Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq Guru coklat mag wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui [Type the document subtitle] opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas


Edisi 1 Compaq

Edisi 1

Mr. Chocolate Jacques Torres Tips mengelakkan coklat berpeluh Resipi coklat marshmallow cornflakes Promosi coklat pada golongan mana yang efektif. Dewasa atau kanakkanak?

3 5 7 9

2|Halaman

Edisi 1

Jacques Torres atau lebih dikenali sebagai Mr. Chocolate di


kalangan masyarakat Amerika merupakan usahawan coklat yang dikenali ramai di negara Amerika. Kejayaan beliau tercipta dari coklat jenama beliau iaitu Jacques Torres Chocolate yang mana pada tahun 2008 telah menjana keuntungan tahunan melebihi $10 juta (RM30467854.06) - Sumber dari www.usatoday.com. Menarik tentang beliau, beliau hanyalah seorang perantau dari Perancis yang mencari rezeki sebagai seorang chef di bumi Amerika tetapi mendapat tuah untuk membangunkan perniagaan coklat jenama beliau sendiri dan perniagaan tersebut semakin berkembang maju dari hari ke hari.

Tentang Jacques Torres


Umur: 53 tahun (2012) Pencapaian: Pada tahun 1986, Torres telah dinobatkan sebagai pemenang termuda anugerah Meilleur Ouvrier de France. Pada ketika itu, beliau berusia 26 tahun. Keluarga: Telah mengahwini Hasty Torres pada tahun 2007. Hasty Torres merupakan pemilik Madame Chocolat di Beverly Hills. Tempat tinggal: Tinggal di dalam bot di Liberty State Park.

Sejarah kejayaan Jacques Torres


Beliau bermula sebagai seorang chef pastri di restoran Ritz-Carlton, Palm springs pada tahun 1988. Kemudian, beliau berpindah ke New York dan memulakan kerjaya sebagai chef di salah satu restoran terkemuka di sana. Selepas banyak menimba pengalaman sebagai seorang chef di New York, beliau memasang hasrat untuk membuka perniagaan coklat jenama beliau sendiri. Dengan cita-cita yang tinggi dan modal perniagaan yang sedikit, beliau melancarkan jenama coklat beliau, Jacques Torres Chocolate di gudang yang telah diubahsuai.
3|Halaman

Edisi 1

Dengan bantuan dari 2 orang rakan perniagaan, beliau telah berjaya menjana pendapatan tahunan mencecah sehingga $1 juta (RM3046785.41) pada tahun 2003. Pada tahun 2008 pula, pendapatan tahunan perniagaan coklat beliau mencecah sehingga $10 juta (RM30467854.06) dan angka tersebut semakin meningkat setiap tahun.

Faktor kejayaan Jacques Torres


Usaha yang lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik Jacques Torres bukan sahaja mereka bentuk coklat, tetapi beliau juga membuat coklat tersebut dari biji koko. Dari keunikkan rasa coklat ciptaan beliau dan kualiti yang tinggi, beliau telah menjenamakan coklat beliau di pasaran coklat-coklat mewah.

Minat yang tinggi dalam seni pembuatan coklat adalah faktor utama kejayaan Kebanyakkan usahawan coklat meletakkan wang sebagai objektif utama tetapi Torres mempunyai objektif yang bertentangan. Beliau berpendapat, Membuat coklat ialah satu cara hidup. Bukan profesion. Ini menunjukkan bahawa kejayaan perniagaan coklat beliau terhasil daripada minat yang tinggi dalam seni pembuatan coklat. Bukan kerana wang semata-mata.

Berani mengambil risiko Beliau juga tidak takut untuk memulakan perniagaan walaupun beliau tahu akan risiko yang bakal beliau hadapi. Petikan daripada kata-kata beliau, Dengan segala tekanan yang datang bersama, saya sangat gembira yang saya telah melakukannya.

Prinsip Jacques Torres


Saya sukakan kebebasan melakukan perkara yang saya rasakan betul. Saya percaya pada diri sendiri. Jika saya melakukan kesilapan, kesilapan tersebut pastinya kesilapan saya.

Moga perkongsian mengenai Jacques Torres ini memberi inspirasi kepada anda.
4|Halaman

Edisi 1

Pernahkah anda menghadapi masalah coklat


berpeluh? Apabila keluarkan coklat dari peti sejuk, tibatiba anda lihat coklat yang anda buat tersebut seolah-olah berpeluh. Pada tips pembuatan coklat kali ini saya akan kongsikan kepada anda cara untuk mengelakkan/mengurangkan coklat berpeluh. Sebelum itu, anda perlu tahu sebab coklat tersebut berpeluh dan kesan daripada masalah tersebut.

Faktor coklat tersebut berpeluh


Coklat berpeluh disebabkan berlakunya proses kondensasi pada permukaan coklat tersebut. Dipersekitaran bilik mengandungi wap air. Apabila wap air tersebut bersentuhan dengan permukaan yang sejuk, fasa wap air tersebut akan bertukar dari gas ke cecair. Disebabkan proses penukaran fasa tersebut, coklat menjadi seolah-olah berpeluh.

Kenapa kita perlu elakkan coklat tersebut dari berpeluh?


