Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Alat muzik tahun 3\

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Cara bermain ialah palukan kulit kompang dengan jari-jari atau kadang-kadang dengan tapak tangan mengikut rentak yang ditentukan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, majlis perkahwinan, kenduri, mengiringi nyanyian dan nasyid atau upacara-upacara tradisional yang lain. Rebana Kecil ialah alat muzik tradisional masyarakat Melayu. Rebana diperbuat daripada kulit kambing atau kulit binatang lain. Cara bermain ada kesamaan dengan kompang, iaitu palukan dengan tapak tangan dan hujung jari-jari pada permukaan kulit mengikut rentak yang ditentukan. Rebana selalu dimainkan semasa majlis perkahwinan, persembahan budaya, majlis pembukaan atau perasmian, iringan nyanyian nasyid dan upacara-upacara tradisi yang lain.

Gong adalah sejenis alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu. Gong diperbuat daripada logam. Cara bermain ialah dengan memegang pemukulnya dan memukul di bahagian tengah gong itu. Jika dipukul dengan kuat maka bunyi yang dihasilkan adalah kuat dan lanjut manakala sebaliknya jika dipukul dengan perlahan maka bunyi yang dihasilkan adalah lembut dan lanjut. Gong biasanya dimainkan semasa upacara pembukaan dan perasmian atau semasa upacara-upacara tradisi masyarakat Melayu yang lain.

You might also like