Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 49

DAYA SAING PELAJAR MELAYU/BUMIPUTERA: BEBERAPA PERSPEKTIF HOLISTIK

Nasrudin Mohammed

Abstract

Broadly, this paper, entitled The Malay/Bumiputera competitiveness: Some holistic perspectives is a mirror of the writers reflection of the Malay economic agenda and policy. It sets to approach the nations development issues with special reference to the current position of the Malays especially in terms of education and economy. Issues such as the participation and involvement of the Bumiputeras; the implementation of policy and strategies; and also issues that have affected the success of the Bumiputera economic agenda, higher education in particular; and the prospect and strategies in enhancing the Bumiputera economic agenda, will be reviewed and discussed. Keywords: competitiveness, indigenous, Bumiputera, Malay, graduate

AGENDA MELAYU/BUMIPUTERA Secara rasminya, belum wujud di negara ini suatu pelan khusus sepertimana yang ditunjukkan melalui cadangan Agenda Ekonomi Bumiputera yang direncanakan ini, selain daripada Agenda Nasional yang dilihat sebagaii polisi afirmatif kerajaan selepas tragedi 13 Mei 1969 dahulu.i Sebagaimana yang boleh dilihat di negara-negara lain, dasar ekonomi seperti yang dilihat dalam pengalaman pembangunan negara ini merupakan komitmen dan tanggungjawab kerajaan dalam mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat. Dalam tahun 1960 misalnya, kerajaan memperkenal Rancangan Buku Merah yang bertujuan untuk mendorong pembangunan kepada masyarakat desa manakala dalam tahun 1971 pula Rancangan Buku Hijau diperkenal untuk membangunkan sektor pertanian secara ekonomik kepada masyarakat tani di desa-desa.

Bagaimanapun, dorongan-dorongan dalam pelbagai bentuk yang menghala kepada penekanan Agenda Melayu secara dasarnya mula dirasai impaknya kepada sentimen umum masyarakat

24

ekoran penerbitan tulisan-tulisan seperti Zaaba (makalah-makalah di akhbar), Mahathir Mohamad (The Malay Dilemma), Senu Abdul Rahman (Revolusi Mental) dan Ungku Aziz (Jejak-Jejak di Pantai Zaman). Kira-kira 29 tahun lampau, Profesor Diraja Ungku Aziz (1975) yang merujuk penulisan Zaaba di dalam akhbar-akhbar tempatan - menyatakan, (Jelaslah bahawa) ...Zaaba telah meramalkan setengah abad terlebih dahulu dari Majlis Perundingan Negara tentang keperluan untuk menyusun semula masyarakat dan untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan orang Melayu.

Namun pemikiran-pemikiran di atas bukanlah satu-satunya sumber yang menguatkan azam politik kerajaan untuk mengubah kedudukan bangsa Melayu di tanahair ini.Kesemua pemikiran tersebut dilihat sebagai pembina psychological capacity, yang merupakan sebahagian daripada agenda besar pemimpin-pemimpin Melayu untuk membebaskan keseluruhan masyarakat Melayu daripada belenggu kemiskinan, mentaliti subsidi dan penyakit rendah diri. Komitmen untuk mempertingkat pencapaian anak-anak bangsa dalam semua aspek kehidupan did alam negara melibatkan keazaman dan wibawa politik yang jitu dan mantap. Dengan kata lain, kepemimpinan tertinggi orang-orang Melayu sendiri merupakan elemen terpenting yang menggerakkan kesedaran untuk mengubah nasib dan masa depan bangsa supaya lebih gemilang.

Usaha-usaha lebih konkrit kemudiannya diadakan terutamanya yang melibatkan perbincangan peringkat tertinggi, iaitu di tahap Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) apabila MTEN menghimpunkan sebilangan cendekiawan Melayu yang berminat dan mempunyai aspirasi yang sama ke arah Agenda Melayu pada 28 Julai 2004. Antara rumusan yang dicapai hasil daripada mesyuarat cendekiawan Melayu itu adalah:

25

Wujud kecelaruan pemikiran di kalangan orang Melayu mengenai peranan dan tanggungjawab UMNO dan kerajaan dalam memperjuangkan agenda ekonomi Bumiputera. Agenda ekonomi Bumiputera perlu diketengahkan sebagai isu nasional dan bukan isu perkauman. Peranan kerajaan dan UMNO perlu dipertingkatkan;

Cabaran utama yang dihadapi dalam membangunkan ekonomi Bumiputera ialah persaingan dan globalisasi serta pendidikan;

Strategi untuk menggerakkan semula agenda ekonomi Bumiputera perlu meneliti suasana masa kini bagi mengkaji kejayaan atau kegagalan mereka. Mekanisme pemantauan perlu juga diperkukuhkan untuk memastikan pelaksanaan strategi dan program agenda ekonomi Bumiputera dapat mencapai sasaran yang ditetapkan;

Perancangan menyeluruh perlu dilakukan bagi memberi tumpuan kepada sektor yang kurang diceburi Bumiputera. Sektor atau bidang tertentu seperti sekuriti, hartanah, bioteknologi, ICT, pembinaan dan perkhidmatan perlu diberi penekanan dalam usaha membangunkan ekonomi Bumiputera;

Mekanisme dan instrumen penyusunan semula masyarakat masih releven dan perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Bumiputera; dan

Sasaran agenda ekonomi Bumiputera perlu dijadikan sebahagian daripada indeks prestasi utama (KPI) bagi menilai prestasi syarikat milik kerajaan dan projek diswastakan.

Selain itu, ada usaha-usaha daripada kalangan ahli-ahli politik yang mengungkapkan Agenda Melayu pada kemuncak Perhimpunan Agung UMNO 2004. Meskipun tidak dinyatakan secara khusus bahawa Agenda Melayu itu merupakan luahan rasa kecewa orang-orang Melayu

26

terutamanya dari segi pencapaian ekonomi dan pendidikan tinggi bangsa Melayu sendiri, namun kelihatannya ungkapan tersebut kemudiannya mengundang rasa wasangka dan menyentuh sensitiviti kaum lain.ii Sejak itu, ungkapan Agenda Melayu seakan disenyapkan langsung daripada kegiatan-kegiatan pemberitaan dan wacana-wacana intelektual.

MENGENAI PENDIDIKAN TINGGI NEGARA Kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan rakyat tercermin melalui langkah mengemaskinikan institusi pendidikan negara apabila Kementerian Pendidikan dipisahkan menjadi dua buah kementerian berlainan yang mempunyai tanggungjawab dan peranan yang berbeza. Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Y.B. Datuk Hishamuddin Tun Hussien diberi tugas mengendalikan institusi pendidikan di peringkat sekolah, manakala Kementerian Pengajian Tinggi, di bawah pimpinan Y.B. Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh, bertanggungjawab menentukan haluan institusi pengajian tinggi negara.

Secara umum, Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia digubal berasaskan beberapa perkembangan tradisi dan modern serta perakuan-perakuan yang dimaktubkan melalui pelbagai Jawatankuasa khas yang mengkaji sistem pendidikan negara. Antara lain, dasar pendidikan negara ini diperkukuh dan dimantapkan oleh Penyata Razak (1956) dan dimaktubkan melalui Ordinan Pelajaran 1957. Dari semasa ke semasa, mengambil kira beberapa isu yang berbangkit, dasar pendidikan kebangsaan dinilai semula, diberi tafsiran baru serta ditambahbaik misalnya melalui kajian Jawatankuasa Rahman Talib (1960), serta diperkuat melalui peruntukan undangundang khasnya Akta Pelajaran 1961. Implikasi terpenting yang dilihat cukup signifikan serta memberi impak yang nyata kepada sistem pendidikan negara ini adalah langkah mengangkat

27

Bahasa Melayu sebagai sebagai pengantar utama dan kemudiannya pengenalan kepada subjek Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib - pada semua peringkat pendidikan, termasuk aspek-aspek kurikulum dan peperiksaan. Langkah ini, yang dilihat dan ditafsir sebagai laluan kepada ungkapan perinsip pendemokrasian pendidikan sekaligus membawa rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat negara ini untuk mendapat pendidikan percuma.

Dalam konteks pendidikan tinggi, penubuhan universiti-universiti awam, terutamanya Universiti Teknologi MARA (Dewan Latehan RIDA 1956; Kolej RIDA 1965; Institut Teknologi MARA 1967; dan Universiti Teknologi MARA 1999); Universiti Malaya (1961); Universiti Sains Malaysia (1969); Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Utara Malaysia (1985); Universiti Malaysia Sarawak (1992); Universiti Malaysia Sabah (1994); dan Universiti Perguruan Sultan Idris (1997), menyediakan landasan dan asas yang kukuh kepada sistem pendidikan tinggi negara ini untuk terus dikembangkan dan dibangunkan menurut acuan dan keperluan negara dari semasa ke semasa.

Sehingga tahun 2004, terdapat 17 buah universiti awam semuanya yang beroperasi di dalam persekitaran sistem pendidikan tanahair. Enrolmen di semua universiti awam bagi semua peringkat pengajian (pasca ijazah, Ijazah Pertama, Diploma dan Sijil) untuk sesi 2000/2001 pula adalah seramai 277,203.

Statistik Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menunjukkan dari segi jurusan pengajian, sehingga Rancangan Malaysia Ke 7, bilangan graduan ijazah pertama yang dihasilkan oleh universiti-universiti tempatan mengikut jurusan adalah seramai 78,433 bagi

28

bidang Sastera; 34,805 bidang Sains; dan 22,765 bagi bidang Teknikal. Sehingga sesi 2000/2001, enrolmen pasca siswazah (Kedoktoran, Sarjana, dan Diploma Lepasan Ijazah) di sebelas buah universiti awam UiTM, UM, USM, UKM, UPM, UTM, UIAM, UUM, UNIMAS, UMS, dan UPSI - pula mencatatkan sebanyak 30,477 orang.

Mengurus kesemua institusi pendidikan tinggi awam melibatkan komitmen dan perbelanjaan yang besar, khususnya dari segi kewangan. Sehingga Bajet 2005, jumlah peruntukan untuk tujuan belanja mengurus adalah sebanyak 89.1 bilion Ringgit (atau 75.9 peratus). Daripada jumlah tersebut, peruntukan terbesar, iaitu sebanyak 13.9 bilion ringgit (49.1 peratus) disalurkan ke sektor ekonomi bagi menampung keperluan infrastruktur, pertanian dan perindustrian, manakala 7.6 bilion ringgit (26.9 peratus) diperuntukkan ke sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan.iii

Meskipun institusi pendidikan swasta di negara ini dilaporkan bermula sejak tahun 1950an melalui pendidikan peringkat sekolah, persekitaran sistem pendidikan tinggi negara ini menyaksikan perkembangan baru malah boleh disifatkan sebagai perkembangan yang drastik sejak 1980an melalui penyertaan secara aktif dan agresif sektor swasta dalam industri pendidikan di negara ini.

