Professional Documents
Culture Documents
Bahangan Matahari
Bahangan Matahari
Bahangan Matahari
Matahari menghasilkan tenaga dalam bentuk bahangan atau sinaran yang dipancarkan kepada 9 planet dalam sistem suria.
Bahangan bumi
Setelah menyerap bahangan matahari pada waktu siang , bumi juga membebaskan bahangannya pada waktu malam.
Apakah yang berlaku kepada bahangan bumi dan matahari apabila melalui atmosfera?
Bahangan manakah yang lebih banyak dihalang?
Proses serakan
Bahan-bahan pepejal yang terampai dalam atmosfera seperti debu / habuk bertindak menyerakkan bahangan matahari . Pada waktu pagi partikel-partikel dalam atmosfera adalah lebih kecil daripada jarak gelombang bahangan matahari . Proses serakan ini dinamakan serakan Rayleigh
Semasa jerebu
Jerebu yang berlaku daripada letusan gunung berapi , pembebasan asap kenderaan dan kilang serta pembakaran hutan menyebabkan partikel-partikel bersaiz besar banyak terampai dalam udara . Ini menyebabkan serakan mie berlaku . Contohnya letusan gunung berapi Pinatubo memuntahkan debu beberapa kilometer tinggi menyebabkan serakan mie.
Apakah yang berlaku kepada sinaran matahari apabila terkena manik-manik hujan
Proses pembalikkan
Juga dikenali proses pantulan Bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel seperti manik-manik hujan akan dipantulkan ke angkasa lepas . Proses ini adalah tidak selektif maka semua gelombang dalam spektrum elektromagnet akan dipantulkan .
Proses pembalikkan
Proses ini tidak akan mempengaruhi warna langit. Hanya keamatan cahaya sahaja yang berkurang. Langit kelihatan gelap apabila terdapat pantulan yang tinggi seperti waktu hujan . Semakin tebal awan maka semakin tinggi kadar pembalikkan.
Apabila sampai dipermukaan bumi , adakah semua bahangan bumi akan diserap oleh permukaan bumi?
Proses albedo
Tidak semua sinar suria yang tiba dipermukaan bumi akan diserap dan digunakan oleh hidupan . Sebahagian sinar suria akan dipantulkan oleh permukaan bumi secara langsung. Proses pantulan oleh permukaan bumi secara terus dikenali sebagai albedo.
Proses albedo
Proses albedo bergantung kepada darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan . Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin banyak sinaran yang dipantulkan .
Bolehkah anda senaraikan prosesproses yang berlaku kepada bahangan matahari apabila melalui lapisan atmosfera ?
proses
Serapan
Serakkan
Balikan
Bajet tenaga
Apakah bajet tenaga
Bajet tenaga
Cara-cara nilai sinaran matahari itu digunakan . Ada tenaga digunakan untuk serakan , serapan dan dibalikkan.
Imbangan Haba
Apakah imbangan haba?
Imbangan haba
Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa. Apakah berlaku jika tiada keseimbangan haba ?
Imbangan haba
15
50 68 100
98 90 8
137 60 77
Sinaran bersih dari permukaan bumi 21 Sinar bersih dari atmosfera 47 Sinar bersih dari sistem bumi-atmosfera 68
Bajet haba
Jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada bahangan matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh bahangan bumi .Sebelum diterima oleh permukaan bumi bahangan matahari ini melalui pelbagai proses seperti serapan , serakan balikan oleh pelbagai lapisan dan komponen dalam atmosfera.
Bajet haba
Dalam keadaan semulajadi bahangan matahari dalam bentuk gelombang pendek yang diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa dalam bentuk gelombang panjang .Namun bajet haba boleh menjadi tidak seimbang apabila berlaku perubahan dalam sistem atmosfera-bumi.