Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROJEK PDP411 (DASAR DAN ISU SEMASA NEGARA) Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah menggariskan

6 enam teras dan satu daripadanya adalah Merapatkan Jurang Pendidikan. Kerajaan telah menggariskan beberapa tindakan yang diambil dalam usaha untuk merapatkan jurang berkenaan. Tugasan projek:
1. 2.

3.

4. 5.

6.

7.

Sila bentuk kumpulan seramai 10-12 orang. Pilih 2 buah sekolah (1 bandar atau 1 luar bandar). Setiap sekolah sila temu bual 3 orang guru dan jika boleh seorang daripadanya adalah pentadbir sekolah berkenaan. Kaji tentang beberapa aspek yang wujud di sekolah yang dikaji dan buat perbandingan. Kumpulan yang dapat memilih sekolah yang benar-benar di kawasan luar bandar seperti sekolah kurang murid, sekolah di pedalaman, sekolah orang asli akan diberi markah bonus namun pemberian markah masih bergantung pada kekukuhan penulisan laporan projek. Garis panduan temu bual akan diberikan. Berikut adalah garis panduan penulisan laporan: a. Pengenalan berkaitan dengan PIPP dan teras Merapatkan Jurang Pendidikan b. Sorotan kajian di bawah tajuk ini dihuraikan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha peningkatan kualiti pendidikan termasuklah yang dilakukan di luar negara. Turut dimasukkan adalah tentang sistem pendidikan di Malaysia yang mendemokrasikan pendidikan serta usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. c. Metodologi: bagaimana data kajian kumpulan ini diperoleh apa kaedah digunakan, siapa sampel, sekolah apa etc yang berkaitan kaedah d. Analisis data analisis dan buat perbandingan dapatan temu bual daripada 2 buah sekolah berkenaan. e. Rumusan dan kesimpulan sila rumuskan dan buat kesimpulan daripada perbandingan yang telah dibuat. f. Bibliografi g. Lampiran: transkrip temu bual, gambar sebagai bukti dan softcopy keseluruhan isi kandungan projek untuk simpanan pensyarah. Sila hantar laporan mengikut tarikh seperti yang tertera pada perancangan kursus. Jangan lupa menulis nama, no kad pengenalan, no matrik, dan nama tutor pada kulit hadapan tugasan untuk urusan penyemakan sekiranya berlaku hal-hal berbangkit berkaitan markah. Laporan projek hendaklah diserahkan kepada pensyarah dan bukannya tutor. Hanya laporan pembentangan tutorial sahaja yang perlu diserahkan kepada tutor.

You might also like