Langkah Kementerian Pendidikan menaiktaraf Bahagian Pendidikan Guru dan Sekolah menjadi Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) pada tahun 1995 menjelaskan secara tersurat keperluan segera dan mendesak pihak kerajaan untuk mengurus peranan dan sumbangan pendidikan institusi pendidikan swasta dalam senario pendidikan tinggi tanahair. Penguatkuasaan Akta Institusi

29

Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (atau Akta 555) pula dengan sendirinya memperluas fungsi dan tanggungjawab JPS dalam mengurus hal-ehwal pendidikan swasta secara khusus dan umum, terutamanya berkaitan pendaftaran IPTS dan permohonan memperbaharui kursus pengajian. Sebagai langkah memantau dan mengurus persoalan kualiti, Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ditubuhkan khusus untuk tujuan tersebut.

Jadual 1 - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Sehingga 31 Disember 2002) INSTITUSI IPTS Bertaraf Universiti IPTS Bertaraf Universiti (Kolej Universiti) IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara) IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara) IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej) Keseluruhan IPTS BILANGAN INSTITUSI 11 1 (3) 4 518 534 BILANGAN PELAJAR 29,747 488 6,836 4,740 252,789 294,600 TENAGA PENGAJAR 1,371 45 348 191 12,391 14,346

Sehingga tahun 2002, jumlah IPTS berdaftar di negara ini adalah sebanyak 534 dengan jumlah keseluruhan pelajar berdaftar seramai 294,600 orang (Jadual 1). Ekoran penguatkuasaan Akta 555, sebelas buah universiti swasta dan satu kolej universiti telah diluluskan penubuhannya, antaranya : Multimedia University (MMU) 1999; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 1999; Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) 1999; Universiti Teknologi Petronas (UTP) 1999; International Medical University (IMU) 1999; Universiti Industri Selangor (UNISEL) 2000; Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) 2000; Malaysian University of Science & Technology (MUST) 2000; Monash University Sunway Malaysia (MUSM) 1999; Curtin University of

30

Technology Sarawak, Malaysia (CSM) 1999; University of Nottingham in Malaysia (UniM) 2000; dan FTMS DeMonfort University (FDMU) 2000.

Halatuju Institusi Pendidikan Tinggi Pada penghujung abad ke 20, dua fenomena besar dikatakan tercetus: (1) peledakan maklumat; dan (2) pertembungan atau konfrontasi ideologi / budaya antara kuasa-kuasa besar dunia.

Implikasi daripada fenomena ini, berlaku perubahan dan anjakan besar-besaran seluruh dunia, yang pada hari ini dikenal sebagai globalisasi. Dalam konteks pendidikan tinggi, banyak universiti di mana-mana rantau sekalipun mula memberikan keutamaan kepada pemakaian paradigme universiti yang tunggal dalam operasi masing-masing (meskipun ramai sarjana yang tidak bersetuju dengan ungkapan paradigme itu sendiri atas pelbagai sebab). Dengan peresapan pengaruh industrialisasi dan komersilisasi dalam seni pengurusan perniagaan, banyak universiti diharapkan untuk beroperasi kurang lebih sama seperti badan-badan perniagaan di pasaran pengguna, yang berfungsi untuk menghasilkan kepakaran teknikal dalam pelbagai disiplin pengetahuan kepada para graduan dan orang-orang lain yang dianggap sebagai pelanggan terutamanya pihak majikan dan kerajaan.

Selain daripada itu, abad ke 20 dan 21 dicorakkan dengan peralihan secara terang-terangan dari segi mode ekonomi. Penekanan mula berubah daripada beberapa tahap:

1.

Dari tahap ekonomi berasaskan buruh kepada modal (labor intensive capital intensive)

31

2. 3.

Dari tahap berasaskan modal kepada pasaran (capital intensive market based) Dari tahap berasaskan pasaran kepada pengetahuan dan kemahiran (knowledge based).

Dengan itu, universiti secara sukarela mahupun terpaksa didorong dan terdorong untuk memikirkan pemilihan rentak dan strategi operasi yang konsisten sebagai pilihan untuk survival dan reputasi masing-masing. Meskipun banyak universiti awal yang lampau ditubuhkan lebih atas faktor-faktor khusus, seperti tuntutan agama dan kepercayaan, namun kemudiannya, tidak kurang bilangannya universiti tersebut yang kemudiannya beroperasi sebagai syarikat-syarikat komersil. Sebagai contoh, Harvard, universiti tertua di Amerika Syarikat dilaporkan memiliki kekayaan melebihi 6 bilion USD. Di sesetengah negara Asia pula umpamanya Jepun, Korea, dan Taiwan ada kecenderungan atau trend yang menunjukkan bahawa universiti swsta kian menumbuh dan di sebahagian negara tersebut, ada universiti yang disenaraikan dalam pasaran saham.

Selain daripada itu, banyak universiti baru dibangunkan terutamanya di United Kingdom, Australia, Amerika Utara, Eropah Tengah dan Timur. Tidak banyak yang berbeza dari segi orientasi universiti-universiti berkenaan. Masing-masing tidak mampu menyembunyikan pengaruh korporatisme yang mendasari pengoperasian sendiri. Bagaimanapun, di Eropah Barat, perkembangan sebegini tidak begitu dikesan.

Semua perkembangan ini menunjukkan ada tanda-tanda bahawa proses perubahan organisasi dalam pendidikan tinggi sedang berlaku secara global. Di tanahair kita sendiri, trend serupa itu sudah jelas dan terbukti: misalnya, penubuhan universiti berasaskan keperluan industri yang

32

terang-terang ditunjukkan melalui nama universiti seperti UNITEN, Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Industri Selangor, Universiti Multi Media dan beberapa yang lain. Sehingga Februari 2003, kita mempunyai 9 buah universiti swasta, 15 buah universiti awam, dan 685 buah kolej.

SENARIO GUNA TENAGA MASA KINI Taburan Tenaga Buruh Tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur 15-64 tahun pada minggu rujukan dan yang sama ada berstatus bekerja ataupun menganggur.

Taburan tenaga buruh di negara ini pada tahun 2003iv menunjukkan secara keseluruhannya bilangan tenaga buruh (yang berada dalam lingkungan umur bekerja antara 15-64 tahun) adalah kira-kira 10.3 juta orang. Daripada jumlah tersebut, 4.7 juta orang adalah daripada etnik Melayu (Bumiputera lain adalah sebanyak kira-kira 1 juta orang) manakala kumpulan etnik Bukan Bumiputera pula mencatat sebanyak 3.4 juta orang tenaga buruh. Jika mengikut kumpulan umur, jumlah terbesar tenaga buruh yang direkodkan di negara ini adalah daripada kumpulan umur 2024 tahun (15.9%). Jumlah terbesar tenaga buruh kumpulan etnik Bumiputera (15.3% Melayu & 16.3% Bumiputera lain) adalah terdiri daripada kumpulan berumur 25-29 tahun (bagi etnik Melayu) dan 20-24 tahun (bagi etnik Bumiputera lain). Di kalangan Bukan Bumiputera pula, peratusan tertinggi tenaga buruh di kalangan etnik Cina adalah daripada kumpulan umur 25-29 (15.3%) manakala di kalangan etnik India pula, peratusan tertinggi tenaga buruh mereka adalah daripada kumpulan umur 20-24 (15.8%). Lihat Jadual 2.

33

Jadual 2 - Taburan peratus tenaga buruh mengikut umur dan kumpulan etnik, 2003 Kumpulan Umur Jumlah Bumiputera Cina Lain 10,239,600 4,731,100 1,082,300 2,577,700 (100%) (100%) (100%) (100%) 5.8 6.4 9.4 3.1 15-19 15.8 17.5 16.3 12.7 20-24 15.8 15.3 14.3 15.3 25-29 13.5 13.1 14.3 14.4 30-34 13.2 12.8 12.9 13.4 35-39 11.7 11.5 11.0 12.6 40-44 9.9 9.9 8.9 11.7 45-49 7.1 7.1 6.7 8.9 50-54 3.9 3.8 4.4 5.2 55-59 2.3 2.4 3.1 2.8 60-64 Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, JUMLAH Melayu India 761,400 (100%) 5.3 15.8 15.7 14.8 14.0 12.7 10.7 6.9 2.9 1.3 Jabatan Statistik

Malaysia.

Penyertaan Tenaga Buruh Penyertaan Tenaga Buruh bermaksud peratusan mereka yang aktif secara ekonomi berbeza antara kumpulan-kumpulan kecil penduduk. Perbezaan itu diukur dengan kadar aktiviti tertentu, yang dikenali sebagai kadar penyertaan tenaga buruh.

Perbandingan antara etnik sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 3 menunjukkan kedudukan penyertaan tenaga buruh bagi etnik-etnik Melayu, Bumiputera lain, Cina dan India. Melainkan Bumiputera lain, kadar penyertaan tenaga buruh yang tertinggi bagi ketiga-tiga etnik Melayu, Cina dan India diwakili oleh kumpulan umur 25-29. Faktor pendidikan dan demografi menyumbang kepada trend penyertaan tenaga buruh sebegini. Spekulasi awal mungkin boleh dibuat untuk menjelaskan sebab kenapa trend sedemikian tidak terlihat di dalam kumpulan etnik Bumiputera lain, antaranya termasuklah faktor demografi Bumiputera lain yang lebih banyak berada di luar kawasan pasaran pekerjaan dan industri. 34

Jadual 3 - Penyertaan tenaga buruh mengikut umur dan kumpulan etnik, 2003 Kumpulan JUMLAH Melayu Bumiputera Cina India Umur Lain Jumlah 65.2 63.1 66.0 63.8 63.5 22.0 33.5 15.6 23.1 24.2 15-19 71.6 72.0 66.8 67.2 72.6 20-24 80.8 79.7 72.0 85.4 78.7 25-29 77.8 75.8 71.9 80.4 78.4 30-34 76.3 74.9 75.7 75.5 77.0 35-39 75.1 78.0 74.0 75.5 75.8 40-44 75.4 75.1 81.7 73.7 70.0 45-49 69.0 69.0 80.0 66.8 60.8 50-54 53.4 52.5 72.4 50.8 38.8 55-59 42.0 43.8 66.2 35.7 25.9 60-64 Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia. Penelitian terhadap statistik etnik Melayu berasaskan perbandingan antara gender menunjukkan kadar tertinggi penyertaan tenaga buruh bagi lelaki adalah di dalam kelompok umur 30-34 tahun manakala di kalangan perempuan, kadar tertinggi ditunjukkan oleh kelompok umur 35-39. Bagi kelompok umur 15-19, iaitu peringkat di mana individu mulai meninggalkan alam persekolahan, tenaga buruh lelaki lebih tinggi kadarnya, iaitu 27.4 berbanding perempuan (16.5). Ini mungkin boleh dijelaskan melalui pencapaian akademik masing-masing, yang antara lain statistik pendidikan menunjukkan pencapaian akademik perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Rujuk Jadual 4 . Jadual 4 - Penyertaan tenaga buruh mengikut kumpulan umur & jantina, Melayu, 2003 Kumpulan Umur JUMLAH 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 Lelaki 79.9 27.4 81.5 96.6 98.1 98.7 97.6 35 Perempuan 46.4 16.5 62.4 63.1 54.2 51.5 52.8

97.6 52.3 45-49 93.9 43.3 50-54 73.7 30.6 55-59 65.9 22.2 60-64 Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia. Taburan Penduduk Yang Bekerja Penduduk yang bekerja bererti semua orang yang bekerja sekurang-kurangnya sejam semasa minggu rujukan untuk mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga (sebagai majikan, pekerja, pekerja sendiri atau pekerja keluarga tanpa gaji).

