Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN PENGHARGAAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 PENGENALAN APA ITU DADAH? DADAH DAN CIRI-CIRINYA JENIS-JENIS DADAH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KEPENTINGAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN KEPENTINGAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TERHADAP GURU-GURU PELATIH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH DAN DI RUMAH KESIMPULAN RUJUKAN 1 1 2 3 6 8 9 11 13 14

KEPENTINGAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 1.0 PENGENALAN

Apabila kita mendengar ungkapan Enam Jahanam, apakah yang mungkin kita fikirkan? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas iaitu heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan Karnival Enam Jahanam, mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.

2.0

APA ITU DADAH?

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Menurut Kamus Dewan Melayu Inggeris, makna perkataan drug bermaksud ubat-ubatan. Walaupun dmeikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug, perkataan use, misuse, atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, kita sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalah hidup kita. Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan kita sekiranya kita tidak sihat. Teh, kopi, dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang

bermasalah kepada individu, masyarakat, dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalahmasalah kesihatan, sosial, ekonomi, dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan, dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis-jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan ecstasy diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran kita. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai dadah yang disalah guna.

3.0

DADAH DAN CIRI-CIRINYA

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri sepeti berikut:

(a) Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf
tunjang) (b) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah dilarang. (c) Diperoleh secara haram.

(d) Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologi dan meningkatkan daya
terhadap dadah (e) Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

4.0

JENIS-JENIS DADAH

Setakat ini dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:1 (a) (b) (c) (d) Heroin Morfin Candu Ganja (e) Syabu (f) Ecstasy (g) Ketamin

4.1

Heroin

Heroin berasal daripada perkataan Jerman iaitu heroish yang bermaksud kuat. Ianya mula digunakan di Jerman Barat pada tahun 1898 yang bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan morfin. Heroin dihasilkan daripada morfin melalui proses kimia dan merupakan 20-25 kali lebih kuat daripada morfin. Jenis atau bentuk heroin adalah Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin, dan Heroin Black Tar. Nama lain bagi heroin adalah Big H, Dope, Smack, dan TNT. Cara penggunaan heroin adalah menyuntik dan menghidu. Ciri-ciri penagih heroin adalah mata dan hidung berair, mengantuk, mudah marah dan resah, pertuturan tidak jelas, cemas, takut, dan sugul.

4.2

Morfin

Morfin pula adalah sejenis alkoloid yang diperolehi daripada candu mentah. Morfin mentah didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda 999. Ianya mengandungi 70% 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih ianya dipanggil Heroin No. 1. Bes morfin diperoleh secara langsung daripada candu dan mengandungi morfinnya 60% 70% morfin. Bes morfin berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi. Pil morfin mengandungi morfin sulfat dan berwarna putih atau coklat pucat.

http://skim-lencana-anti-dadah-ppc.blogs.smjk.edu.my/jenis-jenis-dadah/

Jenis atau bentuk morfin adalah morfin mentah, bes morfin, dan pil morfin. Nama lain bagi morfin adalah M. Tab, White Sulfat, Monkey, Dreamer, dan Morphan. Cara penggunaan morfin adalah dengan menyuntik atau menelan. Ciri-ciri penagih morfin adalah hilang selera makan, tindak balas lambat, kecacatan keseimbangan, pertuturan tidak jelas, sembelit, halusinasi, mengantuk, dan cemas.

4.3

Candu

Candu dihasilkan daripada buah popi muda. Candu mentah terhasil daripada getah berwarna putih yang keluar hasil daripada torehan buah popi muda. Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah. Candu masak terhasil daripada candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat. Candu masak ini berwarna coklat hitam. Tahi candu adalah merupakan sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap. Jenis atau bentuk candu termasuklah candu mentah, candu masak, dan tahi candu. Nama lain bagi candu adalah Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, O, dan Tar. Cara penggunaan candu adalah dengan menyuntik atau menelan. Ciri-ciri penagih candu termasuklah pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, dan sugul.

