MOHDFUADAA990294D03TT2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

BAB II

KEROSAKAN DAN KECACATAN BINAAN BANGUNAN

2.1

Pengenalan.

Kerosakan dan kecacatan binaan bangunan boleh menimbulkan pelbagai implikasi dan kesan negatif kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna, malah akan memburukkan pandangan dan nilai estetika sesebuah bangunan. Sepatutnya masalah kerosakan dan kecacatan binaan ini tidak timbul sekiranya setiap pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas memainkan peranan dan tindakan yang sewajarnya. Punca kerosakan dan kecacatan binaan seharusnya diketahui sehingga ke akar umbi, bagi memudahkan kerja-kerja pencegahan dan perancangan yang sewajarnya dilakukan bagi mengurangkan risiko kerosakan dan kecacatan. Kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan dan kecacatan binaan juga seharusnya dilakukan dengan segera bagi mengelakkan timbulnya pelbagai masalah lain.

10 2.2 Definasi.

Merujuk kepada British Standard 3811: 1984, kerosakan dan kecacatan memberi erti percanggahan kualiti dan ciri-ciri daripada tahap perancangan asal atau keadaan teruk yang disebabkan oleh bahan atau khidmat yang tidak memuaskan, atau penggunaan peralatan yang dijangkakan dengan ramalan yang munasabah. Menurut Feld (1968), kegagalan adalah suatu perlakuan yang tidak terdapat dalam perjanjian dengan keadaan stabil yang dijangka, atau kekurangan kebebasan daripada pembaikan yang sesuai, atau ketidaksesuaian dengan penggunaan dan kegunaan struktur lengkap.

2.3

Jenis-Jenis Kecacatan Dan Kerosakan Binaan Bangunan.

Dalam struktur sesebuah bangunan, kerosakan dan kecacatan merupakan satu perkara yang biasa berlaku terutama pada struktur bangunan yang lama dan telah usang. Kerosakan dan kecacatan ini bukan saja merosakkan pandangan mata yang memandang, malah boleh membahayakan keselamatan pengguna. Terdapat pelbagai jenis kerosakan dan kecacatan yang berhubung-kait dengan binaan bangunan, struktur binaan sekolah yang kerap mengalami kerosakan dan kecacatan kerosakan ialah: 1. 2. 3. 4. Dinding Lantai Bumbung Pintu dan Tingkap

11 2.3.1 Dinding.

Dinding merupakan struktur yang menanggung beban dalam sesebuah struktur bangunan, namun terdapat juga sesetengah dinding yang tidak menanggung beban seperti dinding pembahagi ruang. Bahagian struktur ini merupakan bahagian yang paling kerap mengalami kerosakan dan kecacatan. Menurut Wan Norazlan (1996), jenis kecacatan dan kerosakan pada dinding yang kerap berlaku ialah: 1. Keretakan Struktur Dinding 2. Keretakan Lepaan 3. Lembapan Pada Dinding 4. Kemasan Jubin Tertanggal 5. Pengelupasan

2.3.1.1 Keretakan Struktur Dinding. Kesan keretakan dinding bata boleh dikesan pada pepenjuru dinding, sambungan antara struktur yang lain dan permukaan dinding sama ada dinding dalam atau luar. Antara punca-punca berlakunya keretakan dinding bata ini adalah disebabkan pergerakan bawah tanah termasuklah perubahan kandungan air, pergerakan dan kegagalan asas, tindak balas bahan kimia antara dinding bata, kegagalan ikatan dinding bata dan kuakan akibat beban berlebihan dari bumbung. Menurut Geoffrey dan Hinks (1997), masalah keretakan pada dinding konkrit dan bata boleh ditentukan pada kedudukan dedahan dan kelemahan pada lapisan kerja bata. Keretakan tegasan tegangan adalah disebabkan pengembangan atau pengecutan dimana ia mempengaruhi konkrit atau bata kalsium silikat yang kering selepas proses pengilangan.

