Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

ANALISIS KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1 PEMAHAMAN 2008 Hai, adik-adik!

! Selamat berjumpa lagi dalam ruangan Fokus UPSR untuk tahun 2009. Saya harap adik-adik telah bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran pada awal tahun ini. Kepada adik-adik yang kini berada di Tahun 6, sudah tentu adik-adik tahu bahawa pada bulan September nanti adik-adik akan menghadapi peperiksaan UPSR. Antara kertas yang aklan adik-adik ambil ialah Bahasa Melayu yang terdiri daripada Kertas 1 (Pemahaman) dan Kertas 2 (Penulisan). Ikutilah akhbar sisipan Didik yang terbit setiap hari Isnin untuk untuk mengikuti perbincangan khusus bagi mata pelajaran tersebut. Selamat belajar! Analisis Umum Pada keseluruhannya, kertas Bahasa Melayu Pemahaman 2008 tidak banyak berubah dari segi format umum. Cuma, ada beberapa perubahan yang agak ketara dari aspek pilihan jawapan. Jika kita teliti, pilihan jawapan pada tahun ini telah diseragamkan kepada empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Ini bermakna, bentuk pilihan jawapan A, B dan C telah ditiadakan. Begitu juga jika ditinjau dari aspek pilihan jawapan bagi soalan aneka pilihan, jika dibandingkan dengan soalan pada tahun 2007, kita dapati pilihan jawapan yang hanya terdiri daripada sekurang-kurang dua pilihan jawapan telah diubah kepada lebih daripada dua pilihan jawapan (sila rujuki soalan 22, 23, 29 dan 30). Contoh: Soalan 22 Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22 I II III IV A B C D Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti. Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan itu. Kalau tidak uzur, saya pasti ke rumah awak, kata Pak Husin. Encik Selamat tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur. I dan III II dan IV I, II dan IV II, III dan IV

Sementara itu, aras kesukaran soalan-soalan yang dikemukakan pada tahun 2008 ini bolehlah dikategirikan sebagai sederhana sahaja. Berdasarkan maklum balas yang dikumpulkan daripada murid-murid, kita dapati kebanyakan mereka menyatakan soalansoalan adalah mudah dan kurang mengelirukan. Seterusnya, bagi bahagian Pemahaman (Membaca dan Memahami) pula, dua buah petikan yang dikemukakan juga tidak terlalu sukar untuk difahami. Setiap petikan mengandung antara 80 hingga 90 patah perkataan. Petikan pertama berbentuk Berita dan petikan kedua

pula berbentuk Rencana analisis cerpen. Soalan-soalan yang mengikuti kedua-dua petikan pula tidak terlalu sukar dan jawapan mudah dikesan dalam petikan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN BERBAHASA (TATABAHASA)

Soalan 1 19 Berdasarkan jadual analisis soalan-soalan UPSR Kertas 1 Bahasa Melayu di atas, dapatlah kita lihat corak soalan-soalan yang dikemukakan. Pada tahun 2008, Soalan 1 hingga Soalan 19 memerlukan calon mengisi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Bagi bahagian ini, beberapa soalan tidak dikemukakan, iaitu Kata Nama, Kata Arah, Kata Nafi, Kata Penegas dan Kata Pemeri. Sebaliknya soalan-soalan tentang Kata Kerja, Kata Adjektif , Kata Ganda dan Kata Majmuk lebih banyak dikemukakan. Soalan-soalan untuk aspek kata yang lain masing-masing hanya ada satu soalan sahaja. Jika diteliti, pilihan jawapan yang diberikan untuk soalan-soalan seperti Kata Kerja dan Kata Adjektif adalah hampir-hampir sama maknanya. Kemungkinan sekiranya calon kurang teliti atau kurang menguasai kosa kata Bahasa Melayu dengan baik boleh menyukarkan mereka. Contoh 1: 1 Kucing peliharaan Salmah ______ adik saya yang menarik ekornya. A mengais B mencakar C menggaru D mencengkam

Jawapan paling tepat untuk soalan ini ialah B iaitu mencakar kerana untuk haiwan yang berkuku tajam seperti kucing, kata mencakar adalah lebih tepat, sementara bagi manusia pula lebih sesuai menggunakan kata menggaru. Contoh 2: 14 Hassan menggunakan galah untuk ____________ dahan pokok yang sekah itu. A mengambil B memetik C mengait D mencantas

