Kerja Kakak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita

Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India[3][4] yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri.[5][6] Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl,[7] yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.[8] Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah;[9] beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera.[9] Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.[10] Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

Anugerah dan penghormatan

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)[11] sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[12] Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.[12] Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.[11][12]

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[13] Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),[14] yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang.[13] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,[15] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.[5] Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.[10] Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.[16][17]

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004,[18][19] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[20]

Biodata Ayu Raudhah

Nama penuh: Ayu Raudhah Che Wan Nama komersial: Ayu Raudhah Tarikh lahir: 7 Disember 1984 Asal: Alor Star, Kedah Tinggi: 158 sentimeter Berat: 50 kilogram Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia Hobi: Menari dan membeli-belah Bilangan dalam keluarga: Anak ke-6 daripada 7 beradik Kerjaya: Model dan pelakon Makanan kesukaan: Laksa Minuman kesukaan: Teh O ais limau Penyanyi diminati: Jennifer Lopez Pelakon diminati: Johnny Deep Lagu diminati: R&B Email: ayuchewan&yahoo.com Kerjaya: Model dan Pelakon

Drama/Telefilem: KL Menjerit The Series, Arus Ke Kuala, Manjalara, Dari Mata Arissa, Timur Mencinta Barat Merindu,Dilema Wanita, Cinta Terhalang,Hidayah 2, Kasih Alam, Lara(RTM)

Carta Hati - Najwa Latif

Engkau duduk di situ Diam tersipu malu Mahu mendekati aku

Aku mulai resah Hati ku jadi kebah Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan Kau terkini duduk di carta hati lagu cinta kita bermula dari mata turun ke jiwa dari teman menjadi cinta dan berjanji untuk setia sehidup semati kita menjanji kan bahagia untuk kita berdua selamanya

jangan engkau jangan pergi jangan tinggal ku sendiri jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia ku janji kau tak terluka teruslah berada di carta hati kita

Ombak Rindu - Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu) Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku. Tuhan aku tahu banyak dosa ku Hanya ingat Kamu kala duka ku Namun hanya Kamu yang mampu membuka Pintu hatinya untuk cintaku. Malam kau bawalah rinduku Untuk dirinya yang jauh dari ku Agar dia tidak kesepian Selalu rasa ada cinta agung. Hujan bawa air mata ku Yang mengalir membasuh luka ku Agar dia tahu ku terseksa Tanpa cinta dia di hatiku. Hanya mampu berserah Moga cahaya tiba nanti. Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya. Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku.

Patah Seribu - Shila Amzah

Walau kau tiada di sini. Ku tetap ingat semua pesanmu. Ku hidup seolah-olah kau masih ada. Bisikan kata kepadaku. Bilakah kau akan utuskan surat buatku. Aku terus menunggu tibanya kata cintamu. Oh patah seribu hatiku Bila mengenangkan segala yang kita bina.. bersama. Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi. Biar pergimu tanpa relamu. Namun hatiku tetap rasa. Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota. Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu. Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan. Patah seribu hatiku. Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama. Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi. Sayangku mohon padamu. Segera tinggalkanku. Pergilah kau ke tempat yang kau tuju. Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku. Pergilah.

You might also like