12

Perubahan suhu yang ketara juga menjadi faktor keretakan struktur dinding, apabila keadaan sejuk, struktur dinding dan bata menjadi mengecut, dan apabila panas struktur dinding akan mengembang dengan cepat dan akibatnya berlakulah keretakan struktur dinding. Keretakan struktur dinding juga boleh berlaku disebabkan oleh pergerakan sisi di sepanjang kalis lembap. Apabila pengembangan berlaku, lapisan kalis lembap akan mengalami pergerakan pada struktur dinding bata sekaligus akan menyebabkan dinding bergerak keluar daripada kedudukan asal. Rajah 2.1 menunjukkan keretakan struktur pada dinding sesebuah bangunan akibat daripada perubahan suhu yang ketara.

Rajah 2.1: Keretakan struktur dinding

2.3.1.2 Keretakan Lepaan.

13 Keretakan lepaan pada dinding merupakan kerosakan yang paling kerap berlaku pada sesebuah binaan. Ianya bukan sahaja menjejaskan pandangan malah turut boleh merosakkan struktur binaan yang lain. Keretakan lepaan dinding adalah disebabkan oleh pengecutan semasa pengeringan atau perbezaan pergerakan. Keretakan kecil yang telah berlaku akan menyebabkan keretakan yang lebih besar berlaku dan membenarkan resapan air berlaku antara ruang retakan. Tindak balas kimia seperti serangan sulfat akan menyebabkan keretakan dan pengecutan pada permukaan lepaan. Sulfur dioksida dan karbon dioksida yang banyak terdapat pada udara yang kotor boleh larut di dalam air dan akan menyerang permukaan lepaan konkrit. Menurut Cook dan Hinks (1992), kegagalan akan berlaku sekiranya pengembangan hakisan daripada besi tetulang yang mengakibatkan pengaratan dan keretakan pada konkrit akan jelas kelihatan pada permukaan konkrit. Ujian kimia telah menunjukkan bahawa dengan terdapatnya kandungan ion klorida yang pekat dalam konkrit boleh menyebabkan keretakan berlaku pada kawasan tersebut. Penggunaan kapur atau klorida yang berlebihan semasa melepa permukaan dinding merupakan salah satu faktor permukaan lepaan dinding mengalami keretakan. Kapur atau klorida ini akan bertindak balas dengan air dan besi untuk membentuk karat pada besi tetulang. Hasil bancuhan dan nisbah ketebalan lepaan yang tidak betul dan penggunaan bahan yang tidak berkualiti serta rosak juga menjadikan lepaan mudah mengalami keretakan dan tertanggal. Rajah 2.2 menunjukkan keretakan lepaan pada permukaan dinding yang terhasil daripada pengaratan besi tetulang akibat daripada penggunaan kapur yang berlebihan semasa kerja melepa.

14

Rajah 2.2: Keretakan lepaan pada permukaan dinding

2.3.1.3 Lembapan Pada Dinding. Apabila hujan mengenai permukaan dinding telap, ia akan diserap masuk ke dalam dinding oleh sedutan kapilari dan nilai serapan kebiasaannya bergantung kepada keamatan hujan dan kualiti serapan. Menurut Abdul Karim (1997), tekanan angin yang kuat amat mudah memasukkan air menerusi rekahan di permukaan dinding, terutama sekali sekiranya sedutan kapilari yang aktir berada di dalam rekahan. Tekanan angin sahaja mampu memasukkan air menerusi rekahan selebar 0.01mm. Kerosakan dan kecacatan pada dinding boleh terjadi disebabkan lembapan dan tanda-tanda awal kerosakan ini ialah dengan terdapatnya tompok-tompok berwarna pada dinding.

15 2.3.1.4 Kemasan Jubin Tertanggal. Kemasan jubin boleh tertanggal sekiranya daya lekatan antara dinding dan jubin sudah tiada lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyediaan permukaan yang lembap seperti tandas, pengembangan jubin boleh berlaku dan menyebabkan kemasan tersebut mengelembung dan tidak melekat pada lapisan permukaan. Kemungkinan juga, lapisan permukaan dinding yang akan dilekatkan jubin tidak dicakar-cakar dengan alat pencakar kerana permukaan yang menggerutu akan mempunyai daya lekatan yang lebih baik daripada permukaan yang licin.