Soalan 14 ini dianggap paling sukar dan mengelirukan. Soalan ini disertakan gambar seorang lelaki membawa sebatang galah bersabit dan kelihatan sebatang pokok yang ada dahan yang telah patah tetapi masih tersangkut di atas pokok. Kunci untuk soalan ini ialah

pada perkataan sekah. Berdasarkan Kamus Dewan, kata sekah bermaksud patah dan jatuh (dahan kayu dll). Ini bermakna, dahan pokok itu sebenarnya telah patah dan jatuh tetapi tersangkut pada dahan yang lain dan menyebabkan dahan pokok itu belum jatuh ke tanah. Pilihan jawapan C mengait dan D mencantas merupakan dua jawapan yang paling hampir dengan situasi dalam gambar. Tetapi, pada saya jawapan yang paling tepat berdasarkan gambar dan ayat yang diberi, jawapan C mengait adalah lebih sesuai kerana galah itu digunakan untuk mengait dahan yang telah patah tetapi belum jatuh itu supaya terus jatuh ke tanah. jawapan D mencantas kurang sesuai kerana dahan pokok itu sebenarnya telah terputus atau telah patah sepenuhnya. Contoh 3: 17 Pemain hoki pasukan Kuala Lumpur sedang ________ pemain johor dalam perlawanan akhir itu. A mengasak B menampan C menyerang D menggelecek

Soalan ini juga diberikan gambar. Berdasarkan gambar dan ayat di atas, jawapan A mengasak, C menyerang dan D menggelecek, boleh dipertimbangkan sebagai jawapan. Tetapi, jawapan yang paling tepat ialah A mengasak. Jawapan D menggelecek kurang tepat kerana perbuatan menggelecek lebih sesuai untuk menggelecek bola bukan pemain. Jawapan C pula kurang tepat kata menyerang itu seolah-olah pemain itu hendak mencederakan pemain lawan dengan sengaja. Soalan 20 dan 21 Soalan berkaitan Kata Seerti dan Kata Berlawan yang dikemukakan juga tidak terlalu sukar. Bagi kedua-dua soalan ini, murid perlu menguasai Kosa Kata bahasa Melayu dengan baik. bagi soalan 20 misalnya, Kata seerti bagi persengketaan ialah C perbalahan dan Kata Berlawan bagi kata kental ialah A lemah. Soalan 22 23 Soalan 22 dan 23 pula menguji murid tentang penggunaan Kata Banyak Makna. Kata yang diuji ialah kata uzur dan mencungkil. Di sini, murid perlu mengetahui makna kata uzur dan mencungkil, selain mengetahui perbezaan makna perkataan tersebuk apabila digunakan dalam konteks ayat yang berlainan. Soalan 24 dan Soalan 25 Soalan 24 memerlukan murid memilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Sementara itu, soalan 25 pula memerlukan murid memilih soalan atau ayat tanya yang sesuai untuk ayat yang diberikan. Kedua-dua soalan tersebut kali ini agak mudah untuk dijawab.

Soalan 26 27 Di sini pula murid dikehendaki untuk memilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Bagi soalan 26, murid perlu menukarkan Ayat Ajuk yang diberikan kepada Ayat Pindah yang mempunyai maksud yang sama. Soalan 27 pula, murid perlu mencari Ayat Ajuk yang sama maksud dengan Ayat Penyata (Ayat Pindah) yang diberikan. bagi keduadua soalan ini, murid perlu mengenal pasti tujuan atau mesej ayat itu, contoh ... kata Encik Ismail kepada Azhar dan Cikgu Aida melarang ..... Contoh: 27 Cikgu Aida melarang murid-muridnya memijak rumput yang baru ditanam itu. A Kita tidak dibenarkan memijak rumput yang baru ditanam ini, kata Cikgu Aida kepada murid-muridnya. B Kamu tidak dibenarkan memijak rumput yang baru ditanam ini, kata Cikgu Aida kepada murid-muridnya. C Jangan pijak rumput yang baru ditanam itu, kata murid-murid kepada Cikgu Aida. D Mereka memijak rumput yang baru ditaman itu, kata Cikgu Aida kepada murid-muridnya.