4.4

Ganja

Ganja diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp atau nama saintifiknya Cannabis Sativa. Ganja mengandungi lebih daripada 400 jenis bahan kimia dan THC (Delta-9 tetra hydrocannabinol) yang merupakan bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul di dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4 6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul di dalam sel badan.

Jenis atau bentuk ganja adalah seperti daun kering dan dimampatkan. Nama lain bagi ganja adalah Grass, Pot, Marijuana, dan Weed. Cara penggunaan ganja adalah dengan menghisap. Ciri-ciri penagih ganja termasuklah sering mengantuk atau mata merah, kegembiraan dan terlalu cergas atau ketawa, mudah marah dan resah, cemas, takut, atau hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan imbangan, yuforia dan sugul.

4.5

Syabu

Syabu adalah sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit. Jenis atau bentuk syabu adalah kaca atau kristal, pecah, atau serbuk halus seperti tawas. Nama lain bagi syabu adalah Ice. Cara penggunaan syabu adalah dengan menggunakan peralatan yang hampir sama dengan menghisap candu. Ciri-ciri penagih syabu adalah yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas, boleh berjaga 2 3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, dan hilang selera makan.

4.6

Ecstasy / MDMA

Ecstasy juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3 4 - methylenedioxy methamphetamine. Ianya kerap kali dicuba dan digunakan oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam. MDMA juga adalah dadah psychoactive. Jenis atau bentuk ecstasy adalah pil dengan pelbagai warna dan simbol. Nama lain bagi ecstasy adalah pil khayal, pil goyang kepala, YAMA, dan YABA. Cara penggunaan dadah ini adalah dengan menelan, dan mencampurkannya ke dalam minuman.

Ciri-ciri penagih ecstasy adalah mereka gembira dan terlalu cergas, berpeluh secara berlebihan, kuat bercakap, boleh melayan muzik yang kuat dan menggoyangkan kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah marah dan resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, dan tidak boleh tidur.

4.7

Ketamin

Ketamin adalah sejenis ubat bius yang digunakan untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves. Jenis atau bentuk dadah ini adalah serbuk putih, kristal, cecair, dan pil. Nama lain bagi dadah ini adalah K, Special K, Vitamin K, dan Kit Kat. Cara penggunaan ketamin adalah ianya dihisap melalui hidung, atau dicampurkan ke dalam minuman. Ciri-ciri penagih ketamin adalah mereka berada di bawah tahap kesedaran yang rendah, mengubah deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehingga kurang sedar tentang masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual, dan muntah-muntah.

5.0

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Program pendidikan dan pencegahan dadah biasanya dikendalikan khususnya bagi 3 golongan kumpulan sasaran seperti berikut: (a) Mereka yang tidak pernah melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah (b) Mereka yang kadangkala menyalahgunakan dadah (c) Penagih dadah Tumpuan utama ialah menjalankan program anti dadah kepada golongan yang tidak pernah melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. Pendekatan yang digunakan termasuklah:

(i)

Pendekatan Pengetahuan Atau Sikap

Strategi yang digunakan ialah memberi maklumat dan taktik menakutkan. Aktiviti yang dijalankan ialah:

Menyampaikan ceramah; di mana isi ceramah adalah berkaitan dengan dasar dan strategi Agensi Antidadah Kebangsaan, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 - (Pindaan) 1998, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988, dan Akta Racun 1952, kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah. Menyampaikan mesej anti dadah melalui media massa. Menyampaikan mesej anti dadah melalui poster dan risalah. Mengambil contoh air kencing secara mengejut. Mereka yang diambil contoh air kencing adalah termasuk penuntut-penuntut sekolah, pegawai dan kakitangan yang bekerja di sektor-sektor awam atau swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Pengambilan contoh air kencing adalah dihadkan, iaitu pengambilan maksimum bagi satu masa ialah 20 orang. Ini adalah untuk mengurangkan kos bagi penganalisaan contoh air kencing.