2.3.1.5 Pengelupasan. Menurut Cook dan Hinks (1997), pengelupasan lapisan cat terjadi akibat daripada kehilangan daya lekatan antara lapisan cat dan permukaan asas. Daya ikatan cat kurang efektif pada permukaan yang tidak berongga, dan sedikit minyak kayu keras seperti kayu jati juga akan memberi masalah yang sama. Pengelupasan cat terjadi disebabkan penggunaan bahan cat yang tidak berkualiti serta tidak betul. Penggunaan bahan seperti kapur sebagai lapisan pertama pengecatan (undercoat) akan menyebabkan cat pada lapisan seterusnya mudah tertanggal sekiranya cat tersebut terdedah kepada lembapan. Permukaan dinding yang berlumut serta lembap juga menjadi punca pengelupasan cat pada dinding. Lembapan dan lumut yang melekat pada dasar dinding akan melemahkan daya ikatan antara cat dan dinding, akibatnya cat akan tertanggal.

16 2.3.2 Lantai.

Lantai atau papak merupakan sebuah struktur yang dibina mengufuk supaya dapat menampung segala jenis beban diatasnya sama ada beban mati atau kenaan. Struktur ini merupakan struktur yang paling mudah dikesan sekiranya struktur ini mengalami kerosakan atau kecacatan, kerana struktur ini merupakan struktur yang paling kerap bersentuhan dengan manusia atau pengguna. Menurut Wan Norazlan (1996) jenis kecacatan dan kerosakan yang kerap berlaku pada lantai atau papak adalah seperti berikut: 1. Keretakan Lantai Konkrit 2. Keretakan Lepaan Konkrit 3. Kemasan Lantai Tertanggal

2.3.2.1 Keretakan Lantai Konkrit. Keretakan lantai konkrit boleh berlaku disebabkan serangan sulfat yang berterusan pada lantai. Kalsium aluminat yang banyak terdapat pada simen Portland dan bertindak balas dengan sulfat akan menyebabkan pengembangan berskala besar dan akibatnya, keretakan mudah berlaku. Keretakan lantai konkrit juga boleh berlaku disebabkan hardcore pada lapisan lantai yang kurang padat. Hardcore yang kurang padat ini akan mendap dan memadat secara semulajadi apabila beban dikenakan ke atasnya. Proses pembinaan hardcore yang salah juga menjadi punca utama lantai konkrit retak.

17 Menurut Ransom (1981), serangan sulfat pada lantai konkrit, sama ada berasal daripada hardcore atau dari tanah akan lebih jelas kelihatan melalui lantai yang terangkat dan pada bingkai pintu. Sebagai serangan yang seterusnya, kesan lengkungan pada lantai yang terangkat boleh menyebabkan permukaan lantai konkrit meretak dan seterusnya berlaku pergerakan pada dinding luar.

Rajah 2.3 menunjukkan keretakan lantai konkrit sebuah bangunan sekolah akibat daripada pemendapan hardcore.

Rajah 2.3: Keretakan lantai konkrit sebuah bangunan sekolah

2.3.2.2 Keretakan Lepaan Lantai Konkrit. Keretakan lepaan boleh berlaku apabila proses lepaan yang dilakukan terlalu luas dan dibuat secara berperingkat. Lepaan yang dilakukan secara berperingkat akan menyebabkan pengeringan dan pengerasan lepaan yang tidak sekata, akibatnya berlaku perbezaan kekuatan lepaan pada sambungan lepaan tersebut.

18 Menurut Ransom (1981), masalah utama pada lantai konkrit adalah kegagalan dalam pengecutan konkrit semasa ia kering dan akan lebih cenderung untuk meretak melalui tekanan pada permukaan antara lapisan lantai dan kemasan. Selain itu, serangan sulfat yang bertindak balas dengan bahan lain akan menyebabkan keretakan lepaan lebih ketara. Keretakan lepaan lantai konkrit juga boleh berlaku disebabkan campuran lepaan yang salah, atau lepaan yang banyak menggunakan simen. Ini kerana simen banyak mengandungi kalsium aluminat yang boleh bertindak balas dengan sulfat dan mengakibatkan keretakan.

