Sejarah Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sejarah Sekolah Mengikut keterangan daripada penduduk setempat, sekolah ini telah pun wujud sebelum perang Jepun-Inggeris

di Tanah Melayu dulu. Di antara tahun 1908 hingga 1920, Sekolah Melayu Klian Intan pernah dipindahkan oleh Tuan Barkly (seorang Pegawai Inggeris di Hulu Perak) ke Pengkalan Hulu(Kroh). Perpindahan ini adalah disebabkan oleh kekurangan murid. Keadaan ini berterusan sehingga Tanah Melayu dilanda peperangan Jepun-Inggeris pada tahun 1941-1945, dan pengistiharan darurat Tanah Melayu pada tahun 1946-1950. Pata tahun 1951 barulah Sekolah Melayu Klian Intan ditubuhkan semula dengan menumpang di sebuah rumah di Kampung Sri Utara Klian Intan. Rumah itu adalah hak milik seorang kerabat Diraja Perak (pemilik syarikat lombong bijih timah Klian Intan) ketika itu. Jumlah murid pada masa itu lebih kurang 15 orang dan 3 buah kelas sahaja dibuka, iaitu Darjah 1 hingga 3 dengan seorang guru menjadi tenaga pengajar. Pada tahun 1958 murid-murid sekolah ini dipindahkan ke sebuah bangunan lain kira-kira 0.5 kilometer dari sekolah asal. Bangunan baru itu adalah milik Jabatan Home Guard yang terletak di sebidang tanah lot 2761 seluas 0.9121 ekar. Bangunan sementara ini berukuran 60 kaki x 20 kaki dan telah menempatkan seramai 48 murid dan 4 oarang guru Pendidikan Agama Islam. Dari catatan rekod 10 tahun kemudian iaitu tahun 1968, kerajaan telah membina sebuah bangunan sekolah berukuran 60 x 25 kaki di tapak yang sama. Bangunan separuh kekal ini mempunyai dua bilik sahaja. Di dalam dua buah bangunan yang sepatutnya dijadikan empat bilik darjah itulah muridmurid di sekitar kampong Klian Intan mendapat pelajaran dari darjah Satu hingga Darjah Lima. Pada tahun 1978, murid-murid sekolah ini telah meningkat kepada 121 orang. Ini berikutan pembukaan semula bilik Darjah Enam. Tenaga pengajarnya pula ditambah kepada 5 orang. Sejak dari itulah murid-murid sekolah ini telah meningkat bilangannya tahun ke tahun. Berikutan itu keadaan bilik darjah amat tidak bersesuaian lagi. Walaupun dalam program Rancangan 5 Tahun (RM3) kajian semula kerajaan meluluskan peruntukan untuk membina sebuah bangunan sekolah batu 2 lapis yang mengandungi empat bilik darjah, bilik guru, pejabat, bilik televisyen, stor, tandas, dan kantin tetapi ia dibekukan akibat kemelesetan ekonomi. Bagi menggantikan kerajaan telah membuatprojek khas iaitu projek kilat. Dalam projek ini, sebuah bangunan mengandungi empat bilik darjah pasang Siap telah dibina dan digunakan pada awal tahun 1984. Pada tahun 1989, sebuah bangunan gotong-royong berukuran 25 x 110 kaki yang mengandungi 3 bilik darjah dan bilik stor telah dibina dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM 40,000.00. Bangunan ini siap dibina pada 10 April 1989. Pada tahun 1990 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru 3 tingkat berukuran 20 x 150 kaki yang lengkap denagn 6 bilik darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik guru, 1 bilik surau, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik tayang, 1 bilik kerja, 1 bilik rakaman, 1 bilik setor, 2 tandas murid, 2 tandas guru, 2 bilik wuduk, dan sebuah bangunan kantin di tapak baru iaitu kira-kira 0.4 klimeter dari tapak sekolah lama. Pembinaan bangunan ini di bawah projek RM 6 tajaan Bank Dunia. Bangunan ini siap pada bulan Oktober 1990.

Pada 1 November 1990, Sekolah Kebangsaan Klian Intan telah dipindahkan ke bangunan baru berkenaan. Sekolah Kebangsaan Klian Intan kini mempunyai murid berbangsa Melayu, India dan Thai. Pada tahun 1994, bilangan murid sekolah ini berjumlah 173 orang dengan 10 orang guru dan seorang pembantu tadbir serta seorang pekerja am. Sehingga tahun 2000, sekolah ini mempunyai 151 orang dengan 13 guru, seorang pembantu tadbir, seorang PRA dan seorang jaga. Pada tahun yang terkini (2010) semua pelajar ialah 192 orang yang meliputi pelajar pra sekolah hingga kelas tahun enam. Manakala jumlah guru ialah 18 orang dan staf sokongan adalah seramai 5 orang.

You might also like