Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TUGASAN BAHAGIAN A: Refleksi Tajuk Pelajar perlu membuat refleksi ke atas 5 (LIMA) tajuk yang terdapat dalam modul

KRP3013 seperti berikut: Unit 3: MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Unit 5: MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH Unit 7: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH Unit 9: BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Unit 11: PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Penghantaran bagi tugasan ini ialah melalui tapak assignment (BAHAGIAN A: REFLEKSI TAJUK). Tarikh akhir penghantaran Refleksi Tajuk ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Ringkasan Pemarkahan: 1 refleksi tajuk yang berkualiti x 4 mrkh x 5 tajuk = 20 markah Bagaimana membuat refleksi yang baik? Refleksi yang baik mengandungi perkara-perkara mengikut format berikut: 1 PERKARA DIPELAJARI Perkara baru yang anda pelajari. Apakah perkara-perkara yang disampaikan dalam topik. KAITAN DENGAN KERJAYA Bagaimakah kaitan antara perkara-perkara yang disampaikan dalam topik ini mempunyai hubungan dengan kerjaya anda. Apakah faedahnya. KAITAN DENGAN BIDANG Bincangkan bagaimana topik berkaitan dengan bidang anda (Pengkhususan anda sekarang: major dan minor). APLIKASI DAN TINDAKAN Bagaimana pengaplikasian topik kepada tugas anda sekarang. Apakah tindakan yang dapat anda lakukan seterusnya. KEPENTINGAN Bagaimanakah kepentingan topik yang anda bincangkan kepada sekolah, masyarakat dan negara. Kembangkan perbincangan anda dengan menghubungkan topik anda kepada bahanbahan tambahan yang anda perolehi daripada bahan lain seperti buku dan rujukan internet. Buat lakaran peta minda atau lain-lain grafik dalam perbincangan anda. Refleksi setiap unit hendaklah memenuhi kriteria di atas menggunakan font ariel saiz 11, serta langkau 1.5. Sila buat tugasan secara individu, sebarang PLAGIARISME tidak akan diberi markah dan boleh diambil tindakan tata tertib.
Prof Madya Dr. Amir Hasan Dawi Mar 2012

You might also like