2.3.2.3 Kemasan Lantai Tertanggal. Kemasan seperti terazo, mozek seramik, parket dan sebagainya boleh tertanggal daripada permukaan lantai diakibatkan kurangnya daya lekatan antara lantai dan bahan perekat. Bahan perekat akan hilang sifat lekatannya apabila lembapan terperangkap antara lantai dan bahan perekat. Kesan ini lebih ketara lagi apabila kemasan lantai tersebut berdekatan dengan tandas. Menurut Cook dan Hinks (1997), kecacatan pada kemasan boleh berpunca daripada ikatan antara permukaan lepaan. Keretakan biasanya terdapat dalam proses pengawetan yang lemah dan jangka masa pendek. Kesan pengecutan daripada pengeringan yang kerap antara campuran akan mengurangkan kekuatan ikatan dalam jangka masa panjang. Sepatutnya, sebelum perekat dipasangkan pada kemasan, dinding tersebut seharusnya dicakar-cakar dengan alat pencakar supaya dinding tersebut menjadi lebih kesat dan daya lekatan antara dinding dan kemasan menjadi lebih kuat.

19 2.3.3 Bumbung.

Bumbung merupakan anggota struktur yang paling banyak menerima lembapan dan sinar matahari secara terus. Tujuan bumbung dibina adalah untuk melindungi segala struktur dan objek yang berada dibawahnya. Oleh kerana itu, bumbung dibina paling atas berbanding struktur yang lain. Bumbung yang dibina mestilah kuat, ringan serta tahan lasak terhadap panas dan hujan.

2.3.3.1 Kerosakan Genting Bumbung. Kerosakan yang kerap berlaku pada genting bumbung ialah kebocoran. Kebocoran mudah berlaku pada genting bumbung terutama genting bumbung konkrit. Kebocoran bumbung terjadi disebabkan pemasangan genting yang tidak betul. Pemasangan dan jarak antara genting bumbung yang tidak betul akan menyebabkan kebocoran berlaku pada celah-celah tindanan genting bumbung. Saiz ketebalan bumbung yang berbeza-beza bergantung kepada kilang pengeluar menjadikan kekuatan bumbung yang berbeza-beza. Bumbung yang lebih nipis akan menjadikan ianya lebih mudah mengalami kebocoran. Bebanan lain seperti kerja penyenggaraan dan sebagainya menyebabkan genting bumbung mengalami bebanan dan akibatnya keretakan berlaku. Pemasangan lapisan kalis lembap yang tidak betul dan kurang ketebalannya menjadikan bumbung lebih mudah bocor apabila hujan lebat. Kebocoran ini sekaligus akan menyebabkan lembapan yang tinggi pada ruang struktur bumbung dan akan mengundang serangan kulat pada stuktur bumbung.

20 Menurut Abdul Karim (1997), terdapat pelbagai kerosakan bumbung yang berkaitan dengan kebocoran, antara kebocoran yang kerap berlaku ialah: 1. Kebocoran melalui genting. 2. Kebocoran melalui flashing. 3. Kebocoran melalui pertemuan dua cerun bumbung. 4. Talang atau alur limpah tersumbat.

Rajah 2.4 menunjukkan kerosakan pada bumbung akibat daripada kebocoran melalui pertemuaan dua cerun bumbung. Kebocoran ini lama kelamaan memberi kesan kepada struktur bumbung terutama pada struktur bumbung yang diperbuat daripada kayu.

Rajah 2.4: Kebocoran melalui pertemuan dua cerun bumbung

2.3.4

Pintu Dan Tingkap.

21

Kayu merupakan bahan yang paling mudah mengalami kerosakan, kerana kayu bersifat mudah rapuh, tegar, dan mempunyai ketumpatan yang rendah. Kayu kebiasaannya dijadikan bahan pelengkap bangunan dan jarang sekali menanggung beban yang berlebihan. Kayu pada pembinaan sekolah hanya dijadikan sebagai bingkai tingkap, bingkai pintu, pintu, dan beberapa elemen lain. Kerosakan pada struktur pintu dan tingkap hanya terjadi disebabkan beberapa faktor, antaranya lembapan dan serangan agen perosak. Kebiasaannya pintu dan tingkap yang rosak ini tidak akan diperbaiki, kerana kos pembaikan adalah hampir sama dengan kos memperbaharui.

2.3.4.1 Pereputan Pintu Dan Tingkap. Pereputan pintu dan tingkap akan terjadi sekiranya terdapat rongga dan ketumpatan pada kayu semakin berkurang. Pereputan ini terjadi disebabkan struktur tersebut mengalami dan terdedah kepada lembapan dan panas. Lembapan yang berpanjangan akan menyebabkan isi kayu mengembang dan sekaligus akan menyebabkan ira kayu menjadi rapuh. Kayu yang telah terdedah kepada lembapan, pada asalnya berwarna coklat lamakelamaan akan bertukar menjadi kehitam-hitaman. Ini menandakan serangan kulat akan terjadi sekiranya langkah pencegahan tidak diambil. Rajah 2.5 menunjukkan pereputan pada pintu kayu sesebuah sekolah akibat daripada terdedah kepada panas dan lembap.