(ii)

Pendekatan Psikososial

Strategi yang digunakan ialah untuk meningkatkan kemahiran sosial. Kemahiran sosial adalah perlu bagi membina kemahiran menghadapi tekanan tekanan diri (Intrapersonal) dan tekanan tekanan antara individu (Interpersonal). Terdapat 3 jenis latihan kemahiran yang digunakan iaitu:

Latihan kemahiran untuk individu Strategi ini menekankan pelbagai teknik kognitif. Ini bertujuan untuk meningkatkan konsep sendiri, bagaimana menangani tekanan, kemahiran membuat keputusan, meningkatkan ketahanan diri dan kemahiran komunikasi.

Latihan kemahiran untuk keluarga Strategi ini mengandaikan bahawa remaja menyalahgunakan dadah disebabkan perhubungan anak dan ibubapa yang kurang memuaskan, kurang kemahiran dalam penjagaan (parenting skills) atau perpecahan dalam keluarga. Latihan untuk remaja Strategi ini mengandaikan bahawa remaja menyalahgunakan dadah kerana kurang kemahiran menahan desakan atau tekanan dari luar misalnya daripada rakan sebaya yang menggunakan dadah. Justeru itu, strategi ini menekankan peranan kumpulan sebaya untuk mewujudkan perkembangan sosial yang sihat.

6.0

KEPENTINGAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN

Antara kepentingan Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah kepada sesebuah institusi kekeluargaan termasuklah untuk memastikan keluarga yang berisiko atau yang tidak berisiko supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang bahaya dadah serta dapat membezakan antara kesihatan dan dadah, dan seterusnya dapat menghindari diri sendiri dan keluarga daripada penyalahgunaan dadah; dan memastikan Program Keluarga Bahagia dilaksanakan kepada keluarga yang berisiko dan yang tidak berisiko supaya dapat menangani masalah dadah dengan lebih berkesan. Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah juga penting kepada sesebuah institusi kekeluargaan supaya para peserta memperolehi pengetahuan tentang bahaya dan kesan-kesan penyalahgunaan dadah ke atas kesihatan; para peserta mendapat maklumat dan disebarkan kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran; para peserta mendapat panduan mengenai cara gaya hidup sihat tanpa dadah; para peserta dapat bertukar-tukar pengalaman dan idea mengenai cara pengurusan atau pendidikan anak-anak supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah; dan para peserta mendapat pengetahuan kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan, pengurusan kewangan dan pengurusan tekanan.

Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah ini mampu membolehkan sesebuah institusi kekeluargaan itu mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan; meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran di kalangan keluarga tentang bahaya dadah; masyarakat dapat mengamalkan dan meneruskan gaya hidup sihat tanpa dadah; dan bilangan keluarga berisiko terhadap penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan. Selain itu, Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah ini membolehkan keluarga atau penjaga mendapat maklumat bagi memastikan anak-anak berada di dalam program sihat tanpa dadah; keluarga dapat diberikan panduan bagi memastikan ahli keluarga bebas daripada dadah; dan anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah akan mendapat alternatif program sihat tanpa dadah, dan seterusnya mempraktikkan gaya hidup sihat. Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah juga penting bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran dalam kalangan keluarga tentang bahaya dadah dan kesannya terhadap kesihatan; keluarga akan memperolehi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga; dan keluarga akan memperolehi pengetahuan, kefahaman dan penghayatan ilmu melalui aktiviti, tips, dan panduan yang diperolehi daripada bengkel ke arah membentuk keluarga sejahtera. Kumpulan sasar bagi Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah ini termasuklah mereka yang menetap di kawasan berisiko iaitu di kawasan-kawasan dengan kadar jenayah yang tinggi, masalah sosial, dan jumlah penagih yang tinggi, mereka yang berasal daripada keluarga bercerai-berai, ahli keluarga merupakan penagih dadah, ibu bapa tunggal, dan keluarga yang ahli keluarganya disabitkan dengan kes Akta Dadah Berbahaya 15(1).

