Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. : KP(IPG)S.8080/500/2/3/1 Jld.

17(17) Tarikh : 12 Mac 2012 Semua Ketua Jabatan/Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia Semua Pengarah Pelajaran Negeri Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru Y. Bhg. Datuk/ Dato/ Datin/Dr./Tuan/ Puan, URUSAN PEMANGKUAN LALUAN HAKIKI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI PENGISIAN JAWATANJAWATAN GRED DG44 DI INSTITUT-INSTITUT PENDIDIKAN GURU DI BAWAH ANGGARAN BELANJA MENGURUS (PERJAWATAN) TAHUN 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datuk/ Dato/ Datin/Dr./Tuan/Puan kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan laluan hakiki bagi PPPS untuk mengisi jawatan Gred DG44 di Institut Pendidikan Guru. 3. Permohonan adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG41 memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan termasuk mereka yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, pegawai pinjaman/tukar sementara atau yang sedang mengisi jawatan kader KPM. 4. Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus urusan pemangkuan seperti berikut : 4.1 Syarat-syarat Umum (a) Disahkan dalam Perkhidmatan;

(b)

Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2009, 2010 dan 2011; Bebas daripada tindakan tatatertib; Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan; Lulus tapisan keutuhan Malaysia (SPRM); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

(c) (d)

(e)

(f) (g) 4.2

Telah mengisytiharkan harta; dan Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Syarat-syarat Khusus (a) Pensyarah (Akademik) PPPS Gred DG44 / Pensyarah (Jurulatih Ko-Kurikulum) PPPS Gred DG44 (i) Pengalaman mengajar sebagai guru PPPS Gred DG41 sekurang-kurangnya 5 tahun atau pengalaman berkhidmat sebagai PPPS DG41 sekurang-kurangnya dua tahun di IPG; dan Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan.

(ii)

(b)

Kelayakan tambahan bagi jawatan Pensyarah (Jurulatih KoKurikulum) Gred DG44 adalah seperti berikut: (i) Mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang KoKurikulum; Mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kokurikulum; Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang kokurikulum.

(ii)

(iii)

Borang Permohonan
2

5. Pegawai-pegawai yang ingin dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah memohon dengan mengisi Borang IPG. Borang yang lengkap diisi dengan maklumat yang betul hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing terus kepada IPGM Induk berserta dokumen-dokumen berikut: 5.1 5.2 Salinan Kad Pengenalan; Salinan kelulusan akademik di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran (jika ada); Slip keputusan Penilaian Tahap Kecekapan bagi gred hakiki sekarang (jika ada); Surat Kelulusan Perisytiharan Harta; Borang Tapisan Keutuhan SPRM (Lampiran T1 contoh format disertakan); Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan (contoh format disertakan); dan Kenyataan Ketua Jabatan (contoh format disediakan).

5.3

5.4 5.5

5.6

5.7

Laporan Nilaian Prestasi 3 Tahun Terkini 6. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang akan digunakan dalam urusan pemangkuan ini ialah LNPT 2009, 2010 dan 2011. Bagi pegawai yang bercuti belajar, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji atau cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun berkenaan, maka Ketua Jabatan diminta mengemukakan markah LNPT pada tahun sebelumnya. Penempatan 7. Urusan pemangkuan ini melibatkan pertukaran calon-calon yang berjaya dipilih untuk memangku tertakluk kepada kekosongan jawatan yang ada sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Oleh itu, adalah diingatkan bahawa setiap permohonan urusan pemangkuan ini adalah tertakluk kepada kesanggupan pemohon untuk bertukar jika diarahkan demikian. Kementerian tidak akan melayan sebarang rayuan pegawai yang enggan bertukar atau memohon penempatan pemangkuan semula sebelum disahkan pemangkuan.

Peranan Ketua Jabatan 8. Kerjasama Ketua Jabatan adalah dimohon untuk melaksanakan perkara-perkara berikut: 8.1 Menghebah dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada semua PPPS di bawah penyeliaan masing-masing yang layak mengikut syaratsyarat umum dan khusus yang ditetapkan; Menyemak dengan teliti pada Buku Rekod Perkhidmatan pegawai serta memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh calon sebelum diperakukan; Memastikan calon mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2009, 2010 dan 2011. Manakala bagi pegawai yang cuti belajar, cuti tanpa gaji atau cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun berkenaan, Ketua Jabatan diminta mengemukakan markah LNPT pada tahun sebelumnya; dan Ketua Jabatan dikehendaki menyenaraikan nama pegawai-pegawai yang memohon mengikut format di Lampiran 2 dan dikemukakan dalam bentuk hard copy dan soft copy (Microsoft Office Excel) bersekali dengan Kenyataan Ketua Jabatan, borang permohonan serta salinan dokumendokumen yang diperlukan seperti di perenggan 5 di atas ke alamat berikut sebelum atau pada 30 Mac 2012: Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000 Cyberjaya (u.p: Sektor Khidmat Pengurusan) Mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 9. Kerjasama tuan adalah dimohon untuk memastikan maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan betul. Sebarang kesilapan berhubung maklumat, ejaan nama, No. KP, dan kiraan LNPT yang diberikan adalah di bawah tanggungjawab tuan selaku Ketua Jabatan.

8.2

8.3

8.4

10. Sekiranya tuan mempunyai sebarang pertanyaan, tuan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut: 10.1 10.2 10.3 10.4 Puan Aidawati binti Misdar di talian 03-83126605; Puan Nurfaizaitul Akmar binti Madelli di talian 03-83126715; Encik Azman bin Kosenan di talian 03-83126653; atau Encik Muhammad Umairi bin Mohd Ghani di talian 03-83126614 / umairi.ghani@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( DATUK Dr. HAILI BIN DOLHAN ) Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia s.k: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (u.p: Cawangan Naik Pangkat)

Ketua Unit Unit Pengurusan Sumber Manusia

You might also like