22

Rajah 2.5: Pereputan pada daun pintu sesebuah sekolah

2.3.4.2 Serangan Agen Perosak. Serangan agen perosak boleh terjadi sekiranya terdapat lembapan pada tisu-tisu kayu tersebut. Agen perosak seperti kulat mudah menyerang pada tisu-tisu kayu yang telah lemah ini dan mengakibatkan pereputan kayu. Kulat ini bukan sahaja boleh menyerang kayu tersebut ketika lembap, malah ianya boleh menyerang sewaktu kayu tersebut kering. Cendawan reput kering merupakan agen perosak yang menyerang kayu sewaktu kayu tersebut masih kering. Tanda-tanda stuktur kayu tersebut diserang cendawan reput kering ialah dengan terdapatnya tompokan coklat serta berhabuk dan lama-kelamaan kayu tersebut akan pecah.

23 Merujuk kepada Cook dan Hinks (1997), kerosakan struktur dalaman utama kayu adalah berpunca daripada larva serangga yang tertarik terhadap glukosa daripada sel kayu, untuk hidup dan membuat lubang pada kayu. Serangan serangga seperti kumbang tanduk dan serangga perabut menjadi faktor utama kerosakan pada struktur kayu. Serangga ini akan menyerang kawasan di mana terdapatnya lubang atau rekahan yang menjadi kegemaran utama serangga ini untuk bertelur. Larva yang akan menetas daripada kepompong ini akan memakan sel-sel kayu tersebut sebagai sumber makanannya, akibatnya kayu tersebut menjadi rapuh dan berongga.

2.4

Punca-Punca Kecacatan Dan Kerosakan Binaan Bangunan.

Setelah diselidiki, terdapat banyak kerosakan dan kecacatan binaan bangunan yang dapat dihindarkan sekiranya pengetahuan terhadap punca-punca kerosakan telah diketahui. Antara punca-punca kerosakan struktur binaan yang telah dikenalpasti ialah: 1. Kelemahan Perunding 2. Kelemahan Kontraktor 3. Kurang Pengawasan 4. Kualiti Bahan Yang Rendah 5. Kecuaian 6. Pergerakan Tanah 7. Kelembapan 8. Radiasi Sinar Matahari 9. Agen Biologi

24 2.4.1 Kelemahan perunding.

Pihak perunding atau consultant merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk stuktur binaan supaya tahan lama serta selamat untuk diduduki. Namun begitu pihak perunding tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Menurut Carper (1997), kesilapan reka bentuk yang dilakukan oleh pihak perunding boleh dikelaskan kepada sepuluh kategori: 1. Kesilapan konsep reka bentuk 2. Gagal dalam menaksir beban dan beban gabungan 3. Kekurangan maklumat lanjut 4. Kesilapan pengiraan 5. Kekurangan struktur yang berlebihan 6. Komunikasi reka bentuk yang tidak jelas 7. Gagal dalam menaksir penyenggaraan yang diperlukan atau ketahanlasakan 8. Kesilapan dalam penggunaan perisian komputer 9. Masalah maklumat lanjut, termasuklah pemilihan perbandingan bahan 10. Spesifikasi bahan yang tidak konsisten dan tidak mencukupi atau kualiti kerja di luar jangkaan

2.4.2

Kelemahan kontraktor.

Selepas pihak perunding mereka bentuk struktur binaan yang diyakini selamat, pihak kontraktor pula akan mengambil alih tanggungjawab untuk membina dan seterusnya menyiapkan projek binaan tersebut. Namun begitu pihak kontraktor sering kali dikaitkan dengan punca kegagalan akibat daripada proses dan teknik pembinaan yang tidak betul.