Jadual 5 - Taburan penduduk yang bekerja, mengikut umur & kumpulan etnik, 2003 Cina Bumiputera Lain 9,869,000 4,547,200 1,022,800 2,503,000 (100%) (100%) (100%) (100%) 5.1 5.4 8.0 2.8 15-19 14.9 16.5 15.0 12.1 20-24 15.9 15.5 14.3 15.3 25-29 14.6 13.8 13.5 14.4 30-34 13.6 13.2 13.5 13.6 35-39 12.0 11.8 11.5 12.8 40-44 10.2 10.2 9.4 11.9 45-49 7.3 7.3 6.9 9.0 50-54 4.0 3.9 4.6 5.2 55-59 2.4 2.4 3.2 2.9 60-64 Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Malaysia. Melayu Kumpulan Umur Jumlah JUMLAH India 725,500 (100%) 4.6 14.8 15.8 15.2 14.5 13.0 10.7 7.1 2.9 1.3 Jabatan Statistik

Jadual 5 menunjukkan taburan penduduk yang bekerja mengikut umur dan etnik pada tahun 2003. Antara ketiga-tiga etnik (Melayu, Cina dan India) terdapat sedikit perbezaan dari segi bilangan penduduk yang bekerja, terutamanya di dalam kelompok umur 20-24 dan 25-29. Kelompok umur 20-24 adalah fasa antara persekolahan tinggi dan pra-ijazah manakala kelompok 36

25-29 adalah fasa umum antara peringkat ijazah dan permulaan meninggalkan pengajian ijazah pertama di universiti. Peratusan penduduk Melayu yang bekerja pada peringkat umur 20-24 adalah lebih tinggi berbanding dengan Cina dan India, yang peratusan tertinggi mereka adalah di dalam kelompok umur 25-29, iaitu masing-masing 15.3% dan 15.8%. Ini mencadangkan kemungkinan bahawa bilangan pelajar Melayu meninggalkan persekolahan tinggi dan kemudiannya bekerja (dan tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi) adalah suatu trend semasa. Ini disokong oleh Jadual 6 yang menunjukkan kira-kira 41% penduduk Melayu yang bekerja memperolehi sijil tertinggi SPM/MCE berbanding 29% di kalangan etnik Cina dan 30% di kalangan etnik India.

Jadual 6 - Taburan peratus penduduk bekerja mengikut sijil tertinggi Diperolehi & kumpulan etnik, 2003 Sijil Tertinggi diperolehi JUMLAH PMR/SRP/LCE SPM/MCE STPM/HSC Diploma/Sijil Ijazah Tiada Sijil Bumiputera Cina Lain 4,547,400 1,022,800 2,503,000 (100%) (100%) (100%) 13.4 14.2 15.1 40.8 22.1 29.2 3.7 2.0 3.0 8.8 4.1 8.5 7.0 2.0 9.1 23.4 41.01 32.9 Melayu India 725,500 (100%) 18.6 29.7 3.1 6.3 6.7 32.3

Perbandingan langsung yang dibuat terhadap penduduk Melayu yang bekerja berdasarkan jantina menunjukkan trend yang agak konsisten: bahawa lebih ramai perempuan bekerja berkelulusan STP/MCE, Diploma/Sijil dan Ijazah berbanding lelaki.

37

Jadual 7 - Taburan Peratus Penduduk Bekerja Mengikut Sijil Tertinggi Diperolehi dan Jantina, Melayu 2003 LELAKI PEREMPUAN 2,877,300 1,670,1000 (100%) (100%) 15.5 9.7 PMR/SRP/LCE 40.5 41.5 SPM/MCE 3.1 4.9 STPM/HSC 7.5 11.0 Diploma/Sijil 6.1 8.7 Ijazah 25.4 19.8 Tiada Sijil Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia Sijil Tertinggi diperolehi JUMLAH

Perbandingan antara lelaki dan perempuan Melayu yang bekerja mengikut umur - tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Daripada kira-kira 1.7 juta perempuan Melayu yang bekerja, peratusan tertinggi diwakili oleh kelompok umur 20-24 (19.5%) berbanding lelaki (iaitu kira-kira 15% daripada jumlah keseluruhan bekerja seramai kira-kira 2.9 juta orang.

Jadual 8 - Taburan penduduk yang bekerja mengikut umur & jantina, Melayu 2003 Kumpulan Umur Lelaki Jumlah 2,877,300 5.4 15-19 14.8 20-24 14.6 25-29 13.9 30-34 13.6 35-39 12.1 40-44 10.5 45-49 7.9 50-54 4.4 55-59 2.8 60-64 38 Perempuan 1,670,100 5.4 19.5 17.0 13.7 12.5 11.4 9.6 6.2 3.1 1.7

Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia. Jadual 9 - Peratusan penduduk bekerja mengikut pekerjaan & kumpulan etnik, 2003 Pekerjaan Jumlah Jumlah 9,869,70 0 (100%) Melayu B/puter Cina India a lain 4,547,40 1,022,80 2,503,00 725,50 0 0 0 0 (100%) (100%) (100%) (100% ) 6.4 2.8 15.2 7.5

Penggubal undang2, pegawai kanan & 8.0 pengurus Profesional 5.4 6.1 2.7 6.8 5.8 Juruteknik & profesional bersekutu 12.4 14.8 9.8 12.3 14.1 Perkeranian 9.5 10.5 6.9 12.2 9.7 Pekerja perkhidmatan, kedai & jurujual 14.2 15.0 11.6 17.4 11.1 Pekerja mahir pertanian & perikanan 12.7 10.4 34.9 4.8 5.1 Pekerja pertukangan & berkaitan 12.5 10.8 10.8 17.7 8.9 Operator loji & mesin serta pemasang 14.4 16.1 10.3 8.5 25.4 Pekerjaan asas 11.0 9.9 10.2 5.1 12.4 Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia

Apabila rujukan silang dibuat untuk membandingkan peratusan penduduk bekerja antara etnik Melayu dan bukan-Melayu berasaskan jenis pekerjaan, dapat dilihat betapa peratusan penduduk Melayu yang bekerja khususnya di peringkat tertinggi (tiga teratas sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 9), lebih rendah berbanding penduduk bekerja dari kalangan etnik Cina dan India. Hal ini disentuh dengan lebih mendalam di bawah sub-topik Dominasi profesion kritikal dan Jadual Bilangan profesional Bumiputera 1980 dan 2002.

Di kalangan penduduk bekerja etnik Melayu, tiga kategori pekerjaan yang teratas, iaitu pekerjaan-pekerjaan penggubal undang-undang, pegawai kanan & pengurus; profesional; dan juruteknik & profesional bersekutu, kesemuanya menunjukkan peratusan tertinggi bagi kelompok perempuan. Daripada kira-kira 1.6 juta perempuan Melayu bekerja (berbanding kira-

39

kira 2.9 juta lelaki Melayu bekerja), kira-kira 30% daripada mereka bekerja dalam kategori pekerjaan tiga teratas tersebut berbanding dengan kira-kira 26% di kalangan lelaki.

Jadual 11 - Peratusan penduduk bekerja mengikut pekerjaan & jantina, Melayu 2003 Pekerjaan Jumlah Penggubal undang2, pegawai kanan & pengurus Profesional Juruteknik & profesional bersekutu Perkeranian Pekerja perkhidmatan, kedai & jurujual Pekerja mahir pertanian & perikanan Pekerja pertukangan & berkaitan Operator loji & mesin serta pemasang Pekerjaan asas Jumlah 9,869,700 (100%) 8.0 5.4 12.4 9.5 14.2 12.7 12.5 14.4 11.0 Lelaki 2,877,300 (100%) 7.4 5.1 13.8 6.4 13.8 12.4 13.3 16.4 11.3 Perempuan 1,670,100 (100%) 4.8 7.6 16.5 17.6 17.1 7.0 6.4 15.5 7.4

40

Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia

Pencapaian Pendidikan Tenaga Buruh Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 12, perbandingan antara kumpulan-kumpulan etnik dari segi peratusan tenaga buruh mengikut pencapaian pendidikan masing-masing tidak menunjukkan sebarang penonjolan tertentu. Majoriti tiap-tiap kumpulan etnik berada di dalam kelompok tenaga buruh yang mempunyai latar belakang pendidikan peringkat menengah. Bagaimanapun, bilangan tenaga buruh yang mempunyai pencapaian pendidikan di peringkat tertiari jika dibuat perbandingan antara etnik menunjukkan kumpulan etnik Cina memiliki lebih ramai tenaga buruh yang berkelulusan peringkat tertiari, iaitu kira-kira 21% (berbanding Melayu <17.8%>; India=<16.5%>).

Jadual 12 - Taburan peratus tenaga buruh mengikut pencapaian pendidikan dan kumpulan etnik, 2003 Pencapaian Pendidikan JUMLAH Bumiputera Cina India Lain 10,239,600 4,731,100 1,082,300 2,577,700 761,400 (100%) (100%) (100%) (100%) (100%) 4.8 2.8 14.0 2.2 3.4 Melayu

JUMLAH Tiada pendidikan rasmi 19.1 27.4 19.9 20.0 22.4 Rendah 55.3 58.2 49.7 57.0 60.1 Menengah 17.5 17.8 8.9 20.9 16.5 Tertiari Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia. Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut sijil tertinggi yang diperolehi secara perbandingan antara kumpulan-kumpulan etnik secara umumnya berimbang. Perbandingan yang dibuat dalam kumpulan etnik Melayu, bagaimanapun, menunjukkan trend penyertaan tenaga buruh lelaki dan perempuan yang agak meninggi di kalangan pemegang sijil persekolahan tinggi (STPM/HSC) dan tertiari. Lihat Jadual 13 dan Jadual 14 berikut.

41

Jadual 13 - Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut sijil tertinggi diperolehi & kumpulan etnik, 2003 Sijil Tertinggi diperolehi Bumiputera Cina India Lain JUMLAH 63.1 66.0 63.8 63.5 44.8 52.4 53.2 53.7 PMR/SRP/LCE 69.5 69.4 67.5 67.5 SPM/MCE 73.0 77.8 68.5 78.4 STPM/HSC 83.1 82.5 82.8 85.3 Diploma/Sijil 92.4 91.0 90.4 88.2 Ijazah 57.3 67.5 61.0 61.9 Tiada Sijil Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Melayu

Malaysia.