Berdasarkan ayat, Cikgu Aida tidak membenarkan murid-muridnya memijak rumput yang baru ditanam. Maka, Ayat Ajuk yang sama maksud ialah B. Soalan 28 30 Pada bahagian ini pula, murid perlu memilih ayat yang betul dan ayat-ayat yang betul. Soalan 28, murid perlu memilih satu sahaja ayat yang betul, iaitu ayat tidak terdapat sebarang kesalahan tatabahasa. Soalan 29 ini menguji murid tentang penggunakan Kata Perintah seperti sila, tolong, minta dan jemputlah. Contoh: 28 A B C D Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. Tolong jangan bersandar pada dinding itu, catnya belum kering lagi. Minta makan kuih yang saya hidangkan itu. Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil emak di dapur.

Dilihat sekali imbas, kelihatan semua ayat itu betul. Tetapi jika diteliti dengan lebih mendalam, jawapan B dan jawapan C adalah salah. Jawapan D pula kurang sesuai kerana kata perintah jemput bermaksud mengajak atau mengundang. Maka, ayat yang betul ialah A kerana kata perintah sila bermaksud meminta dengan hormat supaya memalukan sesuatu.

Soalan 29 dan 30 pula memerlukan murid memilih sama ada satu atau lebih daripada satu jawapan yang betul. Bagi soalan 29, murid diuji tentang penggunaan kata bila dan apabila dan dalam serta di dalam dengan betul. Soalan 30 pula menguji murid tentang kata sendi di dan daripada. B BAHAGIAN MEMBACA DAN MEMAHAMI

Soalan 31 35 Petikan 1 Petikan yang dikemukakan berbentuk berita. Petikan ini menerangkan tentang Karnival Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu Daerah Kluang. Seterusnya, lima soalan berkaitan petikan dikemukakan. Soalan 31, 32 dan 33 agak mudah dan murid boleh memperoleh jawapan terus di dalam petikan. Soalan 34 pula memerlukan murid memahami keseluruhan petikan dan memilih maklumat tidak benar berdasarkan petikan. Soalan 35 pula memerlukan murid mencari maksud rangkai kata yang terdapat dalam petikan. Soalan 36 40 Petikan 2 Petikan ini berupa ulasan tentang sebuah cerpen yang bertajuk Kasih Sejati. Petikan ini lebih kepada sinopsis cerpen tersebut. Petikan ini mudah untuk difahami. Soalan-soalan yang mengikuti petikan ini juga mudah untuk dijawab. Soalan 36, 37 dan 38, jawapannya boleh diperoleh dalam petikan. Soalan 39 memerlukan murid memilih pernyataan yang salah berdasarkan petikan. Sementara soalan 40 sekali lagi menguji kosa kata murid juga. ANALISIS KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 Analisis Soalan Kemahiran Berbahasa Mulai 2005 ASPEK KEMAHIRAN BERBAHASA Penggunaan Kata Tepat Kata Nama Am/Kata Nama Khas Kata Ganti Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Hubung Kata Sendi Nama 2005 1 1 3 4 2 2 BILANGAN SOALAN 2006 2007 1 1 1 2 1 1 2 2 2 1 1 2008 1 2 2 1 1

Kata Nama Arah Kata Perintah Kata Ganda Kata Majmuk Imbuhan Kata Nafi Kata Penegas Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Pemeri Kata Seerti Kata Berlawan Peribahasa Kata Hampir Sama Makna Membina Soalan Membina Jawapan Menentukan Ayat Yang Sama Maksud Kata Banyak Makna Memilih Ayat Yang Betul JUMLAH SOALAN Petikan 1 Petikan 2 JUMLAH SEMUA SOALAN

1 1 1 2 1 1 1 1 1 2 1 4 30 5 5 40

1 2 1 1 2 1 1 1 1 4 1 1 2 1 3 30 5 5 40

1 1 1 1 1 2 1 2 1 1 1 2 3 4 30 5 5 40

2 2 1 1 1 1 1 1 2 1 1 2 2 3 30 5 5 40

You might also like