25

Menurut Crocker (1990), kegagalan binaan yang berkaitan dengan pekerja-pekerja binaan adalah dengan terdapatnya kekurangan pada pekerja buruh binaan pihak kontraktor. Ini adalah akibat daripada kekurangan kemahiran, keperihatinan dan minat, atau kekurangan pengetahuan terhadap perlaksanaan pada sesetengah kerja yang tertentu. Kontraktor yang tidak berpengalaman dalam mengendalikan projek menjadi punca utama kegagalan dalam stuktur binaan berlaku. Penipuan juga biasanya terjadi di tapak bina. Antara penipuan yang kerap berlaku adalah penggunaan kualiti bahan yang rendah, penggunaan bahan yang salah, menggunakan pekerja yang tidak berpengalaman dan sebagainya. Kekurangan modal menjadikan pihak kontraktor mengurangkan pekerja yang berpengetahuan seperti penyelia tapak dan jurutera, ini akan menjadikan projek binaan tersebut tidak terurus dan sekaligus akan meningkatkan kesilapan dalam pembinaan.

2.4.3

Kurang pengawasan.

Menurut McKaig (1962), kecuaian dan pengabaian kerap berlaku kerana orang yang bertanggungjawab tidak menyelia kerja dengan sebaiknya dan mereka tidak sedar akan kadar keperluan keselamatan di tapak bina. Kurangnya penyelia tapak akan menyebabkan proses pembinaan tidak akan berjalan dengan lancar. Penyelia perlu memastikan setiap bahan binaan dan prosedur pembinaan adalah seperti yang dirancangkan. Penipuan terhadap bahan binaan juga akan dapat dikurangkan sekiranya penyelia tapak sentiasa berada di tapak bina untuk memerhatikan dan menegur sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pekerja binaan.

26 Seharusnya penyelia tapak akan menyelia tapak dari awal sehingga projek itu selesai diserahkan kepada pengguna.

2.4.4

Kualiti bahan yang rendah.

Penggunaan bahan yang tidak berkualiti akan dapat menjimatkan kos pembinaan, tetapi penggunaan bahan yang tidak memenuhi piawaian boleh mendatangkan impak jangka masa panjang dan boleh menjejaskan struktur binaan yang lain. Menurut Chudley (1981), ketahanan konkrit terhadap kerosakan dan kecacatan adalah bergantung kepada penggunaan kualiti bahan, campuran rekabentuk yang mencukupi dan kualiti pekerja dalam mencampur bahan binaan, penuangan, pemadatan dan pengawetan terhadap konkrit. Penggunaan bahan yang telah rosak juga boleh mendatangkan dan menjejaskan struktur binaan yang lain, misalnya simen yang telah keras akibat terdedah kepada lembapan tidak boleh digunakan semula kerana partikel simen tersebut tidak akan dapat bersebati dengan bancuhan konkrit, dan sekiranya digunakan ikatan antara konkrit tidak kuat dan keretakan akan berlaku.

2.4.5

Kecuaian. Sifat cuai merupakan sifat yang biasanya ada pada setiap manusia. Kecuaian ini

bukan sahaja boleh mendatangkan kerosakan dan kecacatan pada binaan malah boleh mendatangkan bahaya kepada individu itu sendiri.

27 Kecuaian ini bukan sahaja boleh berlaku pada buruh sahaja, malah jurutera dan penyelia tapak turut tidak terlepas daripada melakukan kecuaian, terutama sekali apabila projek telah berjalan dengan lancar dan selepas kerja-kerja pembinaan asas dilakukan.

2.4.6

Pergerakan Tanah.

Apabila kandungan air pada tanah hilang, partikel tanah tersebut akan cenderung untuk bergabung bersama atau pemadatan berlaku. Kebiasaannya tanah jenis tanah liat akan cenderung untuk melakukan pergerakan yang besar kerana tanah jenis ini dapat menyerap dan mengalirkan lebih banyak lembapan. Menurut Ransom (1987), perubahan kandungan air pada tanah boleh menyebabkan tanah tersebut mengalami perubahan beban daripada asas dan bangunan pencakar langit. Kandungan air pada tanah lebih cenderung untuk keluar daripada tanah dan partikel tanah tersebut akan bergabung bersama. Sekiranya bawah tanah mengalami mampatan atau pengukuhan, asas akan mengalami mendapan sehingga tanah tersebut mencapai keseimbangan (equilibrium), antara beban yang dikenakan pada tanah dan tekanan yang bertindak antara partikel tanah tersebut.