Jadual 14 - Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut sijil tertinggi diperolehi & jantina, MELAYU 2003 Sijil Tertinggi diperolehi LELAKI PEREMPUAN JUMLAH 79.9 46.4 62.1 25.3 PMR/SRP/LCE 85.2 53.1 SPM/MCE 87.6 61.9 STPM/HSC 86.9 79.1 Diploma/Sijil 94.7 89.9 Ijazah 80.0 35.1 Tiada Sijil Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2003, Jabatan Statistik Malaysia

42

PENDIDIKAN TINGGI & PENCAPAIAN MELAYU/BUMIPUTERA Pelajar Melayu & Dominasi bidang-bidang kritikal Dominasi bangsa-bangsa lain terhadap bidang-bidang yang dianggap kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Perakaunan, Kejuruteraan, Undang-Undang, Farmasi dan sebagainya bukan lagi suatu fakta yang terselindung. Jika ditinjau perkembangan sektor pekerjaan, aliran penguasaannya adalah sangat jelas. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyenaraikan impak halatuju pengajian tinggi terhadap pelajar-pelajar Melayu. Perubahan selalunya mengambil masa untuk dilihat kesannya. Dalam siri perubahan juga, sebahagian daripadanya boleh dilihat menggunakan mata kasar manakala selebihnya perlu disokong dengan pelbagai dalil dan bukti yang menyakinkan. Bagaimanapun,apa yang barangkali boleh diperlihatkan adalah pemerhatian serta analisis yang dibuat setelah mengambilkira senario semasa yang berupaya memberi petanda mengenai kedudukan pelajar-pelajar Melayu dalam sektor pendidikan tinggi. Jadual 15 - IPT dan pecahan bilangan pelajar mengikut kaum (2001) PECAHAN KAUM BUMIPUTERA (%) BUKAN BUMIPUTERA (%)

JUMLAH IPTA 1. Ijazah 139,920 97,836 (69.9) 42,084 (30.1) 2. Diploma 59,479 49,588 (83.4) 9,891 (16.6) IPTS* 1. Ijazah & Diploma (Tempatan) 203,391 20,339 (10.0) 183,052 (90.0) 2. Luar Negara 50,000 5,000 45,000 NISBAH B:BB 1 : 1.4 Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia * Bagi IPTS bilangan yang diperolehi adalah berdasarkan andaian bahawa 90% pelajar adalah bukan bumiputera dan selebihnya bumiputera sebanyak 10%

43

Laporan perangkaan menunjukkan pada tahun 1980 bilangan doktor bumiputera adalah berjumlah 341 berbanding doktor keturunan Cina sebanyak 1,534 dan India sebanyak 1,467. Bilangan doktor bumiputera ketika itu hanyalah 10 peratus daripada semua doktor tempatan. Bagaimanapun menjelang akhir Disember 2002 jumlah doktor Melayu telah meningkat berpuluh kali ganda dan mencapai bilangan 4,969 orang. Jumlah tersebut mewakili 39 peratus daripada doktor tempatan di Malaysia.

Bagaimanapun, dalam tempoh berkenaan juga jumlah doktor Cina telah meningkat kepada 3,977 atau 31 peratus dan India kepada 3,730 atau 30 peratus yang menunjukkan dasar-dasar afirmatif kerajaan terutamanya melalui DEB - tidak mengehadkan kemajuan kaum-kaum lain, sebaliknya turut dirangsang. Pencapaian akademik yang baik dalam bidang profesional itu juga menyaksikan banyak daripada mereka menjadi pengamal perubatan swasta. Hari ini, kita boleh lihat klinik-klinik yang diusahakan oleh bumiputera begitu ketara di sana sini termasuk di bandar-bandar dan pekan-pekan kecil di seluruh negara. Penglibatan itu tidak terbatas sekadar klinik-klinik kecil malahan diperbesarkan hingga menjadi pusat-pusat perubatan terkenal yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Seperti kedoktoran, pencapaian dalam bidang kejuruteraan yang dibelenggu persepsi kononnya bumiputera lemah dalam bidang itu merupakan satu lagi kejayaan yang menarik untuk direnungkan.

Pada tahun 1980 bilangan jurutera bumiputera berjumlah 1,533 orang atau 19 peratus daripada jurutera tempatan tetapi pada akhir 2002 jumlah tersebut meningkat kepada 16,773 orang atau 44 peratus daripada jumlah keseluruhan. Dalam tempoh yang sama, bilangan jurutera kaum Cina meningkat daripada 5,904 atau 74 peratus kepada 19,779 atau 51 peratus manakala jurutera kaum India meningkat daripada 526 atau 7 peratus kepada 2,058 atau 5 peratus.

44

Bagi bidang senibina, jumlah arkitek bumiputera pada 1980 hanyalah 57 orang atau 11 peratus berbanding 461 arkitek kaum Cina dan tujuh kaum India. Menjelang akhir Disember 2002 menyaksikan jumlah arkitek bumiputera mencapai 1,337 atau 43 peratus berbanding 1,726 dari kaum Cina (55 peratus) dan kaum India sebanyak 48 orang (dua peratus).

Bidang perakaunan menyaksikan jumlah akauntan bumiputera meningkat daripada hanya 120 orang pada 1980 kepada 3,093 orang pada 2002. Ia juga merupakan peningkatan daripada 8 peratus kepada 18 peratus. Penguasaan kaum Cina dalam bidang ini kekal tinggi iaitu meningkat dari 1,261 atau 84 peratus kepada 12,828 atau 76 peratus bagi tempoh dalam kajian. Apa yang menarik dan malah signifikan di sini adalah peranan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyumbang kepada majoriti akauntan berdaftar (terutamanya ACCA) di kalangan kaum Bumiputera negara ini. Bagi kaum India pula mencatat peningkatan daripada 116 kepada 907 akauntan dalam tempoh tersebut.

Jadual 16 - Peratusan Keahlian Ikhtisas Yang Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik, 1980, 1990 dan 2002
1980 1980 1990 1990 2002 2002 Bukan Bukan Bumiputer Bumiputer Bukan Bumiputer a a Bumiputera Bumiputera a 89.0 23.6 76.4 43.0 57.0

Bumiputera ARKITEK PELUKIS PELAN BANGUNAN AKAUNTAN JURUTERA DOKTOR GIGI DOKTOR VETERINA JURU UKUR PEGUAM 11.0

N/A 8.0 19.0 N/A 10.0 N/A N/A 15.0

N/A 92.0 81.0 N/A 90.0 N/A N/A 85.0

33.2 11.0 13.1 26.6 27.8 33.6 43.9 30.1

66.8 89.0 83.9 73.4 72.2 66.4 56.1 69.9

N/A 18.0 44.0 34.8 39.0 42.6 47.8 34.0

N/A 82.0 66.0 65.2 61.0 57.4 52.2 66.0

Sumber: Laporan Ekonomi; Laporan Perangkaan 45

Jadual 17 - Bilangan profesional Bumiputera 1980 dan 2002 1980 3,342 525 1,497 7,963 1,150 405 325 2002 12,676 3,111 16,828 38,610 10,209 2,334 1,078

Doktor Arkitek Akauntan Jurutera Peguam Juru ukur Doktor veterinar

Doktor gigi 1,102 2,183 Sumber: Laporan Ekonomi; Laporan Perangkaan

Pemilikan Kekayaan dan Modal Sehingga tahun 1981, pendapatan purata per kapita Malaysia hanyalah di sekitar RM3,737. Ini jelas jauh berbeza berbanding dengan apa yang rakyat negara ini nikmati pada masakini iaitu RM14,000. Dengan jumlah penduduk Malaysia pada ketika ini melebihi 25 juta, kemudahan infrastruktur dikelaskan hampir sama dengan negara maju. Jika pada tahun 1980 pendapatan purata bulanan isirumah hanyalah 678 Ringgit Malaysia tetapi pada tahun 2002 kadar tersebut meningkat kepada 2,472 Ringgit Malaysia dengan peningkatan sebanyak 365 kali ganda. Dalam hal yang sama, tahun 1980 pendapatan purata bulanan isirumah penduduk luar bandar dan bandar adalah masing-masing 523 Ringgit Malaysia dan 1,045 Ringgit Malaysia tetapi pada tahun 2002 masyarakat luar bandar mencapai 1,718 Ringgit Malaysia sementara penduduk bandar 3,103 Ringgit Malaysia. Berasaskan rekod tersebut pendapatan bulanan purata isirumah penduduk luar bandar meningkat lebih tinggi berbanding di bandar iaitu masing-masing 328 kali ganda dan 297 kali ganda bagi bandar. Mengikut pecahan kaum pula, pada tahun 1980 46

pendapatan purata bulanan isirumah kaum Bumiputera ialah RM 192, China RM 1,002 dan India 756. Bagaimanapun tahun 2002 mencatatkan pendapatan bulanan purata isirumah bagi

Bumiputera pada kadar RM 1,984, China RM 3,456 dan India RM 2,707. Rekod ini jelas membuktikan bahawa kaum Bumiputera mengecapi peningkatan pendapatan purata bulanan isirumah yang paling signifikan dengan peningkatan sebanyak 403 kali ganda diikuti India 357 kali ganda, sementara China 345 kali gandav.

Dari segi pemilikan modal, sehingga tahun 1970, jumlah modal saham yang dimiliki oleh Bumiputera tidak lebih daripada 2.5%. Memanglah kelihatannya ada berlaku peningkatan itupun apabila DEB dilaksanakan namun peratusannya sehingga tahun 1990 tidakpun melebihi 20% walhal sasaran kerajaan adalah pada 30%. Petunjuk-petunjuk pegangan saham dan ekuiti negara tidak memungkinkan kita untuk mengharapkan pegangan individu kaum Bumiputera sendiri. Alasannya jelas. Sehingga kira-kira 10-12 tahun lampau, nilainya tidak lebih pun daripada RM16 Juta, atau kira-kira kurang daripada 15% daripada jumlah keseluruhan pemilikan saham di negara ini. Maka kaum Bumiputera terpaksa melupakan keupayaan individu. Pada masa yang sama, sewaktu nilai pegangan Bumiputera kurang daripada 15%, kaum Cina sudahpun menguasai lebih daripada 45% daripada keseluruhan modal saham syarikat-syarikat berhad.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) (2002) melaporkan pengurangan peratusan hakmilik saham Bumiputera dalam sektor korporat daripada 18.9% dalam tahun 2000 kepada 18.7% pada 2002. Secara keseluruhannya, walaupun ada peningkatan nilai modal saham Bumiputera daripada 62.98 bilion ringgit kepada 73.16 bilion ringgit (atau 7.8%), namun kadar

47

pertumbuhan pemilikan saham yang lebih tinggi di kalangan kaum Cina telah memberi kesan terhadap kedudukan pegangan kaum Melayu.