Permukaan coklat yang berpeluh akan menghasilkan permukaan coklat yang melekit dan berpasir. Masalah tersebut juga boleh menyebabkan berlaku perubahan rasa pada coklat tersebut. Justeru, akan mengurangkan kualiti coklat tersebut.

5|Halaman

Edisi 1

Bagaimana cara untuk mengelakkan coklat dari berpeluh?


Terdapat 2 solusi untuk mengatasi masalah coklat berpeluh.

Simpan coklat tersebut didalam bekas tertutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Cara ini memerlukan sedikit pemerhatian. Selepas keluarkan bekas tersebut dari peti sejuk, bekas tersebut perlu diletakkan pada suhu bilik dalam keadaan tertutup (coklat masih berada didalam bekas). Selepas beberapa minit, anda akan lihat bekas tersebut mula berpeluh. Perkara yang perlu anda lakukan ialah biarkan bekas tersebut habis berpeluh sebelum membuka penutup bekas tersebut dan mengeluarkan coklat.

Balut coklat dengan pembalut aluminium Seperti coklat Cadbury disebelah, kita dapat lihat coklat tersebut dibalut dengan pembalut aluminium. Cara ini digunakan oleh Cadbury untuk mengekalkan kualiti coklat mereka. Untuk cara balut coklat berbentuk bar dengan kertas aluminium, boleh lakukan carian diinternet. Jika coklat tersebut berbentuk bulat dan sebagainya, boleh tonton video tutorial istimewa di http://blog.gurucoklat.com/cara-membalut-coklatdengan-kertas-aluminium/

Sampai disini sahaja perkongsian tips pembuatan coklat. Moga perkongsian tips pembuatan coklat kali ini memberi manfaat kepada anda.

6|Halaman

Edisi 1

Pada segmen resipi pilihan kali ini, saya ingin


kongsikan kepada anda resipi coklat marshmallow cornflakes. Sedikit gambaran mengenai coklat tersebut, terdapat elemen rangup dan kenyal dalam coklat tersebut. Kepada yang suka makan marshmallow, coklat ini menjadi pilihan mereka.

Bahan-bahan yang diperlukan


1. Coklat kompaun yang telah dicairkan. 2. Marshmallow yang telah dipotong kecil. 3. Cornflakes yang telah dihancurkan.

Cara-cara membuatnya
1. Buat kelongsong coklat seperti didalam gambar.

2. Masukkan marshmallow kedalam kelongsong tersebut.

7|Halaman

Edisi 1

3. Taburkan cornflakes kedalam kelongsong.

4. Penuhkan acuan dengan coklat, ratakan permukaan acuan dan keraskan didalam peti sejuk. Inilah hasil selepas dikeluarkan dari peti sejuk. 5. Sedia untuk dihidangkan.

Troubleshoot
Jika acuan coklat anda kecil, potong marshmallow menjadi lebih kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam kelongsong (Tidak terkeluar-keluar seperti didalam gambar) supaya mudah untuk meratakan permukaan coklat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

8|Halaman

Edisi 1

Pada ruangan tips perniagaan kali ini, saya ingin


kongsikan golongan mana yang perlu anda promosikan coklat jenama anda. Seperti sedia maklum, kanak-kanak lebih menyukai coklat berbanding orang dewasa. Tetapi, adakah mereka mempunyai kuasa untuk membeli? Sudah tentu tidak kerana kanak-kanak mengharapkan wang dari orang dewasa untuk membeli coklat yang mereka gemari. Dari analisis, kedua-dua golongan ini mempunyai pros dan kontra yang tersendiri. Jom kita lihat analisis dibawah

Kanak-kanak
Pros Kanak-kanak merupakan penggemar coklat yang utama. Mempunyai kuasa viraliti untuk menyebarkan coklat jenama anda. Ingat! Kanakkanak ialah golongan yang jujur dan berpengaruh. Jika mereka menyukai coklat jenama anda, mereka akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain dan mempengaruhi mereka.

Cons Kanak-kanak tidak mempunyai kuasa untuk membeli.

Dewasa
Pros

9|Halaman

Edisi 1

Cons

Mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Mudah dipengaruhi oleh anak-anak mereka.

Golongan yang kurang menggemari coklat.

Jadi, daripada analisis di atas, kita dapat rangka strategi untuk mempromosikan coklat jenama kita.

Strategi promosi
Kanak-kanak Banyakkan memberi sample percuma kepada kanak-kanak. Jika coklat jenama anda sedap, mereka akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain dan mempengaruhi ibu bapa mereka untuk membeli coklat jenama anda.

Dewasa Banyakkan promosi coklat yang dipek untuk dijadikan hadiah kerana kebanyakkan orang dewasa membeli coklat untuk dihadiahkan kepada orang. Bukan untuk diri sendiri.

Sampai disini sahaja perkongsian tips perniagaan coklat. Moga perkongsian tersebut dapat memberi idea baru dalam pemasaran coklat jenama anda.

Terima kasih kerana membaca.

Oleh Editor Guru Coklat Mag Khairul Akmal Ibrahim http://www.gurucoklat.com http://blog.gurucoklat.com

10 | H a l a m a n

You might also like