2.4.6.1 Kesan-Kesan Lain Pergerakan Bawah Tanah. Pergerakan bawah tanah juga boleh berpunca daripada akar pokok yang besar yang berhampiran dengan bangunan. Akar pokok ini biasanya akan masuk ke celah-celah asas yang telah dibina akibatnya, berlaku pergerakan pada asas dan sekaligus akan menyebabkan kerosakan pada lantai dan dinding. Rajah 2.6 menunjukkan bagaimana akar tumbuhan boleh menyebabkan kerosakan pada struktur binaan bangunan.

28 Menurut Ransom (1987), apabila akar dan batang pokok ditebang sebelum bangunan dibina, dalam jangka masa panjang akar pokok yang dahulunya kuat dan kukuh akan mereput. Setelah berlakunya pereputan, isipadu dan jisim akar pokok ini akan menjadi kurang dan tanah tersebut lama kelamaan akan menggantikan akar pokok yang mereput itu. Sekiranya asas didirikan pada bahagian atas akar pokok ini, maka mendapan lebih mudah berlaku dengan kehadiran beban dari bangunan. Mengikut Ransom (1987) lagi, masalah besar dalam binaan boleh berlaku apabila pengecutan tanah yang terlampau kering melalui lembapan yang telah hilang dengan tumbuhan yang berdekatan.

Rajah 2.6: Akar tumbuhan yang menyebabkan kerosakan dan kecacatan

2.4.7

Kelembapan. Malaysia ialah sebuah negara yang mengalami iklim panas-lembap tropika

sepanjang tahun. Keadaan basah dan lembap dalam binaan bangunan merupakan salah satu masalah yang umum dan tidak dapat dihindarkan. Namun begitu kadar kerosakan dan kecacatan yang diakibatkan oleh lembapan boleh dikurangkan.

29

2.4.7.1 Faktor Penyebab Keadaan Lembap. Mengikut Abdul Majid (2002), terdapat banyak faktor atau punca berlakunya keadaan basah dan lembap di bangunan. Berikut ialah beberapa faktor utama penyebab keadaan basah: 1. Simbahan dan perembesan air hujan menerusi dinding dan bumbung. 2. Kemasukan air hujan menerusi rekahan tingkap. 3. Kondensasi pada permukaan dalam bangunan yang terbentuk daripada wap air yang sedia ada dalam bangunan. 4. Perpindahan air dari tanah menerusi lantai dan terus ke dinding.

2.4.7.2 Kesan Keadaan Lembap. Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada penghuninya. Menurut Tan (1987), di antara kesan-kesan yang sering berlaku adalah seperti berikut: 1. Besi yang digunakan akan berkarat. 2. Lepa pada tembok, siling akan menjadi lembut dan tanggal. 3. Kemasan lantai akan tanggal dari dasarnya. 4. Bahagian yang diperbuat daripada kayu akan reput. 5. Cat menggelupas dan tanggal. 6. Permukaan bata menjadi kotor dan kadang-kadang berlumut. 7. Pemasangan dawai elektrik menjadi rosak. 8. Suasana tidak sihat untuk kediaman. Menurut Abdul Majid (2002) pula, keadaan basah dan lembap dalam sesebuah bangunan boleh mendatangkan kesan-kesan berikut:

30

1. Menyebabkan nilai rintangan bahan-bahan binaan berkurangan. 2. Menambahkan kondensasi dan ketidakselesaan. 3. Punca utama kerosakan estatik bahan binaan termasuklah peroi oleh garam larutan khususnya kepada dinding telap, mengubah warna dan menanggalkan kemasan seumpama plaster dan cat. 4. Punca kerosakan seperti perubahan sukatan atau dimensi, pereputan bahanbahan kayu, pengaratan bahan-bahan besi, bahan gypsum menjadi lembut, penanggalan perekat penal-penal berlapis dan sebagainya. 5. Keadaan basah juga menjadi asas serangan kulat dan lumut serta bau yang tidak menyenangkan. 6. Bertambahnya pesakit rheumatism.

2.4.8

Radiasi Sinar Matahari. Sinar matahari dipancarkan secara terus ke bumi sebagai panjang gelombang dan

kebanyakan struktur luar binaan sesebuah bangunan menerima sinar matahari pada siang hari. Warna dan jenis bahan mempengaruhi kadar serapan cahaya matahari terhadap sesuatu struktur itu.