Secara perbandingan, sehingga tahun 2000, jumlah modal Bukan Bumiputera keseluruhannya adalah 41.3% (137.41 bilion ringgit) dengan pecahan terbesarnya dimiliki oleh kaum Cina 129.32 bilion ringgit (38.9%). Bagaimanapun, pada tahun 2002, pegangan kaum Bukan Bumiputera adalah sebanyak 168.96 bilion ringgit, dengan 40.9% (159.8 bilion ringgit) daripadanya adalah di dalam pegangan kaum Cina.

Dengan kata lain, jumlah pemilikan modal saham kaum Cina meningkat 15.2 bilion ringgit setahun, iaitu 3 kali lebih tinggi daripada pemilikan Bumiputera, iaitu 5.1 bilion ringgit yang meliputi modal milik institusi, agensi amanah dan juga pegangan individu.

Apa yang dikatakan punca kejayaan kaum Cina dikaitkan dengan asas syarikat mereka yang kukuh, daya tahan menghadapi cabaran, rangkaikerja (networking) yang baik dan tersebar serta disokong dengan pengalaman dan kemahiran yang luas. Sekiranya dilihat mengikut sektor, kaum Bumiputera kekal tinggi dalam sektor pertanian (28.31%); pembinaan (24.5%); dan pengangkutan (23.6%). Namun demikian, hakmilik ekuiti Bumiputera dalam pembuatan kekal rendah pada kadar 10.5%.

48

Pengangguran Siswazahvi Majoriti (68%) siswazah yang menganggur di negara ini sehingga Mei 2002 adalah perempuan.vii Punca-punca pengangguran tersebut dikaitkan antara lainnya dengan: 1. 2. Kira-kira 70% pelajar di peringkat tertiari adalah perempuan; Perempuan didapati lebih memilih kerja dan mengutamakan tempat kerja yang berdekatan dengan tempat tinggal; dan 3. Faktor bahasa Inggeris.

Kajian Morshidi et.al (2004)viii mencadangkan beberapa punca siswazah Melayu lebih ramai menganggur berbanding siswazah daripada bangsa lain. Antaranya adalah: 1. Siswazah Melayu kurang inisiatif, misalnya dalam berusaha untuk mendapatkan pekerjaan dengan lebih gigih; 2. Siswazah Melayu tidak mudah berubah manakala keupayaan mereka untuk berubah mengikut arus pula adalah lemah; 3. Siswazah Melayu cenderung mempamerkan pemikiran negatif dan tanggapan yang tidak realistik tentang perkara di sekitar mereka, misalnya lebih kerap menyalahkan faktor luaran yang menyebabkan mereka gagal memperoleh pekerjaan seperti diskriminasi dan isu pakaian seperti tudung.

Kesimpulannya, spekulasi mengenai sebab-sebab berlakunya pengangguran di kalangan siswazah telah banyak dibuat menerusi pelbagai kajian (misalnya yang diusahakan oleh IPPTN 2004 Monograf 3; IPPTN 2004 Monograf 2; MTEN Study on The Unemployment Situation in Malaysia 2003; Institute of Economic Growth UND 2000; 1998 Annual Survey of Journalism &

49

Mass Communication Graduates University of Georgia). Antara lain, bolehlah dirumuskan bahawa pengangguran siswazah dikaitkan dengan:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Pertalian antara kadar pertumbuhan ekonomi dengan penawaran siswazah; Model pertumbuhan ekonomi yang berintensifkan modal; Pertambahan mendadak jumlah tenaga kerja siswazah; Kurangnya jalinan antara institusi pendidikan dengan industri; Kurangnya latihan untuk persediaan pekerjaan; Peningkatan mendadak jumlah penduduk dan penurunan kadar kematian; Pengembangan pendidikan; Kemelesetan ekonomi; Kualiti pendidikan dan kebolehgunaan tenaga siswazah; Ketrampilan dan kemahiran siswazah dalam aspek-aspek tertentu seperti penguasaan bahasa kedua dan ketiga dan kemahiran berkomunikasi.

DASAR, STRATEGI DAN PROGRAM PEMBANGUNAN : PERSPEKTIF AGENDA MELAYU Bagi mana-mana negara di dunia ini, tujuan utama pembangunan ekonomi negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Kesatupaduan yang diwujudkan itu akan dapat menghasilkan keadaan hidup yang berkualiti tinggi di kalangan semua rakyat negara ini. Dengan memikirkan matlamat-matlamat tersebut, dasar-dasar pembangunan negara ini disusun dan dilaksanakan menurut beberapa tahap seperti berikut, secara ringkas:

50

Rancangan

Pembangunan

Lima

Tahun

(bermula

1956

melalui

Rancangan

Pembangunan Am Malaya; dan kesemua siri Rancangan pembangunan Lima Tahun Malaysia); Dasar Ekonomi Baru - DEB (1971-1990): Dengan penekanan terhadap pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat; Dasar Pembangunan Nasional DPN (1991-2000): dengan berteraskan pembangunan seimbang; Wawasan 2020 (1991-2020): Antara lain, meliputi falsafah pembangunan menyeluruh untuk membentuk sebuah negara yang bersatu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, dicetuskan oleh nilai moral dan etika yang tinggi, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal, penyabar, penyayang, adil dan seimbang dalam ekonomi, progresif dan makmur, dan memiliki sepenuhnya ekonomi berdaya saing, dinamik, kukuh dan berdaya tahan.

Pelaksanaan program pembangunan negara semenjak merdeka telah mengubah struktur ekonomi negara daripada keadaan ekonomi yang berasaskan komoditi (getah, bijih timah dan kelapa sawit), kepada sektor pembuatan dan industri. Perancangan pembangunan yang sama juga menyaksikan usaha-usaha membangunkan kawasan luar bandar yang secara teorinya dianggap kawasan mundur. Agensi-agensi pembangunan wilayah serta tanah ditubuhkan untuk melaksanakan matlamat pembangunan kawasan luar bandar itu.

51

Pembangunan ekonomi negara semenjak tahun 1957 sehingga pertengahan tahun-tahun 1980-an dipandu dan dipimpin oleh kerajaan. Melalui jentera pentadbiran perkhidmatan awam, dan setakat yang perlu, melalui perbadanan awam, kerajaan menggerakkan aktiviti ekonomi dalam bidang dan menurut arah yang diingininya. Peranan kerajaan jelas dan telus. Hal ini dapat dilihat dalam Rancangan Buku Merah (RBM) dan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat khusus: RBM untuk membangunkan kawasan luar bandar, dan DEB untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang dikenalpasti sebagai salah satu faktor tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Melalui DEB, peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan Bumiputera sangatlah jelas. Untuk mencapai matlamat mengimbangi perbezaan penguasaan ekonomi antara kaum, DEB mensasarkan 30 peratus sebagai matlamat pemilikan ekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula gunatenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. DEB juga menekankan falsafah pertumbuhan seiring dengan pengagihan. Falsafah ini timbul daripada kesedaran (selepas peristiwa Mei 1969) bahawa pertumbuhan yang tidak memberikan perhatian kepada isu pengagihan hasil kekayaan ekonomi terutamanya di antara kumpulan etnik dan kepada masalah kemiskinan, boleh menimbulkan ketegangan yang jika tidak ditangani dengan baik, boleh mencetuskan perselisihan antara kaum. Laporan World Bank menyebut Malaysia sebagai satu-satunya contoh negara yang membuktikan bahawa dasar afirmatif ini dalam bentuk rancangan pengagihan hasil pengeluaran ekonomi - dapat dicapai seiring dengan pertumbuhan. Bagaimanapun, sehingga 1990, sasaran DEB masih jauh daripada apa yang

52

diharap dan dijangkakan. Dengan pencapaian pemilikan ekuiti dan pegangan saham Bumiputera cuma di sekitar 19%, pencapaian DEB terutamanya di dalam bidang-bidang tertentu seperti pembangunan Industri Kecil & Sederhana dan perkhidmatan ternyata berada pada tahap paling rendah.ix Lanjutan daripada itu matlamat pembentukan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera dilaporkan amat tidak memuaskan. Antara lain, punca-punca kekurangan pencapaian Bumiputera di dalam tempoh DEB dikaitkan dengan tahap teknologi, kepakaran pengurusan, pendidikan, pengalaman dan pendedahan kepada persaingan perniagaan yang rendah. Akibatnya, usahawan-usahawan Bumiputera sukar mendapat kemudahan kredit dan terpaksa pula bersaing hebat dengan agensi-agensi Kerajaan untuk mendapatkan bahan dan bekalan. Keadaan seumpama ini tidak dilihat sebagai kesukaran besar bagi kebanyakan usahawan Bukan Bumiputera. Dengan semua ini di fikiran, Agenda Melayu terus kekal releven dan diangkat sebagai agenda nasional yang merupakan dasar afirmatif kerajaan, kali ini dalam bentuk Dasar Pembangunan Nasional (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua RRJP2 1991-2000).

Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) Rancangan Malaysia Kedua dan Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1) berteraskan DEB, kemelesetan yang melanda negara pada pertengahan tahun 1980-an telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melonggarkan pelaksanaan DEB, dan memperkenalkan langkah-langkah meliberalisasikan ekonomi negara sesuai dengan perkembangan ekonomi neoliberal dunia. Kejayaan pembangunan ekonomi negara selepas itu memberi keberanian kepada kerajaan untuk melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) yang berteraskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

53

Meskipun masih meneruskan semangat DEB, DPN adalah berteraskan usaha pembangunan yang seimbang untuk mewujudkan satu masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu. DPN memberi penekanan kepada:

a)

mengubah tumpuan usaha membasmi kemiskinan di kalangan golongan yang Termiskin, di samping mengurangkan kemiskinan relatif,

b)

menekankan soal pekerjaan dan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif,

c)

Penyertaan sektor swasta untuk terlibat sama dalam usaha menyusun semula masyarakat, dan

d)

menumpukan usaha pembangunan sumber manusia sebagai satu keperluan asasi untuk mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan.

Kerajaan merumuskan, antara lainnya, bahawa di dalam tempoh tersebut: 1. Corak guna tenaga, terutamanya antara 1991-1997, menggambarkan transformasi ketara struktur ekonomi daripada sektor berproduktiviti rendah dan tradisional kepada sektorsektor berproduktiviti tinggi. Akibatnya, dengan keadaan pasaran buruh yang ketat, wujud implikasi ketidaksesuaian (mismatch) antara bekalan dengan permintaan dalam sumber manusia. Tidak syak lagi ini memberi impak langsung ke atas pendidikan tinggi orang-orang Melayu khususnya.;

54

2.

Pencapaian Bumiputera yang tidak cemerlang juga dikaitkan dengan persekitaran Sains & Teknologi yang kurang menggalakkan di kalangan rakyat. Meskipun Kerajaan meletakkan sasaran 30% nisbah pelajar aliran sains pada tahun 2005, namun dalam banyak aspek pencapaian S&T negara masih di bawah sasaran;

3.

