Interaksi Dalam Bilik Darjah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Interaksi Dalam Bilik Darjah

Mengikut Ned A. Flanders, seorang profesor di Amerika Syarikat, interaksi di antara guru dengan murid dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam 3 kategori utama iaitu: i) Percakapan guru ii) Percakapan murid iii) Kesenyapan

Mengikut Kajian Flanders, gaya percakapan guru banyak ditumpukan kepada pengaruh langsung. Kebanyakan percakapan guru adalah berbentuk syarahan atau menerang. Interaksi antara guru dengan murid hanya berbentuk sehala sahaja. Interaksi berbentuk dua hala berlaku apabila percakapan guru ditumpukan kepada pengaruh tidak langsung seperti menyoal, memuji, menerima perasaan murid dan pendapat mereka

Jenis-Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah


Jenis interaksi ini yang biasa diwujudkan oleh guru biasanya berkaitan dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan. Model Pengajaran Sim menitikberatkan interaksi di antara guru, murid, objektif pelajaran, isi kandungan/ bahan pelajaran dan alam sekitar.

Terdapat 3 jenis interaksi yang terdapat dalam bilik darjah iaitu:i) Interaksi Sehala ii) Interaksi Dua Hala iii) Interaksi Pelbagai Hala

Bentuk Dan Interaksi Dalam Bilik Darjah


Bagi menggalakkan interaksi antara guru dengan murid agar mewujudkan interaksi pelbagai hala, terdapat beberapa bentuk susunan kerusi dan meja. Di antaranya ialah : i) Bentuk Tradisi ii) Kasut Kuda (Horse Shoe) iii) Modular (KBSR)

1. Bentuk Tradisi merupakan susunan bersifat kaku. Semua kerusi-meja murid-murid disusun secara baris demi baris dalam barisan lurus. Sekeping papan putih digantung pada dinding berhadapan dengan murid-murid manakala sebuah almari biasanya diletak dibelakang bilik darjah. Dalam susunan tradisi ini, kebanyakan interaksi sehala daripada guru kepada murid biasanya berlaku.

2. Susunan Bentuk Kasut Kuda (Horse Shoe) Susunan bentuk kasut Kuda ini menggalakkan interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala . Susunan bentuk ini adalah sesuai digunakan untuk aktiviti perbincangan di antara guru dengan murid.

3. Susunan Bentuk Modular (KBSR) Susunan bentuk modular ini adalah sesuai digunakan untuk aktiviti kumpulan. . Susunannya dapat menggalakkan interaksi di antara murid dengan murid dalam kumpulan mereka terutamanya apabila menjalankan aktiviti perbincangan, sumbangsaran, pemulihan atau pengayaan.

Kepimpinan Guru dan Interaksi Dalam Bilik Darjah


Di antara jenis-jenis kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh guru dalam bilik darjah bergantung kepada jenis kepimpinan guru. Antaranya termasuklah: i) Kepimpinan Autokratik ii) Kepimpinan Demokratik iii) Kepimpinan Laissez-Faire

Kepimpinan Autokratik
Perkataan Autokratik membawa maksud corak pemerintahan yang mempunyai kuasa mutlak. Guru yang bersifat autokratik menentukan segala aktiviti P&P. Murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.

Interaksi antara guru dengan murid merupakan interaksi sehala, iaitu guru memberi arahan, muridmurid mendengar dan mengikut sahaja. Interaksi antara murid-murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. Interaksi sehala dan pasif membawa suasana sosioemosi yang tegang menyebabkan murid-murid tidak berani memberi pendapat mereka. Mereka cuma menerima arahan yang diberikan guru. Semangat kerjasama dan aktiviti pembelajaran adalah pasif. P&P menjadi kurang menarik serta dipenuhi perasaan cemas dan bimbang. Ada murid-murid bencikan guru. Timbulnya perasaan benci terhadap guru.

Kepimpinan Demokratik
Perkataan demokratik bermaksud berkongsi kuasa antara setiap ahli dalam komuniti. Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik ialah guru yang sedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya. Murid-murid sentiasa mengemukakan pendapat mereka atau soalan jika mereka menghadapi masalah.

Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah 2 hala. Murid-murid akan bertindakbalas terhadap segala aktiviti pengajaran guru. Interaksi antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam semua kumpulan dalam bilik darjah.

Kepimpinan Laissez-Faire
Laissez-Faire membawa maksud kebebasan diberi kepada aktiviti tanpa kawalan. Guru akan memberi kebebasab sepenuhnya kepada murid-murid untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang difirkan sesuai dalam kelasnya. Guru langsung tidak merancang aktiviti P&P. Murid-murid diberikan kebebasan merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara individu atau secara kumpulan.

Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah kurang kerana guru mengamalkan sifat kepimpinan laissez-faire kurang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P. Interaksi antara murid dengan murid meningkat kerana diberi kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti P&P. Suasana sosio-emosi dalam bilik darjah dikatakan menarik. Perhubungan antara murid akan menjadi lebih rapat dan mesra.

Interaksi yang terlalu bebas akan menimbulkan masalah disiplin dan menjekaskan keberkesanan P&P dalam bilik darjah. Murid-murid yang kurang matang akan merasa serba salah dan tidak tahu apa aktiviti yang patut dilakukan dalam bilik darjah. Akibatnya, banyak masa telah terbuang

You might also like