7.0

KEPENTINGAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TERHADAP GURU-GURU PELATIH

Antara kepentingan Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah kepada guru-guru pelatih pula termasuklah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan guru-guru pelatih mengenai bahaya dadah dan kepentingan usaha pencegahan agar mereka mengambil tanggungjawab dan mengupayakan diri dalam konteks pencegahan dadah; untuk memastikan guru-guru pelatih mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah agar mewujudkan negara bebas dadah; untuk memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran, dan kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah kepada guru-guru pelatih; untuk membantu guru-guru pelatih yang terlibat agar bebas dari dadah dengan intervensi dan program yang berkesan; untuk melibatkan guru-guru pelatih dalam program pencegahan dadah; dan untuk menggerakkan guru-guru pelatih sebagai ahli Rakan Anti Dadah (RADA) yang proaktif dan berketrampilan.

10

Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah juga penting kepada guru-guru pelatih supaya guru-guru pelatih mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah; guru-guru pelatih yang terlibat dengan dadah akan mendapat intervensi dan program yang berkesan; guru-guru pelatih akan lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani permasalahan dadah semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di sekolah; dan guru-guru pelatih di IPG atau di sekolah akan bergerak secara aktif dalam program pencegahan dadah. Selain itu, Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah berkepentingan untuk memberi kesedaran yang tinggi tentang penyalahgunaan dadah di kalangan guru-guru pelatih agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni. Di samping itu, ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara, seterusnya memupuk minat para guru pelatih untuk meneruskan penyertaannya di dalam program kawalan dan pencegahan dadah setelah tamat alam pengajian mereka. Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah juga mampu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para guru pelatih akan bahayanya penyalahgunaan dadah, cara pencegahan dan kawalannya; menggalakkan para guru pelatih mengamalkan cara hidup sihat berteraskan ajaran agama dan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi guru-guru pelatih lain ke arah amalan cara hidup sihat dan bermoral; melahirkan para guru pelatih yang seimbang dari segi fizikal, mental dan spiritual; membentuk generasi para guru pelatih yang bermaruah, dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara; dan memupuk daya kepemimpinan yang berkualiti, inovatif, kreatif, kritis dan berwawasan di kalangan guru-guru pelatih.

11

8.0

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH DAN DI RUMAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, staf sokongan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjahuinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Mengikut maklumat yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan, golongan yang ramai terjebak dengan dadah di negara ini ialah belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun. Kementerian Pelajaran Malaysia bimbang kerana mutakhir ini, umur dikesan mula menagih menurun kepada mereka yang berumur 13 tahun. Mengikut rekod ujian urin yang dijalankan di sekolah menengah untuk mengesan pelajar yang mencuba dadah mulai tahun 2001 hingga 2006, purata yang dikesan seramai 250 orang setahun daripada 5.3 juta pelajar. Tindakan susulan telah dibuat untuk mempastikan mereka tidak terus terlibat. Pihak sekolah diminta untuk menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah di mana Pengetua dan Guru Besar bertindak sebagai pengerusi. Pihak sekolah juga diminta untuk melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah yang telah diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri. Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah berteraskan empat pendekatan iaitu Kurikulum, Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pengurusan / Kepimpinan. Pentadbir telah diberi garis panduan yang jelas untuk melaksanakan semua program dan aktiviti di peringkat sekolah. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Antara program dan aktiviti teras yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah dan seterusnya dilaksanakan oleh para guru ialah Mesej Pendidikan Pencegahan Dadah, Ujian Pengesanan Dadah, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR), ceramah dan pameran, Pendidikan Pencegahan Dadah Dalam KBSM, Program Intervensi, Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah, Waja Diri, Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES), Kolokium Pendidikan Pencegahan Dadah, Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah, Sahabat Pemadam, Nafas Segar, Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah, dan Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah. Mengikut Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Narkotik, PDRM penghasilan dadah sintetik atau tiruan pada hari ini lebih bahaya daripada dadah asli (ganja, heroin, morfin). Pengambilan dadah jenis Amphetamins Type Stimulants (ATS) boleh mendatangkan kerosakan kekal kepada otak dan diri individu kerana bahan