Pencapaian Bumiputera dari segi pemilikan modal saham masih rendah. Punca utama hal ini berlaku dikaitkan dengan usahawan Bumiputera yang masih terlalu bergantung kepada sokongan Kerajaan dan sebahagian besar daripada mereka terpaksa menutup perniagaan apabila dilanda krisis kewangan dan ekonomi pada pertengahan Julai 1997.

Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010) Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) merupakan dasar pembangunan yang dilancarkan sebagai suatu pendekatan yang bertujuan untuk menangani isu-isu dan masalah-masalah yang masih gagal diatasi dalam jangkamasa pelaksanaan DEB dan DPN.

ISU-ISU UTAMA YANG MENJEJASKAN PELAKSANAAN & PENCAPAIAN SASARAN AGENDA EKONOMI MELAYU Daripada apa yang dijelaskan menerusi pelaksanaan sebahagian besar program pembangunan oleh Kerajaan seperti di atas, adalah nyata, bahawa terlalu banyak isu yang perlu dianalisis dan diambilkira apabila berbincang mengenai dayasaing pelajar-pelajar Melayu. Sekadar rumusan, isu-isu berkenaan antara lainnya bolehlah dirangkumkan kepada perkara-perkara berikut:

1.

Kekurangan tempat di IPTA

55

Senario semasa di dalam pendidikan tinggi negara pada masa ini menunjukkan bahawa ramai pelajar Melayu yang berkelayakan, tetapi atas isu kekurangan tempat, mereka tidak dapat melanjutkan pengajian ke IPTA. Di UiTM contohnya satu-satunya universiti di negara ini yang hampir-hampir 100% para pelajar terdiri daripada Melayu/Bumiputera bagi pengambilan November 2004, daripada 8004 calon yang layak untuk mengikuti kursus-kursus bidang Sains & Teknologi (S&T), hanya 4980 orang sahaja yang berpeluang mendapat tempat. Dengan kata lain, hampir-hampir 40% yang lain tidak berjaya memperolehi peluang mendapatkan tempat tersebut.

2.

Kos pengajian yang tinggi di IPTS Bukanlah satu rahsia bahawa kos pengajian yang secara relatifnya tinggi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah, dengan secara langsung membataskan kemampuan dan keupayaan orang-orang Melayu untuk mendapatkan peluang melanjutkan pengajian di IPTS.

3.

Isu sikap pelajar-pelajar Melayu/Bumiputera. Sebagaimana telah disentuh di dalam tajuk kecil Pengangguran Siswazah sebelum ini, soal budaya dan sikap pelajar-pelajar Melayu merupakan antara isu penting yang perlu ditangani dengan berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam hal pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu. Sikap-sikap yang dilihat sebagai negatif, antaranya: tidak bersedia untuk belajar lebih kuat kerana telah berjaya mendapat tempat di universiti dan dengan itu sudah cukup sekadarnya; tidak perlu mendapat keputusan cemerlang kerana sekadar cukup makan sudah memadai; tiada keinginan untuk menguasai lebih banyak

56

ilmu dan pengetahuan selain daripada bidang pengajian khusus sahaja; tidak gemar membaca; tidak selesa dengan adanya elemen-elemen persaingan; tidak bersedia atau tidak berusaha untuk menambah kemahiran-kemahiran bantu seperti berbahasa Inggeris dengan cemerlang atau pergaulan sosial tahap tinggi, terutamanya yang melibatkan pergaulan dengan bangsa-bangsa lain.

4.

Ketidaksuaian dan ketidakpadanan antara kelayakan, kemahiran dan keperluan pasaran Ketidaksesuaian (mismatch) dikenalpasti berlaku antara bekalan dengan permintaan dalam sumber manusia di pasaran kerja. Sebahagian besar daripadanya berkaitan dengan kelemahan pelajar-pelajar serta usahawan Melayu merangka pelan strategik dalam usaha untuk memajukan diri masing-masing secara berkesan antara kelayakan pendidikan, kemahiran yang berkaitan serta kesungguhan untuk mengubah status diri masing-masing kepada keadaan yang lebih baik.

5.

Pembudayaan Sains & Teknologi. Pencapaian Bumiputera yang tidak cemerlang juga dikaitkan dengan persekitaran Sains & Teknologi yang kurang menggalakkan di kalangan rakyat. Ini berkaitan dengan budaya dan pemikiran bangsa Melayu sendiri serta faktor-faktor sejarah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran sosial bangsa.

57

6.

Pemilikan modal saham di kalangan Melayu/Bumiputera masih rendah. Punca utama hal ini berlaku dikaitkan dengan faktor sikap terhadap keperluan tabungan serta kebanyakan Bumiputera khususnya di kalangan usahawan - yang masih terlalu bergantung kepada sokongan Kerajaan. Disebabkan tidak mempunyai kekuatan serta persediaan yang penting itu, sebahagian besar daripada mereka (usahawan Melayu) terpaksa menutup perniagaan apabila dilanda krisis kewangan dan ekonomi.

7.

Peranan institusi pengajian tinggi awam Saya juga bimbang sekiranya ada universiti yang tidak berupaya untuk mengimbangi kedua-dua antara kepentingan atau minat universiti dengan fungsi sebenar universiti. Sebagai contoh, mungkin akan berlaku atau mungkin juga sudahpun berlaku ada universiti yang tersimpang atau tersasar daripada matlamat mereka apabila mereka terlalu memikirkan soal menjana keuntungan wang ringgit dengan menggunakan nama universiti tanpa mengutamakan tujuan sebenar universiti tersebut diwujudkan. Dalam hal ini, saya percaya, ada kecenderungan di kalangan universiti untuk berlumba-lumba memasarkan produk masing-masing, iaitu program-program pengajian pada tahap tertentu tanpa memikirkan sama ada mereka berkeupayaan untuk mentadbir program-program berkenaan selayaknya. Akhirnya, dengan berlakunya keadaan ini, seperti yang kita lihat pada hari ini, bukan hanya pelajar-pelajar sahaja yang menajdi mangsa, malah, lebih memburukkan nama baik universiti berkenaan sendiri tentunya tercemar kerana mereka dilihat rakus dan tidak bijak kerana tersalah membuat pilihan dan keutamaan.

8.

Kemahiran & strategi pembelajaran

58

Kajian mendapati pelajar perempuan lebih cemerlang dari segi akademik kerana strategi pembelajaran yang lebih baik. Isu strategi pembelajaran (belajar berkumpulan mestinya) adalah isu penting dalam soal kejayaan pelajar Melayu.

9.

Penyertaan dalam extra-curricula Penglibatan dalam aktiviti non-academic sangat kurang. Tidak ada keinginan dan dorongan untuk mereka aktif dalam pasukan-pasukan beruniform, sukan dan rekreasi serta aktiviti lain yang bertujuan untuk menambah kemahiran, pengalaman dan pengetahuan.

10.

Masalah komunikasi. Bahasa Inggeris digunakan dalam kebanyakan matapelajaran dan kursus serta untuk tujuan penyampaian kuliah dan pembentangan kertas kerja. Isu bahasa ini merupakan antara masalah biasa yang dialami oleh pelajar-pelajar Melayu.

11.

Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). Penggunaan ICT khususnya dalam pendidikan semakin tidak dapat dibendung lagi. Kemahiran pelajar-pelajar Melayu dalam ICT masih lagi dipersoal dan dikaitkan sebagai masalah yang sering dihadapi oleh mereka. Kekurangan menguasai ICT akan mempengaruhi prestasi akademik pelajar kerana capaian mereka terhadap sumber-sumber maklumat bermutu terhad.

12.

Sumber maklumat berkualiti

59

Sikap tidak memanfaatkan sumber sedia ada untuk tujuan pembelajaran di IPT. Kebanyakan bangsa lain menggunakan segala sumber yang disediakan untuk tujuan sokongan tambahan dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar melayu perlu mengubah sikap ini.

STRATEGI-STRATEGI MENINGKATKAN DAYASAING

1.

Mengubah sikap, peranan, halatuju dan keutamaan universiti awam

Universiti-universiti awam mestilah menunjukkan patriotisme! Saya fikir amatlah kurang wajar dan malah mengkhianati bangsa sendiri untuk IPTA menidakkan kenyataan menjaga bangsa Melayu/Bumiputera adalah urusan rasmi mereka! Universiti mestilah dimaklumkan tanpa berselindung bahawa pendidikan tinggi di negara Malaysia yang tercinta ini sememangnya bersifat politikal (highly political) dan melibatkan elemen affirmative policy. Dengan kata lain, alasan bahawa universiti adalah dunia akademik, maka soal kemajuan bangsa tidak timbul, adalah amat daif dan mesti ditolak tanpa sebarang toleransi!

Dalam sejarah peradaban manusia, kita melihat pendidikan berjalan seiring dengan tamadun manusia. Sebagai contoh, sewaktu zaman di mana kegiatan masyarakat adalah berasaskan pertanian, pendidikan lebih mengarah kepada pengembangan dan pembangunan yang bertujuan untuk memajukan teknologi dan kepakaran berdasarkan keperluan pada masa itu. Revolusi Hijau misalnya merupakan contoh apabila bidang pertanian dimajukan khasnya melalui kaedah penanaman tanpa mengikut jadual secara rigid. Penanaman boleh dilakukan secara berulang kali. Bilangan stok makanan ditambah untuk menampung keperluan yang meningkat. Apabila berlaku Revolusi Industri, bidang pekerjaan masyarakat dimajukan melalui pengenalan kepada

60

pengautomasian. Banyak pekerjaan dikendalikan oleh mesin, sekaligus menjimatkan masa dan tenaga kerja secara manual. Pengenalan kepada komputer kemudiannya memberi lebih banyak kemudahan dan kelebihan kepada masyarakat. Produktiviti meningkat seiring dengan kualiti. Apabila era peledakan maklumat tiba, seawal tahun 1990an, lebih banyak aspek dalam kehidupan manusia boleh dikatakan semua aspek terlibat secara langsung. Urusan perbankan, pendidikan, pekerjaan, rumahtangga, keselamatan umpamanya semuanya ditadbir melalui penggunaan Teknologi Maklumat.

Dalam hal ini, universiti-universiti awam mestilah meneruskan dan melaksanakan peranannya sebagai frontier of knowledge, dan ini termasuklah memastikan universiti awam memikul tanggungjawab sosial bersama-sama kerajaan dan seluruh bangsa Melayu/Bumiputera meningkatkan dayasaing graduan masing-masing. Antara lain, universiti mestilah

mengembangkan peranannya sebagai:

1.Pusat melahirkan graduan yang berkemahiran dan berketrampilan untuk menampung keperluan industri, dengan kata lain, graduan mestilah mempunyai kelebihan untuk dipasarkan; 2.Pusat untuk melatih mahasiswa memikirkan secara analitikal dan kritis, menguasai pelbagai kemahiran dan bahasa, faham dan fasih akan isu-isu yang melibatkan masa hadapan negara dan masa hadapan mereka sendiri, terutamanya melalui kuliah-kuliah yang dikendalikan secara berkualiti serta latihan-latihan praktikal 3.Universiti menjadi rakan kerjasama dengan pihak industri dalam usaha untuk menjalin hubungan yang berkualiti secara bijaksana untuk memantapkan pasaran, sekaligus memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mencari pekerjaan tanpa kesukaran.