2.4.8.1 Kesan Suhu. Kesan suhu banyak mempengaruhi kadar tindak balas dan boleh mempercepatkan proses penuaan. Suhu yang tinggi boleh mempercepatkan kadar sejatan dan pemeruapan. Kadar sejatan yang cepat menyebabkan bancuhan simen dan air mengeras dengan cepat dan keadaan ini akan menyebabkan daya ikatan antara campuran lemah dan sekaligus menjadi punca utama keretakan pada struktur binaan Suhu yang meningkat juga akan mengakibatkan pengembangan terhadap bahan binaan dan sekaligus boleh menyebabkan regangan atau keretakan. Contoh kadar

31 pengembangan pada bahan binaan terhadap perubahan suhu menurut Ransom (1987) adalah seperti dalam jadual 2.1. Jadual 2.1: Pengembangan bahan binaan akibat daripada perubahan suhu

2.4.8.2 Kesan Cuaca Seperti yang sedia maklum, iklim di Malaysia iaitu panas dan lembap sepanjang tahun, dan kesan daripada panas dan lembap ini menjadikan perubahan suhu secara mendadak. Ini akan menyebabkan pengecutan dan pengembangan bahan binaan secara mendadak dan sekaligus akan meningkatkan daya tegangan dan mampatan bahan binaan tersebut. 2.4.9 Agen biologi.

32

Menurut Ranson (1987), bahan organik seperti kayu, digunakan secara meluas dalam industri pembinaan sama ada pembinaan kekal ataupun sementara. Dalam keadaan asal (nature), kayu mengandungi 30 peratus lembapan pada suhu 20C, dan kebiasaannya agen biologi amat sesuai hidup dan membiak pada keadaan ini. Keadaan yang gelap, lembap dan air yang bertakung menjadi tempat dan habitat agen biologi seperti kulat, lumut dan serangga perosak untuk membiak. Dalam keadaan ini juga, bahan binaan lebih lemah dan mudah diserang oleh agen biologi.

2.4.9.1 Serangan Serangga Perosak Menurut Ransom (1987), serangga perosak kebiasaannya akan menyerang kayu yang mengandungi lembapan lebih daripada 20 peratus. Serangga perabot seperti Anobium punctatum banyak merosakkan kemasan kayu, dan ianya telah dikenal pasti sebagai serangga yang paling banyak merosakkan binaan kayu di United Kingdom. Kebanyakan serangga perosak akan bertelur di celah-celah atau rekahan kayu, dan apabila larva menetas, rekahan kayu tersebut akan dikorek dan lubang akan dibuat sebagai makanan larva tersebut. Hylotrupes bajulus atau kumbang tanduk (longhorn beetle) kebiasaannya akan menyerang kayu yang lembut seperti kayu getah dan durian yang kebiasaannya digunakan sebagai kasau atau kekuda bumbung. Kumbang tanduk ini tidak menyerang pada kayu yang keras seperti jati ataupun kayu yang berselirat seperti papan lapis. Rajah 2.7 menunjukkan serangan serangga perosak terhadap bahan binaan merupakan punca berlakunya kerosakan pada binaan.

33

Rajah 2.7: Serangan serangga perosak terhadap bahan binaan

2.4.9.2 Serangan Kulat Dan Lumut. Kulat dan lumut membiak melalui penyebaran spora ke udara. Dalam keadaan yang lembap dan kering spora mudah berterbangan ke udara dan tersebar di seluruh kawasan. Menurut Ransom (1987), keadaan yang menggalakkan seperti tempat yang gelap dan tenang dengan kandungan lembapan kayu melebihi 20 peratus dan suhu sekitar 200c akan menggalakkan pembiakan fungus seperti serpula lacrymans. Pembiakan fungus ini berkesan pada kayu kering dengan lembapan 30 peratus atau lebih. Setelah bakteria mula menghasilkan filament yang di panggil hyphae, ia bertindak menutup permukaan pembiakannya dalam bentuk gebuan putih yang membesar atau lapisan yang dipanggil sebagai myceileum. Hyphae boleh menembusi retakan di dalam bahan seperti lepaan, bata dan blok ini kerana hyphae itu tidak menghasilkan makanannya sendiri sehingga ia gagal menemui bahan kayu untuk keperluan kitaran hidupnya.

You might also like