segi sosial, budaya, politik dan lain-lain.

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM


PENGERTIAN TAMADUN - SUMBER DARI SARJANA BARAT - SUMBER DARI SARJANA ISLAM SARJANA BARAT - DARCY RIBERIO - CLIVE BELL - REDFILED - KARL WITFOGEL

SARJANA ISLAM - IBNU KHALDUN - ABU NASIR AL-FARABI - JURJI ZAIDAN

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM


Kota raya Penduduk yang ramai Seni bina Sains dan ilmu dan penegetahuan Perkembangan ekonomi Keamanan Kesenian

LATAR BELAKANG MANUSKRIP MELAYU


Pertemuan yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 10 Okt. 1983 telah mendefinisikan manuskrip. Manuskrip merupakan tinggalan budaya yang menyimpan pelbagai segi kehidupan bangsa pada masa lampau. Terdapat kebanyakan judul manuskrip melayu terdiri daripada pelbagai topik dalam pelbagai bidang ilmu yang menyentuh aspek kehidupan manusia. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan manuskrip yang ada menjadi rosak, hancur dan hilang.

Apa fungsi manuskrip?


Pertama, naskah-naskah ini mengandung informasi yang sangat lengkap tentang peradaban Islam dalam erti lengkap, sehingga bermanfaat untuk menjaga kesinambungan peradaban Islam. Kedua, berisi kajian keagamaan yang bersumber dari karya para sahabat pada zaman rasul, sehingga bermanfaat untuk menjaga dan mengembangkan ajaran Islam di masa mendatang. Ketiga, berisi tentang selok-belok pemerintahan pada saat itu, sehingga bermanfaat untuk mengkaji model pemerintahan yang tepat menurut Islam. Keempat, berisi struktur sosial masyarakat dan model perekonomian yang berlaku saat itu, sehingga bermanfaat untuk mengkaji model pembangunan ekonomi yang tepat pada saat ini. Kelima, berisi adat kebiasaan, hukum dan teknologi yang berkembang saat itu. Keenam, bersisi tentang ubat-ubatan yang digunakan saat itu dan lainnya. Sehingga saat ini mulai dikembangkan lagi model perubatan tradisional yang bersumberkan daripada ajaran Islam atau tradisi pada zaman Rasulullah.

TOKOH
1. Abd al-Rauf bin Abd al-Salam al-Fatani menterjemahkan Hidayat al-Salikin pada tahun 1192 H/ 1778 Masihi. Seni khat dan sistem ejaan jawi yang digunakan dalam manuskrip ini lebih kurang sama dengan seni khat dan sistem ejaan jawi yang telah digunakan dalam manuskrip Bidayat al-Hidayat, iaitu menggunakan abjad vokal pada suku kata terbuka pertama dan tengah, dan tanpa penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup

Nuruddin al-Raniri
Kitab Bustan al-Salatin Nuruddin ibn Ali ar-Raniri merupakan seorang cendiakawan Islam kelahiran Aceh-Gujerat . beliau tinggal di Aceh antara 1637-1644 Masihi . mempunyai hubungan rapat dengan Sultan. salah seorang ulama besar yang bertugas sebagai kadi sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Thani pada awal abad ke-17. Seni khat manuskrip Bustan al-Salatin ini sangat indah dan menyamai keindahan seni dalam Hukum Kanun Melaka dan Surat Sultan Perkasa Alam Johan Aceh yang menggunakan sistem ejaan jawi yang menggunakan abjad vokal pada suku kata terbuka di awal dan tengah perkataan serta tanpa abjad vokal pada suku kata akhir terbuka.

Abdullah Munsyi
Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dilahirkan di Kampung Pali atau Kampung Masjid yang terletak di Melaka, pada tahun 1796. berasal daripada keluarga India Islam yang berketurunan Arab. seorang yang mementingkan pelajaran atau ilmu dalam kalangan masyarakat dan hal ini jelas dipaparkan dalam Hikayat Abdullah. Hikayat Abdullah ditulis pada tahun 1256 Hijrah bersamaan 1840 Masihi di Singapura. Pada tahun 1953 Masihi, Jakarta telah menerbitkan hikayat ini dalam ejaan Rumi. ejaan jawi yang digunakan dalam Hikayat Abdullah telah menampakkan penyimpangan yang jelas daripada sistem ejaan jawi dalam manuskrip melayu lama.

Raja Ali Haji


nama sebenarnya Ali Haji bin Raja Haji Ahmad. dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau merupakan keturunan kedua, iaitu cucu kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Beliau yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Manuskrip yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji pula ialah Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau pada tahun1267 Hijrah bersamaan 1805 Masihi. Manuskrip ini jika diteliti akan mengingatkan kita kepada manuskrip- manuskrip seperti Surat Sultan Perkasa Alam Johan Aceh (1615 M), Hukum Kanun Melaka (1716 M) dan Bustan al-Salatin (1815 M) yang mempunyai seni khat yang terindah antara manuskripmanuskrip jawi. Hal ini menggambarkan warisan penagajian dan persuratan Melayu tradisional yang wujud dalam kalangan golongan istana, pembesar, dan para bijak pandai ketika itu.

Perkembangan manuskrip Melayu.

Abad ke-11

Abad ke-19

Contoh manuskrip Melayu berunsurkan Islam.


Taj al-Salatin Bustan al-salatin Kitab Sirat Al-Mustaqim Cerita Nabi-Nabi Dan Tokoh Islam

KESIMPULAN Dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan manuskrip Melayu adalah disebabkan oleh perkembangan tamadun Islam. Golongan istana berhasrat untuk menjadi penulis kerana telah mencapai taraf kemajuan dari segi ekonomi dan pemikiran. Masyarakat pada masa itu sudah bijak dalam menulis naskhah-naskhah berdasarkan pemikiran dan pemerhatian mereka. Dengan kemasukan pengaruh agama Islam, masyarakat sudah pandai menerbitkan naskhahnaskhah yang mengisahkan kehidupan pejuangpejuang Islam dan riwayat hidup para nabi.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh & Jamilah Hj. Ahmad (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Haji Musa (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Definisi Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Hj. Daud (1999). Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zainal Abidin Abdul Wahid et. al (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Manuskrip Melayu Pusaka Gemilang (2006). Takrif Manuskrip. Diperoleh pada Oktober 28, 2010 daripada http://www.pnm.my/manuskrip/default.htm Pemikir Kritikal (2010). Manuskrip Melayu: Refleksi Perkembangan Masyarakat Tradisional Kedah. Diperoleh pada Oktober 28, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/14176908/Manuskrip-Melayu Sefrizal (2007). Peradaban Islam. Diperoleh pada Oktober 29, 2010 daripada http://id.shvoong.com/humanities/1666540-peradaban-islam/

BIBLIOGRAFI

You might also like