61

Halatuju serta keutamaan universiti harus berjalan seiring antara fungsi ideal sebuah universiti dengan peranan serta tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat, terutamanya dari segi pembangunan anak peribumi. Jika universiti hanya memberi keutamaan kepada fungsi asas dan tradisi! universiti semata-mata tanpa memberatkan soal kebolehpasaran (employability) dan kepentingan pemacu (driver) pembangunan negara menurut keperluan semasa, secara langsung ini akan menyebabkan wujud ketidakimbangan dari segi faktor pemintaan dan penawaran di pasaran. Oleh itu, pilihan terbaik masa kini adalah dengan berusaha untuk mengutamakan minat, kepentingan serta keperluan semasa dengan fungsi ideal universiti. Prinsip-prinsip asas dan tradisi universiti yang berpaksi kepada mengajar, menyelidik dan memberi khidmat komuniti perlu disokong dengan strategi bijak universiti terutamanya dalam mendapat faedah terbaik hasil daripada kerjasama erat dan bermakna terutamanya dengan pihak industri.

Sebagai contoh, UiTM memberi pengetahuan kepada para pelajar dalam bidang disiplin tertentu, kita juga memberi kemahiran berbahasa Inggeris secara berkesan kepada mereka. Banyak individu yang berjaya pada hari ini merupakan alumni UiTM dan mereka berjaya dalam banyak bidang, misalnya perniagaan, perbankan, perkapalan, persuratkhabaran, guaman, perakaunan, sama ada di sektor korporat mahupun di sektor awam. Selain itu, kita juga menerapkan kemahiran dan ilmu tertentu kepada graduan sebagai persiapan untuk menjadikan mereka bukan sahaja sebagai insan yang berguna malah menjadi warganegara yang baik.

Ini dilakukan misalnya melalui langkah kita mewajibkan penglibatan dalam pasukan beruniform seperti KESATRIA dan keusahawanan serta pelbagai pertandingan peringkat nasional dan

62

antarabangsa sebagai cara untuk memperbaiki reputasi dan pembinaan sahsiah mahasiswa dan mahasiswi. Contohnya termasuklah pertandingan SIFE (Student in Free Enterprise) di peringkat dunia dan juga pameran serta pertandingan rekabentuk dan rekacipta di peringkat dunia. Apa yang jelas, meskipun UiTM menunjukkan kecenderungan yang jelas melalui oeprasinya iaitu untuk melahirkan Bumiputera profesional dan separa profesional namun fungsi asas dan ideal universiti ini khasnya dalam hal menyediakan dan menyebarkan pengetahuan, kepakaran dan maklumat terkini serta menyelidik dan memberi khidmat komuniti tetap diseimbangkan dan sekaligus menjadikan universiti ini mempunyai wibawa dan reputasi yang membanggakan sepanjang masa.

2.

Mengubah sikap pelajar melalui pembudayaan nilai dan teras baru

Selain daripada universiti awam sendiri yang mesti mengubah sikap, pelajar-pelajar Melayu secara keseluruhannya mesti dibimbing, diperingatkan dan malah didorong (atau pada tahap tertentu, memaksa) untuk membuang gejala-gejala negatif di dalam diri merekax. Banyak isu mengenai sikap yang menghalang pembangunan dayasaing pelajar-pelajar Melayu, antaranya, sekadar contoh terpilih:

Tidak bercita-cita tinggi; Tidak berkeupayaan tinggi mengawal keinginan dan nafsu kepada pelbagai tarikan seperti kelebihan pada gaya dan personaliti serta materialistik;

Tidak berkeupayaan tinggi membuat dan menentukan keutamaan dalam hidup, termasuk pelajaran dan kerjaya;

Tidak mempunyai kesungguhan untuk mencapai kejayaan tertinggi; dan

63

Tidak gemar membaca dan menambah maklumat dan pengetahuan, dengan itu memilih untuk mencari jalan pintas dan mudah untuk sekadar lulus dan cukup makan.

Pembudayaan nilai-nilai teras baru yang berpandukan pengikitirafan masyarakat secara global. Usaha membudayakan nilai-nilai teras global sememangnya telah dilaksanakan terutamanya oleh pihak kerajaan. Antara yang terpenting adalah sasaran 60% pelajar aliran sains di sekolah menengah menjelangnya tahun 2008 (Berita Harian, 17/7/2001, hal. 9). Demikian juga keadaannya dengan penggunaan konsep cooperation, atau koperatif dalam pendidikan. Pembudayaan nilai tersebut sebenarnya memberi peluang terbaik kepada negara untuk membentuk nilai universal di kalangan individu supaya membiasakan jalinan perhubungan secara koperatif dan toleransi yang menggalakkan pembudayaan nilai-nilai global secara berkesan dan sinergi. Dengan demikian, nilai-nilai seperti kerjasama (misalnya dalam hal penggunaan dan pertukaran maklumat dan data), persefahaman dalam konteks saling memperlengkapi perkhidmatan yang ditawarkan (misalnya antara kerajaan dengan universiti; pelajar-pelajar antara universiti berlainan), serta pembangunan budaya intelek, iaitu nilai-nilai yang berteraskan tabiat gemar membaca dan menyelidik, tidak takut bersaing, rajin berusaha, tidak putus asa, sentiasa belajar, dan bercita-cita tinggi, dapat dibudayakan dan menjadi sebahagian daripada kualiti peribadi. Program-program motivasi dan kesedaran perlu diwajibkan untuk diikuti oleh pelajar-pelajar Melayu secara berterusan. Ini meliputi penglibatan tokoh-tokoh Melayu yang dijemput khas untuk mengadakan wacana (discourse), ceramah serta ucapan inspirasi secara berkala di universiti masing-masing. Program-program ini boleh dilaksanakan menerusi peranan Institut Kepemimpinan dan Pembangunan Pelajar Melayu yang diwujudkan di setiap universiti.

64

3.

Pengukuhan kemahiran bahasa Inggeris

Dengan melihat dan menilai senario pada masa sekarang dan membuat sedikit spekulasi masa hadapan, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa sememangnya sudah merupakan suatu fakta yang nyata. Negara-negara yang dahulunya memilih untuk meminggirkan bahasa Inggeris seperti Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan Perancis kini sedar betapa bahasa sebagai alat komunikasi, sebenarnya bergantung kepada berapa banyak urusan atau transaksi berlaku dalam kehidupan seharian. Terjemahan memang baik, namun usaha tersebut sangat memakan masa. Ini boleh dijelaskan dengan baik melalui perkembangan internet. Apa yang dikatakan 1 tahun internet pada masa kini, sebenarnya hanya mempunyai jarak masa selama kurang lebih 3-4 bulan sahaja. Sarjana, dan industrialis yang terkenal di peringkat global pada hari ini kebanyakannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sumber bacaan bermutu sama ada bertulis, bercetak ataupun elektronik diperolehi segera dalam bahasa Inggeris. Bahasa rasmi dalam kebanyakan konferensi dan seminar antarabangsa kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. Laporan, ulasan, dokumentari dan sebagainya semuanya didahului oleh bahasa Inggeris.

4.

Mewajibkan pembelajaran/penguasaan bahasa ketiga

Sudah sampai masanya untuk setiap pelajar Melayu diwajibkan menguasai satu bahasa ketiga di universiti masing-masing. Selain daripada mengasuh jiwa yang sentiasa dahagakan ilmu dan membudayakan kegiatan belajar dan menyelidik, langkah mewajibkan bahasa ketiga dengan sendirinya dapat mengisi elemen kelebihan menguasai budaya dan nilai bangsa lain sebagaimana yang telah diperolehi sekian lama oleh peajar-pelajar daripada bangsa lain.

65

5.

Orientasi semula pemikiran dan kepercayaan mengenai pekerjaan

Di peringkat nasional, saya berpendapat ada keperluan untuk menggiatkan promosi pekerjaan di kalangan anak-anak muda, tidak semestinya tertumpu kepada siswazah semata-mata, tetapi meliputi semua orang khususnya dari kumpulan usia yang dianggap muda, antara 20 30 tahun. Polisi-polisi yang bertujuan menggalakkan pekerjaan di kalangan generasi muda ini amat perlu diaktifkan secara agresif. Pengorientasian semula pendidikan dalam konteks yang tidak menggambarkan penekanan secara tidak berimbang antara akademik dan teknikal perlu dipertimbangkan. Sekarang ini pun sudah ada kecenderungan yang jelas menunjukkan majikan di sektor industri khususnya tidak lagi mementingkan pencapaian akademik semata-mata, walaupun sedikit elemen kecemerlangan akademik itu perlu dipertahankan. Namun secara praktis, majikan dari sektor industri mendedahkan bahawa mereka sebenarnya memerlukan graduan yang kreatif, berani, berkeazaman tinggi, dan memiliki latar belakang disiplin pendidikan yang fleksibel merentas budaya.

6. Mewajibkan latihan industri di kalangan penuntut Melayu IPTA Suatu badan yang mengendalikan latihan industri IPTA mesti diwujudkan sebagai sekretariat induk. Badan ini berperanan sebagai agensi pusat yang mengendalikan segala urusan berkaitan latihan industri. Dengan cara ini, bukan sahaja setiap pelajar berpeluang mendapat pendedahan dan pengalaman di industri, malah memperkemas jentera pentadbiran latihan industri secara sepusat dengan kerjasama erat industri sendiri. Suatu alternatif yang boleh dicadangkan adalah dengan menggunakan ungkapan atau rujukan Eksekutif Melayu Muslim sebagai pendekatan untuk memastikan setiap pelajar Melayu mengikuti latihan industri.

66

7. Mencetuskan Revolusi Minda Pelajar Melayu Satu dasar awam (public policy) yang juga bersifat affirmative perlu dirangka an dilaksana segera oleh kerajaan untuk mencetuskan revolusi minda pelajar Melayu. Sebagaimana seperti kerajaan memperkenal Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, atau kesan yang dicetuskan oleh Datuk Senu Rahman (Revolusi Mental) dan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malay Dilemma) suatu dasar baru, yang mengerakkan usaha memanfaatkan budaya pemikiran serta teknologi maklumat secara besar-besaran di kalangan pelajar Melayu di luar bandar dan di bandar perlu dilaksanakan. Jurang pemisahan (misalnya digital divide) antara Melayu dan bangsa lain serta di bandar dan luar bandar perlu diimbangi segera. Wajar diingat bahawa tamadun dibangunkan hasil daripada paduan bandar dan luar bandar. Jika tidak, sebagaimana yang diperhatikan oleh ibn Khaldun, perkembangan bandar akan melalui zaman kejatuhannya dan manusia akan mula mencari alternatif untuk melupakan kesusahan dan kesukaran hidup yang dideritai mereka. Dan pada saat itu, pembangunan akan hanya dilihat sebagai sesuatu yang palsu (pseudo), yang kelihatan amat indah di mata namun beban di hati.