12

campuran beracun yang turut dimasukkan ke dalamnya. Begitu juga dengan pengambilan syabu, pil kuda, ecstacy, inhalan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pergantungan kekal kepada dadah. Sehungan dengan itu, semua warga pendidikan di sekolah perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah mereka yang terlibat dengan dadah. Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah perlu digerak dan diaktifkan. Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) juga diminta untuk memainkan peranan aktif dalam mempastikan hasrat Sekolah Bebas Dadah akan tercapai. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah PIBG perlu diaktifkan di semua sekolah. Di rumah pula, ibu bapa dan keluarga hendaklah memainkan peranan masingmasing. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mencorak kelakuan, tingkah laku, tabiat, budi bahasa dan pendidikan agama. Anak-anak perlu diawasi pergerakan dan pergaulan mereka supaya tidak terpengaruh dengan gaya hidup bebas dan menghindarkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Tugas dan tanggungjawab dalam memerangi masalah dadah ini amat berat dan mencabar. Walau bagaimanapun, kita hendaklah yakin bahawa dengan semangat dan tekad yang tinggi, kita boleh berjaya. Apa yang kita laksanakan sekarang adalah untuk kebaikan warga pendidikan demi mencapai kesejahteraan keluarga, mayarakat dan negara. Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus mendokong usaha kerajaan untuk menghapuskan gejala negatif ini. Kementerian Pelajaran Malaysia akan terus mempertingkatkan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.

13

9.0

KESIMPULAN

Dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama, kita tidak boleh membiarkan masalah dadah menggugat negara kita dan membiarkan generasi muda kita terjejas. Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, agama, usia, dan jantina. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masalah ini juga telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan kes HIV/AIDS dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Sekali terjebak dengan gejala dadah amat sukar untuk mencari jalan keluar. Adalah menjadi dasar negara untuk memastikan warga Malaysia bebas daripada masalah dadah. Memandangkan bahayanya ancaman dadah kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, maka strategi menangani masalah dadah perlu ditingkatkan supaya ianya lebih berkesan. Ini termasuklah usahausaha pencegahan rokok, alkohol dan inhalan di kalangan murid sekolah. Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperolehi, mereka akan berasa keluhkesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya, mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni. Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Kita seharusnya bersama-sama menghapuskan najis dadah yang menjahanamkan masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu Perangi Dadah Habis-Habisan.

14

RUJUKAN

Abdul Ghafar Taib. (1988). Dadah: strategi dan kawalan di sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Ghafar Taib. (1989). Dadah dan pencegahannya di Malaysia. Lumpur: PAM Publishing (M) Sdn. Bhd. Kuala

C. P. Spencer & V. Navaratnam. (1976). Kajian salahguna dadah: Report: "A study of the misuse of drugs among secondary school children in the states of Penang and Selangor" Issue 3 of Monograf. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia. Jabatan Perdana Menteri Majlis Keselamatan Negara & Pasukan Petugas Anti Dadah. (1992). Dadah: Apa anda perlu tahu. Kuala Lumpur: Delmu (Malaysia). Laman Rasmi PEMADAM. Diperolehi: 27 Oktober 2011. [Atas Talian]. http://www.pemadam.org.my/cda/m_home/index.php Laman Web Rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. Diperolehi: 27 Oktober 2011. [Atas Talian]. http://www.adk.gov.my/web/guest Mahmood Nazar Mohamed, Mahmood Nazar Mohamed, et al. (2006). Mencegah, merawat & memulihkan penagihan dadah: beberapa pendekatan dan amalan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Mizan Adiliah. (2001). Pengurusan perkhidmatan personalia murid. Lumpur: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Mohd. Reduan Hj. Aslie. (1990). Krisis dadah. Kuala Lumpur: AMK Interaksi. Yahya Don. (2006). Professional. Psikologi sosial dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Kuala

15

You might also like