8. Mengasah dan mengukuh minda global pelajar Melayu Universiti perlu mempertingkat sektor-sektor perkhidmatan yang berasaskan nilai dan pengetahuan. Terdapat banyak contoh yang memberikan jawapan kenapa masyarakat di negara tertentu, seperti Jepun, Taiwan, Finland, Amerika Syarikat, dan German umpamanya amat berbeza pencapaian intelek mereka berbanding pelajar-pelajar kita khususnya. Ini tidak dimaksudkan hanya pada keputusan peperiksaan akademik. Saya lebih maksudkan minda dalam konteks kekuatan pemikiran mereka yang melahirkan nilai-nilai intelek. Perkhidmatan-perkhidmatan seperti penawaran khidmat baru pada masa yang diperlukan (seperti pemprosesan permohonan di luar jangka); cara belajar dan

67

urusan seharian berasaskan khidmat on-line; pelbagai khidmat yang disatukan untuk menjimatkan masa, tenaga dan wang (seperti mencari maklumat atau bahan rujukan disokong oleh kemudahan memuat-turun atau download - , mencetak, menghantar dan menerima maklum balas segera); mempertingkat cara komunikasi (seperti kemudahan mengguna internet, e-mail, intranet, dan IP telephony), adalah antara contoh-contoh perkhidmatan yang berpotensi besar dalam usaha membangun minda global.

9. Menggiatkan penggunaan dan pembudayaan e-learning Prasarana asas dan sokongan untuk pembelajaran secara elektronik (e-learning) khususnya untuk akses pelajar Melayu perlu diberikan keutamaan dan dijadikan agenda nasional oleh kerajaan dalam skel yang lebih besar. E-learning bukanlah hanya untuk pelajar, malah ia mendokong konsep belajar sepanjang hayat sebagaimana dianjurkan oleh agama. Banyak maklumat dan data boleh diperolehi melalui on-line. Pemikiran, pendapat, aliran baru, teknologi terkini dan sebagainya sentiasa di hujung jari mereka yang mempunyai capaian (atau access) kepada teknologi internet. Selain itu, pelbagai ilmu bantu dapat disediakan sebagai pilihan kepada pelajar-pelajar Melayu untuk memeprkaya pengetahuan dan kemahiran masing-masing.

Dengan itu, dicadangkan supaya setiap pelajar Melayu khususnya mereka yang menerima pinjaman daripada dana PTPTN diwajibkan menandatangani persetujuan untuk menyertai skim pemilikan komputer. Dengan cara itu, bukan sahaja pinjaman daripada PTPTN dapat mengurangi keperluan kos sara hidup malah berupaya pula menyuburkan tahap penggunaan IT untuk dimafaatkan di dalam pembelajaran di universiti. Skim ini boleh menjadi sebahagian

68

daripada pakej pengajian apabila pelajar mula bersetuju untuk memulakan pengajian di universiti.

69

NOTA HUJUNG
i

ii

iii iv

vi

Antara lain, sejak sebelum Kemerdekaan (1957), kerajaan telah melaksanakan rancanganrancangan pembangunan lima tahun, termasuklah Rancangan Pembangunan Am 1956-1960); Rancangan Buku Merah (1960); Rancangan Malaya Kedua 1961-1965; Rancangan Malaysia 1-9 (antara 1966-2004); Dasar Ekonomi Baru (merangkumi 4 dasar pembangunan (RMK2RMK5); dan Dasar pembangunan Nasional. Berbeza dengan tanggapan umum, Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, bagaimanapun tidaklah dikaitkan secara langsung dengan tragedi 13 Mei semata-mata. Ini kerana ada tanda-tanda menunjukkan bahawa asas kepada DEB sebenarnya telah digariskan lebih awal sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei. Lihat misalnya, Abdul Shukor & Hassan (1982) dalam Malaysia: Sejarah dan proses pembangunan (1982) Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Apa yang dikatakan Agenda Melayu itu kemudiannya hanyalah merupakan ulangan penegasan daripada persetujuan semua kaum yang diwakili dalam pelbagai rundingan terutamanya di peringkat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen 1 dan Mapen 2). Lihat misalnya petikan tajuk-tajuk akhbar Utusan Malaysia Tenaga profesional muda dikumpul bantu agenda Melayu (26/09/2004); MT dijadikan penggerak rumus strategi laksana agenda Melayu (26/09/2004 Utusan Malaysia); Saya terus berjuang martabatkan agenda Melayu (26/09/2004); Agenda Melayu perlu strategi pengisian (28/09/2004); Laporan Bajet 2005. 10 September 2004. Labor Force Survey Report Malaysia 2003 (September 2004). Kuala Lumpur: Department of Statistics, Malaysia. Tan Sri Dato Seri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II. Ucapan penerimaan pengurniaan ijazah Kedoktoran Terhormat UNITAR 11 Oktober 2003. Sehingga kertas ini ditulis, peratusan kadar pengangguran negara dicatatkan pada kadar 3.8 atau melibatkan seramai 0.387 juta orang (Jabatan Statistik Malaysia). Bancian yang dibuat sehingga tahun 2002 menunjukkan di Semenanjung Malaysia, peratusan penganggur yang tertinggi adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun (36%), diikuti kumpulan umur antara 1519 tahun (27.2%). Statistik daripada sumber yang sama juga menunjukkan 45.5% perempuan daripada kohort 20-24 tahun menganggur manakala di kalangan lelaki daripada kohort yang sama, melibatkan sebanyak 30.2%. Dari segi lokaliti, kira-kira 70% penganggur di luar bandar terdiri daripada kumpulan umur antara 15 hingga 24 berbanding 60% di bandar. Perbandingan antara lelaki dan perempuan pula menunjukkan bagi kumpulan umur berkenaan, sebanyak 55.5% dicatatkan di kalangan perempuan sedangkan bagi lelaki adalah di sekitar 44.3%. Daripada keseluruhan penganggur yang terlibat dalam bancian berkenaan, majoriti (64.7%) adalah terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan di peringkat menengah, diikuti peringkat tertiari (21%), peringkat rendah (11.8%) sedangkan selebihnya (2.6%) tiada pendidikan formal. Di Sabah, menurut bancian 2002, peratusan tertinggi penganggur adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun (17.3%) dan kumpulan umur 25-29 tahun (15.7%). Gabungan kedua-dua kumpulan umur tersebut antara 20 hingga 29 tahun mengikut kumpulan masing-masing menunjukkan sebanyak 34.7% penganggur perempuan berbanding 32.0% di kalangan lelaki. Peratusan tertinggi penganggur di bandar (17%) adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun berbanding 17.6% di luar bandar. Sebanyak 45.8% daripada penganggur di Sabah mencapai tahap pendidikan sehingga peringkat menengah, diikuti peringkat rendah (33.5%), tiada pendidikan formal (10.6%) manakala selebihnya (10.2%) mencapai peringkat tertiari. Di Sarawak, penganggur daripada kumpulan umur 20-24 mencatatkan peratusan tertinggi (39.8%), diikuti kumpulan umur 15-19 (26.6%). Peratusan tertinggi, iaitu 40.7% penganggur di kalangan lelaki terdiri daripada kumpulan umur antara 2024 tahun manakala di kalangan wanita pula mencatatkan peratusan sebanyak 38.9. Peratusan tertinggi penganggur di bandar dan luar bandar adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun,

70

vii

viii

ix

iaitu masing-masing sebanyak 43% dan 36.7%. Majoriti penganggur di negeri ini (63.9%) mencapai tahap pendidikan pada peringkat menengah, diikuti 14% pada peringkat rendah, 13.1% pada peringkat tertiari manakala selebihnya (9%) tiada pendidikan formal. Kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Buruh daripada Januari 2001 hingga Mei 2002. New Straits Times Malaysia, 11 November 2003, halaman 4. Morshidi Sirat et al (2004) Masalah Pengangguran Di Kalangan Siswazah . Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, USM. Laporan-laporan ekonomi dan majlis-majlis perundingan ekonomi melaporkan bagaimana kebanyakan daripada saiz perniagaan Bumiputera adalah kecil, kira-kira 77% daripada mereka yang berdaftar sebagai pembekal dengan Kementerian Kewangan mempunyai purata modal berbayar kurang RM30,000. Dalam industri kecil pula, 89% daripada mereka mempunyai modal purata kurang RM50,000 sementara kira-kira 62% daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor adalah dalam kelas F. Ini menggambarkan tahap kemampuan Bumiputera dalam mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan. Pada minggu terakhir bulan Disember 2004, banyak kes aduan dilaporkan di media massa dan malahan surat layang serta emel yang dihantar di IPTA ekoran isu pembayaran wang pinjaman PTPTN yang dikatakan lewat daripada apa yang diharapkan oleh para pelajar. Pemerhatian biasa dan umum menunjukkan sejauh ini aduan berkenaan diterima daripada pelajar-pelajar Melayu/Bumiputera yang marah-marah kerana kelewatan pembayaran tersebut. Dan ini bukanlah kali pertama mereka bersikap sedemikian. Persoalan yang timbul adakah mereka terdorong samada oleh isu kemiskinan keluarga, ketiadaan tempat bergantung, atau lebih didesak oleh tuntutan hawa nafsu yang memerlukan wang untuk perbelanjaan lain yang nyata sekali bukan untuk tujuan membiayai kos pengajian? Yang jelas, pada setiap kali isu pembayaran wang PTPTN ditumbulkan oleh para pelajar Melayu selalunya, setiap kali itu jugalah timbul persoalan adakah ini merupakan penerusan sikap kebergantungan yang keterlaluan kepada kerajaan ataupun sememangnya isu kemiskinan yang tulen di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Yang mana satupun keadaan sebenarnya, apa yang pasti, dayasaing pelajar Melayu tetap releven.

RUJUKAN Abdul Shukor & Hassan (1982) dalam Malaysia: Sejarah dan proses pembangunan (1982) Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Malaysia, Laporan Bajet 2005. 10 September 2004. 71

Malaysia, Labor Force Survey Report Malaysia 2003 (September 2004). Kuala Lumpur: Department of Statistics, Malaysia. Morshidi Sirat et al (2004) Masalah Pengangguran Di Kalangan Siswazah . Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, USM. Utusan Malaysia Tenaga profesional muda dikumpul bantu agenda Melayu (26/09/2004) Utusan Malaysia, MT dijadikan penggerak rumus strategi laksana agenda Melayu (26/09/2004); Utusan Malaysia, Saya terus berjuang martabatkan agenda Melayu (26/09/2004); Utusan Malaysia, Agenda Melayu perlu strategi pengisian (28/09/2004) New Straits Times Malaysia, 11 November 2003, halaman 4. Nor Mohamed Yakcop (Tan Sri Dato Seri, Menteri Kewangan II). Ucapan penerimaan pengurniaan ijazah Kedoktoran Terhormat UNITAR 11 Oktober 2003.

72

You might also like